Monday, January 28, 2013

Sirah Rasulullah saw

Kuliah Maghrib Isnin 28 Jan 2013
-Us Azam

Saidina Umar ra melarang org Islam berada di rumah org2 bukan Islam ketika mereka merayakan hari perayaan (mereka), kerana pd hari itu laknat Allah akan turun.

Sambungan kuliah 2 minggu lepas, beberapa rombongan kabilah dtg bertemu Rasulullah saw utk mendapatkan ilmu berkenaan Islam dan ingin memeluk Islam.

1) Rombongan Abdul Khais:-
- Ketua puak Abdul Khais bernama Al-Asyad.
- Rasulullah memuji Al-Asyad kerana dia memiliki 2 sifat yg disukai Allah ie
(i) bersifat lemah lembut dan
(ii) tidak kelam-kabut.

2) Rombongan Al Dausi:
- Tidak ada org dr kabilah ini yg menerima Islam selama 22 tahun.
- Rombongan Al-Dausi tlh dtg ke Madinah menemui Rasulullah. Ada 80 keluarga dlm rombongan ini, termasuk Abu Hurairah dgn ibu dan bapanya
- Abu Hurairah memohon dr Rasulullah ilmu pengasih. Rasulullah mendoakan agar mereka disayangi oleh org2 yg melihat mereka, begitu juga apbl mereka bertemu dgn org lain, mereka akan suka kpd mereka.
- Amalkan doa pengasih ini, insyaallah akan disayangi dan disenangi oleh org lain.
- Doa ini terdpt dlm buku yg ditulis oleh Us Zahazzan berjudul 100 Himpunan Doa-doa.

3) Rombongan kabilah Sakif:
- Kabilah ini ada sejarah pahit bersama Rasulullah saw. Ketika awal dakwah Rasululla saw di Taif, kabilah Sakif ini menolak dakwah Nabi dan mengarahkan kanak2 utk membaling batu ke arah Rasulullah, hinggakan dahi saidina Hamzah luka terkena batu.

-Salah seorg dr mereka bernama Urwah bin Masood selaku ketua kabilah Sakif dan disayangi oleh pengikutnya. Dia tlh memeluk Islam dan kembali ke Taif dgn harapan pengikutnya akan turut menerima Islam.
-Malangnya pengikut2 tidak menerima Islam, sebaliknya dia dipanah hingga terbunuh.
-Selepas beberapa ketika, rakyat Sakif merasa terpanggil utk bertemu Rasulullah, kerana puak kabilah disekeliling mereka telah menemui Rasulullah.
- Mereka bersepakat utk menghantar salah seorg ketua Abu Yalail. Namum Abu Yalail gerun jika perkara yg sama berlaku terhadap Urwah bin Masood akan menimpa dirinya. Abu Yalail meminta ditemani oleh ketua2 kumpulan lain utk bertemu Rasulullah.
- Mereka berenam bertemu Rasulullah, dan Rasulullah mengarahkan para sahabat membina tempat berehat dekat dgn masjid agar rombongan Sakif ini boleh melihat sendiri aktiviti org Islam Madinah, dan mudah utk belajar Islam.
-Mereka berunding utk memeluk Islam dgn meletakkan syarat spt ingin meneruskan minum arak, dan dibenarkan berzina. Rasulullah bertegas dan tidak membenarkan mereka masuk Islam dgn meletakkan syarat.
-Usman bin Abu As-Sakafi, adalah yg paling muda di antara 6 org ketua dlm rombongan tersbt. Bagaimanapun dia tidak dapat bertemu Rusullah dlm rombongan bersama 5 ketua puak Sakif yg lain di sebelah siang. Ini  disebabkan dia yg paling muda, maka dia diarahkan supaya menjaga unta sahaja.
- Usman keluar pd waktu mlm dan bertemu Rasulullah supaya diajarkan Islam dan membacakan ayat2 Al-Quran kepadanya. Usman akan menemui para sahabat sekiranya Nabi tidak ditemui, atau ada urusan lain.
-Apbl rombongan ini hendak pulang, Rasulullah tlh melantik Usman utk menyebarkan Islam kpd penduduk Sakif.
-Ketika itu berhala al-lata masih ditempatan di Sakif. Rasulullah tlh mengarahkan satu rombongan ke Sakif utk memusnahkan patung al-lata.

-Bani Hanifah:
- Terdpt seorg dr bani Hanifah yg menggelar dirinya Nabi. Kejadian ini berlaku semasa zaman Nabi, di lana dia mengaku adalah nabi selain dr Rasulullah.
- semasa pemerintahan Abu Bakar, Wahsi (semasa perang Uhud, dia tlh membunu saidina Hamzah menggunakan tombaknya) tlh membunuh nabi palsu dr puak bani Hanifah.
- Wahsi mengharapkan keampunan Allah dgn membunuh nabi palsu tsbt menggunakan tombak yg sama yg diguna menombak saidina Hamzah.
- Wahsi amat malu utk bertentang mata dgn Rasulullah selepas memeluk Islam, dia sentiasa tunduk apbl lalu atau bertembung dgn Rasulullah. Ini kerana rasa bersalahnya terhadap kematian saidina Hamzah.

- Seorg lagi nabi palsu dr Yaman:
- Semasa pemerintahan saidina Abu Bakar, seorg nabi palsu (Abdullah bin Saup atau nama lainnya Abu Muslim al-Khaudani) dtg ke Mekah dan bertemu saidina Umar.
- Umar bertanya samada Abdullah pernah mendengar cerita bhw di tempat asal Abdullah, terdpt seorg yg dibakar tetapi tidak mati. Abdullah menjawab bhw dia pernah mendegar cerita tersbt.
-Saidina Umar kemudiannya bertanya samada org itu adalah Abdullah sendiri, maka Abdullah pun mengiyakannya.
- Abdullah pernah dibakar tetapi tidak terbakar dan tidak mati. Allah menyelamatkan dia spt kisah Nabi Ibrahim as.
-Umar bersyukur kpd Allah bhw dia dpt mertemu dgn Abdullah spt yg pernah diceritakan oleh Rasulullah sebelum kefawatannya. Lalu Umar membunuh Abdullah bin Saup.