Sunday, February 19, 2012

Dosa Besar ke-4, Dosa Meninggalkan Solat

-Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 18 Feb 2012

Dosa Besar ke-4 ie Meninggalkan Solat dlm bab solat yg sempurna


1. Solat yg tidak sempurna kerana solatnya laju (yg memetuk-matuk sujudnya), rukuknya tidak betul, dan sujudnya tidak betul.


- suatu hari sorg lelaki masuk ke masjid Nabi, selepas solat dia memberi salam kpd Rasulullah. Rasulullah menyuruhnya bersolat semula, dia solat semula spt solatnya yg tadi. Rasulullah menyuruhnya solat semula. Bila dah solat kali ke-3, lelaki tadi berkata bhw dia tidak tahu cara bersolat dan meminta Rasulullah mengajarkannya solat. Lalu Rasulullah berkata, apbl kamu berdiri dan takbirlah, kemudian baca Al-Fatihah, kemudian rukuk dgn tomakninah, sehingga kamu tenang, kamu bangun semula (iktidal), kemudian sujud hingga kamu tomakninah, kemudian kamu duduk dgn tomakninah, kemudian sujud dgn tomakninah, dan buatlah dlm kesemua solat kamu.

- biasanya solat laju adalah waktu berseorangan.


- tomakninah:

-- tidak dikira pahala seorg itu jika rukuknya tidak lurus (lurus di antara punggung dan bahu)

-- belakang perlu tegak/lurus ketika rukuk dan sujud.

-- setiap anggota perlu berada di tempatnya.

-- tiada tomakninah spt mencuri dlm solat. Kata Rasulullah, org yg mencuri dlm solat adalah apabila tak sempurna bacaan Fatihah, tidak ada tomakninah dlm rukuk dan sujudnya.


- Nabi berkata Allah tidak melihat solat org yg solatnya tiada rukuk dan sujudnya (ie tiada tomakninahnya).


Mencuri dlm solat:

- Nabi ulang 3x utk sifat org munafik iaitu sengaja melengah2kan solat dan apbl telah hampir luput waktu maka barulah mereka bergesa2 utk bersolat. Ke2 dia bersolat dgn laju, ke3 tiada berzikir selepas solatnya.


- beruntung solat berjemaah, adalah tiada terlibat dgn sifat org munafik.

- kata Abi Abdullah, sewaktu Nabi bersama para sahabat selepas solat (Nabi akan bersama para sahabatnya di masjid utk mensengar bacaan Al- Quran dan mengajarkan kpd para sahabat), kemudian dtg seorg lalu bersolat. Nabi kemudiannya memberitahu para sahabat dan menunjuk kpd org yg tengah bersolat tadi. Kalaulah org ini mati selepas solatnya itu maka dia mati bukan dlm ugama Muhammad.


- dlm hadis lain (hadis ini hadis daif), sewaktu solat ada 2malqikat yg memmerhatikan solat seserg itu. Satu malaikan berada di sebelah kanan, dan satu lagi disebelah kiri. Apbl selesai solat, ke 2-2 malaikat tadi akan membawa solat tadi mengadap Allah, jika tidak diterima solatnya oleh Allah, maka akan dilemparkan solat itu ke muka org tersbt.


- jika berwuduk dgn sempurna, kemudian dia bangun utk bersolat, dan menjaga solatnya, maka selesai solat tersbt solatnya akan naik mengadap Allah dan diterima oleh Allah, solat akan mendoakan kpd org tadi dan akan menjadi syafaat kpdnya di akhirat nanti.


- Hadis daif ini buleh diguna pakai utk diambil iktibar.


Mencuri dlm solat

- kata Salman Al-Farisi, berkata Rasullah, solat itu adalah spt timbangan, jika solatnya tidak sempurna, samalah org yg mengurangkan timbangan solatnya spt tidak sempurna Fatihahnya, tidak sempurna rukuk dan solatnya. Oleh kerana dia menipu dlm solatnya, maka tidak diterima solatnya, maka dimasukkan dia dlm neraka mutaffifin.


- kata Ibn Abbas ra, apbl seseorg itu sujud maka dia perlu letak dahi, hidung dan telapak tangannya ke lantai/tempat sujud


7 anggota sujud:

1. dahi dan hidung (dikira satu pakej)

2. 2 tapak tangan

3. 2 lutut

4. 2 hujung kaki


Tiada halangan pada dahi spt rambut atau kain. telapak tangan bermaksud keseluruhan tapak tangan mencecah lantai/sejadah, bukannya hujung jari.


Hadis ini hadis yg soheh. Perlu jaga 7 anggota sujud utk menggelak laknat dr Allah.


- kiranya ada org yg menegur solat kita maka ucapkanlah terima kasih kerana dia membetulkan solat kita.


- ada dua bab solat lagi, sambung 2 minggu lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4