Saturday, August 29, 2020

Perbezaan Fahaman Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah

- us Muhammad Nidzam Abdul Kadir kuliah Maghrib Sabtu 29-Ogo-2020

Prinsip Ahli Sunah Waljamaah (ASW) berbanding fahaman wahabi dalam melakukan amalan

Sabda Nabi saw:

 فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.”

Riwayat Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42),Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi (266).


Hadis di atas ini dipegang oleh fahaman wahabi, bagi menolak sebahagian amalan yang diamalkan oleh pengikut ahli sunnah waljamaah yang disifatkan sebagai bidaah.

Mengikut fahaman wahabi  setiap perkara baru (ie yang tidak dilakukan oleh Rasulullah semasa hayat baginda) adalah bidaah.

Amalan bidaah hukumnya dibalas dgn neraka.


Berikut ini adalah antara kes biasa yang dibidaahkan oleh golongan berfahaman wahabi terhadap ahli sunnah waljamaah:

Kes pertama: Baca doa akhir tahun.

Tidak diajar oleh Rasulullah doa akhir tahun. Begitulah juga tiada hadis doa akhir tahun. Ini kerana tiada tahun hijrah semasa zaman Rasulullah. Kiraan tahun Hijrah (takwim) hanya bermula pada zaman Khalifah ke2 ie Saidina Abu Bakar, dikirakan tahun pertama Hijrah adalah perpindahan baginda Rasulullah dari Mekah ke Madinah (pada tahun 622 Masihi).

Firman Allah dalam Surah Ghafir Ayat 40:60

A060


"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.




Fahaman wahabi berpegang bahawa setiap amalan perlulah mengikut amalan yang dilakukan Rasulullah. Maka mereka menghukumkan bidaah melakukan doa akhir tahun.

Ahli Sunnah Waljamaah (ASW) adalah berpegang kepada Nas Al-Quran dan sunnah. Dlm kes ini, ASW berpegang kepada suruhan Allah supaya berdoa, seperti dalam Surah Ghafir Ayat 40:60.

(a) Kes yang serupa bagi amalan yang berlaku zaman ini, di mana tidak dilakukan oleh Rasulullah, seperti membaca doa untuk anak2 yg akan menduduki peperiksaan spt UPSR, PT3 dan SPM.

(b) Begitu juga amalan mengajurkan majlis doa sempena hendak berangkat menunaikan haji dan umrah. 

Pendek kata, fahaman wahabi membidaahkan amalan masa kini, yang menggabungkan alaman membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, sekolah, masjid/surau dan juga di rumah-rumah.


Kes ke2: Amalan membaca surah Yassin pd malam Jumaat.

(a) Fahaman wahabi membidaahkan amalan ini kerana Rasulullah melakukan bacaan surah Kahfi pd malam Jumaat.


(a-i) Hadis diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawih -- Daripada Ibnu Umar ra, Nabi saw bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ


“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

(ii) Hadis dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Nabi saw bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ


Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.


(b) Ahli Sunnah Waljamaah (ASW) melakukan amalan bacaan Yassin pada malam Jumaat bersandarkan kpd hadis, (amalan membaca Al-Quran beramai-ramai seperti di masjid/surau): 

(b-i) Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:


وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Dan tidaklah dalam satu kaum yang berkumpul dalam rumah daripada rumah-rumah Allah lalu membaca kitab-Nya dan saling mempelajarinya bersama-bersama kecuali Allah akan turunkan ketenangan ke atas mereka, diliputi dengan rahmat-Nya, para malaikat akan memenuhi majlis mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka dalam kalangan mereka yang dekat dengan-Nya.”

(b-ii) Daripada Abdullah bin Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda:


مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ


“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]

Kelebihan hendak berkumpul utk membaca Al-Quran. Malaikat bersama majlis mengingati Allah, majlis ilmu, baca Al-Quran (secara berseorangan atau berkumpulan).


Kes ketiga: Biji tasbih

Fahaman wahabi membidaahkan biji tasbih, kerana tiada biji tasbih digunakan oleh Rasulullah.

Ahli Sunnah Waljamaah (ASW), Rasulullah mengajarkan kiraan tasbih bagi kiraan zikir menggunakan jari. Ada para sahabat menggunakan anak batu utk mengira bilangan zikir.



Kes ke-empat: Doa qunut dalam solat subuh

Hadis diriwayatkan oleh Barra' bin Azib, bahawa Rasulullah membaca doa qunut dalam solat Subuh dan solat Maghrib. Imam Tarmizi menilaikan hadis tersebut sebagai hasan sohih.

