Wednesday, June 29, 2011

Beradab dgn Al-Quran

- Us Nizam Kuliah Maghrib Selasa 28 Jun 2011 (**catatan kuliah)

- Adab dgn Al-Quran dr kitab Minhajul Muslim oleh Sheik Abu Bakar Jabir Al-Jazairi

- menghalalkan perkara yg halal adalah wajib, mengharamkan yg haram adalah wajib, menghalalkan perkara yg haram adalah berdosa, juga mengharamkan perkara yg halal, hukumnya berdosa.

1) Org yg beradap dgn Al-Quran mestilah menjaga adab apbl membaca Al-Quran:
(a)
Duduk dlm keadaan tenang dan beradab
- spt lengkap berpakaian.
- solat berlengeng (tanpa baju) mengikut syariat: tidak boleh bersolat tanpa memakaikan pakaian (ridak) di badan.


(b) Mulut perlu bersih, tidak berbau spt rokok, bau bawang putih (akibat dr memakan bawang putih mentah/ulam). 
- ditakuti malaikat Hafazah (yg menjaga manusia) berada jauh dr manusia. Setiap org dilindungi oleh malaikat, dikhuatiri akibat malaikat ini berada jauh dr individu, maka dia terdedah kpd hasutan iblis atau bencana malang/malapetaka.
 

(c) Mengadap qiblat.
 
2) Membaca dgn tartil ie memberikan setiap huruf akan haknya.
- sebutan huruf adalah penting, dan ini akan membernarkan hak huruf2 tsbt. 
- belajar makhraj huruf akan memudahkan bacaan Al-Quran dan mengindahkan lagu.

(a) jgn terlalu cepat

(b) jgn baca Al-Quran cepat dan menghabiskannya kurang dr 3 hari. Kecuali pd bulan Ramadhan. Kerana Nabi berpesan "barangsiapa yg menghabiskan Al-Quran kurang dr 3 hari, maka org itu tidak faham Al-Quran".

- Para sahabat menghabiskan bacaan Al-Quran setiap 7 hari, spt saidina Umar ra.

- pd zaman Nabi, makhruh berjaga mlm terlalu lama selepas solat Isyak, tujuannya adalah utk membolehkan mereka bangun bersolat/beramal pd sebelah awal pagi (2/3 mlm).
 
(c) seorg muslim apbl membaca Al Quran, dia mestilah beriltizam utk khusyuk membaca Al-Quran
- hendaklah menzahirkan kesedihan apbl membaca Al-Quran, menangis atau dlm keadaan ingin menangis. Sebagaimana kata Nabi, "bacalah Al-Quran dan menangislah pd tempatnya".

(d) hendaklah mencantikkan suara. Memperbaiki bacaan Al-Quran dgn melagukannya.
- seorg lelaki membaca Al-Quran dan mengharapkan utk dipanggil oleh manusia sebagai qari (riak), dia akan diseret mukanya dan dicampakkan dlm neraka.

(e) hendaklah dia merendahkan suaranya. Jika dia takut ada sifat riak atau rasa menunjuk2 atau rasa mengganggu solat jemaah lain.
- spt mana ada dlm hadis Nabi "org yg kuat membaca Al-Quran spt kuatnya ketika bersedekah. Sesungguhnya sunat bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Namun ada pengecualian utk sedekah utk dibuat secara terang-terangan utk menggalakkan org lain turut sama bersedekah."
 

Monday, June 20, 2011

Ikhlas

- Us Azhar Kuliah Subuh Sabtu 18 Jun 2011 (**catatan kuliah)

Ikhlas
kata dasarnya adalah khalasa
-khalasa= sesuatu yg pernah bercampur dan kemudian dibersihkan.
-Mukhlasin= org2 yg terpilih

-org2 yg terlepas dr godaan iblis adalah org2 yg terpilih.
 
-al durjani mendafsirkan ikhlas sbg: tidak mencari makhluk utk menjadi saksi kpd amal yg dilakukan.
-spt juga dlm bab sedekah, org2 terdahulu mencari penerima sedekah dr kalangan org2 buta, atau fakir2 yg sedang tidur.
-sikap yg tidak mengharap dirinya telah ikhlas. Bermakna dia berterusan amalan ikhlasnya.

Ciri2 ikhlas

1. hanya kerana Allah.
-kisah Umar Abd Aziz:, jika Umar Abd Aziz sedang berkhutbah, dan dia merasa ujub akan dirinya, maka dia memendekkan khutbahnya. Ketika dia menulis surat dan dia merasa ujub maka dia mengoyakkan surat tsbt. Ujub adalah suatu penyakit hati yg mendatangi hati sewaktu beramal kpd Allah.

-merasakan kekuatan utk beramal adalah dr Allah, maka dia berniat kerana Allah Dan meneruskan amalan tersbt.

2. Sentiasa memperbaiki kualiti amal.
-amal berkait rapat dgn hati. Sbb itu setiap amal yg baik dimulakan dgn basmallah.
-dlm hadis Nabi: 
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

-Allah melihat hati dan amalan kita. Ilmu fekah adalah berkenaan amalan manusia dgn 5 hukum. Halal, haram, sunat, harus dan makruh.
 
