Thursday, August 17, 2017

Tafsir Surah Al-Kauthar Ayat 108:1-3

- Kuliah Maghrib Khamis 17-Ogo-2017

Surah Al-Kauthar

Ayat 108:1

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ)

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

- Kami itu merujuk kpd Allah
- "ka" ie kamu merujuk kpd Rasulullah.

Ayat 108:2

(إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ)

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Ayat 108:3

(إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ)

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

- Allah menggambarkan org yg membenci Rasulullah sebagai golongan yg kecil  bilangannya dgn memanggil mereka sebagai "dia".

Sunday, August 13, 2017

Pemikiran liberal di Malaysia

- us Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib Ahad 14-Ogo-2017

Pemikiran liberisasi di Malaysia

1. Golongan liberisasi menggunakan ayat2 Al-Quran dan hadis, dan juga pandangan2 ulamak, yg bertujuan utk mengelirukan umat Islam, demi meraih sokongan.

(a) cth golongan liberisasi menghukumkan makan anjing sebagai makruh shj, dgn menggunakan hadis2 tertentu dr mazhab Maliki.

- kesepakatan ulamak dlm masalah hukum haram utk memelihara anjing kecuali kpd 2 perkara (1) utk menjaga tanaman/ladang/rumah, atau (2) memburu, yg semuanya terlatih. Sekiranya anjing dibela bukan utk 2 tujuan itu maka hilanglah  1 kirat pahalanya (1 kirat adalah sebesar Bukit Uhud).

- dlm satu hadis yg lain, malaikat tidak masuk dlm sebuah rumah yg membela anjing.

- tidak ada hadis yg mencatatkan para sahabat Nabi yg membela anjing.

- golongan liberal mempromosikan org Islam boleh memegang anjing. Namun tidak diajarkan hukum2 fekah berkaitan anjing dan hukum membela anjing dlm rumah.

(b) cth ke2: dlm mazhab Abu Hanifah, seorg perempuan tidak perlukan wali utknya bernikah.

(c) cth ke3: sebahagian dr ulamak tidak bersetuju dgn arak yg bukannya berasal dr anggur, dikelasifikasikan sebagai arak  malah mereka berkata minuman yg diperam tersbt dibolehkan diminum oleh org Islam.

(d) cth ke4: bagi hukum murtad dlm mazhab Shafie, mereka yg murtad perlu dihukum bunuh.

- dlm apa juga khilaf ulamak, kesepakan mereka berkenaan masalah murtad adalah, mana2 org Islam yg melakukan murtad, dan diistiharkan sebagai murtad (oleh pihak berkuasa) maka dia tlh melakukan kesalahan​ di dunia, dan perlu dihukum. Apa bentuk hukuman ke atasnya adalah suatu perkara yg khilaf.

- Hukuman bunuh ke atas seseorg muslim dibenarkan bagi kes:

1) hukum sebat dan rejam ke atas penzina (yg mungkin berakhir dgn kematian ke atas penzina tersbt kerana direjam dan disebat di khalayak ramai).

2) Hukum qisas kpd seseorg yg membunuh, maka hukuman balas ke atasnya adalah dihukum bunuh.

3) org yg meninggalkan ugamanya (murtad) dan memecah-belahkan masyarakat sekelilingnya.

- golongan liberal ini memesongkan pemikiran org Islam dgn memgokuskan kpd org yg muryad tidak

(e) cth ke5: bg seorg yg berkeluarga yg bukan Islam, maka salah seorg dr mereka memeluk Islam, maka hak penjagaan anak hendaklah diserahkan kpd siapa yg lebih baik ugamanya (ie kpd ibu/bapa yg muslim itu). Namun golongan liberasasi ini berusaha mencari hadis yg berkaitan dan mereka temui hadis pandangan mazhab Maliki bhw hak penjagaan diberikan kpd isteri (walau pun isteri itu bukan Islam).

