Wednesday, June 18, 2014

Perkara2 meningkatkan ketakwaan

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Rabu 18 Jun 2014
Tafsir ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 183 - 185

Ayat 183

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat 184

(أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)

  (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Ayat 185

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur


- Objektif berpuasa adalah utk menjadi org yg bertakwa.
1. 4 hukum puasa
  1. Wajib - 2 rukun puasa (niat & menahan diri dr perkara2 yg membatalkan puasa lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari)
  2. Sunat - lakukan perkara yg sunat sepanjang Ramadhan utk menyempurnakan ibadah puasa.
  3. Haram - perkara yg membatalkan puasa
  4. Makhruh - Tinggalkan yg dibenci Allah spt membaca al-Fatihah dgn sekali nafas, atau menyambung ayat2. Bersembang, berwhatsapp, main game, menonton tv yg tak berfaedah.

2. Rasulullah melaknat 3 golongan.
  1. Anak yg tidak berkhidmat terhadap ibu bapa yg sudah tua.
  2. Org yg tidak berselawat apabila mendengar selawat.
  3. Orang yang hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosanya, sedangkan hadith mengatakan barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan maka akan terampun dosa-dosanya yang lalu. (Nota: Terima kasih kpd Anonymous di atas komen anda bertarikh 30-Jun-2014. Point ke-3 yg tertinggal disetakan di sini.)
3. Utk mendapat ketakwaan maka perbanyakan lakukan perkara yg sunat.

4. Perkara2 sunat yg jarang dilakukan di bulan Ramadhan:
  1. Menyambung silaturrahim - perbanyakan ziarah dan mengeratkan silaturrahim.
    - Silaturrahim didefinasikan sebagai ahli keluarga.
    - Ada suatu kisah di zaman Umar Al-Khattab, dtg seorg perempuan dan 2 org anaknya menemui khalifah utk meminta bantuan, saidina Umar menanyakan jika dia mempunyai adik beradik. Dia memberitahu ada saudara perempuan dan saudara lelaki. Saidina Umar kemudiannya meminta alamat kediaman mereka, wanita itu bertanya utk apa. Saidina Umar memberitahu dia hendak ke rumah saudara2 perempuan itu utk diambil sedikit harta mereka utk diberikan kpd wanita itu. Lalu wanita itu melarang Saidina Umar dr meneruskan hajatnya, kerana dia takut akan terputus silaturrahim. Kata Saidina Umar, oleh kerana saudara wanita itu tidak memberikan bantuan dr hartanya maka merekalah yg memutuskan silaturrahim dgn wanita itu dan 2 anaknya.
  2. Diperbanyakkan sedekah - memberikan lebihan harta kpd org fakir miskin.
  3. Memperbanyakkan tilawah Al-Quran, sekurang2nya sekali khatam.
  4. Sunat bersolat tarawikh dan witir. Sunat witir di bulan Ramadhan adalah disunatkan secara berjemaah.
5. Anugerah Allah terhadap org yg berpuasa:
(a) Doa org yg berpuasa tidak ditolak.

Monday, June 9, 2014

Pembukaan kota Constantinople 29-May-1453

-us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib 8-Jun-2014

-Pembukaan Kota Constantinople pd 29-Mei-1453

  • Bani Umaiyyah, Abbassiah dan Uthmaniah, semua tidak berjaya menakluki kota Constantinople . Sehinggalah tentera yg dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople pd 29-5-1453

  • 2 empayar yg besar di zaman Rasulullah adalah Rom dan Farsi. Rom mewarisi zaman Babylon dan bertunjangkan kristian.

    • Tamadun Farsi dijatuhkan semasa zaman Saidina Umar, melalui Perang Qardisiah, akhirnya empayar Farsi jatuh.

    • Tamadun Rom tidak jatuh dgn mudah. Jajahannya sebelah Eropah, Utara Afrika, Mesir, Sudan, Habsyah (Ethopia), Yaman, Al-Quds (bumi Syam meliputi Jordan, Palestine, etc)

-Rom mempunyai 3 kota pemerintahan:
  1. kota Vatican di bhg barat - ianya simbol kota Rom dan kristian
  2. Kota Constantinople di bhg tengah, dan
  3. Kota Baitul Maqdis di bhg Timur.

- Hagia Sophia dibina pd awal tahun ke 500 masihi, awal dr kelahiran Rasulullah (572 masihi). Rasulullah menjanjikan Rom akan jatuh ke tangan Islam. Begitu juga diriwayatkan Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam.

- Selat Bosphorus di Turkey adalah selat pemisah Asia dan Eropah. Kota Constantinople berbentuk tiga segi dan di utaranya adalah terusan Golden Horn.

- Peperangan selama 53 hari hinggalah jatuhnya empayar Rom di Kota Constantinople .

- Sahabat Nabi ie Abu Ayub Al-Ansari meninggal dan dikebumikan di kaki bukit di kota Constantinople .

- Constantinople pertama kali diserang oleh kerajaan Muawiyah, yg diketuai oleh anak Muawiyah ie Yazid bin Muawiyah.
-- Abu Ayub mengikuti rombongan tentera Yazid, namun dia meninggal di penghujung sempadan Asia. Dia berpesan sekiranya dia meninggal maka kebumikanlah jenazahnya di Constantinople .