-hati ibarat raja dan badan itu ibarat pengawalnya. Kejayaan dunia adalah berdasarkan usaha, tetapi kejayaan akhirat adalah berdasarkan hati.

- 3 perkara yg menyokong manusia (menjadi hebat)
1). Ikhlas
-org yg beramal tanpa ikhlas, ibarat berjln di pdg pasir dan membawa bekalan yg penuh  dgn pasir.
-sebaik-baik amal manusia adalah yg benar dlm amalannya dan ikhlas.
2). Solat.
-solat dgn cara yg betul, menjaga keperibadian individu tsbt.
3). Taat.
-ketaatan menjaga seseorg dr menyimpang dr melanggar perintah Allah.

Beradab dgn Al-Quran

- Us Nizam Kuliah Maghrib Selasa 14 Jun 2011 (**catatan kuliah)
 

Ajaran sesat
- asas/punca ajaran sesat dr tariqat, dan pelajar tsbt tidak mempunyai fahaman yg kukuh ttg ajaran Islam. Akibatnya dia mengambil pentafsiran sendiri terhdp Al-Quran dan hadis, dan buleh mempengaruhi org lain. Oleh itu ajaran sesat perlu dihapuskan dr terus menular di kalangan masyarakat.
 
Kitab Minhajul Muslim oleh Sheik Abu Bakar Jabir Al-Jazairi.
-doa seorg lelaki terhadap seorg saudaranya yg lain yg tidak ada dihadpnnya, maka doanya mustajab. Berdoa dlm solat tahajud, amat mustajab.

-Sheik Abu Bakar Jabir al-Jazairi menolak permohonan sesorg utk mencium tangan kerana dia tidak meminta dicium. Sebaliknya dia menasihati org tsbt utk mendoakan utknya.
 
Fasal ke-3: Beradab dgn Al-Quran
-dr sebuah hadis Rasulullah: Sesungguhnya hati2 itu akan berkarat, seolah2 besi itu berkarat.
-bila hati sudah berkarat, dosa tidak dianggap suatu yg berat, mudah utk org itu melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah.
 
-para sahabat bertanya apakah ubat utk hati yg berkarat, dan jawab Baginda:
1) membaca Al-Quran
2) mengingati mati, dgn cara menghadiri majlis2 ilmu.

-Muaz ibn Jabal: diutus oleh Rasulullah ke Yaman. Dia rindu terhdp majlis2 ilmu dan menulis "mengajak para2 sahabat utk duduk sebentar utk meningkat iman, agar tidak berkarat".

-kata
Sheik Abu Bakar Jabir al-Jazairi: suatu ketika, dtg seorg kafir yg amat memusuhi/benci Rasulullah. Dia meminta Rasulullah utk membaca Al-Quran utk menyaksikan sendiri kehebatan Al-Quran. Rasulullah membacakan ayat " innallah ha wa mala ika tahu anil fahsya iwal munkar...". Bila Rasulullah berhenti membaca dia terus meminta utk diulang semula ayat2 tersbt. Dia merasa hairan terhdp isi dan keindahan ayat tsbt yg walaupun pendek tetapi membawa maksud yg sgt indah.  Dia kemudiaannya terus mengucap syahadah , dan berkata ada kemanisan apbl mendgr ayat2 tsbt, dia yakin ayat2 itu bukan disebut oleh manusia, dia yakin Al-Quran itu dtg dr Allah.

-apbl sesorg yg beramal dgn Al Quran dia akan menghalalkan perkara2 yg dihalalkan oleh Al-Quran, mengharamkan perkara2 yg diharamkan
Al-Quran, akhlak spt yg diajarkan oleh Al-Quran.

-sesunggunhnya sesiapa yg membaca
Al-Quran, maka Al-Quran akan menjadi hujah kpd pembacanya. Apbl berhadpndgn Allah, Al-Quran akan mendatangi kita dan berhujah di Padang Mahsyar kelak.

Adab2 membaca
Al-Quran
1) membaca
Al-Quran dlm keadaan pakaian yg sempurna,
2) berwuduk, (menghormati kitab Allah)
3) bersih,
4) mengadap kilat,
5) duduk dlm keadaan tenang.

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar (membunuh)

- Us Shairozi Kuliah Maghrib Ahad 19 Jun 2011 (** catatan kuliah)

--> sambungan bab dosa2 besar ke-2 ie membunuh.

-para sahabat bertanya kpd Rasulullah ttg dosa yg paling besar, jawab Baginda:
1) mensyirikkan Allah
2) membunuh anak kerana takut tidak dpt memberi makan kpd anak itu nanti
3) berzina dgn isteri jiran

-sabda Nabi terhdp 2 org Islam yg bergaduh dan kedua-dua mempunyai senjata, pembunuh dan yg dibunuh akan dimasukkan dlm neraka. Sahabat bertanya kenapa ke2-2 mereke masuk neraka. Jawab Nabi kerana yg dibunuh itu juga berusaha bersungguh-sungguh utk membunuh, maka ke2-2nya masuk meraka. 

