Sunday, October 21, 2012

Hukum hakam mengenai ibadah korban dan aqiqah

-Us Zaini Yahya Kuliah Maghrib 21-Okt-2012

-hadis: barangsiapa yg ada kemampuan namun dia tidak berkorban, maka jangan dekati masjid ini.
-mazhab Hanafi mentafsirkan hadis tsbt bhw korban adalah wajib ke atas org yg mampu.

-10 hingga 13 Zulhijjah adalah waktu yg disunatkan berkorban ie pd Hari Raya Aidiladha dan 3 hari berikutnya ie hari tashrik, sebelum terbenam matahari 13 hb Zulhijjah.

-korban adalah satu peluang utk kita beribadat. Darah sembelihan itu sebelum ianya tumpah ke tanah, maka telah diampunkan dosa org yg berkorban.

-Imam Nawawi:
1) korban adalah wajib jika bernazar. Keduanya jika seseorg membeli haiwan korban dan menentukan bhw haiwan itu utk dikorbankan.

2) Disunatkan org yg telah berniat utk berkorban, pd 10 Zulhijjah tersbt menahan dirinya dr bulu2, dan kukunya.
-Mengikut amalan org di Mekah di mana mereka tidak bertahallul.
-bermula dr masuk maghrib 9 Zulhijjah.
-dia disunatkan menyembelih sendiri haiwan korban tersbt. (Nabi saw sendiri menyembelih haiwan korban). Boleh diwakilkan kpd org yg berkemampuan utk menyembelih haiwan tersbt.
-pernah dlm satu ketika dr 100 ekor unta, Nabi saw menembelih 63 ekor unta. Selebihnya disembelih oleh seorang sahabat.
-disunatkan utk melihat sendiri haiwan korban disembelih. Nabi saw menyuruh Fatimah melihat sendiri haiwan korban disembelih.
-unta: umurnya sudah masuk thn ke 6.
Biri2: 2 thn
Kambing: 2 thn masuk thn ke3

-harus haiwan itu jantan atau betina. Boleh juga haiwan yg tlh dikasi. Nabi saw pernah berkorban dgn 2 ekor kibas ygbtlh dikasi. Kasi tidak mengurangkan berat/isi/daging haiwan yg dikasi.

-boleh dikongsikan utk 7 bahagian.
-dr 7 bhgian tersbt boleh dikongsikan antara korban, aqiqah, dan juga bukan utk tujuan korban atau aqiqah (sedekah atau utk kegunaan sendiri). Kita boleh berniat pahala korban utk sama ada yg hidup atau yg telah mati, dgn setiap 1 bhgn daging korban, (lakukan korban utk keluarga, menggunakan 1 nama sahaja utk semua bhgn korban yg diambil/dikorbankan).

-kambing tidak boleh dikongsikan.

Keutamaan haiwan korban:
-lebih afdal adalah unta, kemudian lembu, kemudian biri2 kemudian kambing.

syarat2 pemilihan haiwan korban:
-lebih belok yg gemuk (byk daging).
-tidak boleh dipilih dr haiwan yg gila, terpotong sebhgn dr anggotanya, tempang, buta sebelah, berkudis. Tetapi buleh yg tidak bertanduk, telinga berlubang (bertindik).

Masuk waktu berkorban:
-matahari kira2 setinggi galah, solat sunat hari raya, kuthbah raya dan setlh pulang ke rumah seketika.

-siapa yg bernazar utk haiwan yg dibelinya:
1) sekiranya haiwan itu hilang atau dicuri sebelum masuk waktu berkorban, maka gugur kewajipan baginya utk berkorban. Jika selepas masuk waktu korban, maka dia perlu gantikan haiwan nazar utk dikorbankan pd tahun itu.
2) Jika dia terlupa hingga selepas waktu berkorban, maka dia mesti segera melaksanakan korban tersbt (walaupun ketika itu selepas waktu berkorban).

-mesti berniat yg melakukan korban semasa hari korban tersbt. Jika diwakilkan maka perlu mengetahui harga haiwan sembelihan, sebagai akad membeli, selebihnya mungkin upahbdan kos pengurusan. Sekurang2nya kita tahu harga kos haiwan korban tersbt.

-jika haiwan korban itu bukan nazar, maka dia boleh mengambil daging sembelihan. Daging sembelihan boelh diberikan kpd org kaya. Daging sembelihan tidak boleh dijual. afdalnya, disedekahkan daging korban dan diambil sedikit utk keluarga.

-anak haiwan yg lahir dr haiwan yg dinazarkan utk dikorbankan,  mesti disembelih juga.

-bolehkah kita buat korban utk org yg tlh meninggal?
Lebih afdal kita buat sendiri dan niatkan utk sedekahkan pahala utk org yg telah mati tersbt.
Sekiranya adalah wasiat maka ianya menjadi wajib.

Aqiqah:
-seafdalnya pd hari ke7 selepas kelahiran.
-sunat utk ditimbang rambut bayi tersbt dgn kadar emas dan disedekahkan kpd org miskin.
-belah mulut; afdalnya dikunyahkan kurma (seafdalnya oleh org alim) dan dicolekkan ke lidah. Pd zaman Nabi saw, para sahabat membawa bayi kpd Rasulullah saw utk diberikan kurma yg dikunyah oleh baginda.

-bg korban dihadiahkan daging yg belum dimasak. Bagi aqiqah dimasak dgn tidak terlalu pedas.

-Tulang adalah makanan jin,  oleh itu hendaklah ditanam atau dikumpulkan dlm bekas sebelum dibuang.

-Bagaimana jika haiwan korban terpotong sedikit ekornya, bolehkah dibuat korban?
Boleh kerana ianya tidak mengurangkan isi/daging haiwan tsbt.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 20, 2012

Menyampaikan Ilmu

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 20-Okt-2012

-Pd zaman Rasulullah saw, para sahabat menyampaikan maklumat (spt ayat Al-Quran yg baru diturunkan Allah kpd Nabi, seseorg masuk Islam, seseorg yg murtad) dgn tepat tanpa menambah tokok perkataan yg disampaikan oleh Rasulullah. Sebaran dilakukan di mana2 sahaja termasuk pasar dan jalan2 raya. Berita yg disebarkan bukan sahaja didengar oleh org Islam malah yg bukan Islam termasuk org yahudi.

-org yahudi cuba mengubah ayat2 Al-Quran dan menyebarkannya. Namun para sahabat yg hafaz segera menyangkal dan membetulkan keadaan, kerana adanya sifat menyampaikan yg bersungguh2 menyebabkan para sahabat bersungguh2 menjaga ugama Islam.

-hari ini kita tak bersungguh utk menyebarkan Islam kpd keluarga dan org lain. Menyebabkan generasi hari ini tidak faham Islam dan banyaknya maksiat.

-barangsiapa yg tiada niat utk berjuang fisabilillah maka matinya sia-sia.

-tidak berganjak 2 kaki anak Adam di Padang Mahsyar selagi tidak menjawab 4 perkara (1) umur (2) ilmu (3) harta (4) tubuh badan.

Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya:

“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?”

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

-Us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 5-Okt-2012
Surah Al-Furqan ayat 26 - 30

Ayat ini menceritakan kekecewaan (di Akhirat) org yg berkawan dgn sifulan yg melalaikan dia dari membaca Quran.

Ada riwayat mengatakan sifulan itu dirujuk kpd 2 beradik musyrikin yg tinggal di Mekah.

Ubai dan Sumaiyah bin Khalaf adalah 2 org musyrikin yg menghalang org2 di Mekah dr mendengar bacaan Al-Quran yg diperdengarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Pelbagai cara mereka berdua buat utk menghalang org2 Mekah utk mendengar bacaan Quran oleh Nabi saw. Mereka mengupah kanak2 utk bertepuk tangan, bergendang atau memukul benda2 utk membuat bising dgn tujuan supaya org sekitar Mekah tidak mendengar bacaan Quran oleh Rasulullah.

2 beradik ini juga mengumpulkan dana dr golongan peniaga/korporat musyrikin Mekah dan pergi ke Syam dan membeli wanita2 yg merdu suaranya di bawa ke Mekah utk menyanyi apbl Nabi mula membacakan ayat2 Quran di kota Mekah. Tujuannya utk melalaikan warga Mekah ketika itu dari mendengar bacaan Quran oleh Nabi.

Allah menyebutkan perkara ini dlm ayat 6 surah Luqman, perkara melalaikan dr membaca Quran yg dianjurkan oleh mereka adalah seperti menyanyi, mendengar nyanyian, dan sebagainya.

Sambungan kisah ini adalah dlm ayat 6 surah Luqman.

Hari ini segala mcm bentuk hiburan disediakan melalui tv dan radio utk melalaikan orang Islam dr membaca Quran.

Nabi merintih kpd Allah akan perkara ini (org2 Mekah dilencongkan/dilalaikan dr mendengar bacaan Quran yg dirancangkan oleh org2 musyirkin Mekah), dan Allah cerikan perkara ini dlm Quran.

- kisah Usaid: ayah Usaid mendengar berita bhw Usaid telah memeluk Islam, dia kemudiaannya mencari Usaid utk membunuhnya. Usaid ketika itu sedang membaca ayat2 Quran apbl ayahnya tiba di kebunnya. Apbl mendengar bacaan ayat2 Quran yg dibacakan oleh Usaid, dia menjadi terpegun dan setelah selesai bacaan ayat Quran itu ayahnya mendapatkan Usaid dan meminta agar dibacakan lagi ayat Quran.

Ketika Usaid membaca Quran, langit menjadi mendung. Para sahabat bertanyakan kpd Nabi kenapa perkara itu terjadi. Nabi memberitahu bhw ketika Usaid membaca Quran para malaikat turun beramai2 utk mendengarkan bacaan Usaid yg sangat elok/lunak.

Published with Blogger-droid v2.0.9