- us Mohd Ihsan Kuliah Maghrib Ahad 2-Sep-2018
Siapakah org-org yg rugi?
-4 jenis:
(1) Rugi dunia dan rugi akhirat
(2) Rugi dunia dan untung akhirat
(3) Untung dunia rugi akhirat
(4) Untung dunia dan untung akhirat
a) org yg kufur kpd Allah
b) mereka percaya kpd Allah namun mensyirikkan Allah.
- gugur segala amalan kebaikan kpd org yg mensyirikkan Allah.
c) golongan yg menjadikan syaitan sebagai pelindungnya di dunia.
Surah Al-Mujadala Ayat 58:19
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
- Golongan ini mengambil syaitan sebagai pelindungnya.
- Syaitan menjanjikan kerugian kerana ia membawa kpd kerugian (di akhirat).
- org² yg menghalang dr melakukan amalan kpd Allah,
d)
- maksud selamat ugama adalah mengambil jalan ugama Allah sebagai cara hidup.
- apbl Islam ditegakkan, maka keberkatan nya adalah kpd seluruh umat.
Rugi ke-5:
Surah Ali-Imran Ayat 3:149
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
Golongan yg menyokong kpd org yg bencikan Islam.
Rugi ke-6:
Golongan yg taat kpd Allah namun tidak istiqamah ie melakukan ibadah mengikut kpd seleranya (spt bermusim, membaca Al-Quran apbl dtg bln Ramadhan).
Rugi ke-7:
Golongan yg sibuk dgn keluarga, harta-benda hingga tidak mampu melakukan amal ibadah dgn cara terbaik.
Surah Al-Munafikun Ayat 63:9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Rugi ke-8:
Golongan yg rugi diri mereka sendiri, dan ahli keluarga mereka di akhirat.
Rugi ke-9:
Golongan yg mendustakan pertemuan dgn Allah. ie apbl tiba Kiamat mereka kesal dgn amat kesal. Amalan org spt ini adalah meninggalkan amalan yg diketahuinya.
Rugi ke-10:
Golongan yg ringan timbangan kebaikannya (kerana sedikit amalan kebaikannya).
- ini menakutkan kita semua. Sejauh mana amalan kita akan memberatkan timbangan amal kerana kualiti amalan yg dilakukan di dunia.
- ilmu akan membezakan amalan seseorang. Org yg berilmu akan melakukan amalannya dgn kaedah yg betul ie berkualiti, maka berat amalan kebaikannya. Org yg berilmu itu bijak.
Rugi ke-11:
Golongan yg tidak selamat dr kejahatannya dan menyusahkan org disekelilingnya.
- jangan jadi org yg tidak berguna kpd org sekeliling/lain.
- jangan jadi org yg muflis di Akhirat kerana habis kebaikkan utk menebus dosanya kpd org lain.