Tuesday, February 28, 2017

Hukum Pakai Cincin bagi Lelaki (siri2)

- us Abd Basir kuliah Maghrib Selasa 28-Feb-2017
Bab 13 - Baginda Rasulullah memakai cincin di jari kanan

Haram bagi lelaki pakai gelang atau rantai utk tujuan perhiasan
Haram bagi lelaki memakai gelang atau rantai emas atau logam selain emas bagi tujuan berhias (perhiasan).
- tempat permakaian gelang atau rantai itu adalah tempat di mana gelang atau rantai itu dicairkan dan dicurahkan kpd tempat ianya di pakai.

- tidak disebutkan dlm kitab As Syamail bhw tidak disebutkan di jari kanan mana cincin iti di pakai.

- batu cincin adalah paling afdal jika batu cincin dihadapkan ke tapak tangan. Rasulullah memakai cincin dgn batu cincin mengadap ke dlm (tapak tangan) supaya:

1) terjaga batu tsbt dr terkena/ terlanggar
2) sifat tawaduk Nabi agar batu cincin baginda Rasulullah tidak menarik perhatian org.

- Rasulullah juga memiliki cincin yg diukir dgn perkataan Allah Rasul Muhammad, dlm 3 baris. Perkataan Allah diukir di atas, diikuti Rasul dan baris bawah adalah Muhammad.

a) Cara bacaannya adalah dari bawah ke atas.

b) cincin ini digunakan oleh Rasulullah sebagai cop rasmi, dalam surat menyurat kerajaan Islam di bawah pimpinan Rasulullah.
- selepas kewafatan Rasulullah, cincin itu diguna oleh saidina Abu Bakar, kemudiannya oleh saidina Umar dan saidina Uthman ibn Affan.

c) cincin ini paling akhir diguna oleh khalifah saidina Uthman, sehingga cincin itu jatuh dlm telaga Ariis (terletak di Madinah). Telaga itulah yg di beli oleh saidina Uthman dr seorg yahudi yg bernama Ariis. Cincin intu terjatuh ketika dipagang oleh Muaikid, yg diberikan kpdnya oleh saidina Uthman ketika mereka berada di tepi telaga Ariis itu. Selepas peristiwa itu cincin itu terus hilang tidak ditemui lagi.

- berat cincin bergantung yg dibenarkan mengikut mazhab
a) dlm mazhab Shafie tidak dinyatakan berat cincin, tetapi dikadarkan kpd uruf dan adat setempat.
b) Mazhab Hanafi cincin tidak melebihi 4.68 gram
c) Mazhab Maliki  cincin itu tidak melebihi 6.2 gram.

- pakai cincin suasa (bagi seorg lelaki), ada 2:
(i) harus jika bahannya tidak mempunyai bahan emas, atau bahan emas yg diguna utk menyaluti cincin suasa itu apbl bahan salut itu diasingkan, ianya tidak mempunyai nilai pasaran.

(ii) haram jika campuran bahan suasa dan emas dijadikan asas cincin suasa tsbt. Juga haram jika cincin suasa yg disaluti emas yg tebal, yg apbl diasingkan salutan emas itu, ianya mempunyai nilai pasaran.

Sunday, February 26, 2017

Keperluan dan Tujuan dalam Melakukan Sesuatu Perkara

- us Zainal Arifin Kuliah Suboh Ahad 26-Feb-2017

- 4 golongan manusia berkenaan ilmu.
Jadilah kamu:
(a) org yg berilmu, jika tidak
(b) jadilah kamu org org yg belajar, jika tidak
(c) jadilah kamu org yg mendengar ilmu, jika tidak
(d) jadilah kamu org yg suka dgn majlis2 ilmu.

- Wajib dijauhi perkara yg haram. Jauhi perkara yg syubahat. Ambil perkara yg halal, namun dlm mengambil yg halal itu ada perhitungannya.

- 2 perkara yg perlu dijaga dlm mengambil perkara yg halal ie keperluan, dan niat.

- ie sejauh mana dia memerlukan sesuatu perkara. Ada 3 sebab:
1. Utk menunjuk-nunjuk (riak)
2. Sebagai hobi. Namun perlu dielakkan kerana menjurus kpd boros
3. Keperluan kerana menuntut syariat. Contoh, beli pakaian yg baik kerana nak  menutup aurat. Mengambil sesuatu itu utk mencapai kesempurnaan dlm ibadah.

- tafsir "suci" dlm menyentuh Al-Quran
(i) dr sudut aqidah
- Al-Quran yg suci itu di Lauh Mahfus yg hanya disentuh oleh Malaikat Jibrail, dlm menunaikan perintah Allah utk menyampaikan wahyu kpd Nabi Muhammad saw

(ii) dr sudut fekah
- suci merujuk kpd hanya org yg suci dari hadas (kecil atau besar).

(iii) dr sudut hati
- suci merujuk kpd hati ie Al-Quran hanya tersentuh kpd hati yg suci. Al-Quran tidak tersentuh setakat akal yg suci.

Perkara yg halal itu:
1. Berbangga ie jika ambil/lakukan perkara yg halal dgn tujuan utk menunjuk-nunjuk/riak maka dia akan dihisab dan balasannya neraka.
2. Kesempurnaan, sama ada kesempurnaan semata-mata atau menuntut syariat

Sunday, February 19, 2017

Dosa Besar ke-24 Orang yang Melakukan Rompakan

us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 19-Feb-2017
Dosa Besar ke-24 Orang yang Melakukan Rompakan (atau Menyamun atau juga Meragut)

- Dosa melakukan rompakan adalah lebih besar dari mencuri. Adalah kerana perbuatanya dilakukan secara terang-terangan.

- Hukuman ke atas org yg melakukan rompakan adalah potong tangan dan kaiki secara bersilang.

- Surah Al-Maidah Ayat 5:33

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

- Hukuman bunuh, potong tangan, dipalang atau buang negeri, mestilah dilakukan oleh hakim (yg dilantik oleh kerajaan) setelah berlakunya perbicaraan.

- Jika rompakan itu menyebabkan kematian dan harta dirompak -- maka hukumannya disalib/dipalang.

- Jika rompakan itu menyebabkan kematian -- maka hukumannya bunuh.

- Jika rompakan itu tidak menyebabkan kematian, hanya kehilangan harta -- maka hukumannya potong tangan dan kaki secara bersilang.

- Jika tiada bukti kukuh, namun tidak menyebabkan kematian -- maka hukumannya adalah buang negeri.

- Kata Imam Shafie, perompak yg dituhkan hukuman bunuh dan disalib, maka lakukan hukuman bunuh terlebih dahulu dan mayatnya di salib/palang utk tontonan umum.

- Kata Umam Shafie, hendaklah dipotong tangan kanan terlebih dahulu diikuti potong kaki kiri.

- Jika dilakukan rompakan lagi, maka hukumannya adalah potong tangan kiri diikuti potong kaki kanan.

- Islam menganjurkan hukuman berbentuk pengajaran ie hukuman dilakukan di khalayak ramai, supaya menjadi pengajaran kpd penjenayah itu sendiri, juga kpd penjenayah lain.

- Sekiranya perompak yg sukar ditangkap (licik), maka hakum boleh mengeluarkan warta supaya penjenayah itu boleh dibunuh oleh sesiapa yg menemuinya.

- apbl seseorg yg menakut-nakutkan, mengacau org yg lalu-lalang, maka dia dikira mengganggu ketenteraman awam. Hukuman ke atas mereka adalah dibuang negeri.

Saturday, February 18, 2017

Jangan Mandi Lewat Malam

_ Kuliah Suboh Sabtu 18-Feb-2017

Surah As-Sajadah Ayat 32:16

(تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ)

- Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

- Ayat ini menerangkan sifat org yg beriman.

- Imam Shafie membahagikan mlm kpd 3, bermula dr waktu Maghrib hingga waktu Suboh.

(a) Selepas Maghrib, 7:30pm - 11:30pm: belajar atau mentelaah.
- waktu makan yg paling afdal adalah sebelum waktu Maghrib.
- selepas Maghrib, sekiranya tiada majlis ilmu, maka perbanyakkan solat sunat adalah amalan yg terbaik.
- gunakan waktu ini utk belajar dan lakukan latihan/ulangkaji.

(b) 11:30pm - 3:30am: adalah waktu paling afdal utk berehat/tidur.
- tidur mengikut sunnah dgn menereng di rusuk kanan muka mengadap kiblat, spt berbaringnya jenazah di dlm kubur.
- Islam melatih umatnya tidur 4 jam sehari. Latihan diperlukan utk membiasakan diri utk mempraktikkan rutin ini.
- amalan mandi di waktu lewat malam terutama selepas bersukan, bertentangan dgn waktu yg dianjurkan oleh sunnah utk berehat.

(c) 3:30am-6:00am: waktu yg afdal utk lakukan ibadat mlm.
- ayat Surah As-Sajadah Ayat 16 ini mengajarkan utk org mukmin bangun dr tidur dan lakukan amalan, mengingati Allah.
- mereka bangun solat mlm, membaca Al-Quran dgn tartil (ie dgn mahami maknanya)
- kefahaman terhadap ayat2 yg di baca menjadi makanan kpd jiwa kita. Apbl jiwa kita seronok maka akan membentuk diri yg soleh.
- selain itu perbanyakkan doa kpd Allah, dgn sifat yg takut dan rasa kelemahan, memohon keampunan kpd Allah utk dimasukkan dlm syurga.
- 7 gunung (halangan), gunung ke5 adalah sifat takut kpd Allah, dan rasa lemah/kerdil terhadap Allah.
- membelanjakan harta rezeki pd jalan Allah.
- anak, isteri juga adalah rezeki yg dikurniakan Allah. Gunakan rezeki yg dikurnia kpd jln Allah.

Sunday, February 12, 2017

Berita gembira waktu org yg hampir mati

- us Meftah Kuliah Suboh Ahad 12-Feb-2017
Berita gembira waktu org yg hampir mati (nazak)

- waktu hampir mati, keadaan jadi kelab kabut, fikiran dikusutkan dgn gambaran yg bermacam-macam (spt rakaman yg diflashkan).

- org yg dlm sakarutul maut boleh nampak malaikat yg berada di sekelilingnya.
(a) bertanya siapa yg harum, cantik, comel. Malaikat itu menjawab bhw dia adalah amalan baik yg dilakukan semasa hidup. Allah ilhamkan kpd kita idea2 yg baik melalui malaikat yg menjaga kita. Dlm keadaan ini seolah2 kita berbicara/berdialog dlm hati.

(b) Idea yg menolak utk melakukan ketaatan kpd Allah adalah dr jin yg bernama "qarin" yg mengilhamkan perkara2 menjauhkan kita dr melakukan ketaatan kpd Allah.

- harus bagi org yg berakal sedar dr krlalaian.

Tanda sedar dr lalai itu ada 4:

(1) urusan dunia diatur dgn tenang.
- ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Maksud kejar dunia itu adalah kita memiliki masa, maka tangguhkan dulu urusan dunia itu tetapi selesaikan dulu urusan akhirat.
(2) Memperhatikan urusan akhirat itu tidak boleh ditunda lagi, dijaga halal dan haramnya, bersunggung-sungguh.
(3) rajin mencari ilmu.
(4) bergaul dgn saling nasihat kpd kebenaran dan saling bersabar.
Sabar dgn maksiat, sabar dgn ujian, sabar dlm mentaati Allah.

Org paling utama ada 5 sifat:

(1) tekun beribadat kpd Allah.
(2) sangat berguna kpd manusia.
(3) org berasa aman dgnnya.
(4) tidak iri terhadap org lain. Mencari keburukan seseorg menyebabkan kelibihannorg lain itu hilang/pudar.
(5) siap sedia utk bertemu kematian.

Friday, February 10, 2017

Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid

-us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 10-Feb-2017
Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid

Surah An Nisa Ayat 4:11

(يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Kes #1 selepas bercerai (bekas) isteri menuntut semula harta nafkah yg diberikan kpd suami semasa tempoh perkahwinan.

(a) suami yg takutkan termakan harta yg tidak halal sumbernya, maka dia mencari jalan utk membayar jumlah harta yg dituntut oleh bekas isteri.

(b) isteri yg baik adalah yg redho dan tidak mengungkit perkara2 juga sumbangan dan bantuan harta kpd suami dengan maksud membantu suami menyara keluarga (mungkin juga isteri mempunyai pendapatan yg lebih besar dr pendapatan suami).

- tanggungjawab suami adalah menyediakan tempat tinggal (rumah), dan menyara keluarga. Manakala isteri menjaga keadaan rumah, menghidangkan/memasak makanan, mengemas rumah, menyebabkan keeratan dan kasih-sayang.

(a) isteri yg pandai masak menyebabkan suami lebih byk masa berada di rumah. Manakala isteri yg byk bergantung kpd makanan yg dibeli di luar/restoran, maka pujian suami beralih kpd kepandaian tukang masak restoran, mungkin akan menyebabkan isteri terasa hati. Oleh itu isteri perlu melengkapkan kemahiran diri utk berusaha memikat suami dgn memasak sendiri.

- Hibah
(a) hibah yg diberikan kpd anak, boleh dibatalkan oleh si ayah (semasa si ayah masih hidup)
(b) hibah yg diberikan kpd seseorg yg bukan dr salah seorg anak, maka ianya tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan (selepas dr kematian si ayah).

Thursday, February 9, 2017

Adab Berdoa

- us Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir Kuliah Suboh Khamis 9-Feb-2017

Hadis dari himpunan 40 hadis Imam Nawawi

Allah Maha Pengampun lagi penerima taubat

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sampai ke awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan

Allah menunaikat hajat org yg banyak beristigfar

- Imam Ahmad bin Hambal tertarik hati pergi ke Basrah. Dlm perjalanan dia singgah di sebuah masjid dan berhajat utk bermalam di masjid. Lalu dipertemukan dgn seseorg yg ada di masjid. Lelaki itu kemudiannya mengajak Imam Ahmad utk bermlm di rumahnya. Lelaki ini adalah pembuat roti. Apbl di rumah dia menguli tepung roti sambil mulutnya tidak putus-putus beristigfar. Imam Ahmad kemudiannya bertanya kpd lelaki itu, kenapa dia tidak putus-putus beristigfar. Jawab lelaki itu dia diberitahu bhw amalan bertigfar sepanjang masa maka Allah akan menunaikan hajat org itu. Imam Ahmad kemudiannya bertanya apakah hajat yg belum tercapai. Lelaki itu berkata bhw dia berhajat utk bertemu dgn Imam Ahmad bin Hambal yg dikatakan oleh org seorg alim. Imam Ahmad kemudiannya memperkenalkan dirinya kpd lelaki itu.

- Adab2 berdoa
(1) antara hari yg mustajab doa adalah pd hari Jumaat
(2) berdoa sebelum masuk waktu Suboh
(3) berdoa dlm keadaan bermusafir
(4) selepas solat sunat hajat
(5) selepas beristigfar
(6) mulakan doa dgn selawat ke atas Rasulullah
(7) berdoa dgn suara yg rendah/perlahan

- perjuangan dlm diri (kita) utk melawan dari melakukan perkara kemaksiatan adalah berterusan hingga ke akhir hayat.

(a) sampaikan dakwah dgn memberikan harapan kpd org yg masih lagi lalai dlm kehidupannya. Berikan harapan bhw Allah Maha Pengampun dan berusaha utk kembali ke jln Allah, walaupun sebelum itu amat jauh dr melakukan kebaikan dan beramal kpd Allah.

Sunday, February 5, 2017

Dosa Besar ke-23 Mencuri

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 5-Feb-2017

- utk menjadi org yg dicintai oleh Allah dan penduduk langit, maka kita mesti mengetahui perkara2 yg tidak disukai oleh Allah, yg berdosa jika dilakukan.

- kalau seseorg itu meremeh dosa2 (kecil) maka dia telah melakukan perkara besar.

- barangsiapa yg hendak menjaga hati maka dia mesti mata (ie pandangan mata).

Dosa Besar ke-23 Mencuri

- mencuri itu maksudnya mengambil hak/harta org lain.

- org yg dicuri hartanya, maka dia adalah teraniaya. Org yg teraniaya itu tiada hijab di antara dia dgn Allah utk doanya.

- Rasulullah mengajarkan utk org yg ditimpa musibah:
(i) ucapkan Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
(ii) berdoa kpd Allah supaya dikurniakan perkara yg lebih baik dr yg telah dicuri/hilang.

- org yg mencuri yg telah diadili dgn adil, maka dia perlu dipotong tangannya.
(a) dlm keadaan di mana mencuri itu disebabkan kesesakan/kesempitan hidup, sedangkan masih ada lagi org yg mencuri secara terancang (spt mencuri harta kerajaan), maka si pencuri ini tidak boleh dikenakan hukum potong tanngan (mengikut hukum hudud), sebaliknya dikenakan hukuman denda kerana melakukan perbuatan mencuri.

(b) hukum hudud itu adil, bukannya terus menghukum pesalah tanpa diselidik dan  dibicara dgn adil.

Perkara2 yg perlu diambil kira:
(i) nilaian harta yg dicuri hingga membolehkan dikenakan potong tangan adalah satu per empat (1/4) dinar emas.

(ii) perlu dikaji sama ada harta itu dijaga atau tidak.
- jika harta yg dicuri itu tidak dijaga atau disimpan dgn cara yg baik oleh tuan punya, maka tidak boleh dijatuhkan hukum potong tangan.

(iii) perlu dilihat kpd keadaan si pencuri.
- adakah si pencuri dlm keadaan terdesak? Jika ia, maia tidak boleh dijatuhkan hukum potong tangan ke atasnya.

(iv) perlu dilihat/dikaji kpd saksi.
- adakah saksi itu melihat perbuatan mencuri itu? Adakah saksi itu bercakap benar?

- yg paling penting dlm menjalankan hukum hudud adalah keadilan.

Orang muflis di akhirat
- pencuri itu walaupun dia telah bertaubat di atas perbuatannya, tidak bermakna taubatnya kecuali dia memulangkan semula barang/harta yg dicuri itu. Kerana di Akhirat nanti tuan punya harta/barang itu akan menuntut semula harta/barang/haknya,

- pd hari akhirat byrn ganti rugi adalah pahala. Jika habis pahala telah diberikan kpd org lain, maka org yg mencuri itu menanggung dosa org yg dicuri. Keadaan ini dikatakan "org muflis".