Saturday, May 17, 2014

Akhlak Rasulullah

-us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 17-Mei-2014
-Pengawasan diri

1. Saidina Umar memberitahu cara mengawasi/menghisab diri sendiri sebelum hari Perhitungan
1) menghisab amalan diri sendiri (dlm neraca kita sendiri)
- Jika duduk di tengah2 manusia jadilah pensihat utk diri kamu sendiri. Jangan kamu tertipu dgn jumlah manusia yg berada disekelilingmu.
- imam at-Tarmizi: jadikanlah Allah sebagai pengawas diri kamu sendiri, dan bersyukurlah kpd Allah yg memberi nikmat kpdmu.

Beberapa syarat syukur:
1.
2. Menunaikan hakNya
3. Tak menggunakan nikmat yg dikurniakan kpd perkara yg haram

Sahal berkata: hati tidak akan berhias dan lebih elok, melainkan ia merasakan Allah melihat akannya.
- Harun Al-Rashid dan isteri berjalan kaki utk memunaikan haji pd setiap tahun.
- Sabar itu adalah yg paling cantik.
- Selepas pembukaan kota Mekah, Rasulullah mengunjungi Taif, baginda disambut dgn baik.

-Apabila nak nerjumpa dgn manusia, bacalah ayat Amanarrasul.... dr surah Al-Baqarah ayat 285
" Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

2)
Imam Hassan Al-Basri berkata, aku pernah bertemu dgn satu kaum yg tidak gembira dgn dunia dan tak sedih jika dunia ini hilang.
- Rasulullah berkata, hidup di bumi ini ibarat bermusafir, bawa apa yg perlu sahaja
- Inilah yg dikatakan zuhud.
- Bukan nyawa sahaja ada ajal, harta juga ada ajalnya, spt hilang, rosak.

Org bertanya kpd Imam Hassan Al-Basri, kenapa muka org yg mujtahid itu bersinar, kata Imam Al-Basri, mereka berkawan dgn ayat-ayat Allah.
- Org yg sentiasa membaca Al-Quran akan merasakan dirinya kasih kpd Allah dan merasakan Allah juga kasih kpdnya.

3) bila siang dia tak berupaya berdiri, kerana pd sebelah mlmnya dia beribadat.
- Safwan bin Sulail beribadat setiap mlm kerana merasakan esok harinya akan kiamat.

Cara mendpt keampunan Allah
Rasulullah berkata, 7 jenis manusia yg mendpt naugan Allah
1) imam/pemimpin yg adil
- Sikap adil hadir apbl seseorg itu taat kpd Allah (yg bertakwa).
2) Pemuda/i yg hidup dllm ketaatan kpd Allah.
- Dia hanya berharapkan kpd keredhaan Allah, tak perlukan saksi.
- dlm hidup ini perlu diberikan keutamaan terhadap perkara beramal kpd Allah.
3) lelaki yg menolak ajakan seorg wanita utk berzina
6) Org yg bersedekah yg menyembunyikan sedekahnya
7) org yg apbl bersendirian, maka berlinang air matanya kerana ber

Tuesday, May 13, 2014

Jaga Solat

-us Datuk Hj Kamal Kuliah Suboh Selasa 13-Mei-2014

Surah Al-Baqarah ayat 43:
" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Surah An-Nisa ayat 101 dan 102
101:  "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu."

102: " Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina."

- Ayat 101: Allah memberi keringanan mengerjakan solat dr 4 kpd 2 rakaat kpd mereka yg bermusafir. Manakala Ayat 102 memerintahkan solat disempurnakan dlm rakaat yg penuh dlm peperangan.

Kaedah utk memudahkan urusan harian:
1. Jaga solat berjemaah
2. Jaga perintah dan larangan Allah diluar solat, dgn membawa sifat solat ke dlm kehidupan.

Isteri akan masuk syurga mendahului suami kira2 500 tahun lebih awal dr suaminya. Nabi memberikan syarat kpd para wanita bersuami utk 4 perkara bagi membolehkan mereka mendapat kelebihan itu:
1. Jaga solat
2. Menjaga ibadat2 diluar solat, spt zakat pendapatan, menunaikan haji.
3. Menkaga aurat
4. Menjaga kehormatan diri.

Solat yg dikerjakan oleh org yg menjaga wuduknya, menjaga solatnya dgn tertip, maka solatnya akan menjelma sebagai makhluk yg bercahaya dan naik ke Illiyyin dan mendoakan org tersb. Manakala org yg tidak menjaga wuduk dan solatnya, maka solat itu akan keluar dr badan org itu sebagai lembaga hitam dan berdoa supaya dilaknat org tersbt, maka lembaga solat itu akan dilemparkan semula ke muka prg tersbt spt org melemparkan kain buruk ke muka org yg solat tersbt.

3 waktu solat:
1. Waktu harus - dr masuk waktu solat hingga luput masa
2. Waktu makhruh - solat dikerjakan di akhir waktu, spt kira2 selesai solat dikhuatiri telah luput waktu solat.
3. Waktu haram - solat dilakukan dlm waktu yg hampir luput hingga amalan2 solat menjadi

1. Menjaga wuduk
Rasulullah mengambil wuduk dr satu bekas (yg bermuncung. Dgn jumlah yg kecil baginda menyempurnakan wuduk. Kita hari ini perlu menggunakan air dlm kadar yg minima, tutup kepala paip ketika meratakan air le anggota wuduk.
- Sunnah Nabi juga meratakan air ke anggota wuduk bukannya menyiram atau melalukan air.
- Sunnah membasuh tangan adalah meratakan air dr tangan ke siku, bukannya dr siku dilalukan air ke tangan.
- Sunnah ketika menyapu air ke kepala adalah kira2 hujung jari, Nabi membasahkan kedua tangan dan menyapu kepala kemudian menyapu semula ke bhgn depan kepala.
- Sunnah juga menyapu dua telinga (kiri dan kanan) dgn dua tangan serentak.

Fadilah solat dhuha adalah pahala haji dan umrah yg sempurna.

2. Menjaga dan menyempurnakan qiam, pandangan mata ditumpukan di tempat sujud, tangan terikat (diam),
- Imam Ghazali meriwayatkan tangan nabi diletakkan di antara dada dan perut,
- Imam Maliki meriwayatkan tangan dilunjurkan di sisi badan ketika qiam,
- Imam Hanafiah meriwayatkan tangan diletakkan di dada.

-->Solat menjadi pembela utk membolehkan kita masuk syurga.
- Org yg tidak bersolat, di akhirat nanti akan menjadi spt karun atau haman (pegawai kerajaan yg tidak ), atau ubai bin khalaf (ubai bertemu Rasulullah dan bernekad utk suatu hari nanti ingin membunuh Rasulullah. Rasulullah mengatakan kpdnya bhw dia akan mati ditangan baginda. Ubai mati dlm peperangan Badar, di mana Rasulullah melontarkan lembing kpdnya ketika menunggag kuda menghala utk membunuh Nabi. Dia luka sedikit dan kembali ke kumpulan tentera kafir. Dia yakin akan kata2 Nabi bhw dia akan mati ditangan Nabi, akhornya dia mati 3 hari selepas dr itu ketika dlm perjalanan pulang dr perang Badar).