Saturday, December 15, 2012

Sebarkanlah walau satu ayat

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 15 Dis 2012

-Teguran: utk seorang makmum, tunggu hingga imam jelas bertakbir iaitu menyebut sebutan akhir takbir ("bar"), barulah bertakbir memulakan solat bermakmum. Dikhuatiri makmum mendahului imam sewaktu memulakan solat menyebabkan solat makmum tersebut tidak sah.

-Perlu selalu hadirkan pemikiran bagaimana diri kita dibakar dlm neraka, yg mana bahan bakarnya adalah batu dan manusia.

-Apbl ingin melakukan solat taubat, fikirkan terlebih dahulu kita dimasukkan dlm neraka, maka dgn rasa gerun kpd seksaan api neraka maka solat taubat yg akan dilakukan diharap dapat menzahirkan rasa menyesal/bersalah kita kpd Allah.

-Rasa gerun kpd Allah, perlu dibawa dlm kehidupan agar menjadi pelindung kpd diri kita utk sentiasa taat kpd Allah dan meninggalkan segala perkara maksiat dan dosa.

-Dgn rasa gerun kpd Allah itu, kita perlu sebarkan dlm kehidupan kita. Barulah orang sekeliling kita dapat merasakan kegerunan kpd Allah. Dgn itu org sekeliling kita mendapat kebaikan dr sifat gerun kita kpd Allah.

-Ilmu yg diperoleh oleh kita perlu disebarkan kpd orang lain. Dikhuatiri nanti kita tidak lepas dr persoalan di hari Akhirat nanti, ie berkenaan 4 soalan. Salah satunya adalah bagaimanakah ilmu yg diperoleh/dipelajari diajarkan kpd orang lain. Dikhuatiri juga nanti kawan2 yg berada di sekeliling kita nanti akan menuntut di hadapan Allah bahawa kita tidak pernah memesan atau mengajarkan ilmu supaya dia gerunkan/takutkan Allah. Akhirnya kita diheret bersama mereka ke dlm neraka.

-Jangan menghina ajaran Islam dgn cara tidak menyebarkan agama Allah. Kita juga dikira menghina Islam sekiranya tidak menghalang orang lain menghina Islam spt menghina Nabi, menolak hukum Allah, mempermain-mainkan ayat2 Al-Quran.

-Jangan terpedaya dgn hasutan syaitan ie kita merasa rendah diri sekiranya ilmu yg kita ajarkan akan menyebabkan or lain lebih berilmu/beriman dr kita.

-Allah amanahkan ajaran Islam ini adalah utk kita luaskan kpd orang lain. Agar orang lain mampu disyurgakan, mampu gerun kpd Allah.

-"Sampaikanlah walau satu ayat".