- Di zaman Muawiyah ada 5 serangan terhadap kota Constantinople , namun semuanya tewas. Disambung pula oleh zaman bani Abbasiah dgn 2 serangan, juga tewas. Di zaman Uthmaniah ada kira-kira 3 kali serangan yg juga tewas. Selepas itu muncul tentera Islam yg berasal dr sebelah Rusia,.yg arif berperang.

-Perang Salib diketuai oleh Salahuddin al-Ayubi yg berasal dr Kurdis, bukan berketurunan Arab.

- Kejatuhan Baghdad pd 1258 masihi ditangan golongan Monggol.

- Org Islam bangkit selepas 2 tahun dan menawan kembali Baghdad dr Monggol. Tentera Islam ketika itudianggotai oleh keturunan bukan arab.

- Sultan Abdul Hamid ke2 adalah khalifah Islam terakhir sebelum kejatuhan zaman khilafiah, yg berasal dr bani Uthmaniyah. Para sultan Uthmaniah memakai serban yg besar, yg sebenarnya adalah kain kafan mereka. 2 khalifah selepas dr Sultan Abdul Hamid ke2 adalah boneka semata2 dan tidak diiktiraf sebagai khalifah Islam.

- Muhammad Al-Fateh menjadi Sultan ketika berusia 19 tahun. Ayahandanya (ie Sultan Muhamad ke2) menanamkan hadis tentang pembukaan kota Constantinople terhadap anaknya, dan beliau mengambil masa 2 thn mengkaji kegagalan tentera Islam dlm menawan kota Constantinople . Beliau juga menghantar tenteranya utk mendptkan sampel pasir, tanah dan tembok batu kota Constantinople . Juga mengarahkan tenteranya utk menebuk terowong menembusi penjara kota Constantinople utk membebaskan saintis Islam.

- pd 20 April 1453 masihi, seramai 150 ribu tentera dgn 72 kapal perang diguna utk menumbangkan kota Constantinople . Kota Constantinople mempunyai 3 lapis tembok, kotanya tinggi, setiap satunya mempunyai rabung yg dalam.

  • Kapal org Islam sukar menembusi kota Constantinople , ada bukit dan tembok batu. Juga rantai besi yg besar menghalang kapal melalui dan memasuki Golden Horn, utk serangan dr utara. Muhammad al-Fateh mengarahkan semua askarnya memintas rantai besi dgn menarik 72 kapalnya melalui jalan darat (alas batang kayu dan kulit haiwan) dlm masa 1 mlm bermula selepas Maghrib. Mereka belayar ke penghujung Golden Horn dan menyerang kota Constantinople menerusi jalan darat.

  • Apbl kota Constantinople jatuh ke tangan Islam, Muhammad Al-Fateh meletakkan tanah Constantinople di dahinya dan beliau sujud. Muhammad Al-Fateh seterusnya memilih sebuah gereja kristian dan menjadikannya masjid -Hagia Sophia). Semasa utk memilih imam kpd Masjid Hagia Sophia, beliau bertanya kpd askarnya sesiapa yg tidak pernah meninggalkan solat, namun semuanya tidak pernah meninggalkan solat, begitu juga soalan utk solat berjemaah. Akhirnya ditanya siapa yg tidak pernah meninggalkan solat malam. Namun tiada askarnya yg melakukan ibadat malam melebihi Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Maka solat pd hari itu diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Menukar gereja kpd sebuah masjid merupakan kekalahan strategi buat Rom.

-Di zaman kamal artartuk (laknaktullah) dia melarang Masjid Hagia Sophia dijadikan sabagai simbol satu ugama sahaja ie Islam. Hal ini dikekalkan hinggalah kini.

- Kesan dr pemerintahan kamal artartuk adalah:
  1. kini hanya ada sekitar 30% wanita islam di Turkey yg memakai tudung menutup aurat.
  2. kanak-kanak perempuan bersekolah dgn memakai skirt
  3. gambar kamal artartuk digantung di sekolah
  4. sebagai ikon dan ideologinya diterapkan dlm sistem pembelajaran Turkey.

- Erdogan berazam utk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid yg diimarahkan seperti di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sunday, June 1, 2014

Cara Hilangkan Was-was Dalam Solat

- us Johari Kuliah Suboh Sabtu 31-5-2014

- Imam Muslim: org kafir yg berbuat baik sebelum masuk Islam, akan dikira sebagai kebaikan sebaliknya keburukan yg dilakukan sebelum memeluk Islam, maka keburukan itu akan dipadamkan. Kata Imam Muslim, itu adalah kebaikan Islam dan keistimewaan yg diberikan kpd org yg memeluk Islam.

- Takbir makmum dlm solat:
(i) makmum tidak boleh mendahului imam. Makmum tidak boleh mengangkat takbir mendahului, siiring mahupun dlm masa takbir imam.

- Sujud sahwi utk 3 keadaan:

  1. tertinggal qunut. (Hanya kpd ahli sunnah wal jamaah. Mazhab lain tiada bacaan qunut, maka seorg yg bermazhab ahli sunnah wal jamaah tidak perlu sujud sahwi).
  2. tertinggal tahyat awal
  3. berlaku syak dlm solat.

- Bagaimana menghilangkan rasa was-was dr individu yg selalu was-was ketika solat. Rasulullah mengajarkan supaya bacakan a'uzubillah dan memaling ke kiri dan melakukan seperti meludah 3 kali (spt isyarat meludah, tidak sampai keluar air ludah). Rasulullah menganjurkan dilakukan dlm solat sunat. Sahabat yg ditegur oleh Rasulullah itu akhirnya berjaya menghilangkan rasa was)was dlm solatnya.