Tuesday, January 28, 2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 28-Jan-2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah

- Erti sifat Salbiyah itu adalah madlulnya (yang ditunjukkan) itu menafikan sesuatu yg tidak layak bagi Allah SWT.
  • sifat Salbiyah ini adalah konotasi negatif utk menafikan sesuatu sifat Allah yg tidak layak contohnya Allah dikatakan bersifat lemah.
- Sifat Salbiyah adalah 5 sifat Allah selepas sifat Wujud iaitu:
  1. Qidam,
  2. Baqa' (berkekalan),
  3. Mukholafatuhu lilhawadis,
  4. Qiyamuhu binafsihi, dan
  5. Wahdaniyah
  6. Baqa' menolak sifat wujud yg sementara atau dlm tempoh tertentu.
- Sifat Qidam Allah merujuk kepada ketiadaan permulaan bagi kewujudan-Nya, yang menunjukkan bahwa Allah tidak diciptakan dan tidak memiliki awal. Terdapat tiga bahagian dalam sifat Qidam:
  1. Qidam Dzati: Ketiadaan permulaan zat Allah.
  2. Qidam Zamani: Ketiadaan durasi permulaan, seperti waktu.
  3. Qidam Idhafi: Ketiadaan awal mula dalam hubungan, seperti relasi ayah dan anak. ( Bapa lebih lama/awal dari anak).
- Sifat-sifat ini menegaskan bahwa Allah adalah Maha Sempurna dan tidak memiliki kekurangan, tidak bergantungan kpd sesuatu yang lebih awal dariNya, tidak juga pada masa, tidak juga didahului oleh suatu tuhan yg lain.

- Sifat Baqa' bagi Allah, yang bermaksud kekal, tidak terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu. Namun, sifat ini menegaskan dua aspek utama:
  1. Kekalan: Allah tidak akan binasa dan wujud-Nya tidak mempunyai penghujung.
  2. Ketidakberubahan: Allah tidak mengalami perubahan dari tiada menjadi ada atau sebaliknya, serta tidak mengalami perubahan dalam sifat-sifat-Nya.

Sunday, January 26, 2025

Mas Kahwin: 3 Keadaan Penuh, Separuh dan Gugur

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali Kuliah Maghrib Ahad 26-Jan-2025

Mas kahwin: 3 keadaan sama ada isteri itu terima penuh, separuh atau tidak dapat langsung

1. Isteri berhak terima mas kahwin penuh.
- Dalil Al-Quran surah An-Nisa ayat 4:24 (klik sini)
{ ۞وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۖ كِتَٰبَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٰلِكُمۡ أَن تَبۡتَغُواْ بِأَمۡوَٰلِكُم مُّحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَٰفِحِينَۚ فَمَا ٱسۡتَمۡتَعۡتُم بِهِۦ مِنۡهُنَّ فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةٗۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا تَرَٰضَيۡتُم بِهِۦ مِنۢ بَعۡدِ ٱلۡفَرِيضَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا }

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Apabila seorg suami telah menyetubuhi isterinya sama ada setuhan halal atau setuhuhan haram, maka wajib dia memberikan mas kahwin dgn nilai penuh yang diistiharkan semasa majlis pernikahan.

- persetubuhan haram adalah apabila suami menyetubuhi isteri dlm keadaan isterinya tidak suci (dlm kes ini isterinya dlm tempoh haid).

2. Isteri hanya layat terima separuh dari mas kahwin.
- Isteri hanya berhak menerima separuh dari mas kahwin jika perceraian berlaku sebelum persetubuhan.
- Dalil Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:237 (klik sini)
{ وَإِن طَلَّقۡتُمُوهُنَّ مِن قَبۡلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدۡ فَرَضۡتُمۡ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ فَنِصۡفُ مَا فَرَضۡتُمۡ إِلَّآ أَن يَعۡفُونَ أَوۡ يَعۡفُوَاْ ٱلَّذِي بِيَدِهِۦ عُقۡدَةُ ٱلنِّكَاحِۚ وَأَن تَعۡفُوٓاْ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۚ وَلَا تَنسَوُاْ ٱلۡفَضۡلَ بَيۡنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ }

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

3. Isteri tidak layak terima sabarang mas kahwin.
- Perceraian berlaku sebelum persetubuhan, suami tidak perlu membayar mas kahwin kepada isteri.

- Punca² perceraian:
  1. Murtad, dlm kes ini si isteri murtad.
  2. Isteri minta fasakh kerana diketahui berlaku kecacatan pd suami yg tidak diingini.
  3. Isteri minta fasakh atas sebab tertentu.

- Dalil Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:236 (klik sini)
{ لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗۚ وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى ٱلۡمُوسِعِ قَدَرُهُۥ وَعَلَى ٱلۡمُقۡتِرِ قَدَرُهُۥ مَتَٰعَۢا بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

- Isteri boleh memohon fasakh dan tidak berhak menerima mas kahwin jika suami melakukan beberapa kesalahan, seperti:
  1. Tidak memberi nafkah selama tiga bulan.
  2. Dihukum penjara lebih dari tiga tahun.
  3. Tidak menyetubuhi isteri tanpa alasan yang munasabah selama satu tahun.
  4. Mati pucuk yang tidak diketahui isteri sebelum perkahwinan.
  5. Menganiaya isteri secara fizikal atau mental.
-

