Sunday, March 16, 2014

Hukum Mendapatkan Khidmat Jin

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib 15-Mac-2014

Perkara2 luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia. 

Ada benerapa jenis perkara luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia:

1. Mukjizat ie perkara2 ganjil yg dianugerahkan kpd para nabi dan rasul dgn izin Allah.

2. Irhas ie perkara luar biasa yg berlaku kpd bakal2 nabi dgn izin Allah.
Eg, awan memayungi perjalanan Rasulullah sebelum dr kenabian baginda.

3. Karomah ie perkara luar biasa yg berlaku kpd org2 yg soleh. Karomah tidak boleh dipelajari atau diwarisi.
Eg,
  1. Mariam dpt menghidangkan buah2an musim sejuk kpd nabi Zakaria,

  2. Mariam menepuk batang kurma dan gugur buah2 kurma yg masih segar dr pohon kurma tsbt.

  3. Saidina Umar ketika berkhutmah menjerit "di sebalik bukit, di sebalik bukit" menyebabkan askar2 yg berkawal segera mengawal musuh yg dtg dr atas bukit.

  4. Dlm perang Mesir-Israel sekitar thn 1960-an: tentera Mesir tidak berjaya menewaskan/melepasi suatu kubu tentera Israel di Barlif. Namun, seorg tentera Mesir bermimpi utk menewaskan tentera Israel yg berkubu di kubu Barlif, dgn menggunakan air. Akhirnya kubu tersebut tewas di tangan tentera Mesir.

4. Sihir: ilmu sihir itu mulanya diturunkan di negeri Babil, melalui 2 malaikat (nama mereka Harut dan Marut) di utuskan oleh Allah utk mengajarkan kpd manusia dan dinyatakan bhw manusia bhw ilmu tersbt adalah sebagai ujian kpd manusia.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:102 (klik sini utk paparan ayat)


وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

 

Di zaman nabi Sulaiman, baginda mengumpulkan semua ilmu sihir dan menyimpannya dlm perbendaharaannya. Namun ketika hendak wafat, iblis berjaya mencuri ilmu sihir tersbt dan menyebarkannya kpd manusia setelah dipesongkan ilmu sihir tersbt.

Hukum terhadap pengamal sihir

Hukum terhadap pengamal sihir hampir kpd:

(1) Haram, bilamana manusia menjadikan dirinya hamba kpd jin.
  • Jin tidak minta wang, sebaliknya benda2 yg remeh, contohnya sebiji telur. Telur itu adalah simbolik perhambaan. Jika tidak dpt telur makan jin akan mengganggu keluarga tersbt.

  • Jin apbl ia membantu ia meminta balasan, spt ayam panggang. Jin tidak makan daging ayam tersbt, sebaliknya tulang.

  • Jin boleh mengetahui perkara sekarang dan yg telah berlaku. Namun dia tidak mengetahui perkara yg belum berlaku.

  • Pacaindera jin- melihat manusia spt globe, sbb itu mudah shj utk dia memberitahu kedudukan barang yg hilang.

  • Tabiat jin: suka melihat manusia bergaduh. Boleh jadi dia bercakap jujur atau sebaliknya. Oleh itu, org yg bertemu bomoh meminta tolong jin utk mengetahui siapa yg membuat sesuatu perkara, jin boleh menyatakan sesiapa shj yg dia mahu manusia itu bergaduh. Oleh itu jangan mempercayai kata-kata bomoh.

(2) Harus, bila manusia mengusai jin dan mengkhadamkan jin.
  • Jin berasa terseksa dan merasa takut kpd nabi Sulaiman, hinggalah sekian lama selepas kewafatan nabi Sulaiman. Jin hanya tahu kewafatan nabi Sulaiman apbl tongkat yg dipegang oleh nabi Sulaiman telah habis dimakan oleh anai2, ketika itu barulah jasad nabi Sulaiman itu tergerak (mungkin tumbang) sebagai tanda baginda sudah wafat. Kejadian ini menunjukkan bahawa jin tidak mengetahui semua perkara lebih-lebih lagi perkara yg dikuasai Allah spt roh dan kematian.

- Manusia perlu mengambil asbab musabab.

- Zikir maksurat qubra ada byk doa2 melawan sihir jin.

No comments:

Post a Comment