Sunday, April 24, 2016

Israk dan Mikraj seperti disebutkan dalam Bible

- us Robby kuliah Maghrib Ahad 24-Apr-2016


Israk dan Mikraj seperti disebutkan dalam Bible

Jarak masa antara Nabi Musa -Muhammad, hampir 2,000 tahun. Begitu juga jarak masa antara Nabi Daud -Muhammad. Manakala jarak masa antara Nabi Isa-Muhammad adalah hampir 500 tahun. Kisah Israk dan Mikraj disebutkan dlm kitab-kitab terdahulu dr Al-Quran.

- Nabi Daud bin Yusyak bin Nun as menceritakan bhw ada seorg Nabi yg diberi kekuatan
- Nabi Daud adalah Nabi ke-12, dari keturunan Nabi Yaakub.
- Nabi2 terdahulu semuanya adalah Islam.
- Kristian tidak boleh disebutkan ugama samawi, kerana tauhid ugama samawi adalah syahadah Lailahaillah. Kitab2 sebelum Al-Quran disampaikan oleh malaikat Jibrail.

-Nabi Yusyak ada 6 org anak,  dgn 4 org daripadanya adalah lelaki. Nabi Daud adalah anak ke6.

Nabi Yusyak berjaya memasuki Palestine, setelah berjaya menumpaskan tentera Jalut. Baju perang tentera Jalut adalah baju besi dan bertopi tembaga. Tentera Jalut gagah.

- 12 keturunan Nabi Yaakub memohon doa kpd Allah utk diutuskan seorg pemimpin utk meminlmpin 12 kaum yg ketika itu mendiami Palestine.

- Bible: Nabi Daud adalah pengembala kambing, yg sentiasa berzikir yg bunyinya spt lagu. Dlm Bible sebutkan ada 70 lagu,  namun dlm Al-Quran disebut 7 lagu.


Surah Saba Ayat 34:10

A010

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;


- Nabi Daud meminta izin dr bapanya utk menyertai peperangan menyertai tentera yg dipimpin oleh raja Talut.

- Nabi Daud ketika berhadapan dgn Jalut, diambilnya beberapa batu dan dilontarkan kpd Jalut dgn kalimah Allah. Batu2 tersbt mengenai kepala Jalut dan matilah Jalut.

- Nabi Daud kemudiannya dilantik menjadi raja di Palestine.  Baginda kemudiannya berkahwin dgn anak perempuan raja Talut. 

- Nabi Daud diberikan mukjizat membuat baju besi dan kemerduan suara.

- Anak Nabi Daud adalah Nabi Sulaiman.


Perkataan Israk disebutkan dlm 3 keadaan dalam Bible:

  1. Nabi Lut membawa keturunannya keluar dr kota Sodom
  2. Nabi Musa membawa keluar pengikutnya dr Mesir dr dikejar oleh tentera firaun.
  3. Perjalanan Nabi Muhammad saw dlm peristiwa Israk dan Mikraj.


- Kitab Bible di Malaysia dicetak dan dikeluarkan oleh persatuan Bible Malaysia. Dlm kitab ini disebutkan ada 66 kitab.

kitab Masmur [org Islam sebut Zabur],  bab 26, menceritakan kisah Nabi Daud, yg mana syairnya/lagunya menceritakan Mekah. Sewaktu di Al-Quds, Nabi Daud membasuh anggotanya kemudian menyembah Allah dgn mengadap qiblat, dgn syair yg menyebutkan rindunya kpd Baitullah (Kaabah). Syair itu juga menyebutkan kota Mekah terletak di suatu lembah di antara)  bukit, juga disebutkan perigi Hajar (telaga Zam-Zam). Disyairkan juga perjalanan Rasulullah dr Mekah ke bukit Tursina, sebagai sebahagian dr perjalanan Israk dan Mikraj.

- Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan dr Nabi Daud. Mukjizat Nabi Sulaiman adalah boleh menguasai jin.


Surah Saba Ayat 34:13

A013

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.


- 2 anak Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan, hingga ke Assur 

  1. Israel di bhgn Utara
  2. Yahudi di bhgn Selatan

- Kerajaan Babylon apbl menjajah kerajaan Assur telah memusnahkan masjid dan istana Nabi Sulaiman.

- Selepas itu muncul kerajaan Farsi menguasai Palestine. Selepas itu muncul kerajaan Iskandar the Great.

- Nabi Imran dan Nabi Zakaria hidup dlm zaman itu. Isteri Nabi Imran melahirkan Maryam, yg kemudiannya melahirkan Nabi Isa.

- Saidina Umar memimpin tentera perang ke Yarmuk (pembukaan Palestine). Setelah kemenagan di Yarmuk Saidina Umar pulang semula ke Mekah. Kemudian paderi di Palestine menulis surat kpd saidina Umar utk dtg ke Palestine dan menaungi Palestine.

- Saidina Umar ketika sampai ke Palestine atas jemputan paderi terkenal Palestine,  dia berjalan kaki sementara pengikutnya menunggang. Terkejut paderi itu apbl diketahui saidina Umar berjalan kaki sementara rakyatnya menunggang.


3 perkara haram dlm Bible:

  1. Haram memakan khinzir
  2. Haram menjadikan patung2 berhala sebagai Allah. Bible mengatakan Allah tidak boleh disamakan dgn apa2 juga.
  3. Haram mengatakan Allah beranak dan mempunyai anak.

Konsep trinity adalah penyelewangan yang dilakukan oleh pendeta yahudi dan kristian, terhadap kitab Injil yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa as.

Surah An-Nisa Ayat 4:171

A171


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

 
Surah Al-Maidah Ayat 5:72

A072

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".


Surah Al-Maidah Ayat 5:116

A116

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.


Nabi Isa as, memberitahu pengikutnya bahawa akan lahir Nabi akhir zaman iaitulah Nabi Muhammad saw (yang juga dipanggil dengan nama Ahmad): 

Surah Saf Ayat 61:6

A006

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

Sunday, April 10, 2016

3 keadaan manusia menghadapi sesuatu peristiwa

- Kuliah Maghrib Ahad 10-Apr-2016

- 3 kelompok manusia apbl berhadapan dgn sesuatu peristiwa:
1) biasa-biasa sahaja
2) lalai
3) bersungguh-sungguh

- semakin kritikal seauatu perkara maka makin serius persediaan yg perlu dilakukan.

- Hadis: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”            
(Diriwayatkan oleh Baihaqi) 

- 2 persediaan menghadapi Ramadhan
1) persediaan wajib
- perkara2 wajib yg masih belum dilaksanakan mestilah diselesaikan sebelum 1 Ramadhan, cth
(a) puasa ganti,
(b) bayar fidyah.

2) Persediaan sunat
#1 belajar mengaji Al-Quran
- belajar menguasai bacaan, hukum bacaan Al-Quran akan memastikan kita mampu mengaji dan menghabiskan 30 juzuk Al-Quran

#2 Qiamulail
- Qiamulail adalah ibadah yg dpt memberikan kekuatan kpd kerohanian utk terus beribadah kpd Allah.

Al-Israk Ayat 79:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

- Surah Al-Furqan Ayat 63:
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

-Surah Al-Furqan Ayat 64:

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

- Qiamulail mendatangkan perasaan rapat ie dekat hati kita dgn Allah.