- golongan liberal berpegang kpd mazhab Maliki bhw jika sebuah keluarga bercerai yg mana seorg yg memeluk Islam dan seorg lg kekal kufur, maka hak jagaan anak (yg berusia bwh 18 thn), perlu diserahkan kpd si ibu walau ibu itu masih kufur.

- Namun golongan liberal mengabaikan Mazhab Maliki yg mana si ibu yg masih kufur itu, perlulah
1) tidak menghidangkan arak, babi kpd anak2 jagaannya.

2) mbenarkan anak2 jagaannya utk menunaikan solat, berpuasa, mengaji, supaya dia membesar sebagai seorg muslim.

3) sekiranya si ibu tidak mampu menjalankan tanggung jawab iti, maka dia perlu serahkan hak jagaan kpd bekas suami yg tlh memeluk Islam.

(d) cth ke6: anak tidak sah taraf perlu di bin-kan kpd nama selain dr  bapa (yg menyebabkan perempuan itu mengandung, dipanggil bapa biologi). Mazhab Shafie tidak membenarkan anak itu di-bin-kan kpd ayah biologinya, perlu di bin-kan kpd Abdullah (hamba Allah).

- kesepakatan ulamak:
1) lelaki dan perempuan yg berzina, (termasuk yg mengaku) perlu dihukum.
- mahkamah Terengganu beberapa thn lalu membenarkan penggunaan bin kpd bapa biologi, namun anak itu tidak mempunyai hak waris harta, dan bapa biologi itu tidak boleh dijadikan wali utk pernikahan anaknya.

golongan liberal memang suka mengambil kes2 fekah terpencil, atau sebhgn dr keputusan mazhab, hadis, utk dijadikan asas perdebatan mereka.

Friday, August 11, 2017

Pindaan Akta 164

- us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 11-Ogo-2017

Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) 

- Beza antara enakmen dan akta bg negeri2 dan wilayah persekutuan.
Enakmen undang2 keluarga Islam perlu dirujuk di mahkamah syariah setiap negeri. Manakala akta undang2 keluarga Islam adalah utk KL, Putrajaya dan Labuan.

Apbl seseorg memeluk Islam (lelaki atau perempuan) maka dia terikat dgn undang2 keluarga Islam.

(a) jika dia tlh berkahwin dan mempunyai isteri yg masih belum Islam, maka status perkahwinannya (yg masih tertakluk dlm bidang kuasa mahkamah sivil).

(b) jika dia tlh berkeluarga dan mempunyai anak, maka status hak penjagaan anak masih belum selesai.

(c) tuntutan harta - pasangan yg belum Islam berhak menuntut harta sepencarian. Namun mahkamah sivil atau syariah tiada peruntukan utk kes ini.

Sehubungan itu perlu dipinda Akta 164 utk menyelesaikan kebuntuan di atas.
Bagi mahkamah sivil pindaan perlu mundpt kelulusan dari Parlimen.

(1) Dengan lulusnya pindaan RUU itu, hak diberikan kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil mengikut peruntukan Subseksyen 51(1) Akta 164.

- mahkamah akan menentukan hak penjagaan anak kpd pasangan muallaf ini bersama bekas pasangannya, mengikut pertimbangan dan kelayakan/kemampuan.

(2) Dgn pindaan itu, isu berbangkit berhubung pemelukan agama oleh salah seorang pasangan bukan Islam yang berkahwin di bawah undang-undang sivil dapat diselesaikan, seterusnya menjaga kepentingan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.

Tuesday, August 8, 2017

Ibadah Haji dan Qurban

- us Johari Wahab Kuliah Maghrib Selasa 8-Ogo-2017

1. Kesabaran kpd jemaah haji
Kpd mereka yg mengerjakan haji bersama dgn ibu atau bapa atau mertua, semoga mereka dikurniakan kesabaran hingga selesai ibadah haji.

- Uwais Al-Qarni
(a) Rasulullah berpesan kpd saidina Umar, sekiranya Umar bertemu dgn Uwais, maka minta kpd Uwais utk mendoakan kpd Allah agar diampunkan dosa Umar.

