Saturday, December 17, 2011

Tafsir Surah Al-Araf Ayat 7:46 hingga 47

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 16-Dis-2011

Keadaan org yg timbangan pahalanya sama dgn timbangan dosa di akhirat nanti.

- surah As-Sajdah: di akhirat nanti manusia akan mohon kpd Allah utk kembali ke dunia utk membuat amal. Keadaan ini akan berlaku bila timbangan dosa lebih berat dari pahala.


Surah As-Sajdah Ayat 32:12 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

- kata ibnu Mas'ood lagi, mereka akan tinggal di tembok antara syurga dan neraka. Dia nampak dan kenal penghuni syurga dan neraka. Bila dia paling ke kanan, nampaklah dia ahli syurga dan dia pun memberi salam kpd mereka. Bila dia paling ke kiri, dia nampak  dan kenal org dlm neraka dan berdoa agar tidak dimasukkan ke dlm neraka.


Surah Al-Araf Ayat 7:46 (klik sini utk paparan ayat)

وَبَيۡنَهُمَا حِجَابٞۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٞ يَعۡرِفُونَ كُلَّۢا بِسِيمَىٰهُمۡۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ


Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

 

Surah Al-Araf Ayat 7:47
 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَٰرُهُمۡ تِلۡقَآءَ أَصۡحَٰبِ ٱلنَّارِ قَالُواْ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ


Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".


- org yg pahalanya byk walaupun lebih satu (1) dari dosanya, Allah akan memberinya nur di hadapan, kanan dan kirinya utk meniti titian sirat
  • Di akhirat nanti keadaannya gelap gelita, tanpa cahaya maka akan tergelincirlah org yg meniti titian sirat.

- org munafik di akhirat nanti akan ditarik semula cahaya padanya ketika meniti titian sirat. Melihat keadaan itu penghuni syurga berdoa agar cahaya mereka dikekalkan.
  • org yg berada di tengah-tengah titian sirat (antara syurga dan neraka), dia hanya mempunyai cahaya di hadapan sahaja.

- riwayat dr ibnu Abbas, apbl sampai masanya ashabul a'raf nanti akan diampunkan oleh Allah.
  • Mereka dihalau ke suatu sungai, dimana dasarnya adalah emas, tanahnya wangi, lalu mereka pun terjun ke dlm sungai itu dan pulih semula cahayanya. 
  • Mereka akan keluar dr sunagi itu dgn di leher mereka satu tanda warna putih yg dia dikenali dgn tanda itu, penghuni syurga akan kenali mereka dgn tanda dileher itu. 
  • Setelah dia mandi di sungai itu maka Allah suruh mereka berangan-angan, (pastilah mereka berangan-angan memasuki syurga), utk meminta masuk syurga. 
  • Allah perkenankan hajat mereka, maka masuklah mereka ke syurga dgn tanda putih di leher. 
  • Mereka ini digelar ahli syurga yg dibelas (atas belas ihsan Allah, bukannya atas ganjaran dr amalannya).

- doa: Ya Allah, ringankan hati dan tubuh bdn kami utk melakukan ketaatan kepadaMu.

- syarat utk wanita mendpt pahala menyamai lelaki, kerana mereka kurang berpeluang keluar berperang (utk mati syahid), bersolat berjemaah. 
  • Hal ini berlaku sewaktu wanita Madinah cemburu dgn kaum lelaki kerana peluang mendpt pahala yg byk. Kaum wanita Madinah berlumba2 menemui Aisyah r.a. utk mendpt berita tersbt.
    1. Solat lima waktu
    2. Puasa di bulan Ramadhan
    3. Taat kpd suami.

- doa: Ya Allah jadikan kami dr golongan yg Engkau bebaskan dr neraka.

- as-habul a'raf nanti tidak diberi keistimewaan tempat dlm syurga.

- ada riwayat lain mengatakan bhw mereka yg tergolong dlm as-habul a'raf adalah anak2 hasil luar nikah.

- anak2 luar nikah:
  1. Sukar utk menerima ajaran
  2. Sukar menerima nasihat dan teguran.

- suami yg selalu mengucapkan cerai kpd isterinya (hadnya 3x shj) tetapi tidak bernikah semula, maka anak yg lahir selepas itu hukumnya adalah juga anak luar nikah.





Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment