(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)
- Wajib - 2 rukun puasa (niat & menahan diri dr perkara2 yg membatalkan puasa lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari)
- Sunat - lakukan perkara yg sunat sepanjang Ramadhan utk menyempurnakan ibadah puasa.
- Haram - perkara yg membatalkan puasa
- Makhruh - Tinggalkan yg dibenci Allah spt membaca al-Fatihah dgn sekali nafas, atau menyambung ayat2. Bersembang, berwhatsapp, main game, menonton tv yg tak berfaedah.
- Anak yg tidak berkhidmat terhadap ibu bapa yg sudah tua.
- Org yg tidak berselawat apabila mendengar selawat.
- Orang yang hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosanya, sedangkan hadith mengatakan barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan maka akan terampun dosa-dosanya yang lalu. (Nota: Terima kasih kpd Anonymous di atas komen anda bertarikh 30-Jun-2014. Point ke-3 yg tertinggal disetakan di sini.)
- Menyambung silaturrahim - perbanyakan ziarah dan mengeratkan silaturrahim.
- Silaturrahim didefinasikan sebagai ahli keluarga.
- Ada suatu kisah di zaman Umar Al-Khattab, dtg seorg perempuan dan 2 org anaknya menemui khalifah utk meminta bantuan, saidina Umar menanyakan jika dia mempunyai adik beradik. Dia memberitahu ada saudara perempuan dan saudara lelaki. Saidina Umar kemudiannya meminta alamat kediaman mereka, wanita itu bertanya utk apa. Saidina Umar memberitahu dia hendak ke rumah saudara2 perempuan itu utk diambil sedikit harta mereka utk diberikan kpd wanita itu. Lalu wanita itu melarang Saidina Umar dr meneruskan hajatnya, kerana dia takut akan terputus silaturrahim. Kata Saidina Umar, oleh kerana saudara wanita itu tidak memberikan bantuan dr hartanya maka merekalah yg memutuskan silaturrahim dgn wanita itu dan 2 anaknya. - Diperbanyakkan sedekah - memberikan lebihan harta kpd org fakir miskin.
- Memperbanyakkan tilawah Al-Quran, sekurang2nya sekali khatam.
- Sunat bersolat tarawikh dan witir. Sunat witir di bulan Ramadhan adalah disunatkan secara berjemaah.
(a) Doa org yg berpuasa tidak ditolak.