- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Mei-2024 24-Syawal-1445H
Sahabat Rasulullah: Usaid bin Hudair
- Usaid bin Hudair adalah seorg sahabat dari golongan Ansar ie penduduk Yathrib,. Kaum terbesar di Yathirib adalah kaum Auz dan Khazraj. 2 kaum ini dijenamakan semula oleh baginda Rasulullah selepas mereka memeluk Islam sebagai Ansar. Ansar bermaksud "penolong" atau "pembantu", kerana mereka menolong/membantu org² Islam yg berpindah dari Mekah ke Madinah (ie golongan Muhajirin).
- Keturunan: Usaid bin Hudair bin Simak bin Atik bin Umru' al-Qays bin Zayd bin Abd al-Ashhal bin Jashm bin Harith, bin al-Khazraj bin Amr bin Malik bin Auz.
- Usaid bermaksud singa yg kecil. Dia adalah salah seorg dari pemimpin Auz.
- Masuk Islam awal sebelum hijrah Rasulullah.
- pd tahun ke 7 (atau 10) sebelum kerasulan Nabi, Usaid menuju ke Mekah utk mengerjakan haji, bersama 6 org yg lain dari Yathrib. Nabi Muhammad akan bertemu dgn kabilah² yg dtg berkunjung ke Mekah utk mengerjakan haji. Bapa saudara Nabi Muhammad (ie Abu Lahab) akan menyusuli Nabi Muhammad dan mengatakan kpd kabilah² yg ditemui oleh Nabi Muhammad itu, mengatakan anak saudaranya itu tidak sihat jadi jangan dengar kata² yang disampaikan Nabi Muhammad. Hanya sebilangan kecil shj yg terima dakwah Islam ketika itu.
- 6 org itu menerima Islam yg disampaikan oleh Rasulullah. Sebelum itu mereka telah mendengar kisah Nabi terakhir akan muncul yg akan mengembalikan kpd agama tauhid, dari org yahudi yg menetap di Yathrib. Org² yahudi itu berasal dari Palestin dan melarikan ke Yathrib.
- pada tahun berikutnya 12 org datang menunaikan haji, dan bertemu Rasulullah di Jamratul Aqabah, (tempat di mana jemaah haji lontar jamrah), dimana mereka mengikat perjanjian 'Aqabah pertama dgn Rasulullah.
- Mus'ab bin Umair diutuskan oleh baginda Rasulullah saw, sebagai wakil (atau Duta) Rasulullah utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib.
- >> Catatan kuliah Mus'ab bin Umair (klik sini)
- As'ad bin Az-Zurarah adalah org Yathrib yg membawa Mus'ab ke rmh² org utk memberitahu tentang Islam dan mengajarkan Islam, meninggalkan sembahan patung² dan kembali kpd menyembah Allah Yang Esa. Kita boleh kata As'ad Az-Zurarah bertindak sebagai agen di mana dia mengaturkan pergerakan Mus'ab bin Umair utk bertemu dgn penduduk Yathrib. Ramai org Yathrib boleh terima apa yg disampaikan oleh Mus'ab, dan akhirnya memeluk Islam.
- >> Catatan kuliah As'ad Az-Zurarah (klik sini)
- Suatu ketika As'ab hendak pergi ke kampung bani al-Ashhal, bersama Mus'ab utk menyampaikan dan mengajarkan Islam, mentauhidkan Allah, memperkenalkan Nabi Muhammad, menceritakan keadaan org² Mekah sebelum dan selepas memeluk Islam, dan dibacakan ayat² Al-Quran. Org² bani as-Ashhal itu ada yg telah memeluk Islam, kehadiran mereka utk mendengarkan bacaan ayat² Al-Quran disamping mendapatkan tambahan ilmu. Dlm masa itu Usaid dan Saad bin Muaz terima berita yg Mus'ab datang ke kampung mereka, dan mereka memutuskan supaya disekat aktiviti ceramah Mus'ab dan perlu dihalang. Saad bin Muaz berkata dia memang nak pergi halang tetapi As'ab itu adalah sepupunya. Saad cadangkan Usaid seorg shj yg pergi menghalang Usaid menyampaikan cerita² Islam kpd penduduk kampungnya.
- Usaid dikenali sebagai panglima perang yang mahir menunggang kuda. Dia juga seorg yg pandai menulis dan membaca. Pada zaman dahulu, seseorg yg pandai menulis dan membaca, dia seorg yg disanjung tinggi, dan diberikan kedudukan dlm masyarakat.
- Apbl Usaid dtg ke kebun tempat Mus'ab mengajarkan Islam, bersama tombaknya, As'ad nampak dia dan memberitahu kpd Mus'ab, dan menasihatkan agar Mus'ab menyampaikan Islam dgn baik kpd Usaid kerana dia seorg yg berpengaruh. Jika dia memeluk Islam maka akan ramai yg mengikuti Usaid utk memeluk Islam.
- Usaid mengarahkan Mus'ab dan As'ab utk berhentikan ceramah dan keluar dari kampungnya. Mus'ab memohon supaya Usaid mendengar dahulu cerita yg ingin disampaikan, jika selepas itu apa yg disampaikan tidak elok, maka dia akan meninggalkan kampung bani al-Ashhal. Usaid bersetuju dan mencacakan tombaknya.
- Usaid setuju utk mendengar apa yg ingin disampaikan oleh Mus'ab. Mukanya nampak berubah apabl mendengar ceramah dakwah yg disampaikan oleh Mus'ab. Usaid bertanya apakah yg perlu dilakukan olehnya utk memasuki ugama Islam yg disampaikan itu.
- Mus'ab memberitahu 3 perkara utk menerima Islam adalah bersihkan diri, mengucapkan syahadah dan menunaikan solat 2 rakaat (diajarkan oleh Mus'ab).
- Usaid pulang bertemu Saad, dan menyuruh Saad sendiri pergi bertemu Mus'ab di kebun. Saad pergi ke kebun dan akhirnya turut masuk Islam.
- Selepas keislaman Saad bin Muaz, dia menggunakan kuasanya sebagai pemimpin kabilah bani al-Ashhal dan mengistiharkan bahawa haram kepada org² yg ingin bercakap denganya atau menemuinya kpd yg masih lagi belum memeluk Islam. Selepas itu ramai penduduk Yathrib memeluk Islam, hingga satu keluarga shj yg masih tidak memeluk Islam. Namun dlm perang Uhud, dia telah menyeratai pasukan tentera Islam. Sewaktu ditemui akibat luka perang itu, dia mengatakan bhw dia telah memeluk Islam sebelum dari peperangan Uhud itu.
- Impian Usaid yg pelik adalah utk kulitnya dapat bersentuhan dgn kulit Rasulullah saw., dan mengucup kulit baginda. Allah makbulkan hajatnya. Suatu ketika dia berhimpun dgn kaumnya, apbl Rasulullah datang ke majlis itu, baginda berseloroh dan mencucuk pinggang Usaid. Kata Usaid, wahai Rasulullah sakit badanku. Rasulullah kata maka balaslah ke atas dirinya. Usaid berkata baginda berpakaian lengkap mana mungkin dia mencucuk badan baginda. Baginda pun menyingkap bajunya. Usaid terus memeluk baginda dan mencium badan Rasulullah.
- Perkara yg sedang/seronok kpd Usaid adalah mendengar dan membaca Al-Quran. Keduanya adalah mendengar dan menatap wajah Rasulullah saw.
Malaikat mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid
- Pada suatu malam, ketika Usaid membaca Al-Quran surah Al-Baqarah. Sampai satu ketika kudanya meronta-ronta, dan hampir² memutuskan ikatannya. Abila dia berhenti membaca Al-Quran, kudanya kembali tenang. Apabila disambung bacaan Al-Quran, kudanya meronta-ronta semula. Usaid risau jika dia terus membaca Al-Quran dan kudanya terlepas ikatannya dan akan terpijak anaknya. Dia terpandang ke arah langit dan perhatikan ada segumpal awan yg rendah dgn cahaya-cahaya di antaranya yg sangat indah. Awan itu bergerak ke atas, hingga hilang.
- Keesokkannya Usaid berjumpa dgn Rasulullah dan bertanyakan kpd Rasulullah hal kudanya dan awan bercahaya yg dilihatnya. Jawab baginda Rasulullah, bhw awan itu adalah kumpulan malaikat yg datang mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid. Kata Rasulullah, sekiranya Usaid terus membacakan Al-Quran hingga ke pagi, nescaya ramailah org yg dapat melihat awan itu.
- Usaid meninggal dunia pada zaman saidina Umar Al-Khattab. Ketika meningggal, Usaid ada hutang 4 ribu dinar. Anak²nya ingin menjualkan tanah ayahnya utk menebus hutang. Mendengarkan perkara itu Saidina Umar tidak bersetuju utk dijualkan tanah Usaid. Saidina Umar cadangkan supaya seribu dinar setahun diambil dari hasil tanah peninggalan Usaid utk 4 tahun agar keluarga Usaid masih kekal di atas tanah tersebut, dan dapat membayar hutang Usaid.