- us Mahdzir Md Nor 16 Mei 2011 kuliah Maghrib
Surah Asy-Syam Ayat 91:8
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."
bagaimana menentukan hukum, ianya merujuk kpd al-Quran dan hadis. Jika tiada maka ikut hukum syarak.
Cth rokok dikaji dr hukum syarak mendatangkan keburukan kpd diri sendiri dan org lain, maka dijatuhkan haram.
Cth dadah memberi kesan hilang fungsi otak kpd pengambilnya (minum, inject/suntikan, hidu) samalah juga kesan kpd peminum arak. Maka hukum dadah adalah haram.
Apbl berkaitan hal syubhat, maka ianya perlu ditinggalkan terus. Cth gelas yg dikatakan bekas racun, perlu ditinggalkan dan tidak diguna utk minuman.
Sumpah dlm hukum syarak:
- ayat sumpah diturunkan utk hal2 agama.
-5 perkara yg agama/syariaat jaga ie
1) agama
2) nyawa
3) harta
4) keturunan, sesiapa yg cuba merosakkan/mengaibkan keturunan maka dia perlu dibunuh.
5) maruah, sesiapa yg merosakkan maruah org maka dia perlu dibunuh.
As sebab turun Surah an-Nur ayat 24:6;
Suatu mlm Hilal balik dr kebun dia dgr isterinya berzina, dia lihat sendiri isterinya berzina. Keesokkan paginya dia menemui Rasululullah. Rasulullah bertanya jika dia ada saksi, Hilal menjawab tiada saksi lain. Keesokkannya Hilal bertemu Rasulullah, dia dapati Rasulullah dlm keadaan murung. Para sahabat menarik Hilal dan menasihatkan dia bersabar. Akhirnya turun ayat surah an-Nur ayat 6 ie sekiranya suami mendapati isterinya berzina, maka si suami perlu bersumpah 4 kali.
Surah An-Nur Ayat 24:6
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar."
-selepas sumpah ke4 hakim akan memberhentikan si penuduh dan peringatkan ia bhw sumpah ke5 adalah utk bersumpah kiranya dia berbohong maka dia akan diazab oleh Allah.
-selepas penuduh bersumpah maka giliran yg dituduh mengangkat sumpah. Selepas sumpah ke4 hakim akan menghentikan kerana sumpah ke5 adalah dia bersedia menerima azab Allah.
No comments:
Post a Comment