Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan drpd Haritsah bin Wahb ra, beliau berkata yg bermaksud
"Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: 'Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu siapakah itu penghuni syurga? Iaitu setiap (Muslim) yang lemah dan fakir yang jika mereka bersumpah dengan nama Allah, tentu mereka akan menepatinya. Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu,siapa itu penghuni neraka itu? Iaitu setiap orang yang berperangai bengis, kasar dan menyombongkan diri.'"
(Al-Bukahri no 4918 dan Muslim no 2853)
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, yg bermaksud:
"Tiga golongan yang kelak Allah tidak akan berbicara dengan mereka, tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa), dan tidak akan melihat mereka (dengan pandangan rahmat), sedang mereka akan beroleh azab seksa yang amat pedih, yakni orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang miskin yang sombong."
(Muslim no 107)
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:,
"Dahulu pernah ada seorang yang berjalan dengan memakai pakaian yang membuatnya ujub, rambut kepalanya tersisir rapi, dan berlaku sombong ketika berjalan, maka tiab-tiba Allah membenamkannya ke dalam perut bumi, sehingga dia pun terbenam di dalam perut bumi sampai tibanya hari kiamat."
(Al-Bukhari no 5789 dan Muslim no 2088).
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment