Wednesday, March 30, 2016

- us Johari kuliah Maghrib Rabu 30-Mac-2016
kitab Riyadussolihin (Taman org-org yang soleh) Imam Nawawi

Hadis pertama adalah mengenai niat.
- Kita praktikkan apa yg kita niatkan.

Abdullah bin Saba seorg yahudi yg merancang memasuki Islam pd zaman saidina Usman,  dgn tujuan memesongkan ajaran Islam yg kini kita panggil ajaran Syiah.

Saddam Hussain semasa pemerintahannya memanggil seorg tokoh Islam ke kabinetnya yg mwnwrangkan tajuk kepintingan menghapuskan Syiah.

Pd zaman saidina Ali,  lahirnya kumpulan khawarij, ie kumpulan yg extreme yg turut sama berperang menentang tentera yg dipimpin oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Kumpulan ini membuat keputusan keluar dari pasukan Saidina Ali apbl Saidina mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan dgn pasukan Muawiyah yg juga merupakan Gabenor dr Syam.

(a) Muawiyah dilantik menjadi Gabenor di Syam semasa pemerintahan khalifah Usman ibnu Affan

(b) Apbl Saidina Usman meninggal kerana dibunuh oleh musuh Islam, bajunya yg berdarah telah dibawa ke Syam,  kepada Muawiyah. Mereka menuntut Muawiyah utk mengenakan hukuman ke atas pembunuh Saidina Usman.

(c) Saidina Ali selepas dr kematian saidina Usman, mengambil keputusan utk mendapatkan sokongan baiah dr Gabenor Syam (ie Muawiyah) utk Saidina Ali menjadi Khalifah sebagai keutamaan,  berbanding menghukum pembunuh Saidina Usman.

(d) Muawiyah mengambil keputusan utk memerangi Saidina Ali kerana tidak bersetuju utk mencari pembunuh Saidina Usman.

(e) Saidina Ali telah menyediakan tentera bersiap sedia menentang tentera Muawiyah. Berlaku peperangan besar antara dua pasukan tentera Islam.

(f) Apbl keadaan tentera Muawiyah seperti hampir tewas, Muawiyah mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan.

(g) Apbl Muawiyah memberhentikan pepwrangan,maka Saidina Ali juga mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan.

(h) Maka wujud 2 golongan dlm pasukan Saidina Ali. Golongan pertama bersetuju dgn keputusan Saidina Ali dan bersyukur kerana peperangan sesama Islam telah berhenti. Golongan ke2 merasa tidak setuju dgn tindakan Saidina Ali,  dan menuntut Saidina Ali. 

(i) Golongan ke2 ini akhirnya keluar dr menyokong Saidina Ali, dan menjadi golongan khawarij.

Sunday, March 13, 2016

Taubat

- us Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 13-Mac-2016

Taubat

- Sifat/Amalam yg paling penting dlm diri seorg muslim adalah taubat.
- Kitab Riyadus Solihin dimulakan dgn bab ikhlas.
- Ikhlas adalah suatu yg berat ibarat seekor semut hiram yg berada di sebuah batu hitam.
- Manusia itu tidaklah dikatakan insan melainkan dia bersifat pelupa. Hati itu tidak dikatakan kalbu melinkan ianya bersifat berbolak-balik.

- Kisah Nabi Adam yg mana baginda telah melakukan satu dosa ie apbl baginda menyentuh pokok larangan dan memakan buahnya (disebut buah khuldi) . Lalu Allah murka dgn peebuatan Nabi Adam itu dan mengeluarkan baginda dr Syurga dan diturunkan ke bumi.

- Sebagai seorg manusia, Nabi Muhammad dicatatkan juga pernah melakukan kesilapan

- Sejarah Rasulullah juga direkodkan baginda pernah melakukan kesilapan.  Diriwayatkan,  sedang baginda berbicara dgn pembesar2 Quraisy,  datang Abdullah ibnu Maktum (yg cacat penglihatan) namun baginda malingkan muka darinya dan meneruskan perbualan dgn katua2 kaum Quraisy. Lalu turun ayat Al-Quran yg menegur sifat Rasulullah terhadap layanan baginda kpd Abdullah ibnu Maktum.

- Dlm keadaan kedua, selepas perang Badar ada tawanan perang dan baginda tidak tahu apa yg hendak dilakukan terhadap mereka, lalu dibiarkan sebagai tawanan perang. Maka turun ayat Al-Quran yg menegur tindakan Rasulullah ie menawan pihak musuh. Pada awal peperangan dlm sejarah Islam pihak musuh sama ada mati di medan peperangan atau melarikan diri. Rasullullah dan saidina Abu Bakar kemudiannya bersedih terhadap kesilapan itu hingga ke waktu Subuh.

- Abdullah bin Ubai seorg yg munafik, Rasullullah pernah menyembahyangkan dan berdiri di kubur Abdullah bin Ubai.  Maka turun aya Al-Quran yg menegur baginda kerana telah menyembahyangkan jenazah seorg yg munafik dn berdiri di kubur seorg yg munafik.

- Sesiapa shj yg terllibat dlm melakukan kesalahan maka tidak wajib baginya mengaku. Namun dia tidak boleh menipu. Apa yg dituntut adalah mengakui kesalahannya kpd Allah ie dgn melakukan taubat.

- Org yg melakukan zina dikatakan pd ketika itu imannya sgt lemah. Namun apbl dia bertaubat dgn taubat yg sebenar-benarnya,  maka imannya naik hingga ke tahap yg tinggi.

(a) kisah seorg perempuan yg dtg kpd Rasullullah dan mengatakan dia telah berzina, namun Rasullullah buat tidak dengar dan menyuruh wanita itu pulang. Selepas sah dia mengandung dia dtg lagi bertemu Rasullullah dan mengatakan dia telah melakukan zina. Pd ketika itu Rasullullah menyuruhnya balik dan menjaga kandungannya hingga lahir anak tersbt m selepas lahir anak, wanita itu dtg lg bertemu Rasullullah,  namun Rasullullah menyuruhnya balik dan menyusukan anaknya hingga dia putus susu (anak itu berusia 2 thn). Selepas itu dia dtg lagi bertemu Rasullullah, pd ketika itu barulah Rasullullah menjatuhkan hukum kpd wanita itu. 

Diriwayatkan apbl wanita itu melalui hukuman rejam, terpercik darah kpd saidina Umar. Kemudian saidina Umar melaknak wanita itu. Rasullullah menegur sikap saidina Umar itu kerana wanita itu telah bertaubat yg mana taubatnya cukup utk diberi pahala kpd setiap penduduk Mekah.

- Wanita itu ada masa lebih kurang 3 thn utk melarikan diri dari Rasullullah, namaun dia tidak lari dan mahu bertaubat, di atas kesilapannya melakukan zina.

- Di sini nilai keikhlasan dlm melakukan amalan dikira.  Wanita itu ikhlas melakukan taubatnya.

- Dlm suatu riwayat,  seorg lelaki yg telah membunuh 99 org dan dia berusaha utk bertaubat. Setelah bertemu dgn para bijak pandai, dia bertekad utk pergi ke suatu negeri yg ramai para alim utk dia boleh melakukan taubat. Di perjalanan ke negeri itu dia mwninggal. Dipendekkan cerita malaikat berebut sama ada dia dikira ahli syurga atau neraka.  Maka ukuran jarak ke negeri yg dituju utk bertaubat itu dijadikan asas kiraan sama ada dia sudah bertaubat atau tidak. Oleh kerana jaraknya lokasi kematiannya dekat dgn tempat negeri yg dituju utk bertaubat, berbanding jarak tempat dia tinggal, maka dia dikatakan sudah bertaubat.

- Oleh itu jangan lengahkan melakukan taubat. Jangan jadi seperti firaun (ramses Ii) di saat dia hampir lemas ditelan laut, baru nak bertaubat. Namun Allah tidak menerima taubat firaun itu.