Monday, March 18, 2019

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:62 - 64

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 18-Mac-2019

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:62

A062


إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

- sesiapa pun yg beriman dgn Allah dan RasulNya, ie dari kalanagn org yg tlh beriman, yahudi (yg beriman dgn kitab Taurat), nasara (ie yg beriman dgn kitab Injil) atau org² Saabien, dan melakukan amal soleh  maka balasannya adalah syurga.

- ayat ini adalah ayat pengisytiharan yg Islam adalah ugama universal tidak mengira bangsa. Jika nak dibandingkan dr kategori bangsa, maka bangsa arab Quraisy adalah bangsa yg dimuliakan, kerana Rasulullah berasal dr bangsa arab Quraisy. Namun Islam tidak membanggakan bangsa.

- jika hendak mengajak kpd kebaikan, maka ajaklah kpd ugama Islam


-surah Al-Baqarah Ayat 2:63

A063


وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِيثَٰقَكُمۡ وَرَفَعۡنَا فَوۡقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُواْ مَآ ءَاتَيۡنَٰكُم بِقُوَّةٖ وَٱذۡكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.

- ayat ini menceritakan amaran dan ugutan Allah kpd kaum yahudi Nabi Musa a.s. yg disuruh beriman kpd kitab Taurat, dgn ancaman bukit Tursina yg diangkat di atas kepala kaum yahudi.


-Surah Al-Baqarah, Ayat 2:64

A064


ثُمَّ تَوَلَّيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَۖ فَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَكُنتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.

- kaum yahudi itu, walaupun telah diberi amaran dan ugutan tentang ancaman yg bakal diturunkan oleh Allah, mereka ingkar amaran Allah. Mereka takut melanggar perintah Allah itu hanya sementara. Mereka sebaliknya kembali mengingkari perintah Allah.

- Allah beri mereka (kaum yahudi) peluang walaupun mengingkari perintah Allah. Seperti:
a) diselamatkan dari tentera firaun
b) sesat di padang pasir
c) ketiadaan makanan, daneminta Nabi Musa memohon makanan dr Allah (diberikan oleh Allah "mann" dan "salwa")
d) menyembah patung anak lembu (dicipta oleh Samiri).

- Allah tidak kisah manusia buat salah (silap) dan sedia memaafkan kesalahan dan dosa manusia yg bertaubat dan istiqamah utk memperbaiki dirinya.

- Jangan jadi seperti iblis yg tidak mengakui kesalahannya dan tidak mahu bertaubat.

Sunday, March 10, 2019

Orang mujahirun

- us Mohd Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 10-Mac-2019

Hadis yg sepatutnya difahami oleh setiap org Islam.

Semua umatku ada peluang untuk diampunkan dosanya oleh Allah, kecuali satu kelompok iaitulah mereka yg melakukan dosa secara terang-terangan dan mengajak pula org lain utk turut menyertai.

- Allah itu Maha Pengampun, hinggakan seberat² kejahatan yg dilakukan kemudian dilakukan taubat yg bersungguh-sungguh, maka Allah terima taubatnya.

- apbl seorg manusia mengakui dan membuka dosa yg dilakukan secara terang-terangan, maka dia sebenarnya mencabar kekuasaan Allah. Allah menutup aib manusia.

- dlm hukum fekah, sesiapa yg melakukan  kesalahan boleh dan berhak utk tidak mengaku, namun dia hendaklah memohon ampun dan bertaubat. Jika mencuri, dipulangkan barang yg dicuri dlm masa yg sama bertaubat. Moga-moga dikurniakan kebencian dlm diriya utk tidak melakukan kesalahannya dan kejahatannya.

- Namun, bagi mereka yg melakukan maksiat, merasa bangga dengan kelakukannya itu, dan berbangga pula bila ceritanya atau videonya ditontonkan kpd org ramai. Malah menjadi kebanggaan jika ada org yg mengikuti atau menyertainya.

- org yg spt ini dipanggil "mujahir" ie melakukan maksiat, berbangga dgn maksiat yg dilakukan dan mengajak pula org lain utk melakukan maksiat.

- Dosa manusia gugur dlm byk perkara amal spt mengambil wuduk, solat, berzikir.

Hadis: Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab:
(1) Duda/janda (orang yang telah pernah menikah) yang berzina,
(2) membunuh orang lain (dengan sengaja), dan
(3) meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya (ie murtad).

- zina yg berleluasa akan menghasilkan anak² luar nikah. Akhirnya menimbulkan banyak masalah sosial.

- Islam mensyariatkan banyak perkara yg menjaga dari berlaku zina. Menjaga aurat,  menjaga pergaulan, dan lain², utk memelihara zuriat.

- zina termasuk hubungan:
(1) lelaki dan perempuan yg bukan mahram
(2) lelaki dgn lelaki, (hingga wajib mandi)
(3) perempuan dgn perempuan, (sehingga wajib mandi)

- hubungan dgn ipar, biras, besan perlu dijaga supaya tidak terlalu rapat, kerana berisiko meruntuhkan perkahwinan.

- kemurkaan Allah boleh turun dlm pelbagai bentuk. Taufan, mendapan tanah, petir, dan lain².

-Al-Mujahir ini menjadi risiko kpd org sekelilingnya kerana mereka mencabar Allah.

- Apbl maksiat itu terzahir, ianya akan menjadi penarik utk org lain turut melakukan maksiat yg sama.

Sunday, March 3, 2019

Dosa Besar ke-27 Pemungut Cukai

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 3-Mac-2019

Dosa Besar ke 27-Dosa Pemungut Cukai

-Al-Makas ie pemungut cukai (yg tidak diktiraf pemerintah) adalah org yg mengambil harta cukai dgn cara menindas manusia umum.

- zaman jahiliyah dahulu kutipan cukai oleh org tertentu sebagai pelindung, namun ianya suatu penindasan kpd penduduk, juga peniaga yg berada dlm kawasan.

- org yg menindas manusia lain, di akhirat nanti akan dituntut segala amalan² kebaikan yg ada padanya, hinggalah tiada apa lg alaman kebaikan yg ada (yg dilakukan semasa hidupnya dahulu). Dia dikatakan muflis.

Apbl masih ada lagi manusia yg dtg menuntut kebaikan darinya kerana semasa di dunia dahulu ditindas, maka dosa org yg ditindas itu akan diambil, dan dilonggokkan di atas kepalanya.

Kemudiannya akan dicampakkan dlm neraka.

- pemungut cukai (secara zalim dan menindas) itu sifatnya seperti lanun atau permpok.

- sekiranya dia bertaubat dgn sebenar-benar taubat, dia diibarat seorg wanita yg berzina dan kemudian dihukum rejam dan menyesali di atas perbuatannya, maka dia telah bersih disisi hukum syarak.

- perbuatan memeras ugut, bekerja dgn pemeras ugut, maka sama hukumnya ie berdosa besar.

- jika kamu belanjakan harta dr sumber yg haram utk menunaikan haji, atau berjihad atau bersedekah, maka tidak ada nilainya di sisi Allah.

- Allah itu baik, dan Allah tidak terima amalan dari sumber² yg tidak baik. Lebih-lebih lagi harta yg dikumpulkan dari sumber yg haram.

- mana² daging yg tumbuh dari sumber yg haram, maka neraka balasannya.

- pendapatan yg haram tidak diterima oleh Allah.

Surah Al-Maidah Ayat 5:100

قُل لَّا يَسۡتَوِي ٱلۡخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوۡ أَعۡجَبَكَ كَثۡرَةُ ٱلۡخَبِيثِۚ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

-yg halal itu kelas, begitu juga yg haram itu juga jelas.

- kita semakin tua, masa terus berjalan, maka ambillah peringatan² utk muhasabah diri. Mati itu datang dgn tiba².