- Us Najib Kuliah Maghrib Selasa 11/Okt/11
-Adab dgn Rasulullah.
Kemanisan iman apbl:
1. Redha kpd Allah. -Suka kpd hukum, syariat, larangan yg ditetapkan. Redha kpd cara hidup Islam.
2. Redha kpd Rasulullah sbg Nabi yg di utus utk menyampaikan agama Allah. Turuti dan tidak menambah tokok dr alalan yg telah ditunjukkan oleh Rasululah.
Sbb2 perlu beradab dgn Rasulullah:
1. Bg setiap org mukmin dan mukminah wajib utk beradab dgn Rasulullah kerana Allah tlh berfirman (Dalil #1):
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - (Surah Al-Hujurat Ayat 7)
(Dalil #2). Juga firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Surah Al-Hujurat Ayat 2)
-apbl diturunkan ayat ini ada seorg sahabat yg berasa sedih kerana perasan bhw dia adalah org yg Allah maksudkan, kebetulan suara dia kuat.
-Abdul Rahman bin Auf, sewaktu diketemukan dgn kaum ansar. Dia menolak tawaran ladang dan isteri kpdnya sebaliknya ingin ditunjukkan pasar utk dia berniaga.
Dia memulakan kehidupan di Madinah dgn berniaga di pasar, ada riwayat mengatakan dia berniaga kayu api. riwayat lain kata berniaga susu. Setelah sekian lama perniagaannya berkembang maju, sehingga sewaktu kepulangan rombongan peniaganya kembali ke Madinah, debu2 dr rombongan peniaganya menyebabkan spt ada awan di atas mereka.
Suatu ketika saidina Aisyah bertemu Abdul Rahman dan menyampaikan berita bhw dia mendgr dr Rasullah bhw Abdul Rahman akan masuk ke syurga dlm keadaan merangkak.
Mendgrkan itu dia memberitahu saidina Aishah ra bhw semua harta perniagaannya yg sedang menghampiri Madinah tidak lagi miliknya sebaliknya milik baitulmal. Dia berharap dgn amalan tersbt dpt menebus agar dia dpt memasuki syurga tidak dlm keadaan merangkak.
Itulah sifat para sahabat yg terdidik dgn sifat2 mulia.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment