Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Teng teng digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.
Petak Teng Teng:
Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).
Buah Teng Teng
Setiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling 50sen.
Undian:
Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
Cara bermain:
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Rumah:
Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia buleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumag perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.
Pemenang:
Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.
Mati:
Pemain dikira mati (giliran) jika:
-Buah yang dilontar terkena garisan petak
-Kaki terpijak garisan petak
-Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
-Pemain menukar kaki sewaktu giliran
-Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
-Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
-Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
-Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.
Thanks. It brought back memories when I once used to play this when i am in my primary school 8 years ago!
ReplyDeleteBagi yang tinggal di taman perumahan buleh catkan jalan seperti petak teng-teng, untuk kanak-kanak bermain diwaktu petang atau cuti.
ReplyDelete