(i) Daripada al-Barra’ bin Azib berkata:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ وَالمَغْرِبِ

“Adapun Nabi SAW berqunut pada solat Subuh dan Maghrib.” 
[Riwayat al-Tirmizi (401)] 


Fahaman wahabi berpegang kpd hadis di bawah:

(i) Ayah Abu Malik Al Aszai ketika ditanya oleh anaknya: Wahai ayahku engkau telah sholat dibelakang Rasulullah dan juga dibelakan Abu Bakar, dibelakang Umar dibelakang Usman dan Ali disini di Kufpah kira lamanya lima tahun, adakah mereka qunut ? maksudnya qunut subuh ayahnya menjawab wahai anaku itu adalah mukdas ( bid'ah ).


Nota tambahan:
Hadis berkenaan bacaan doa qunut pada rakaat kedua solat subuh adalah berstatus dhoif.  Sama ada di baca doa qunut atau tidak, adalah tidak membatalkan solat subut tersebut. 

(a) Imam Syafie (dan ahli sunnah waljamaah) amat menggalakkan (sunat muaakad) ianya dibaca dan sekiranya tertinggal/terlupa maka perlu dilakukan sujud sahwi (ie dilakukan dalam tahyat akhir dan sebelum memberi salam pertama).

(b) Sekiranya imam tidak membaca doa qunut semasa iktidal dalam rakaat kedua solat subuh, maka makmum tidak perlu membacanya dan meneruskan mengikut imam untuk sujud, dan lain-lain rukun solat hinggalah selesai solat.

Walaubagaimanapun:
(b-i) Makmum wajib ikut imam melakukan sujud sahwi sekiranya imam tersebut melakukan sujud sahwi (bekemungkinan kerana tertinggal doa qunut).

(b-ii) Makmum dibenarkan sujud sahwi selepas solat ie selepas selesai bermakmumkan imam yang tidak membaca doa qunut dan tidak melakukan sujud sahwi. 

Tuesday, August 25, 2020

Prinsip Asas Hukum Islam

-us kuliah Maghrib Selasa 25-Ogo-2020

Prinsip asas hukum dlm Islam.

1) Asal hukum adalah harus.
Setelah didapati adanya hujah mengatakan hukumnya haram maka barulah ianya jatuh kpd hukum haram.

Dlm Islam, hampir semuanya adalah halal. Berbanding Kristian, kebanyakan adalah haram. Ini menimbulkan pemberontakan dlm Kristian dan timbul Kristian Protestan. 

Contoh:
a) Paderi menghalalkan riba.
b) mengatakan Isa as anak kpd Allah. Ini suatu penyelewengan ajaran.


2) Menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah milik Allah.

a) Dlm Kristian, halal dan haram adalah ditentukan oleh kalangan paderi.
b) manusia tiada hak menetapkan halal dan haram, selain dari yg ditetapkan oleh Allah. 
c) mengeluarkan sesuatu hukum bukannya mudah. perlukan penelitian, kajian dan analisis terhadap ayat Al-Quran, dan hadis.
d) Kitab2 2 yg ditulis sekitar awal 200 tahun hijrah, amat sedikit yg menyebutkan haram. Kerana para ilmuan sangat takut tersalah hukum sesuatu perkara. Namun pd zaman tersebut kefahaman manusia terhadap Islam amat tinggi, maka mereka boleh meninggalkan sesuatu yg dikiaskan sebagai haram. Pd hari ini, jika tidak disebutkan sebagai haram, maka akan ada orang yg melakukannya.

Adi bin Hatim adalah seorg musuh ketat Rasulullah sebelum keislamannya. Dia seorg Nasrani. Dia adalah ketua kaumnya (bani at-Ata'i) selepas kematiannya bapanya.
Bapanya, Hatim adalah seorang dermawan.

Bidang Usuluddin mengkaji kitab Injil dan Taurat. Membolehkan pengkaji berhujah dgn penganut Yahudi dan Kristian tentang penyelewengan dan kesalahfahaman mereka, termasuk jugalah hukum2 yg dibuat/direka oleh paderi yg bertentangan dgn hukum yg ditetapkan oleh Allah.

Ulamak telah bersependapat bhw Allah mempunyai kuasa mutlak menghukum sesuatu itu halal atau haram.

Fungsi ulamak adalah menjelaskan apa yg telah ditetapkan oleh Allah (sesuatu yg halal dan haram). Begitulah juga penjelasan utk hukum dan perkara sunat dan makruh.

Amalan untuk keluar dari kesempitan hidup

- kuliah Maghrib Sabtu 8-Ogo-2020

3 tempat dimana ketenangan boleh didapati:
  1. masjid atau surau
  2. majlis ilmu
  3. kubur
Kubur: pastinya hati akan ingatkan hal kematian.
  • Hati yg tenang apbl ingatkan Allah atau mengingatkan kematian.
- hati orang beriman itu milik Allah. Allah lah yg menurunkan ketenangan dlm hati hambaNya.
- Ketenangan terletak dlm hati (qalbun) bukannya pd harta.

- Allah jadikan manusia dgn 2 makhluk ie
  1. Akal
  2. Nafsu

Allah telah catatkan takdir manusia sebelum dari kelahiran.

- Takdir ada 2 keadaan, 
  1. boleh dipilih dan 
  2. tidak boleh dipilih iaitulah ketentuan Allah.
- Jangan jadi seperti golongan jabariah yg mengatakan semua yg berlaku adalah takdir.
  • Jangan menyalahkan takdir (Allah) apbl diuji dlm kehidupan. Mereka yg menyalahkan takdir (Allah) adalah org yg tidak mengenali Allah.
- Abu Ubaidah sewaktu memasuki waktu senja, dia terdengar org berzikir Alhamdulillah, dia menghampiri rumah itu dan memohon kebenaran utk memasuki rumah itu. Setelah dipersilakan masuk dia dapati ada seorang tua dlm keadaan terbaring, dlm keadaan buta dan lumpuh. Abu Ubaidah bertanya kpd org tua itu

- Terdapat 2 nikmat ie:
  1.  hati yg sentiasa bersyukur kpd Allah
  2.  lidah yg sentiasa berzikir kpd Allah.
  • Syukur boleh mengatasi segala yg lain.
  • Org yg berzikir akan tenang dlm menjalani kehidupannya.
- Kebaikan adalah amat mahal. Disebalik sesusahan maka adanya kesenangan. Itulah sunnatullah. Apbl ditimpa ujian, sebutkan Innalillahi wainnailaihirojiun.

- 3 amalan utk menghilangkan kesulitan:
  1. Surah As-Syarah ie surah Alam Nashrah ie surah pertolongan (klik sini utk paparan surah ie surah ke-94)
  2. Surah Al-Fatihah, apbl tiba ayat Iyakanakbhudu ulang 3x Iyakanakbhudu sebanyak, kemudian sambung bacaan. (klik sini utk paparan surah ie surah pertama)
  3. Selawat Badariah, bacalah selepas solat.
- 3 masalah kpd manusia:
  1.  hutang
  2.  isteri
  3.  anak.
- 6 perkara menenangkan hati
  1. berwuduk
  2. solat, spt solat hajat 2 rakaat
  3. baca Al-Quran (surah Ali-Imran Ayat 3:26 -27) 
  4. Berdoa kpd Allah (mengadu)
  5. Tawakal, pasrah ie berserah diri kpd Allah
  6. Bersedekah
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

  • #5 Berdoa kpd Allah (mengadu) -- Surah At-Tolak Ayat 65:2 dan 3.

2 ayat dari surah At-Tolak ini adalah dalil bhw Allah memberikan hidayah kpd hambaNya yg taat kepada segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, dgn memberikan rezeki dari sumber yang disangka.

Ayat 65:2 (klik sini)

فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),


Ayat 65:3 (klik sini)

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

  • #6 Bersedekah.
- Amalkan surah Al-Waqiah setiap hari, ie amalan utk menambah rezeki. Terdapat 96 ayat dlm surah ini (klik sini utk paparan surah ie surah ke-56)

 

Saturday, August 22, 2020

Tafsir Surah Maryam Ayat 19:16 hingga 21

- Kuliah Maghrib Sabtu 22-Ogo-2020

Bermula ayat 16, Allah sebutkan kisah Maryam. Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yg disebutkan dlm Al-Quran. Nama Maryam disebutkan sebanyak 34 kali dlm Al-Quran.

Antara nama-nama nabi yg disebutkan dlm Al-Quran:
a) Nabi Musa disebutkan sebanyak 136 kali
b) Nabi Zakaria 8 kali
c) Nabi Muhammad disebutkan 4 kali


Surah Maryam Ayat 19:16

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ مَرۡيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتۡ مِنۡ أَهۡلِهَا مَكَانٗا شَرۡقِيّٗا


Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Maryam mengasingkan diri di suatu tempat yg agak jauh dari keluarganya, terletak di sebelah timur di Baitulmuqaddis.

Allah muliakan keluarga Imran, dinamakan sebuah surah Ali Imran., ie keluarga Imran.


Surah Ali Imran Ayat 3:35 (ms 54)

إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


- Ayat 19:17

فَٱتَّخَذَتۡ مِن دُونِهِمۡ حِجَابٗا فَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرٗا سَوِيّٗا

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

- dlm ayat ini, roh dirujukkan kpd malaikat Jibrail.

- 3 keadaan Allah tampilkan diriNya
i) Aku
ii) Kami
iii) Dia

- byk hadis sebutkan, bila mana Jibrail menyamarkan diri sebagai manusia, rupa paras Jibrail adalah seorang lelaki muda yang tampan.

Ayat 19:18

قَالَتۡ إِنِّيٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيّٗا

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

- Apa yg keluar dari mulut Maryam pd ketika Jibrail (dlm samaran sebagai pemuda yg tampan) ie memohon perlindungan kpd Allah.

Situasi yg sama juga dlm kisah Nabi Yusuf.

- Surah Yusuf Ayat 12:23


وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِي هُوَ فِي بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّيٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَايَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

- Nabi Yusuf mohon perlindungan kpd Allah, apbl Zulaikha mengunci bilik bagi maksud melakukan maksiat.


Ayat 19:19

قَالَ إِنَّمَآ أَنَا۠ رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَٰمٗا زَكِيّٗا


Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

- Zakiun bermaksud cerdik, seorg yg soleh dlm erti kata yang sebenar.


Ayat 19:20

قَالَتۡ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَلَمۡ يَمۡسَسۡنِي بَشَرٞ وَلَمۡ أَكُ بَغِيّٗا


Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

- disebutkan di sini bukanlah Maryam menidakkan/mempertikaikan kekuasaan/kudrat Allah.


Ayat 19:21

قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞۖ وَلِنَجۡعَلَهُۥٓ ءَايَةٗ لِّلنَّاسِ وَرَحۡمَةٗ مِّنَّاۚ وَكَانَ أَمۡرٗا مَّقۡضِيّٗا

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

- kelahiran ada 4:
i) Nabi Adam as - tiada ayah dan tiada bapa
ii) Hawa as - tiada ibu yg melahirkan. Cuma disandarkan kpd lelaki ie bapa iaitulah Nabi Adam as. Di mana Hawa dicipta dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam.
iii) manusia biasa - ada bapa dan ibu yg melahirkannya
iv) Nabi Isa - ada ibu tetapi tiada bapa.


Surah Yasin Ayat 36:40

لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِي لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِۚ وَكُلّٞ فِي فَلَكٖ يَسۡبَحُونَ

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.



3 pendapat ulamak cara mana Maryam mengandung. (Bersambung).


Masjid Hagia Sofia Istanbul

-us Mohd Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 9-Ogo-2020

Ringkasan Sejarah Masjid Hagia Sofia, Istanbul.

Hagia Sofia adalah lambang kerajaan Uthmaniyah,1299 - 1924 (625 tahun).

- kota Konstantinopel, ada 3 ibukota empayar Rom ie satu empayar yg cukup besar merangkumi Eropah, beberapa negara Arab dan beberapa negara Afrika.

- kerajaan Rom terbahagia kpd 2, 
(1) Kristian Barat atau Kristian Katolik, ibu kotanya adalah di Vatican City. 

(2) Kristian Timur atau Kristian Ortodok, ibu kotanya sama ada Istanbul atau Konstantinopel.

Beza antara Kristian Katolik dan Kristian Ortodok:
1. Ortodok meraikan Hari Krismas pd 1-Jan, bukannya 25-Disember.

Gereja Hagia Sofia dibina pd thn 532 siap pd 537, merupakan mercu tanda Kristian Ortodok. Itulah gereja terbesar di Eropah selama 1,500 thn.

Hadis: Akan dibuka kota Konstantinopel adalah raja yg terbaik, dan tentera nya adalah tentera yg terbaik.

لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ

Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu“.


Bermula dari zaman Saidina Usman adalah membina armada tentera laut. Maka org Islam mula menggunakan kapal utkenyeberangi Laut Mediterranean.
Gerakan.

Pembukaan pulau Cyprus adalah hasil dari armada laut pada zaman Saidina Usman.

Saidina Usman mewasiatkan, Konstantinopel hanya akan dibuka dgn jalan laut. Dan kamu akan berkongsi pahala sekiranya kamu berjaya membuka Andalus (Andalus meliputi Sepanyol, dan Portugal).

Saidina Umar berjaya membuka Mesir. Zaman Saidina Usman tentera Islam berjaya menakluki Sudan. Selepas itu tentera Islam bergerak ke sebelah barat, kemudian naik ke atas hingga ke Morocco, akhirnya menuju ke Istanbul.

Zaman Muawiyah, berlakulah serangan ke Kota Konstantinopel. Antara tahun 661M -670M Muawiyah mengarahkan anaknya Zayid bin Muawiyah utk mengetuai tentera menyerang Konstantinopel.

Abu Ayub Al-Ansari berwasiat sekiranya dia ...

Pd tahun 1,453 (setelah kira-kira 700 tahun selepas serangan pertama ke atas Konstantinopel) barulah Konstantinopel berjaya ditawan oleh tentera Islam, dgn diketuai boleh Raja Al-Fateh.

Dgn pembukaan Konstantinopel, namanya ditukar kpd Istanbul.

Sejarah Islam, sekiranya pembukaan sesuatu bandar secara perjanjian damai, harta dan aset kekal kpd org yg dimeterai perjanjian. Apbl pembukaan secara peperangan, maka semua harta dan aset dirampas. 

Kes yg sama dlm peperangan Islam dan Kristian:
(a) Di Toledo apbl tentera Kristian menakluki secara peperangan, maka masjid ditukar kpd gereja. 

(b) Pada thn 1482, apbl kerajaan Granada jatuh ke tangan tentera Kristian, masjid ditukar kpd muzium.

- Muhammad Al-Fateh apbl menakluki Konstantinopel, org ramai telah keluar dari bandar Konstantinopel, yg tinggal adalah tempok2 tinggi dari tepi laut hinggalah ke daratan. Begitu juga dgn halangan rantaian besi di laut yg berjaya melengahkan tentera Muhammad Al-Fateh. Bilangan tentera Kristian kira2 7,000 org shj kerana ramainya rakyat yg keluar meninggalkan kota/lari. Manakala tentera Muhammad Al-Fateh adalah kira2 250 ribu dgn 72 buah kapal perang.

Muhammad Al-Fateh menggunakan lemak dan darah dari haiwan sembelihan sebagai pelincir utk menarik kapal perang melalui jalan darat bagi melepasi halangan rantai besi tentera Kristian di laut.

- Setelah berjaya menakluki Konstantinopel, Muhammad Al-Fateh memanggil semula penduduk yg melarikan diri (akibat peperangan) utk kembali ke Konstantinopel, dan memberikan semula gereja2 yg dirampas kpd org Yahudi dan ada juga diberikan kpd kaum Yahudi.

Ini merupakan antara kebaikan yg dilakukan oleh Muhammad Al-Fateh (ie memulangkan bangunan gereja kpd penduduk Kristian).

Ada 5 surat dari pendeta Yahudi yg merakamkan kebaikan yg dilakukan oleh Muhammad Al-Fateh dgn pemulangan gereja2 ini.

Gereja Hagia Sofia dibeli oleh Muhammad Al-Fateh, dan ditukarkan kpd masjid, kemudian diwakafkan kdp org Islam.

Apbl telah ditukar kpd masjid, Muhammad Al-Fateh menambah 2 menara (azan), kemudian selepas itu pemerintah seterusnya menambah lagi 2 menara (azan). 

Kubah yg besar adalah kubah asal yg dibina semasa zaman Kristian. Muhammad Al-Fateh banyak mengekalkan senibina asal gereja Hagia Sofia, dgn tanda Kristian, walaupun setelah menjadi masjid.

Kamal Atartuk 
Pd 1934, menggunakan parlimen Turki utk menukar status Hagia Sofia Dari sebuah masjid kpd muzium.
Lambang2 Kristian dimunculkan semula.

Zaman Ana Enderes, berusaha utk menukarkan semula Turki kpd Islam. Dia digantung kerana kesalah cuba mengislamkan Turki.

2012, Erdogan berjaya mendapatkan perintah mahkamah utk membatalkan keputusan parlimen Turki pd thn 1934.

Pd 24-Jul-2020 maka solat Jumaat dimulakan semula selepas dari suatu tempoh yg lama tidak berfungsi sebagai sebuah masjid.

Filipina diambil dari nama Raja Sepanyol ie Philip. Maharlika adalah nama asal Philippines.

Champa adalah bangsa Melayu Islam. Satu kaum dari selatan Cina ie dari bangsa Daibiat, setelah beberapa tahun berperang dgn kerajaan Champa akhirnya berjaya menundukkan kerajaan Champa. Kemudiannya tukar nama dari Champa kpd Vietnam.


Makanan membawa ke neraka

- us Husaini kuliah Maghrib Jumaat 21-Ogo-2020

4 amalan yg dilakukan dan dibalas dengan 6 ganjaran oleh Allah:
1) Solat berjemaah
2) Menduduki halaqah ilmu
-  dimaksudkan sebagai menghadiri majlis ilmu, majlis zikir
3) Dia mendengar kalam Allah 
4) Dia mengamalkan apa yg dia pelajari

6 ganjaran yang disebutkan:
1) Diberi padanya rezeki yang halal.
Kebaikan dunia dan akhirat antaranya adalah rezeki yg halal.
2) Dilepaskan dia dari azab kubur
3) Dibangkitkan dia di Padang Mahsyar bersama Nabi.
4) Diberikan dia buku amalan dgn tangan kanan.
5) Dia akan melintasi titian sirat sepantas kilat.

