- Us Zainol Tazkirah Suboh Ahad 28 Ramadhan (** catatan)
- Iman bertambah atau berkurang setiap hari. Istighfar, berzikir dan membaca Al-Quran akan meningkatkan semula keimanan.
- org yg selalu berselawat ke atas Nabi, di akhirat nanti sewaktu meniti titian sirat, selawat yg diucapkannya akn mebolehkan Nabi memberi syafaat kpdnya.
- Aktiviti/amalan yg melepaskan diri kita dilepaskan dr ditangkap/diazab api neraka:
1. Beriman dgn Allah, mensedekahkan apa nikmat yg Allah anugerahkan kpd org miskin/lain,
2. Menyuruh kpd berbuat makruf dan mencegah kpd kemungkaran.
a) kiranya mungkar tidak ditegah, apbl berlarutan maka ianya mengundang bala Allah.
b) jika ada kelemahan kpd seseorg individu hingga tidak mampu kpd amar makruf dan nahi mungkar, Nabi berkata bantulah org yg menganggur mendapat kerja, jika tidak mampu juga ... (kena cari)
2. Bantu menunaikan hajat manusia
a) sabda Nabi, sesungguhnya org yg paling disayangi Allah adalah org yg paling disenangi org lain.
- barangsiapa yg menahan marahnya, maka Allah akan tutup kesilapannya.
- barangsiapa yg menolong seorg muslim yg lain yg dlm kesusahan, maka Allah akan menetapkan kakinya ketika meniti titian sirat.
- Nabi berdiri hampir dgn titian sirat dan mendoakan umatnya utk melepasi titian sirat. Nabi juga akan berada di timbangan mizan. Baginda juga akan berada di telaga kausar. Baginda memberi syafaat di 3 tempat tersbt.
- sabda Nabi, org yg menyahut seruan azan dgn doa (doa selepas azan) dia akan mendapat syafaat Nabi. Ke2nya kpd org yg banyak berselawat.
- kisah Saad bin Waqas, selepas Saad memeluk Islam, ibunya berjanji utk tidak makan dan berlapar kecuali anaknya keluar Islam. Saad berkata kpd ibunya jika ada 100 nyawa dlm diri ibunya dan keluar setiap satunya hingga akhir, Saad tetap tidak akan meninggalkan Islam.
- barangsiapa yg berselawat dia akan didukkan dekat dgn Allah dan wajib mendpt syafaat nabi.
3. Banyakkan berselawat kpd Nabi
- 10x waktu pagi dan 10x waktu petang
4. Sabar dgn kehidupan di Madinah (pd zaman Nabi).
5. Mati di Madinah.
- sabda Nabi, Aku akan memberi syafaat kpd org yg mati di Madinah.
6. Menjaga solat fajar/Suboh dan solat Asar (tidak disebutkan sama ada berjemaah atau tidak)
7. Menjaga solat dhuha.
8. Jaga solat sunat 4 rakaat sebelum solat Zuhor dan 4 rakaat selepas Zuhor.
- barangsiapa solat 4 rakaat seblum dan 4 rakaat selepas Zuhor, maka Allah haramkan dagingnya disentuh api neraka.
9. Mempertahankan maruah saudaranya dr diaibkan.
10. Bersedekah
11. Puasa yg sebenar (hati, perbuatan dan lisan)
12. Mata yg menangis mengingati Allah ketika bersendirian. Menitis air mata tanpa disedari kerana mengingati dan takutkan Allah. Juga mata yg berjaga ketika fisabilillah (pejuang yg menjaga ketika pasukan tentera yg lain berehat). Juga mata yg mengelak dr kemaksiatan.
- 3 mata yg tidak disentuh neraka, i) mata yg berjaga dlm fisabilillah ii) menangis kerana takutkan Allah iii) menjaga dr melakukan maksiat
13. Akhlak yg baik sesama manusia.
- org2 yg mudah didampingi dan disenangi dan apbl tiada akan dicari.
- doa: mohon kpd Allah ditunjukkan akhlak yg mulia dan dihindarkan dr akhlak yg tidak baik.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment