Wednesday, August 13, 2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:213 hingga 214

-us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 13-Ogo-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:213 hingga 214

Surah Al-Baqarah ayat 2:213 (klik sini)
{ كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ }

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

- "ٱلۡكِتَٰبَ" Al-Kitab bermaksud satu kitab. Jika "Al-Kutub" bermaksud banyak kitab (diturunkan oleh Allah kpd banyak Nabi).

- Dirujuk sebagai satu kitab, kerana Nabi² yg diturunkan pd waktu itu mempunyai suhuf masing² yg diturunkan oleh Allah kpd mereka. Setiap kitab mempunyai kesamaan darinsegi hukum tauhid ie mengEsakan Allah. Berkemungkinan terdapat perbezaan dari sudut hukum syarak di antara Nabi² tersebut. Pd Zaman Nabi Ibrahim terdapat Nabi Lut, tetapi wahyubyg diterima oleh mereka khusus utk mereka shj.

Sebagai contoh hukum syarak pd zaman Nabi Yaakub membenarkan perkahwinan 2 org adik beradik kpd Nabi Yaakub. Namun hukum syarak ini dibatalkan apabila turunnya Al-Quran. Contoh lain ada hukum sebelum Al-Quran diturunkan adalah diwajibkan wasiat. Namun selepas Al-Quran diturunkan diwajibkan pelaksanaan faraid shj.

- Pada asalnya manusia adalah umat yang satu, yang berpegang kepada tauhid atau keesaan Allah. Namun, setelah timbul perbezaan dan perselisihan dalam agama dan akidah, Allah mengutus para nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, serta menurunkan kitab-kitab suci sebagai petunjuk dan untuk memutuskan pertikaian di antara manusia. Walaupun setelah datangnya wahyu dan nabi, masih ada yang berselisih dan menolak kebenaran akibat sifat dengki dan permusuhan di antara mereka.

  • Orang Yahudi tidak digelar sebagai orang musyrik dalam Islam kerana Islam mengklasifikasikan mereka sebagai Ahli Kitab (Ahl al-Kitāb).
Ahli Kitab adalah golongan yang menerima wahyu dan kitab suci dari Allah sebelumnya, seperti Taurat untuk orang Yahudi dan Injil untuk orang Kristian. Oleh kerana mereka menerima wahyu dari Allah dan mempercayai satu Tuhan, mereka tidak dianggap musyrik yang bermakna menyekutukan Allah dengan sesuatu.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:214 (klik sini)
{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ }

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

- Seseorang mukmin tidak seharusnya menyangka bahawa mereka akan masuk syurga tanpa melalui ujian dan cubaan yang berat. Ayat ini mengingatkan tentang kesukaran dan penderitaan yang dialami oleh umat terdahulu yang beriman, seperti kemiskinan, kesakitan, dan ancaman musuh, yang sampai membuat Rasulullah dan para sahabat bertanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Tetapi akhirnya, pertolongan Allah itu pasti datang dan dekat bagi mereka yang bersabar dan berpegang teguh kepada agama.

Ibrah utamanya ialah bahawa keimanan dan ganjaran syurga tidak diberikan dengan mudah atau secara percuma tanpa ujian dan pengorbanan. Ujian adalah sebahagian daripada proses untuk menguatkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Orang beriman perlu bersiap sedia menghadapi berbagai ujian duniawi sebagai tanda keikhlasan dan kesungguhan cinta pada Allah. 
Kemenangan dan pertolongan Allah adalah dekat bagi mereka yang sabar dan istiqamah dalam iman mereka.


No comments:

Post a Comment