Imam Ghazali memetik ajaran dari gurunya ie imam Rafie, doa sewaktu membasuh kaki kanan dan kiri semasa mengambil wuduk. 

(a) Doa semasa membasuh kaki kanan: "Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian sirat pada hari Engkau tetap kaki orang-orang yang soleh"

(b) Doa semasa membasuh kaki kiri, "Ya Allah, jangan gelincirkan kakiku di atas tititan sirat ke dalam neraka pada hari dimana Engkau gelincirkan kaki-kaki orang munafik dan musyrik".

6) Dibinakan sebuah rumah baginya di dlm syurga dari batu delima merah yg memiliki 40 buah pintu. 


2 lubang yg membawa manusia ke neraka:
1) lubang kemaluan
2) lubang mulut.

a) Makanan bagi jasad jika terlebih makan akan menyebabkan:
(i) penyakit (pd jasad)
(ii) penyakit hati seperti malas, berat nak membaca Al-Quran, berat utk melakukan solat.

b) Makanan bagi roh (seperti zikir, membaca Al-Quran) jika terlebih akan menambahkan keimanan.

3 sebab perlunya menjaga apa yang kita makan:
1) takut dari seksaan api neraka

Makan rasuah tidak hanya bermaksud membelanjankan ganjaran yang diterima dari sesorang bagi maksud mendapat habuan yang dikejar (seperti projek), dalam bentuk makanan, ianya termasuk juga:
(i) menyediakan pakaian, alatan, pengangkutan, kediaman, dan lain-lain bentuk kemewahan dunia
(ii) memberi sumbangan kepada ahli keluarga, tabung derma dan sebagainya.

2) tidak masuk syurga kerana daging yg tumbuh dari sumber yg haram.

(a) Hadis riwayat imam Tarmizi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih utama untuknya.

3) ... bersambung.

Monday, August 17, 2020

Tafsir Surah Maryam Ayat 19:8 hingga 15

- kuliah Maghrib Ahad 16-Ogo-2020

2 keajaiban yg disebutkan oleh Allah dlm surah Maryam iaitu:
(I) Nabi Zakaria
(ii) Nabi Isa

Dlm Ayat 7, Allah menceriakan hambanya iaitu Nabi Zakaria bhw belum pernah dlm sejarah dunia sebelum itu, seorg isteri yg telah tua dan mandul, dikurniakan anak yg soleh (bernama Yahya).

Dlm riwayat, disebutkan usia Nabi Zakaria ketika itu adalah 120 tahun, sementara isterinya berusia 98 tahun.

Ayat 19:7

يَٰزَكَرِيَّآ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ ٱسۡمُهُۥ يَحۡيَىٰ لَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ مِن قَبۡلُ سَمِيّٗا

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".

Surah Al-Baqarah Ayat 2:260 ms 44

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِي كَيۡفَ تُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِنۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطۡمَئِنَّ قَلۡبِيۖ قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةٗ مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٖ مِّنۡهُنَّ جُزۡءٗا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيٗاۚ وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Dlm ayat ini Nabi Ibrahim memohon supaya ditenangkan hatinya. Allah perintahkan Nabi Ibrahim ambil 4 jenis burung ie gagak, ayam jantan, merpati dan helang, cincang dan campur adukkan bhgn2 burung itu dan jadikan 4 bhgn. Setiap satunya diletakkan dipuncak bukit, kemudian serulah keempat-empat burung. Maka datang ke4-4 burung itu semula.

Dlm kisah Nabi Ibrahim baginda dikurniakan anak ketika telah lanjut usia (tua).

- Dlm ayat 5 dan ayat 8 surah Maryam ini diulang dua kali, oleh Nabi Zakaria bhw dia sudah tua dan lanjut usia (begitu juga isterinya) utk malahirkan anak.

Surah Maryam Ayat 19:8 - 15

قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا وَقَدۡ بَلَغۡتُ مِنَ ٱلۡكِبَرِ عِتِيّٗا


Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"

Ayat 9

قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞ وَقَدۡ خَلَقۡتُكَ مِن قَبۡلُ وَلَمۡ تَكُ شَيۡـٔٗا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."

Ayat 19:10

قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَ لَيَالٖ سَوِيّٗا


Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".


Surah Ali Imran Ayat 3:41

قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمۡزٗاۗ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ كَثِيرٗا وَسَبِّحۡ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ

Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

Ayat 19:11

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ مِنَ ٱلۡمِحۡرَابِ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَيۡهِمۡ أَن سَبِّحُواْ بُكۡرَةٗ وَعَشِيّٗا

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".

- Ansollu ditafsirkan solat kerana dlm solat ada tasbih. Pendapat yg lain merujuk kpd berzikir (bertasbih) kpd Allah. 

Kenapa waktu pagi dan petang? Kerana Malaikat naik melaporkan amalan manusia pada waktu pagi dan petang.

(I) Puasa 3 hari sebulan, seolah-lah berpuasa sebulan. (Sehari puasa amalannya digandakan 10 kali. Ibaratnya 30 hari ie sebulan).
(ii) Solat sunat dhuha
(iii) solat sunat tahajud.

Ayat 19:12 -14
Dlm 3 ayat ini ada 11 kurniaan Allah kpd Nabi Yahya:

1) Ambil Al-Kitab (ie Taurat peninggalan Nabi Musa)
2) Dikurniakan hikmah-hikmah semasa dia kanak-kanak. Semasa kecil Nabi Yahya telah dilantik menjadi rasul. Tafsir menyebutkan pd usia 3 tahun.

Ayat 19:12

يَٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡكِتَٰبَ بِقُوَّةٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيّٗا

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

3) dlm ayat 13, rahmat dari sisi Allah, 
4) bersih dari dosa
5) seorg yg takwa.

Ayat 19:13

وَحَنَانٗا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةٗۖ وَكَانَ تَقِيّٗا


dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.


- Ayat ke 13 ini ada pengiktirafan Allah kpd Nabi Yahya. Begitu juga Allah iktiraf Nabi Ismail bhw baginda seorang yg benar pada janji.

6) ayat 14, berlaku baik kpd kedua ibu bapanya
7) tidak sombong
8) tidaklah baginda seorg yg derhaka

Ayat 19:14

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيّٗا


Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.


9) ayat 15, kesejahteraan pada hari kelahiran.
- Nabi Yahya dan Nabi Isa dilahirkan tidak menangis. Diriwayatkan tidak menangis kerana tidak disentuh oleh syaitan sewaktu kelahirannya.
10) Hari kewafatannya
11) Hari dibangkitkan di Padang Mahsyar.


Ayat 19:15

وَسَلَٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيّٗا

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).


Kisah dan kurniaan kpd Nabi Yahya ini sama seperti Nabi Isa. Kurniaan kpd Nabi Isa disebutkan dlm Ayat 19:32 - 33.
(I) Nabi Isa berlaku baik kpd ibunya
(ii) Nabi Isa diberi keistimewaan sewaktu kelahiran, kewafatannya dan dibangkitkan di Padang Mahsyar.

Ayat 19:32

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَتِي وَلَمۡ يَجۡعَلۡنِي جَبَّارٗا شَقِيّٗا


" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.


Ayat 19:33

وَٱلسَّلَٰمُ عَلَيَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيّٗا


Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Ayat 33 yg dikurniakan kpd Nabi Isa, sama dgn ayat 15 yg dikurniakan kpd Nabi Zakaria.

Ayat 19:34

ذَٰلِكَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ قَوۡلَ ٱلۡحَقِّ ٱلَّذِي فِيهِ يَمۡتَرُونَ


Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.


Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:153 hingga 156

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 17-Ogo-2020


Surah Al-Baqarah Ayat 2:153
A153

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

a) kita mesti terasa bhw sedang diberi perhatian oleh Allah, supaya minta bantuan dlm apa keadaan sekalipun dgn cara (i) bersabar dan (ii) bersolat.
- sabar bukannya pasrah. Maksud sabar adalah redho kemudian berusaha mencari jalan keluar.
- dlm sebuah hadis, Rasulullah menziarahi seorg yg sedang sakit. Apbl ditanya keadaannya oleh Rasulullah, dia menjawab bhw dia sedang diberi nikmat oleh Allah.

b) kita tiada satu masa pun yg tidak memerlukan pertolongan dari Allah.

c) seseorg perlu terus bersolat dlm apa juga keadaan hidup, walaupun dia terlibat/melakukan kemungkaran/kemaksiatan. 


- Ayat 2:154
A154

وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتُۢۚ بَلۡ أَحۡيَآءٞ وَلَٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

a) hidup yg dimaksudkan adalah hidup dlm keredhoan Allah. Org yg hidup adalah yg benar-benar hidup dlm keredhoan.

b) Jangan jadi hidup tetapi mati hati.

Ayat 2: 155

A155



وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

a) Maksud lapar adalah kerana ketiadaan makanan, bukannya disebabkan berpuasa.

b) kekurangan dlm bentuk kematian, harta, hasil (atau keuntungan jualan/perniagaan).


- Ayat 2:156
A156


ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

a) kalimah istirja' (Innalillahi wainnailaihirojiun) ie ucapan yg disebutkan apbl ditimpa sesuatu musibah, atau apbl mendengar seseorang ditimpa musibah.  

b) sambung ucapan istirja' itu dgn doa supaya Allah menggantikan musibah itu dgn kebaikan.

Friday, August 14, 2020

Ucapkan Jazakallahu Khairan Kathira

- kuliah Maghrib Isnin 10-Ogo-2020

Hadis sohih: Tidak mensyukuri Allah bagi orang yang tidak berterima kasih kepada orang berbuat kebaikan kepadanya.

Hadis riwayat Al-Bukhari:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ فَلْيَجْزِهِ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِيْهِ فَلْيُثْنِ عَلَيْهِ، فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ

Barang siapa diperlakukan dengan baik (oleh seseorang), hendaklah ia membalasnya. Apabila dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah ia memujinya. Jika ia memujinya, ia telah berterima kasih kepadanya. Namun, jika ia menyembunyikannya (tidak berterima kasih ataupun memujinya), berarti ia telah mengingkari (kebaikan)nya.” 


- Ucapan terbaik apbl diperlakukan kebaikan:

جَزاكَ اللهُ خَيْرًا

“Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Hadis riwayat At-Tarmizi:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا؛ فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ

Barang siapa diperlakukan dengan baik lalu ia mengatakan kepada pelakunya, Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, dia benar-benar telah menyanjungnya.”  (Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2035)


Surah Al-Insan Ayat 76:8 

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

- Ayat 76:9

إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

- Islam mengajarkan kpd org miskin supaya tidak mengutuk, tidak marah kpd org kaya atau org yg tidak memberi bantuan kepadanya.

- Pada hakikatnya yg memberi itu adalah Allah ie mengisyaratkan (mengilhamkan) kpd org itu memberi bantuan (kebaikan) kpd kita.

- seorg yg kaya yg mengarapkan (tamak) bantuan daripada seorg yg lain adalah seorg yg miskin.

- seorg yg tidak mengharapkan bantuan dari org lain, dan hanya bergantung kpd Allah, maka dia adalah seorang yg bersyukur dgn ketetapan Allah.

- Islam melarang:
(i) seorg miskin menyembunyikan kekurangan dgn harapan utk meraih simpati agar diberi bantuan.
(ii) seorg kaya menyembunyikan kekayaannya dgn harapan diberi bantuan.

- Ibu bapa yg tidak kisah atau menghiraukan sumber makanan kpd keluarganya, maka tiada keberkatan dlm keluarga tersebut.

- dlm tajuk ini kita byk lakukan kesalahan, yg mana risikonya adalah kita makan dari rezeki/hak org lain, ie punca pendapatan dari sumber penipuan. 

Contohnya:
a) mengisi borang bantuan kewangan (utk diri sendiri atau utk anak) dgn mencatatkan punca pendapatan yg rendah, dgn harapan dikategorikan sebagai calon yg layak diberikan bantuan kewangan. 

Bersedekah akan menutup/menyembunyikan keburukan.


Muadz ibnu Jabal

-us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 11-Ogo-2020
Muadz ibnu Jabal 

Rasulullah sawa pernah memegang tangannya lalu berkata,

يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ

“Wahai Mu’adz, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu, sungguh aku mencintaimu.”

Rasulullah saw selanjutnya bersabda,

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Aku memberikanmu nasihat, wahai mu’adz. Janganlah engkau tinggalkan saat di penghujung solat (di akhir solat setelah sama) bacaan doa: Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.


- Muadz berasal dari Yaman. Rasulullah hantar Muadz ke Yaman utk berdakwah. Pesanan Rasulullah, bhw kebanyakan penduduk Yaman adalah penganut samawi (ahli kitab). Di Sabak (di Yaman) juga ada pusat penganut sembahan matahari. Kuil sembahan matahari ini masih ada hingga hari ini. 

- Muadz pergi ke Yaman, dan menyampaikan dakwah mengikut pesanan Rasulullah:

(1) mengajarkan kalimah syahadah.

kerana penganut samawi yg beriman dgn kitab, semestinya mengetahui kalimah syahadah, dan telah datang nabi terakhir ie Nabi Muhammad, spt yg dicatatkan dlm kitab.

Pesan Rasulullah jika mereka terima kalimah syahadah, maka sampaikan kpd mereka hal solat.

(2) solat 5 kali sehari semalam.

Rasulullah peringatkan utk lakukan solat sepertimana baginda solat. Setiap kali nak solat, anggap itulah solat terakhir. Jika solat dilakukan dgn baik, maka segala amalannya yg lain akan baik.

Pesan Rasulullah lagi, jika mereka terima dakwah supaya menunaikan solat 5 kali sehari, maka sampaikan kepada mereka perintah menguarkan zakat.

(3) Zakat.

(Bersambung).