-kata imam xxx, org itu melakukan pembunuhan kerana atas sbb dunia (kedudukan/pangkat/kuasa/harta) atau permusuhan (dendam/hasad) atau sbb asobiyah (taksub kpd sesuatu kumpulan/parti/suku/kaum).

-peliknya manusia kerana hidupnya mengumpul harta utk ditinggalkan utk org (anak/isteri), beruntunglah manusi yg mengumpulkan harta utk dibawa mati ie harta yg dikuniakan oleh Allah kpdnya yg dikeluarkan pd jln Allah (spt sedekah/fisabilillah).

-bagaimana kematian
seorg Islam yg berbunuhan yg tidak masuk neraka?
1) jika berlaku pembunuhan sewaktu mempertahan negara dr kumpulan pemberontak (bugho), maka kematian itu tidak masuk neraka kerana mempertahankan negara/syariat Islam yg telah tertegak.
2)mempertahan diri dr perompak/penceroboh (rumah/maruah). 
-namun sekiranya penceroboh/pencuri itu melarikan diri, dan dikejar hingga dia tertangkap, maka pd ketika itu hukumnya haram utk dia dibunuh. Penceroboh/pencuri itu mesti ditangkap dan diserahkan kpd penguasa, utk dijatuhkan hukuman. Sekiranya org yg mengejar dan setelah dpt menangkap penceroboh/pencuri itu lalu dibunuh penceroboh/pencuri itu, maka dia akan masuk neraka.

-Dosa sesama manusia adalah yg berkaitan dgn darah.

-Sumpah palsu hingga buleh menyebabkan kematian org (Islan) yg dituduh, maka mereka yg bersumpah dgn sumpah palsu itu akan dimasukkan dlm neraka, dan mereka itu akan lemas di dlm neraka.

Hukum membunuh org kafir:
1) Tidak berdosa - hukum membunuh org kafir yg menentang agama Islam, maka tidak berlaku dosa besar.
2) Berdosa -hukum membunuh org kafir (zimmi) yg taat kpd pemerintahan Islam.
-sabda Rasulullah: barangsiapa yg membunuh org kafir zimmi (yg ada perjanjian dgn pemerintahan Islam), dia tidak dpt mencium bau syurga, walaupun bau syurga itu dr jarak 40 tahun perjalanan.

Balasan kpd org yg membantu hingga terbunuhnya seorg muslim:
-memberi pertolongan utk membolehkan seorg Islam dibunuh, sekalipun dgn satu perkataan, matinya nanti tertulis di dahinya org yg terputus rahmat Allah. 

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar

- Uz Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 5 Jun 2011 (** catatan kuliah)

- apbl masuk bln Rejab, maka kehadiran Ramadhan menghampiri kita, dgn itu kita diminta berlatih berpuasa. Setidak-tidaknya Isnin dan Khamis.

Dosa besar.
1. Dosa besar pertama ialah syirik kpd Allah. Syirik yg jelas dan riak
2. dosa besar ke-2 ialah membunuh ie menghilangkan nyawa sesorg dgn niat membunuh.

Membunuh
- melakukan sendiri, merancang, memasukkan racun, dgn niat utk membunuh. balasannya dia masuk dlm neraka dan kekal dia di dlmnya.
- sifat org beriman: 1. Dia tidak membunuh, 2. Tidak berzina. barangsiapa melakukan perkara di atas, Allah ancam akan dilipat gandakan azab di akhirat. Dan di akan kekal di dlm neraka. Kecuali org yg bertaubat.
- dosa besar tidak terhapus kecuali dgn taubat nasuha. Jika yg membunuh dia perlu menyerah dia kpd pihak berkuasa. Dia perlu bertaubat, beriman dan beramal.
-  balasan utk pembunuh janin: di akhirat nanti dia akan bertanya semula kpd ibu bapanya, apakah dosanya hingga dia dibunuh.

7 perkara yg membinasakan (dosa besar)
1. syirik kpd Allah
2. sihir
3. membunuh
4. mkn harta anak yatim
5. makan riba
6. lari dr medan perang
7. menunuh perempuan yg baik melakukan perkara2 yg keji (spt zina).

- kata saidina Abas, yg 7 itulah kepala2nya dan di bwhnya ada 70 kategori.
- Sorg lelaki pernah bertanya Rasulullah, apakah dosa paling besar? Jawab baginda, apbl kamu jadikan Allah memunyai sekutunya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, sorg yg membunuh janin kerana takut tidak dpt memberi makan kpdnya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, berzina dgn jiran.

Maka turun ayat surah Al-Furqaan ayat 68.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- termasuk juga dlm syirik iut adalah melakukan amalan dgn riak.
- merancang keluarga  (azal) dibenarkan kerana tidak terbentuk janin.

- Apbl org islam berbunuhan sesama sendiri, maka mereka yg dibunuh dan mereka yg membunuh, di balas azab neraka. ...bersambung di kuliah seterusnya.