Sunday, October 16, 2011

Dosa Besar ke-4 - Meninggalkan Solat (samb)

- Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 16-Okt-2011

- Dalil:  







Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.  (Surah Al-Munafikun Ayat 9)

- Kata Nabi, perkara pertama yg akan disoal/dihisab di akhirat adalah solat. Kalaulah elok solatnya, maka tlh beruntung dan berjayalah dia. Kalaulah rosak solatnya (byk solatnya yg tidak diterima) maka rugilah dia.

- Gambaran ahli neraka, menurut kata org yg masuk neraka itu: 

#1. semasa di dunia mereka tidak solat.
#2. semasa di dunia tidak mahu memberi maka kpd org miskin.
- dianjurkan kpd memberi mkn kpd sanak-saudara yg miskin. sedekahlah kpd sanak-saudara mendahului org lain atau baitulmal.
#3. semasa di dunia dia duduk sama dgn org yg mengumpat.
- cerita keburukan yg dilakukan oleh org lain adalah ngumpat. Jika cerita keburukan yg tidak dilakukan oleh org yg dimaksudkan maka itu adalah fitnah.
#4. semasa di dunia mereka mendustakan hal hari akhirat.
- mati adalah penyelamat dr seksaan dunia, cth kematian menyelamatkan sesorg dr sakit yg dialaminya. 

- Nabi memberi amaran, perjanjian di antara Kami dan dia adalah solat. Sesiapa yg meninggalkan solat maka dia adalah kafir.
- brgsiapa yg meninggalkan solat dgn sengaja maka dia adalah kafir.
- yg dmaksudkan kafir itu adalah berdosa besar. Bukannya bermakna kafir yg membolehkan dia dibunuh.
- sekiranya sesorg menolak kefarduan solat, sehingga dia tidak hendak solat, walau setelah diminta utk bertaubat oleh pemerintah (mahkamah) maka org itu halal dibunuh.

- begitu juga org yg menolak mentauhidkan Allah, maka org itu dikira murtad, dan halal baginya dibunuh.

- kufur yg dimaksudkan bg org Islam yg meninggalkan solat adalah berdosa besar.

- kata Nabi, brgsiapa menjaga solat, nescaya baginya ada cahaya (ada tanda) dan dia akan selamat di hari akhirat. Brgsiapa tidak menjaga solatnya maka dia tidak ada cahaya, dia akan dibangkitkan bersma firauan, karun, haman, dan ubai bin khalaf.

. solat yg diterima akan bercahaya di akhirat nanti.
. namun hadis ini kata Imam Ahmad, hadis ini hadis daif.

- siapakah yg akan dibangkitkan di akhirat nanti dgn firauan? Iaitulah org yg dilengahkan oleh hal pemerintahannya hingga meninggalkan solat.
- org yg disibukan oleh hartanya, maka akan dibangkitkan bersama karun.
- org yg disibukkan oleh jawatannya, maka akan dibangkitkan bersama haman.
- org yg disibukkan oleh perniagaan, maka akan dibangkitkan bersama ubai bin khalaf. (ubai bin khalaf adalah seorg ahli perniagaan yg berjaya pd zaman Rasulullah, namun dia meninggalkan solat kerana urusan perniagaannya)
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment