Keperluan Umat Islam terhadap Keutamaan
Ada 2 faktor Dr Yusof Al-Qardawi menulis buku ini:
1. Umat Islam tidak dpt memberikan keutamaan dlm kehidupannya.
2. Penyelewengan disbbkan oleh para ilmuan menitik beratkan perkara yg tidak perlu/penting kpd masyarakat.
Ada 2 faktor Dr Yusof Al-Qardawi menulis buku ini:
- ketidak seimbangan umat islam namun kekuatan tidak memihak kpd umat Islam.
- ...
1. Umat Islam tidak dpt memberikan keutamaan dlm kehidupannya.
- Sebagai contoh dunia hiburan diberi keutamaan berbanding pengajian ilmu. - tajaan utk acara hiburan mencurah-curah berbanding tajaan utk sekolah anak yatim.
- Pd tahun 1993, masyarakat Mesir pd ketika itu tiada tajuk yg paling dibincangkan melainkan bola sepak. Masyarakat lalai dgn hal bola sepak. Bintang dlm hati mereka adalah mereka2 yg bermain bola sepak.
2. Penyelewengan disbbkan oleh para ilmuan menitik beratkan perkara yg tidak perlu/penting kpd masyarakat.
- (a) Kajian terhadap org yg mengerjakan ibadat haji adalah terdiri daripada 15% org yg pergi buat kali pertama (ie wajib ke atas mereka) Manakala 85% lg pergi ke Mekah sebagai melakukan perkara yg sunat (kerana telah pernah menunaikan haji wajib) dgn kos yg tinggi. Sekiranya belanja utk menunaikan haji ke2, ke3, etc disalurkan utk perkara yg lebih penting maka itu adalah lebih baik utk membaikan/memperelokkan masyarakat Islam. Sebagai contoh disalurkan kpd Gaza utk membentuk sebuah negara Islam yg stabil, aman dan berdaulah.
Surah At-Taubah Ayat 9:19 dan 20 (klik sini utk paparan ayat)
(أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
Ayat 9:20 (klik sini)
(الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ)
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Dr Yusof Al-Qardawi memberi contoh kpd melakukan perkara sunat yg berulang kali spt menunaikan umrah berulang-ulang kali, di mana, adalah lebih afdal utk menginfakkan harta kpd perkara yg lebih baik (berbanding melakukan umrah berulang kali), yg boleh memberi kebaikan kepada umat islam, atau bantuan kpd jalan fisabilillah.
- (b) Dr Yusof Al-Qardawi merakamkan kekecewaan beliau terhadap penduduk di Qatar, utk meminta dana utk membantu masyarakat Islam di Bangladesh yg berhadapan ancaman krisnianisasi (menyelamatkan aqidah). Beliau amat kecewa pd ketika itu kerana tidak mendapat sumbangan dana utk menyelamatkan aqidah saudara seislam.
Kesan dari ketidak fahaman terhadap keutamaan:
1. Umat Islam tidak akan menghiraukan terhadap perkara fardu kifayah.
- Spt peningkatan ilmu pertanian, teknologi persenjataan.
2. Mengabaikan sebahagian fardu ain.
contoh Surah At-Taubah Ayat 9:71 (klik sini)
(وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dlm ayat ini, Allah memberi penekanan kpd perkara terhadap masyarakat (spt mencegah kemungkaran) mendahului perkara peribadi (spt melakukan solat, dan mengeluarkan zakat).
3. Mengutamakan perkara yg sunat berbanding perkara yg lebih penting (atau wajib).