Sunday, April 20, 2014

Dosa Besar ke-11 Meliwat Isteri

- us Syairozi kuliah Maghrib Ahad 20-Apr-2014

Hukum orang yang mengikut hawa nafsu

- Hati yg diberi kekuatan dgn keimanan menyebabkan rasa cinta kpd majlis.zikir, fardu ain

- Ada 2 nikmat yg manusia selalui lupa ie 
  1. kesihatan, dan
  2. waktu lapang.

Seseorg itu masuk syurga kerana rahmat Allah. Utk mendptkan rahmat Allah:-

(1) kena bersihkan hati

- Bagaimana nak jaga hati? Kena jaga 7 anggota yg zahir ie:-

1) mata
  • kena tahu manfaat mata utk dunia dan akhirat. jaga pandangan dr
2) telinga
  • menjaga pendengaran dr mendengar perkara yg lagho.
  • pendengaran memberi lebih kesan kpd hati, berbanding mata/pandangan
  • Org buta masih boleh/mampu menghafal Al-Quran
3) Lidah
  • Rasulullah menyebut, barangsiapa yg beriman kpd Allah, hendaklah ia menjaga lidahnya dr perkara yg mengakibatkan maksiat dan kufur kpd Allah
4) Perut
  • Jangan masukkan makanan yg haram dlm perut
  • Jangan makan rasuah, harta anak yatim.
5) kemaluan
  • Jaga dr melakukan zina, liwat.
6) kedua-dua tangan
7) kedua-dua kaki

(2) Kena kawal nafsu:
- Jangan taat kpd kehendak nafsu
- Seorg lelaki yg terlalu mengikut nafsu akan menjadikan lelaki lain sebagai pasangannya, maka berlakulah zina.

  • Khalid Al-Walid, sewaktu mengembara mendapati satu di satu kawasan di mana golongan lelaki yg suka meliwat. Kemudian dia menulis surat kpd Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar kemudiannya memanggil mesyuarat. Saidina Ali kemudian mengatakan bhw golongan yg suka meliwat ini adalah spt golongan kaum nabi Lut. Dia kemudianya mencadangkan golongan ini di bakar. Saidina Abu Bakar kemudiannya menulis surat kpd Khalid mengarahkan golongan ini dibakar.
  • Saidina Ali karamallahuwajhu menjelaskan bhw lelaki yg mengikut hawa nafsu terhadap lelaki lain maka syaitan akan menampakkan kecantikan perempuan kpd lelaki yg suka meliwat.

- Ijmak ulamak, barangsiapa yg meliwat kpd hambanya maka hukuman bakar juga ke atasnya.

  • Nabi Isa as mempunyai kelebihan melihat neraka, dlm satu perjalanan baginda melihat seorg sedang di bakar. Nabi Isa kemudiannya mengambil air dan cuba memadamkannya. Api itu kemudiannya bertukar menjadi lelaki yg menarik paras rupanya (jambu kata org sekarang). Lelaki yg dibakar itu kemudian bertukar pula menjadi api dan membakar lelaki yg satu lagi. Nabi Isa a.s. menjadi tertanya-tanya, dan berdoa kpd Allah supaya 2 lelaki itu dijadikan kpd keadaan asal di dunia agar mereka boleh ditanya apa yg dilakukan di dunia hingga diazab sedemikian rupa. Allah perkenankan permintaan Nabi Isa. Lelaki itu ditukarkan kpd jasadnya spt di dunia, kemudian mereka mengatakan kpd Nabi Isa a.s. bhw semasa di dunia dahulu mereka adalah pasangan homoseksual. Mati mereka juga secara kebetulan dlm masa yg sama. Maka itulah balasan yg Allah timpakan hinggalah hari Kiamat.

Fasal ke-2: Seorg suami yg liwat isterinya (mendatangi isterinya di duburnya)

- Isteri² adalah ladang bagi kamu, maka kamu datangilah isteri² kamu mengikut kemahuanmu. Namun tidak dibolehkan kamu mendatangi isteri di dubur.

- Syarak mengharamkan liwat ke atas isteri.

- Turunnya ayat surah Al-Baqarah ayat 223, kerana org yahudi mengatakan, mana² lelaki yg mendatangi isteri dr bhg belakang maka akan lahir anak yg matanya juling. Maka turunlah ayat Al-Quran memperbetulkan perkara itu.

Surah Al-Baqarah ayat 2:223 (klik sini utk paparan ayat)

{ نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٞ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡۖ وَقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ }

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.


-Hadis Nabi, Sesiapa yg mendatangi isterinya yg sedang haid atau mendatangi isterinya di duburnya, maka dia dilaknak Allah.
Maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnul Munkadir, ia mendengar Jabir berkata :"Orang-orang Yahudi mengatakan, barang siapa menggauli isterinya pada kemaluannya dari arah belakangnya, maka anaknya (nanti) akan juling matanya, maka turunlah ayat :(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki). Hadis ini hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4062]

- Barangsiapa yg mendatangi/jimak isterinya sedang isterinya haid atau mendatangi isterinya secara meliwatnya, maka samalah dosanya seperti ia bertilik nasib dgn seorg ahli tilik, maka dia telah kufur.

- Ramai org yg tidak tahu, hal mendatangi isteri sewaktu haid atau melakukan liwat terhadapnya isterinya, kerana tidak faham hukum syarak. Maka perlu berubah kpd org yg mencari ilmu, atau mendengar dan hadir majlis ilmu supaya tidak melakukan dosa dalam hubungan suami isteri.


Kemaskini:
  • Cariah hadis berkaitan penharam mendatangi isteri di dubur dan dlm waktu haid:
Maksudnya : "Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami,.Al Hasan bin Musa memberitahukan kepada ku, Ya'qub bin Abdillah Al Asy'ari memberitahukan kepada ku, dari Jaafar bin Abil Mughirah dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata :"Umar datang kepada Rasulullah SAW., ia berkata :"Aku binasa, wahai Rasulullah", Rasulullah SAW bersabda :"Apa yang membinasakanmu ?". Umar berkata :"Tadi malam saya gauli isteri ku dari arah belakang", Ibnu Abbas berkata :"Rasulullah SAW tidak menjawabnya sama sekali, maka diturunkan pada Rasulullah ayat ini : (isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu sukai) (datangilah) dari depan dan dari belakang dan jauhilah dubur dan dalam keadaan haid". Hadis ini hasan gharib. Ya'qub bin Abdullah Al Asy'ari itu adalah Ya'qub Al Qummi. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4064]

Friday, April 18, 2014

Keadaan dlm neraka

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib

1) Surah Al Maarij

Ayat 33-34 Sifat2 org yg akan masuk nerana
35-37. Keadaan org yg dlm neraka
38-43 menceritakan bhw Al-Quran turunnya dr Rabbul 'alamin

2) Azab di atas azab
Surah Ibrahim Ayat 16 (m/s257)
"Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka)."

Ayat 17
"Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat."

- Halkummnya penuh dgn buah zalkum, yg pahit. Diminumnya air nanah campur darah utk melegakan tekaknya yg pahit dan tercekik. Air yg mendidih masuk ke perutnya, jengking sebesar baghal/kaldai menyengatnya. Sekali disengat gugurlah isi dagingnya, namun dia tidak mati, sebaliknya dipulihkan semula dan merasalah ia seksaannya.

3) Surah Al-Israk ayat 36 (m/s 285)
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

- Kalau tidak tahu jangan berbicara.

4) masih ada org yg berani buat dosa walau tahu seksa dan azab yg menanti di akhirat. Ini disifatkan sebagai org yg dipengaruhi. Org sebegini adalah lemah otak, mungkin daya ingatan mereka cukup baik (mencapai keputusan peperiksaan yg baik/cemerlang)

-Surah Ibrahim ayat 21 (m/s 258)

" Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".

- Org yg lalai, yg lemah otak yg mengikut perkara yg dilakukan oleh org lain. Sesungguhnya dia akan dimasukkan dlm neraka.

- Mereka yg masuk neraka akan menyesal dan nertanyakan org yg melalaikan mereka supaya diringankan azab yg diterimanya.

- Mereka yg melalaikan org lain itu akan menjawab, bhw jika dia diberikan petunjuk oleh Allah nescaya dia akan mengajak kpd kebaikan.

Sunday, April 13, 2014

Allah menurunkan malaikat Zabaniah dan menghapuskan kerajaan yg kufur dan sekutunya

- us muhammad fauzi asmuni kuliah maghrib 13-Apr-2014

2 benda yg Allah tetap jamin adalah rezeki dan kematian. Apbl manusia meletakkan rezeki di tangan Allah maka dia akan redho terhadap perkara yg dilaluinya.

Barangsiapa yg letakkan kerunsingan hatinya kpd Allah, maka Allah akan memudahkan urusan hidupnya dan di akhirat.

Tafsir surah Al-Alaq ayat 1-5:
Ayat 1:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),"

Ayat 2:
"Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;"

Ayat 3:
"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -"
Ayat 4:
" Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -"

Ayat 5:
"Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

-Perjuangan menegakkan Islam mestilah berbentuk perjuangan generasi. Bermaksud selepas benerapa generasi maka akan kukuhlah Islam di dunia, spt yg telah berlaku dan ditunjukkan oleh Rasulullah dan zaman selepas kewafatan baginda.

-Syed Khutub merungkaikan kenapa 5 ayat ini diturunkan:

1. Apa jua perubahan mestilah bermula dr tasaur.
- Kaabah di Mekah diletakkan berhala disekelilingnya sejak dr sekian lama sebelum kenabian Rasululah. Penduduk di Mekah menyembah berhala.
- Bumi Syam adalah bumi /diperintah oleh kerajaan Rom. Di Iraq pula dikuasai oleh Farsi. Sudan dikuasaiboleh Mesir.
- Dari segi logik akal, Rasulullah berhadapan dgn golongan manusia yg bertamadun (Rom, Farsi dan Yaman). Apbl tentera bergajah (abrahah dr kerajaan Yaman) tidak berjaya meruntuhkan Kaabah, kerajaan Rom dan Farsi menjadi terkejut.

2. Syed Khutub merungkaikan dr ayat 1-5 ini adalah, perjuagan Islam mesti bermula dgn cara yg betul, iaitu mewujudkan satu kumpulan manusia yg beriman kpd Allah. Tidak pula dinafikan bhw ilmu perlu dipelajari dan dibaca.

3. Keimanan manusia mestilah diperbetulkan ie segala benda di dunia ini adalah milik Allah.

4. Allah jualah yg menciptakan jin dan manusia. Allah jualah yg menciptakan perbuatan manusia. Jadi sumber segala penciptaan adalah dr Allah.

5. Ilmu adalah milik Allah.
- Nabi Adam tidak tahu apa2 melainkan diajarkan oleh Allah kpdnya.
- Allah menhajarkan ilmu kpd nabi Adam kemudian bertanyakan soalan kpd para malaikat sama ada mereka mengetahuinya. Perjara ini dirakamkan dlm al-Quran dlm surah Al-Baqarah ayat 32

"Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

6. Manusia menjadi kufur kpd Allah apbl ia mula memuja akal.
- Manusia yg tidak neriman kpd Allah mereka akan menggantungkan pertimbangan kpd akal mereka. Apbl ini berlaku maka akal dipuja, dan merasa bangga dan kagum dgn keupayaan pemikiran dan kajian mereka tanpa meletakkan kekuasaan Allah utk menciptakan dan melaksanakan seauatu perkara.

7. Rasulullah memulakan dakwah dgn meletakkan keyakinan manusia bhw Allah itulah pencipta dan manusia mestilah menyembahNya.

8. Manusia dijaciptakan dr benda yg tiada nilai dan amat hina.
- Apbl manusia melupakan kedudukan penciptaan dirinya yg hina ini, maka dia menjadi lupa terhadap Allah dan tidak takut melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, syirik dan mensekutukan Allah.

9. Umat Islam akan merasa spt buntu apbl semua ikhtiar yg dilakukan seolah2 tidak lagi berhasil utkelawan musuh2 Allah. Allah menyuruh dipanggil semua sekutu2 penentang Allah, maka Allah akan datangkan malaikat. Zabaniah dan menghapuskan semua suku sakat mereka. Pd ketika itu kemenangan akan menyebelahi umat Islam.

Ayat 18:
" Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!"

Ayat 19:
" Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"

- Surah al-Kahfi, sekumpulan pemuda yg berdakwah dlm sbuah kerajaan yg kufur kpd Allah. Mereka melarikan diri ke gua kerana tidak sanggup bergelumang dgn kemaksiatan dan kemungkaran yg berlaku pd zaman tersebut, lalu mereka tertidur dlm gua tersebut Sehinggalah apbl mereka dikejutkan oleh Allah 300 thn kemudiannya, dan ketika itu kerajaan tlh bertukar kpd kerajaan yg mentaati Allah.
-Dari kisah ini, manusia mestilah beriman bhw segala urusan dunia ini adalah di bwh pengetahuan Allah, keraan yg kufur akan sampai ke kemuncaknya dan pd ketika itu akan dimusnahkan oleh Allah, dan Islam akan menang dan ditegakkan akhirnya.

