Wednesday, January 11, 2012

Wasiat

-Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Rabu 11-Jan-2012

Al-Wasiah (wasiat)

- Maksud "wasiat" dari sudut bahasa bermakna sampaikan.

- dr sudut syariat adalah suatu pemberian yg dilakukan selepas kematian. Sedikit berbeza dgn sedekah atau hadiah adalah dilakukan sewaktu individu muslim intu masih hidup.


- Dalil: Al-Baqarah Ayat 2:180

A180


"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah 2:180)


- Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Ijmak: sepakat mengakui wasiat itu disyariatkan dlm Islam.

- dr sudut afdalnya, yg lebih antara wasiat dgn sedekah, sedekah adalah lebih afdal. Kerana sedekah diberi sewaktu hidup, lebih besar pahala/ganjarannya. Jika kita memberi sesuatu dlm keadaan masih memerlukan maka itu adalah lebih afdal. Hal ini disandarkan kpd dalil dr surah Al-Munafikun Ayat 63:10.

A010


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)

- dlm kitab Imam Bukhari, dr Abu Hurairah, dtg seorg lelaki kpd Rasulullah bertanya sedekah yg paling tinggi di siai Allah. Baginda menjawab, iaitulah sedekah dlm keadaan kamu kedekut, kamu takut fakir berlaku ke atas diri kamu, dan kamu pula dlm masa yg sama bercita2 mengumpul harta.

-Hikmah

1) pd logik akal tiada pahala utk wasiat, kerana individu tsbt tlh meninggal dunia dan ia tiada kuasa di atas pemberian tsbt.

2) wasiat pd kebiasaannya diberi kpd kaum keluarga terdkt, kpd mereka yg tiada hak mendpt harta pusaka. Anak tidak wajib dpt wasiat, kerana dia tlh mendpt bahagiannya dr pembahagian harta pusaka.

3) wasiat kpd masyarakat, membolehkan masyarakat saling membantu.

Hukum wasiat

1) pd awal kedatangan Islam, wasiat adalah wajib kpd kedua ibu-bapa dan kaum kerabat terdekat. Namun apbl turunnya ayat2 pusaka, maka hukum ini dinasahkan oleh Allah (bukannya ayat yg dinasahkan, hanya hukum).

2) hukum wasiat menjadi wajib, sekiranya dia masih berhutang dgn Allah spt zakat, dan menunaikan haji dan hutang dgn manusia.

3) hukumnya menjadi haram jika diwasiatkan utk perkara2 haram. Warisnya tidak perlu melaksanakan wasiat tsbt, cth wasiat dgn tujuan utk memudaratkan kpd mereka2 yg mendpt harta pusakanya. Wasiat mesti tidak memudaratkan org yg sepatutnya berhak menerima harta peninggalannya.

4) hukumnya harus, jika wasiat kpd sahabat atau sesiapa yg dia suka sekiranya dia berniat utk kebaikan.

5) hukumnya makruh, sekiranya hartanya tidak berapa byk utk ditinggalkan kpd warisnya.

Rukun dlm wasiat

1. Ada org yg mewasiatkan hartanya. Syaratnya:

1.1 berakal.

1.2 balikh

1.3 pilihan sendiri, bukanya atas paksaan

1.4 tidak disyaratkan Islam (pemberian dr org bukan islam adalah dibenarkan)


2. Org yg diberikan wasiat. Syaratnya:

2.1 org yg mempunyai kuasa ke atas pemberi wasiat ie org yg masih hidup.

2.2 org yg tidak melakukan/menjahui maksiat.

2.3 mesti berugama Islam

2.4 jelas

2.5 mesti dia ada semasa wasiat itu ditulis.

Sambung 2 minggu lg.

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment