Wednesday, February 13, 2008

Parlimen Dibubar

Parlimen Malaysia dibubarkan hari ini 13hb Februari 2008 oleh Perdana Menteri, Pak Lah sekitar tengahari dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 (TV1). Dengan itu parlimen ke-11 dibubarkan 15 bulan lebih awal dari sepatutnya. Mandat parlimen ke-11 berakhir pada 16 Mei 2009.

Pak Lah memang diketahui umum amat meminati angka 13, mungkin angka keramat baginya.

Mengikut perlembagaan, tempoh 60 hari diperuntukkan untuk melaksanakan pilihanraya baru. Mungkin Pak Lah akan sekali lagi menggunakan angka 13 untuk tarik keramat hari pilihanraya ke 12 iaitu pada 13 Mac 2008.

Perlu diingat bahawa cuti persekolahan penggal pertama bermula pada 8 Mac 2008 hingga 16 Mac 2008. Jadi tarikh 13 Mac 2008 adalah tidak mustahil dijadikan tarikh pilihanraya Malaysia ke 12.

No comments:

Post a Comment