(b) kisah Uwais Al-Qarni: seorg pemuda di Yaman, yg berbakti kpd ibunya yg sudah tua utk menunaikat hajat ibunya utk menunaikan haji.

Keluarga Uwais miskin, namun sebagai persediaan membawa ibunya ke Mekah, dia beli seekor anak lembu dan membuat latihan dgn mengendong anak lembu itu dr rumahnya ke kandang lembu di atas bukit.

Apbl tiba musim haji, Uwais tlh sedia membawa ibunya ke Mekah dgn cara mengendong/dukung ibunya.

Di hadapan kaabah dia berdoa agar diampunkan segala dosa ibunya.

Ibunya bertanya mcm mana dgn dosa Uwais. Uwais menjawab bila dosa ibu tlh diampun, ibu akan dimasukkan dlm syurga. Dia hanya mengharap redho ibunya utk membawanya masuk le syurga.

Selesai ibadah haji, Uwais mendukung ibunya pulang ke Yaman.

2. Kpd yg tidak mengerjakan ibadah haji, maka lakukanlah qurban.

(a) AJK atau mereka yg diberi amanah utk menguruskan urusan qurban maka:

1) pergi lihat dan pilih haiwan yg hendak di qurban

2) pilih haiwan qurban dgn kriteria bkt:

(i) yg warna putih (nak ke warna kelabu) atau bertompok,
(ii) ada tanduk,
(iii) bersais tegap.

3) 4 kecacatan yg perlu dielakkan pd haiwan yg ingin dijadikan qurban:

(i) jelas haiwan ini berpenyakit spt penyakit kuku dan mulut.
(ii) buta (sebelah mata atau kedua-dua mata)
(iii) kurus hingga nampak tulang rangka.
(iv) tempang (kakinya).

Utk berqurban jangan berkira dgn haiwan yg lebih baik. Belilah haiwan yg terbaik.

Persoalan:
1. Dlm sebuah keluarga siapa yg perlu lakukan qurban?
  • Ibadah qurban adalah utk satu keluarga, bukannya individu.
  • ketua keluarga bertanggungjawab utk melakukan qurban.
2. Jika org bukan muslim atau syarikat yg bukan muslim atau MNC, hadiahkan haiwan utk majlis qurban, apa status qurban itu?
  • terima haiwan qurban itu sbg hadiah, sembelih atas nama Allah (spt sembelihan biasa, tanpa disebut atas nama sesiapa)
  • pembahagian daging boleh diberikan kpd sesiapa, tidak spt pembahagian qurban.







Monday, August 7, 2017

Tafsir surah Al-Anfal Ayat 8:43-44

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 7-Ogo-2017


Surah Al-Anfal Ayat 8:43 (ms 182)

A043


(إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ)

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.


Ayat 8:44

A044


(وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا ۗ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ)

Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.


1) Tanda bacaan: 

(a) sod lam ya: sambung bacaan adalah lebih baik bagi mereka yg memiliki nafas dan tahu cara bacaan.

(b) qaf lam ya: berhenti bacaan ditempat tanda itu.


- surah Al-Anfal ini berkenaan perang, dan bersambungan dgn surah seterusnya ie surah At-Taubah.

- setelah berhijrah ke Madinah, umat Islam bertambah dan membina pasukan ketenteraan.

- dlm ayat 43 ini Rasulullah mengetuai pasukan utk menahan kabilah quraisy yg diketuai oleh Abu Sufian. Tindakan ini adalah kerana sebelum berhijrah ke Madinah, harta benda penganut Islam dirampas oleh org kafir.

- ayat 43 ini, Rasulullah menerima mimpi bhw tentera kafir quraisy kecil bilangannya.

- ayat 44, Allah menampakkan tentera Islam kecil bilangannya, kerana Allah memalukan kaum kafir quraisy dlm peperangan ini (ie Perang Badar).

- dr segi moralnya, org Islam bertambah keyakinan mereka kpd janji Allah. Manakala moral kaum kafir quraisy merosot kerana bilangan mereka yg ramai tidak mampu menewaskan tentera Islam yg kecil.