Saturday, May 19, 2012

An Nur

- Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 19-Mei-2012

:: sambungan An Nur


-asal kejadian, Allah jadikan Nur Muhammad. Dari Nur ini dijadikan pelbagai ciptaan.


-hakikan kejadian api adalah dr Nur. Dari api dijadikan jin, iblis. Nur diolah oleh Allah menjadi api, begitu juga dari Nur dijadikan tanah. Namun sifat tanah adalah lebih rendah dari api. Dari tanah diciptakan manusia pertama ie Nabi Adam as. Allah memerintahkan segala makhluk yg lain tunduk kpd Nabi Adam as, semua makhluk taat perintah Allah kecuali iblis. Di atas keangkuhan iblis bhw api adalah lebih mulia berbanding tanah yg membentuk Nabi Adam as. Dikatakan tanah yg membentuk manusia di jadikan dr 7 jenis tanah.


- Iblis menerangkan kepada Allah bhw kejadian iblis adalah dr api, manakala Nabi Adam as adalah dr tanah. Iblis merasakan keputusan utk tidak tunduk kpd Nabi Adam as adalah keputusan yg lebih bernilai/baik (nilai angkuh/sombong).


-Iblis menyaksikan sendiri kejadian Nabi Adam as (yg diciptakan di dlm syurga) yg diperintahkan Allah kpd malaikat utk mendapatkan 7 jenis tanah dari bumi. Logiknya iblis merasakan adalah kejadiannya lebih mulia dr tanah yg kemudiaannya ditiupkan roh ke atasnya. Makhluk2 lain taat dan patuh kpd perintah Allah apbl diperintahkan utk tunduk dan sujud kpd Nabi Adam as. Namun iblis melanggar perintah Allah utk tidak taat perintah tsbt.


- Sifat angkuh ini sangat layak disamakan dgn sifat manusia utk tidak mahu taat (melanggar) perintah Allah. Cth tidak bersolat, tidak menutup aurat, mengumpat, mencuri, berjudi, zina.


- Nur dlm manusia adalah hatinya, apbl satu kemaksiatan terhadap Allah dibuat, maka satu titik hitam terlekat dihati. Jika tidak disucikan hati maka semakin hitam/gelap hati dan sukarlah utk cahaya yg ada dlm hati itu utk membawa individu tsbt kpd menjadi org yg bertakwa.


- hati yg hitam/gelap ini di akhirat ini akhirnya akan dicuci dgn api neraka sehinggalah hati itu menjadi bersih, dan barulah dibenarkan masuk syurga (dgn syarat sewaktu sebelum mati individu itu ada iman).


- istighfar hanya mampu menghilangkan dosa2 kecil, namun tidak mampu menyucikan dosa besar. Taubat nasuha adalah taubat menyesali perbuatan/kesilapan yg dilakukan, membenci peeputan maksiat yg telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.


-istighfar hanya menjadi pencetus, utk menghidupkan semula hati agar ia bercahaya semula. Apbl dtg ke dunia manusia adalah bersih, maka bila nak balik ke alam kubur hati kita juga mestilah bersih.


- Dlm syurga itu penuh dgn nur. Di akhirat nanti ada yg dibangkitkan dgn keadaan bercahaya.


- Nur yg tertutup dlm hati perlu disucikan dgn taubat. Istighfar adalah salah satu cara utk menyucikan hati.


- org yg ada kelebihan boleh melihat nur pd manusia lain, dia boleh menilai seseorg individu berdasarkan nur yg terpancar di muka org dilihatnya.


-syeik Ahmad Badawi, dikurniakan kelebihan kpdnya dgn nur yg terpancar di mukanya. Dia keluar rumah dgn menutup mukanya, kerana mengelakkan org yg melihatnya menjadi silau. Apabl dipanggil mengadap kpd khalifaf pd zamannya, dan setelah didesak berulang kali maka dia pun membuka penutup mukanya. Khalifah itu menjadi silau apql penutup mukanya dibuka, maka bersetujulah khalifah itu agar dia terus memakai penutup mukanya.


- imam Ghazali dikurniakan kelebihan dgn jarinya bercahaya apbl menulis. Diketahui imam Ghazali menulis pd waktu malam, namun kelebihan yg ada padanya membolehkan dia buleh menulis dlm waktu malam dgn bantuan cahaya pd jarinya.


- cahayakan semula akal, perbuatan, percakapan kita dgn Nur, semoga kita menjadi org yg suci hati dan kembali mengadap Allah dlm keadaan hati yg bersih/suci yg diredhai Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 5, 2012

Nur Allah

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 5 Mei 2012

:: sambungan kuliah bln Mac, Nur Allah.


-Walau tiada cahaya Allah masih berkuasa mentadbir dunia ini.

-Allah mengatur langit dan bumi dgn tadbirNya sendiri. TadbirNya itu juga adalah Nur Allah.

-Bintang: Allah meletakkan cahaya pdnya yg boleh dilihat oleh manusia.

-Ugama Islam juga diberikan cahaya, cahaya kpd kehidupan manusia. Cahaya ini dizahirkan dlm bentuk aqidah, perbuatan dan keimanan.

-Rasulullah juga ditafsirkan sebagai nur. Rasulullah tidak mempunyai bayang2, maka wajarlah baginda bersifat sama spt cahaya.


-Hati yg kuat, mudah hafal, dan baik pekerti adalah hasil dr nur yg cerah dlm hati manusia. Kalau iman kita kuat, maka akan dizahirkan perbuatan kita dgn perbuatan yg baik2. Amalan mereka akan di bawa naik ke langit (menemui Allah) oleh malaikat dlm keadaan bercahaya.


-Islam yg kita anuti ini faedahnya bukan hanya utk org Islam. Kisah Nabi Musa as. ketika Nabi Musa bersama 70 pengikutnya ke bukit Tursina, ada pengikutnya yg berdoa agar diturunkan perintah/ajaran itu kpd golongan mereka sahaja. Allah murka dan hampir2 memusnahkan golongan tsbt. Ini bermaksud ajaran yg diturunkan Allah adalah utk seluruh umat manusia. Oleh itu dakwah Islamiah bukan hanya utk org Islam, dakwah adalah utk semua org. Maka manusia bertanggungjawab utk menyebarkan ajaran/fahaman/ilmu Islam kpd seluruh umat manusia. Terpulang kpd kemahiran dan kepandaian manusia itu sendiri utk menyebarkan dakwah kpd manusia lain. Ada org berdakwah melalui perjalan keluar spt 3 hari, 40 hari; ada org yg berceramah; ada org yg mengajar di kelas2 pengajian; ada yg guna teknologi (spt internet) utk menyebarkan ugama/dakwah. Matlamat utama adalah utk menjalankan amanat dakwah utk manusia menyembah Allah, dan terlepas tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi yg akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.


-Nur Allah yg diberikan dlm hati kita, perlu disebarkan kpd manusia lain. Disamping itu nur yg diberikan itu perlu digilapkan lagi. Nur ini perlu diperluaskan ke seluruh dunia.


Published with Blogger-droid v2.0.4