Sunday, November 17, 2024

Mengarahkan Perasaan Benci Kepada Sesuatu

- us Mohamed Sabir kuliah Suboh Ahad 20-Okt-2024

Mengarahkan Perasaan Benci Kepada Sesuatu

- Surah An-Nisa ayat 4:76 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا }

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

- perlu jadikan Rasulullah saw sebagai contoh, kerana manusia membawa ajaran mengikut kefahamannya.

- Apbl org tidak faham Al-Quran maka dia akan mentafsirkan mengikut kefahamannya dan cenderung kpd kemudahan kpd dirinya. Maka berlaku ajaran² sesat. Hinggakan org ini mengaku sebagai nabi atau gurunya adalah nabi. Tafsiran² yg ditulis atau diceritakan oleh guru² mereka, atau yg disebutkan oleh influencer.

- Dlm ayat An-Nisa' ayat 76 ini juga merujuk kpd peperangan fikiran, melawan logik akal.
Dulu kita dengar pada malam 7 likur, roh ahli keluarga akan pulang ke rumah. Kini ada cerita roh orang yang masih hidup datang sewaktu seorang influencer.

- Ayat ini mendidik supaya kita berusaha mencari ilmu, agar tidak ditipu oleh orang atau organisasi yg menunggang ugama dengan mengenakan pakaian dan serban seperti seorg yg berilmu, atau buku yg ditulisnya terputus sanat, atau ditulis oleh ahli syiah.

No comments:

Post a Comment