Saturday, September 29, 2012

Kuliah Hadis

- Us Xx Kuliah Maghrib Sabtu 29-Sep-'12

Hadis:  dunia ini adalah penjara bagi org beriman, dan syurga bagi org yg tidak beriman/kafir.

Tafsiran: al-Hafiz Ibn Hajar as-Khalaini (gelaran hafiz diberikan kpd mereka yg hafal sekurang2nya 300 ribu hadis).
- beliau pernah dilantik sbg ketua hakim negara (Mesir). Pd suatu hari ketika menaiki kereta kuda, seorg yahudi menahannya utk bertanyakan tafsiran hadis di atas.
- si yahudi td keliru kerana keadaan Ibn Hajar berbeza dgn hadis itu ie Ibn Hajar berkeadaan kaya berbeza dgn hadis, berbanding dirinya yg bukan Islam dan tidak kaya. Ibn Hajar mengatakan di dunia kita perlu berusaha mencari kekayaan disamping itu menjaga diri utk tidak terjerumus ke dlm neraka di akhirat nanti.

-Golongan pertama (lelaki): Imam Nawawi mensyarahkan bhw ada malaikat yg tugasnya memukul manusia yg dimasukkan dlm nereka.

-Golongan ke2: perempuan2 yg berpakaian yg seolah2 berbogel (pakaian nipis, menampakkan susuk tubuh; apbl berjalan dilenggok2kan badannya (lebih dr kebiasaan apbl perempuan berjalan); kepala mereka spt bonggol2 unta) mereka ini tidak masuk syurga, tak bau pun syurga.

- Hubungan dgn manusia (m2m)
- spt dgn ahli keluarga, jiran, bermuamalat (jual-beli), bekerja.
- kadang2 hubungan m2m lebih kompleks berbanding hubungan dgn Allah
- ulamak fekah membahagikan kpd beberapa jenis hubungan m2m dan yg paling besar adalah muamalat.

a) bermuamalat dgn riba mesti dijauhkan, ancaman yg disebutkan dlm Al-Quran adalah utk meninggalkan saki-baki riba. Al-Quran menyebut ancaman perang ke
b) riba bermula dr zaman yahudi (hingga kini). yahudi menguasai emas dan mereka menolak sekeras2nya matawang berasas dinar yg sedang digerakkan oleh org2 islam.
c) mereka yg makan riba apbl bangun di akhirat nanti seolah2 dirasuk syaitan.
d) jual beli emas mesti dgn emas fizikal, belian di internet tidak mempunyai emas secara fizikal. Terdpt keraguan dlm transaksi sebegini. Takut2 kita terlibat dlm transaksi berasas riba menggunakan emas sebagai tarikan utk melabur.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 23, 2012

-Us Zainal Abidin kuliah Suboh Ahad 23-Sep-'12
Penghalang manusia dr melakukan ibadah

Penghalanh #2 Manusia:
-Manusia sering melalaikan kita dr mengingati Allah.
-Sulaiman al-Khawwaz, apbl dikhabarkan kedatangan Ibrahim Adaham dia menjawab "adalah lebih baik bertemu syaitan drpd Ibrahim Adaham. Kerana apbl bertemu Ibrahim Al-Khawwaz aku akan berpura2 lebih baik, tetapi apbl bertemu syaitan aku akan berusaha utk menjaga amalan kpd Allah." ,katanya.

-Ada 2 sikap apbl bertemu manusia (1) Al uzlah - bergaul (2) tidak dibenarkan ber uzlah.

- hadis Nabi: seorg mukmin yg bercampur dgn org ramai, dan dia boleh bergaul dgn org ramai dan dia boleh mengawal hatinya adalah lebih baik. Jika dibimbangkan masyarat sekelilingnya akan terpengaruh dgn keburukannya maka adalah lebih baik baginya tidak bergaul dgn masyarakat sekelilingnya.

- Video innocent of muslim dan dlm masa yg sama Perancis membenarkan pengedaran karikatur menghina Islam. Isu ini sengaja dipaparkan utk mengalihkan perhatian org Islam dr isu Palantin dan Masjidil Aqsar. Tindakan membunuh duta US di Libya adalah tindakan yg bertentangan dgn ajaran Islam dlm menangani isu video ini, tindakan perlu dikenakan kpd org yg membuat, mengedar dan mempromosi.

- Org yg berpengetahuan dan berilmu perlu menggauli masyarakat utk membetulkan masyarakat sekelilingnya dgn ilmu yg ada padanya dan menggunakan ilmunya utk memperbetulkan kesilapan masyarakat secara hikmah.
- Hikmah, disokong oleh ilmu pengetahuan.
- ulamak adalah pewaris2 nabi.
- apbl sesuatu urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaannya.
- jangan berebut2 mendptkan jawatan (masjid/surau) semata2 utk mendptkan wang dan apa2 pakej lain, berilah jawatan tersbt kpd mereka yg berusaha memakmurkan/imarah masjid/surau.
- Abu Bakar Furak seorg ilmuan fikh, ugama dan makna Al-Quran, dia bercita2 tidak bergaul dgn org ramai kerana hendak menumpukan kpd ibadahnya kpd Allah.
-- maka ketika beliau berada di sebuah bukit dia mendengar suara " wahai abu bakar sedang kamu berusaha meningkatkan ilmumu, kamu telah meninggalkan masyarakatmu dlm kejahilan".
-- perkara spt (mendgr suara) ini bukan perkara mustahil yg berlaku selepas kewafatan Nabi. Cerita abu bakar ini boleh dijadikan iktibar.
-- kata2 seseorg itu boleh diambil atau ditolak, melainkan kata2 Rasulullah.supaya kita tidak menjadi taksub kpd seseorg.
-- Abu Bakar Al-Furak ini ditegur kerana ada perkara yg lebih penting utk memberi petunjuk kpd masyrakatnya utk membetulkan kejahilan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 17, 2012

Surah Al-Ala Ayat 87:1 hingga 19

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 17 Sep 2012


Surah Al-Ala (Sabbihis) (surah ke-87) Ayat 1 hingga 19


Takwa mondominasi dan memandu diri kita apbl nafsu dpt dikawal. Latihan di bln Ramadhan adalah utk membentuk kekuatan iman dan melemahkan dan mengawal nafsu.

Mengekalkan ibadah di bln Ramadhan:
1. Perbanyak solat sunat,
2. Kekalkan amalan bersedekah,
3. Kekalkan amalan baca Al-Quran, kalaupun tidak sempat 1 juzuk, bacalah 1 m/surat,
4. Kekalkan solat malam.

Utk meningkatkan iman di bln Ramadhan, memang byk halangan (perintah jangan buat). Perintah2 itulah utk meningkatkan ibadah.

Membentuk iman dan utk menjaga iman, maka amalan2 di bln Ramadhan perlu diteruskan.


Surah Al-Ala:
1. Semua ayat dlm surah Al-Ala dimatikan dgn 2 harkat.

Ayat 87:1

A001
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),


2. Pengecualian adalah pd Ayat 6 dan ayat 17 ie buleh dibaca (semasa mamatikan ayat) dgn 4, 5 atau 6 harkat hanya dan hanya jika dibaca bersambung dgn ayat selepasnya.

Ayat 87:6

A006

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

 

Ayat 87:7

 A007

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

 

Ayat 87: 17

A017

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


Ayat 87:18

A018 

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -


3. Hati2 bila membaca pd ayat 11 kerana perbezaan makna antara "asqa" ie org yg sangat celaka, berbeza makna dgn "atqa" ie org yg bertakwa.


Ayat 87:11

A011

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,


4. Nabi suka surah ini dan dlm byk solat Nabi akan membaca surah ini dan surah Al-Ghasyiah ie dlm solat sunat hari raya dan solat Jumaat.

Published with Blogger-droid v2.0.9