Saturday, January 25, 2025

Tingkatan Sabar

- us Syed Husaini bin Syed Hasan Kuliah Suboh Sabtu 25-Jan-2024

Tingkatan Sabar

Dari Anas bin Malik r.a. dia mengatakan kepada perempuannya: "Tahukah engkau si Anu (seorang perempuan"?" Jawabnya: ''"Tahu!'' Kata Anas; "Sesungguhnya Nabi saw. bertemu dengan perempuan itu ketika dia sedang menangis dekat sebuah kubur. Lalu Nabi mengatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah!" Perempuan itu menjawab: "Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan saya ini!" Nabi meninggalkan perempuan itu dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lalu dekat perempuan itu seorang laki-laki menanyakan: "Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah kepada engkau?" Jawab perempuan: "Aku tidak mengetahui (bahawa beliau Rasulullah)." Kata laki-laki: "Sesungguhnya beliau itu Rasulullah saw." Maka datanglah perempuan tadi ke pintu rumah Nabi dan diperolehnya tidak ada pengawal. Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah! Saya tidak mengenal engkau!" Nabi bersabda: "Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 5. Hadis Nombor 1902]

Hadis ini menekankan pentingnya kesabaran dalam menghadapi kehilangan dan menunjukkan bahawa menangis adalah wajar, asalkan tidak disertai ratapan berlebihan.

- Selain mengajak kpd kebaikan, melakukan kebaikan,  kita dituntut utk mencegah kemungkaran.
a) mengajak berbuat baik spt kita hantarkan (atau forward) mesej whatsapp supaya rakan/ahli group lakukan kebaikan. Ini mudah dilakukan kerana klikndan send shj.
b) mencegah kemungkaran suatu yg berat utk dilakukan, kerana rasa diri tidak layak utk mencegah atau menegur kemungkaran atau tiada ilmu atau tidak cukup ilmu. Org² yg diberi kekuatan, keberanian dan keimanan mampu melakukan perkara ini.

Pengajaran dari hadis ini.
1. Nabi Muhammad memberikan keuzuran kpd perempuan itu, tanpa menghukumnya kerana tidak kenal kpd baginda.

2. Tawaduknya Nabi Muhammad saw, tidak menghiraukan perempuan itu apabila dihalau.

3. Tawadukknya Nabi Muhammad saw, membenarkan sesiapa pun utk datang bertemu baginda. Baginda boleh sahaja perintahkan para sahabat mewujudkan pasukan pengawal dan mengawal rumah baginda, tetapi ini tidak dilakukan oleh baginda.

4. Sabar pada tingkatan tertinggi itu adalah keadaan apbl kita menerima sesuatu musibah.

5. Orang perempuan dibenarkan utk ziarah kubur. Walaubagaimanapun, perbuatan meratap dikuburkan adalah dilarang.

a) Adab-adab seorg perempuan menziarahi perkuburan perlu dijaga antaranya:
- memberi salam (kepada penghuni kubur)
- menutup aurat
- tidak berhias
- tidak memakai wangian yg melampau (bau wangiannya)
- menjaga batas mahram.

Wednesday, January 8, 2025

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:168

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 8-Jan-2025

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:168

Surah Al-Baqarah ayat 2:168 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ }

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

- - "طَيِّبٗا" makanan yg perlu dimakan adalah yg halal lagi baik. Baik bermaksud tidak mendatangkan mudarat.
- Iblis dan syaitan ada satu makhluk ciptaan Allah yg sama. 
  • Dlm Al-Quran, iblis merujuk kpd satu makhluk yg telah tidak patuh kpd perintah Allah. Manakala syaitan merujuk kpd satu makhluk yg kerjanya mengajak manusia kpd ingkarkan perintah dan larangan Allah.

- "ٱلنَّاسُ" merujuk kpd semua makhluk manusia, bukan khusus kpd org² Islam. 
  • Perintah Allah supaya memilih makanan yg halal dan baik itu mempunyai kebaikan kpd seluruh manusia. Apbl perintah ini diingkarkan, seperti manusia makan daging babi, maka perlbagai penyakit timbul dan penyakit ini tidak hanya meliputi/kena pemakannya shj, tetapi boleh kena kpd semua manusia yg berhungung dgn pesakit.

- Dosa yg melibatkan Allah disebutkan sebagai "zunub", manakala dosa yg melibatkan manusia disebutkan sebagai "saiyiat".

- Fahsya' merujuk kpd perbuatan yg baik tetapi dilakukan melebihi kadar/had yg dibenarkan. Contoh:
  1. Ciuman kpd isteri dilakukan dikhalayak ramai. Ciuman suami isteri adalah halal dan baik, namun dimanipulasikan oleh syaitan sebagai perkara baik lagi halal walaupun dilakukan dikhalayak ramai.
  2. Banyak melakukan solat sunat adalah perkara baik, dan mendatangkan pahala. Manipulasi syaitan kpd seorg muslim supaya solat dilakukan pd waktu² yg dilarang solat. Begitu juga hasutan syaitan supaya lakukan solat di tempat² yg tidak sesuai seperti di kubur, atau dalam kuil.

- Syaitan menghasut manusia pd perkara² yg halus, dan meyakinkan pelakunya bhw perbuatan yg dilakukan (walaupun bertentangan dgn perintah Allah) adalah betul/benar dan tidak menyalahi perintah Allah.

Wahyu ada 2 ie Al-Quran dan hadis. Dalilnya adalah surah An-Najmi ayat 53:4 (klik sini)
{ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ }

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.