-Perang Salib berlaku di hujung kurun ke-11. Pd ketika itu kerajaan Islam berkeadaan kuat, namun di akhir peperangan, kerajaan Islam jatuh kpd tentera salib. Pd ketika itu zaman datuk kpd Salahuddin al-Ayubi. Salahuddin al-Ayubi berjuang menegakkan Islam dan akhirnya berjaya membebaskan Baitul Muqaddis dlm masa 91 thn.

-Ketika ini barat sedang menuju kemuncak kejayaan, segala bentuk urusan dikuasai oleh barat. Oleh itu manusia perlu yakin dan kembali kpd ketentuan Allah, iaitu utk kekal menyakini kekuasaan Allah, dan Allah akan memusnahkan kekuasaan barat dan sekutunya, pd ketika itu umat islam akan menang dan islam akan ditegakkan. Kemenangan yg dicari ketika ini adalah suatu perjuagan generasi.

Saturday, April 12, 2014

Pusaka siri-3

-us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib 12-Apr-2014

Bab Pusaka (Siri-3)

Jangan mengambil harta si mati hingga ditakuti kita makan harta/hak anak yatim.

- Kes 1:
Si ibu mengambil semua harta peninggalan suami dan tidak membahagikan kpd anak2 secara faraid. Tujuan si ibu tadi adalah utk berkahwin dgn lelaki lain. Akibatnya anak2nya mengemukakan saman ke atasnya (ibu). Dlm kes spt ini, apbl di baca di surat khabar, seolah2 anak yg menderhaka terhadap ibunya. Sebaliknya mereka menuntut hak faraid.

  • Contok sistem elektronik utk pengiraan faraid boleh dicapai diiinternet merujuk kpd Majlis Ugama Islam Singapura. Boleh diguna utk menggambarkan nilaian dan jumlah bahagian harta faraid.

- Ke mana nak dituju utk menguruskan faraid?
  1. Amanah Raya -- utk harta peninggalan yg besar (berjuta/billion) Amah Raya kemudiannya akan merujuk kpd mahkamah sivil.
  2. Pejabat Tanah
  3. Pejabat Kecil Harta
  4. Mahkamah Syariah

- Perbandingan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
-Senarai 1 skopnya lebih luas berkenaan pembahgian pusaka. Mahkamah Syariah hanya ada satu kuasa ie sijil faraid, seterusnya urusan pembahagian ditentukan di Mahkamah Sivil. Seterusnya utk urusan pembahagian harta tak alih perlulah dirujuk kpd badan-badan/agensi tertentu spt:
  • (i) Pejabat Tanah utk urusan tukar nama tanah
  • (ii) JPJ utk urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Kes ke-2 (kerabat raja)
- Adik serahkan urusan pembahagian harta faraid kpd abangnya. Abang ini dilantik sebagai pentadbir harta (LA) oleh mahkamah sivil. Abang ini telah menjual sebidang tanah dgn harga rm3 juta. Namun dia tidak membahagikan harta kpd adik-beradik.

- Setelah 2 thn si adik td merujuk kpd mahkamah syariah utk menguruskan pembahagian faraid, utk mendapatkan hak jualan tanah tersebut. Namun mahkamah syariah meminta dirujuk semula kpd mahkamah sivil kerana LA masih wujud/hidup dan dilantik oleh mahkamah sivil.

- Setelah 2.5 tahun si abang telah membelanjakan hampir kesemua wang hasil jualan tanah tersbt. Mahkamah Syariah tidak dpt membantu dlm kes ini kerana mahkamah syariah tidak dirujuk dr peringkat awal. Apabila seseorg dilantik sebagai pengurus harta (LA) maka kuasa mentadbir adalah di tangannya.

Hibah
-Hibah, apbl seseorg memberikan sesuatu barang atau benda dia hendaklah mengucapkan "hibah", dan mempunyai rukunnya:
  1. Org yg memberi hibah
  2. Org yg menerima hibah
  3. Barang hibah
  4. Ada akad hibah.
-Sekiranya tidak dilafaskan perkataan hibah maka ianya tidak dikira dimahkamah.
- Jarang berlaku dlm maayarakat kita dimana lafas hibah siguna.

