Sunday, November 13, 2011

Kitab Minhajul 'Abidin

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 13-Nov-2011

Kitab Minhajul 'Abidin

Sifat2 terpuji memudahkan sesorg hamba utk menjlnkan amal2 kpd Allah. Syaitan menggoda hamba Allah utk melengah dan melalaikan seaorg dr beribadat kpd Allah.

Beberapa ringtangan yg melalaikan seseorg hamba dr beribadat kpd Allah. Syaitan melalaikan dan menyengkang dr menunaikan ibadat yg sempurna, melalui 4 perkara bkt:

1. Rezeki - nafsu sgt berkehendak kpd makan. Mkn dan minum tatapi jgn membazir.

2. Perkara yg membimbangkan, atau yg dikhuatiri, atau yg diharap2kan - jangan menipu dlm melakukan segala perbuatan, kerana akhir perbuatan adalah samar2 dan membimbangkan dan menjadikan sembahyang tidak khusyuk.

3. Keberatan yg menimpa akibat dr perkara yg tidak dilaksanakan - cth wang zakat perlu dikeluarkan, kerana pelbagai musibah akan menimpa sekiranya ada hak asnaf dlm wang/harta simpanan kita.


Nafsu perlu dimujahadah,

- apbl sesorg keluar rumah ke masjid/surau utk beribadat, malaikan mengiringinya, kemudian namanya dilaungkan oleh malaikat.

- lebih byk amalan kpd Allah lagi byk/tinggi cubaan dr syaitan utk melalaikan


4. Berbagai peringkat ujian dr masa ke semasa - syaitan menggerakkan pelbagai halangan dan manusia utk melalaikan sesorg dr melalaikan.


4 cara utk melawan 4 perkara tadi:

1. Bertawakal - setiap rezeki yg kita dpt perlu kita bertawakal kpd Allah. Berikhtiar sehabisnya utk mendptkan rezeki, hasilnya: isteri akan taat dan patuh kpd suami, anak2 akan menjadi anak yg menuruti kata2 ibu bapanya. Apbl kita diuji maka bermuhasabahlah utk memperbaiki amalan kpd Allah. Apbl hendak membuat sesuatu dia akan berfikir terlebih dahulu supaya tidak membazir, atau perbuatan itu tidak mendtgkan faedah. Nafsu akan menybbkan kita lupa dan lalai. Al-Quran akan melawan syaitan, dan nafsu.


Baca Al-Quran 1 ain, hembuskan ke tapak tangan dan sapu seluruh badan . Ianya menjadi penawar penyakit.


2. Sifat harap dan takut/gerun kpd Allah. - Harap mendpt/diterima oleh Allah dan takut/gerun akan balasan Allah. Dr amalan2 iru kita berharap mendpt keberkatan hidup, pahala dan kebaikan dr Allah. Serta mengharapkan karamah yg mulia, (semua makhluk2 Allah) berdoa terhadapnya, menjadikan dia taat kpd Allah.


Membayangkan azab dan seksaan neraka menjadikan sesorg utk terus taat kpd Allah.


Menjauhkan seseorg dr mendekati maksiat. Apabl byk amalan buruk/maksiat, maka akan melemahkan hati seseorg utk beribadat kpd Allah.


2 perkara yg merosakkan amalan:

1. Riak

2. ujub


Bersambung.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 4, 2011

Samb. qunut

J- Us Hasnan Kuliah Maghrib Jumaat 4-Nov-2011


- Puasa sunat hari arafah adalah sunat kpd org yg tidak menunaikan haji. Diampunkan dosa (dosa kecil) org itu sethun yg lalu dan setahun yg akan dtg.


- hari arafah adalah hari yg paling mulia. Tidak ada satu hari kecuali hari arafah ie Allah selamatkan org dr azab neraka.


- niat: shj aku puasa hari arafah kerana Allah Ta'ala.


- samb. Qunut

- fainna qatakdi wala yukhdho 'alait.  Ini bukan lg doa, ia adalah sanat.

- sunat berselawat ke aras Nabi diakhir qunut. Sunat mengangkat tangan menadah tangan (spt kebiasaan org berdoa), tidak disunatkan utk disapu ke muka.

- Imam membaca kuat dan makmum pula mengaminkan.

- doa makmun aminkan, apabila tiba pd sanat (pujian) disebut sendiri oleh imam dan makmum.

-fa inna qatakdi..., hanya Allah yg berkuasa mutlak dlm menetapkan qadak dlm kalangan makluk2Nya.

-org beriman akan sentiasa berserah kpd Allah atas setiap perkara.


- innahu wala yadzillu man walaita -

- org yg taat Allah dan meninggalkan larangan Allah, maka dia akan dimuliakan. Dalil: surah Ali-Imran ayat 139.


- org g beriman sentiasa menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


- menjadi imam dan sembahyang jenazah mempunyai persamaan, ie perlu diuruskan oleh ahli kariah.

-- imam perlu dilantik dr kalangan ahli kariah. Makhruh diminta org luar kariah mengimakkanbsolat.

-- jenazah perlu diuruskan oleh ahli kariah tempat dia tinggal. tanggugjawab fardu kifayah adalah ke atas ahli kariah, bukan ahli kariah lain. Dikhuatiri jenazah itu mati dlm keadaan murtad dan di bawa ke kariah lain utk disembahyangkan. Ahli kariah perlu terlebih dahulu menyiasat mana2 jenazah yg bukan ahli kariah utk mengelak dr menyembahyangkan jenazah org yg murtad.


- wala yaizzu man 'adaita,

- sesungguhnya tidak mulia org yg memusuhi Allah. Begitu juga disisi org yg mulia dia disisihkan.

- kadang2 org yg memusuhi Allah disanjung oleh manusia. Manusia yg memulikan org sebegini adalah sebenarnya juga memusuhi Allah.


- ta ba rakta ...

-- Maha Suci Allah dr melakukan kesilapan. Maha Tinggi kuasa Allah dr dikalahkan oleh kuasa makhluknya.


- falakalhamdu ala ..

-- segala pujian bg Allah utk segala perkara/qadak yg ditentukan.


- doa bermula semula dr falakalhamdu..., kemudian disunatkan utk menutup qunut dgn selawat ke atas Nabi.


Published with Blogger-droid v2.0