- Sekiranya tiada hibah bertulis maka perlu di bawa saksi.
- Hibah boleh dibatalkan oleh pemberi sekiranya si penerima adalah anaknya sendiri.

- Utk pindah milik harta tanah, si penerima mestilah telah berumur 21 thn. Sekiranya anak masih kecil, maka boleh dilantik penjaga amanah hinggalah si anak berusia 21 thn.
- Borang 14A adalah borang pindah milik tanah.

- Wasiat juga perlu disahkan oleh mahkamah. Bawalah surat wasiat ke mahkamah utk menuntut hak simati.

- Adalah dibenarkan utk membuat pembahagian harta tanpa faraid, sebagai contoh, ke semua adik-beradik si mati dan keluarganya bersetuju utk menyerahkan kpd si isteri utk membolehkan dia membesarkan anak2 arwah.

Sistem Takaruj:
- Utk pembahagian harta yg kecil nilainya.
- Boleh juga jika ada di antara adik-beradik yg membeli bhgn harta adik-beradik yg lain kerana banyak nama. Dgn ini akan memudahkan urusan.

Kes ke-3
- Si ayah menukar nama kpd 3 org anaknya, sementara rumah itu diduduki oleh si bapa. Kebetulan berlaku pemgambilan tanah utk membuat jalan raya. Kerajaan memberikan wang pampasan kpd 3 nama (anak).

- Si anak kemudiannya memberikan sedikit wang kpd ayah mereka. Si ayah apbl telah menerima wang tersbt berhajat utk berkahwin. Setelah nernikah, si isteri memuiuk utk mendapatkan semula harta tanah dr anak2 si suaminya.

- Apbl dirujuk ke mahkamah, mahkamah memberitahu bhw si ayah boleh membatalkan semula pemberian (hibah) kpd 3 anaknya td.

- Kes ini masih lagi belum selesai.

Harta sepencarian
- 3 keadaan yg membenarkan tuntutan harta sepencarian ie
(i) Perceraian
(ii) Si suami ingin berpoligami
(ii) Kematian

Sunday, April 6, 2014

Pesanan Buya Dr Hamka

- Drs H. Afif Hamka Kuliah Maghrib 6-Apr-2014

Beliau adalah putra ke-9, dilahirkan di Jakarta ketika Prof Dr Hamka telah berhijrah dr Medan dan menetap di Jakarta.

Surah Al-Kahfi ayat 45:
" Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Dr berjuta sperma yg dipancarkan oleh si bapa kpd ibu hanya satu yg menjadi benih (anak).

Surah Al-Insan ayat 2:
" Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat."

Anak2 yg dilahirkan akan didik utk menjadi manusia yg akan menghambakan diri kpd Allah.

Anak2 membesar ke alam remaja, menimba ilmu ke pengajian tinggi, dan seterusnya memanfaatkan ilmunya. Begitulah ibarat kehidupan, dan diakhiri dgn kematian.

Hidup ini sangat singkat. Org2 yg kita cintai mungkin sudah dijemput Allah. Maka kita kena ingat yg kita juga akan menyusuli org yg kita cintai.

Syair dari Shaukifek: Disaat kelahiran kita mengangis dilahirkan sedang org disekeliling tersenyum. Di saat kita terbaring dan tersenyum sambil org sekeliling meratapi pemergian kita.
- mampukan kita menjadi spt itu terbaring kaku tetapi tersenyum.
- Ketika Dr Hamka sakit terlantar di hospital, dia amat menjaga solatnya. Dia minta diwudukkan utk bersolat. Dia akan menjamakkan solat (jamak tamam) takut2 dia meninggal sebelum sempat bersolat. Ketika beliau koma, dia dijemput kerahmatullah. Mayatnya di bawa pulang ke rumah dan dibaringkan sambil para tetamu menziarahinya menangis kesedihan. Ketika di rumahnya jenazahnya kelihatan tersenyum. Dr Afif teringat syair oleh Shaukifek tadi apbl kita mati kita tersenyum sedang org sekelilingnya bersedih.

Haji mamrur, jika kita melakukan ibadahnya dgn mengingati Allah, dan kembali ke tanah air meneruskan perkara yg dilaksanakan di tanah suci, maka balasannya adalah syurga. Namun sekiranya dia kembali ke tanah air dan melakukan perkara2 yg melanggari perintah Allah, tidak amanah, etc, maka sia-sialah hajinya.

Infak:
Sudahkah kita menginfakkan sebhgn harta kita? Jangan jadi org yg tamak. Berikanlan sbhgn harta diinfakkan

Aurah At-Takasur Ayat 1:
" Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),"

Ayat 2:
" Sehingga kamu masuk kubur"

Ayat 3:
" Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"

Ayat 4:
" Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!"

Apa yg kita makan itulah rezeki kita, apa yg kita pakai itulah hak kita. Selain itu apa yg kita infakkan dan dermakan itulah harta kita.

Saturday, April 5, 2014

Harta Pusaka

- us Ghazali Ibrahim Kuliah Maghrib 4-Apr-2014
Harta Pusaka

5 perkara yg manusia tidak perlu sibuk, kerana ianya adalah urusan Allah:

1. Kiamat
2. Hujan
- Kalau ada satu individu dlm masyarakat yg tidak mengeluarkan zakat, maka Allah turunkan bala (ie kemarau)
3. Mati
4. Nikah
5. Rezeki

Harta Pusaka:
Penama (nominee) -tabung haji, kwsp, takaful membenarkan dibuat penama utk akaun penabung.
- Penama boleh mengeluarkan wang tabungan utk membolehkan pembahagian faraid.
- Manusia apbl mati dia akan terkejut bhw dia sudah mati. Menyesallah dia kerana tidak sempat membuat pesanan atau wasiat kpd warisnya (spt isteri).

Surah Yassin Ayat 50:
"Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya."

-Barangsiapa yg matinya dalam berpesan, maka matinya dlm fisabililah.

- kaedah mengurus kes harta pusaka
cth moyang meninggal 40 thn lalu. Kini cicit ingin memulakan pembahagian harta pusaka.

1. Cari semua waris
-Buleh buat sendiri, atau lantik pihak ke3 utk menguruskan pencarian waris.
-Waris adalah anak2, cucu, cicit si mati.

2. Iklankan carian waris dlm media (spt surat kabar)
-Selalunya utk tempoh 6 bulan. Pihak peguam juga melakukan perkara yg sama. Selepas dr tempoh itu makaada turutan urusan lain, utk membolehkan hanya waris yg memaklumkan diri utk mengemukakan bukti, etc.

3. Dptkan borang persetujuan dr pejabat tanah
- Tandakan "melepaskan bahagian" utk membolehkan bhg kita di serahkan kpd org yg mengruskan pembahagian harta pusaka. Jika waris/kita bersetuju utk melepaskan bhgnnya.
-Begitu juga bagi kes di mana kita memang kurang mengambil berat hal ibu bapa kerana jauh/kerja etc, maka adalah wajar utk kita melepaskan bhn kita supaya adik-beradik lain yg menjaga ibu/bapa mendpt lebih harta peninggalan arwah.

4. Sekiranya tiada lagi waris yg menghadirkan diri, harus pembahagian itu dibahagikan kpd waris yg menuntut shj.

-Harta sepencarian boleh diistiharkan terlebih dahulu. Kaedah ini membolehkan pembahagian kpd isteri2 (yg berjumlah 1/4 jika suami masih tiada lagi ibunya, atau 1/8 jika suami masih ada ibu) menjadi lebih adil.

- Surah An Nisa Ayat 11
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

-Setelah ditolak harta sepencarian, nazar, hutang2 si mati, baharulah dilakukan pembahagian harta mengikut kaedah faraid.

-Nazar contohnya, hajat si mati utk menginfakkan 30% peratus hartanya utk diagihkan kpd anak yatim, atau sedekah utk pembangunan masjid/surau.

- Utk kes wang yg diberikan dr syarikat insurans yg produknya tidak islamik (patuh syariah), maka duit tersebut sewajarnya tidak dimakan oleh waris, sebaliknya boleh didermakan kpd organisasi atau lain2 perkara yg boleh memberi manfaat kpd si mati. Cth:
(i) sedwkah utk membuat pagar masjid, mengecat, tukar bumbung, baiki tandas. Adalah tidak wajar utk waris mengambil dan membuat kenduri, etc kerana wang tersebut dtg dr sumber yg tidak patuh  syariah.
-Tidak baik utk difaraidkan wang insurans teesbt.