Sunday, July 12, 2015

Perkara Syubhat

- us Azizul tazkirah Subuh Ahad 12-Julai-2015

Hadis berkenaan halal dan haram

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man bin Basyir r.a. bahawasanya beliau
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: (klik sini utk paparan hadis)

Maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkaraperkara samar (syubhat) yang yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah termasuk dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” [HR al-Bukhari, no 52]


  • Dimaksudkan hati adalah jantung sbb jantung yg mengepam darah yg bergerak ke seluruh badan.

  • Dimaksudkan warak itu adalah seorg yg mampu tidak makan perkara2 yg syubhat. Tidak mencampurkan hartanya dgn harta benda syubhat.

    • Waktu kerja pejabat diguna utk perkara peribadi, tuang kerja, etc manjadikan gaji yg diterima ada unsur syubhat.

    • Ternakan lembu/kambing/kerbau yg hidup lepas, terkadang2 makan tanaman yg ditanam utk jualan/sumber pendapatan, maka apbl ternakan itu dijual, maka berikanlah harga yg dipersetujui oleh tuan punya tanaman td, utk mengeluarkan bahagian jualan yg tercampur dgn perkara syubhat.

    • Namun, rumput di tepian jalan itu terkecuali kerana jika tidak di makan oleh haiwan ternakan yg berkeliaran, rumput2 tsbt akan dipotong oleh pekerja.

  • Hukum fekah jatuh kpd yg zahir. Rasululah mendidik agar kita menjaga hati ie yg berhajatkan sesuatu sehingga berlakunya sesuatu perbuatan. Rasulullah mendidik kita menjaga perkara yg belum berlaku yg boleh menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi syubhat.

  • Sifat yg terhasil adalah dtgnya dr pemakanan yg dimakan.

  • Muflis, adalah org yg di Akhirat nanti amalannya digunakan utk membayar ganti kpd org yg dihutangnya semasa di dunia. Apbl telah habis semua amalannya namun dia masih berhutang, maka dosa dr org lain itu diambil sebagai ganti. 

  • Antara penyakit2 hati:
    1. Bakhil, dan diajar pula kpd org lain utk berlaku bakhil.
    2. Riak
    3. Suka menceritakan perkara kebaikan yg dilakukan kpd org lain.
    4. Tidak redho dgn perkara yg telah ditakdirkan oleh Allah.


Satu hati dlm masyarakat
Satu hati dlm masyarakat terhasil bila tumit (belakang) lurus bagi jemaah dlm saf solat.

  • Tugas imam adalah mengingatkan jemaah utk mendirikan saf yg rapat dan lurus. Rapat bermaksud bersentuhan bahu.
  • Jemaah makmum perlu berdiri apbl muazin iqamah "qadqa matisolah.."
  • Org yg menggunakan kerusi utk solat berjemaah, maka tumit belakangnya di kira dr hujung belakang kaki kerusi (agar tidak mengganggu jemaah di belakangnya).


Ziarah jenazah
Sewaktu menghadiri majlis kematian/pengurusan jenazah, maka berzikirlah atau mengaji sementara menunggu jenazah sedia utk dibawa ke perkuburan.


2 perkara yg besar ganjarannya dlm Islam:
(i) Beri jalan kpd orang utk lalu.

  • Menjaga hak org lain/jiran utk kemudahan mereka lalu-lalang.
  • Keadaan di taman permahan, jagalah laluan belakang rumah agar tidak menghalang hak laluan jiran2 lain.
(ii) Buat telaga utk memberi minum kpd org lain.
  • Letakkan air minuman spt water cooler, air mineral di masjid/surau, tempat awam secara percuma.

Saturday, July 11, 2015

Pengajaran dari surah Al-Furqan

- us Rijal tazkirah suboh Sabtu 11-Jul-2015

2 perkara yg perlu ada dlm melakukan ibadah dlm bulan Ramadhan 2
  1. pengharapan - mengaharapkan keampunan
  2. takut dan bimbang jika amalan yg dilakukan tidak diterima Allah

Surah Al-Furqan dan pengajaran yg boleh diambil berkaitan bln Ramadhan:

1) jangan berbelanja yg melampau

2) jangan kedekut (utk mengeluarkan sedekah)

3) org yg beriman itu tidak menyembah selain dr Allah

4) (perbanyakkan) bertaubat kpd Allah

5) perbanyakkaan amalan soleh, maka diganjarkan dgn kebaikan

6) sesungguhnya Allah tidak melihat puasa org yg tidak meninggalkan hal org lain (mengumpat)

7) perbanyakkan doa.

 - 3 golongan yg doanya tidak ditolak oleh Allah:
  1. Org yg berpuasa hingga berbuka
  2. Pemimpin yg adil
  3. Org yg dizalimi

8) cuba capai "Ramadhan":
  1. ra: redho Allah
  2. mim: keampunan dr Allah
  3. dhad: jaminan Allah
  4. alif: kejinakan/dekat dgn Allah
  5. nun: nikmat dlm melakukan ibadah.

- Nikmat yg diberikan Allah spt boleh membaca Al-Quran bukannya kekal, Allah boleh tarik semula nikmat tersbt menyebabkan kita hanya mampu memandang huruf, namun tak mampu membacanya.

Sunday, July 5, 2015

5 cara untuk mencari ketakwaan di bulan Ramadhan

- us Sofian kuliah Subuh Ahad 5-Julai-2015

- 5 perkara utk mencari ketakwaan kpd Allah spt yg dijanjikan oleh Allah apbl selesai melakukan sebulan Ramadhan
(1) Bermuhasabah ke atas diri sendiri.
- hisab hubungan kita dgn Allah, dgn manusia dan makhluk Allah di atas muka bumi.
- iman meyakinkan kita terhadap perkara2 samiyyat.
- utk menjaga kesihatan diri, jaga 7 perkara/anggota
1) mata
2) mulut (juga lidah)
3) telinga
4) kaki
5)
6) perut (dr perkara yg syubhat)
7) kemaluan (juga syahwat)

(2) muraqabah ie menghampiri Allah
- perbanyakkan doa kpd Allah, minta lah kpd Allah nescaya akan dikabulkan.
- lakukan solat tahajut dan solat hajat di sepertiga akhir mlm (sebelum bersahur lakukan solat sunat ini).
- 3 golongan yg doa mereka tidak ditolak
1) pemimpin yg adil
2) org yg berpuasa
3) org yg kena zalim
- apbl bersedekah, Allah janjikan rezeki yg murah dan dipanjangkan umur.

(3) mujahadah ie kesungguhan (dlm melakukan ibadah)
-3 perkara dlm bermujahadah:
1) Memencilkan diri (bersendirian dlm melakukan amalan)
2) Diam
3) berlapar  (berpuasa)

(4) bersegera (dlm melakukan ibadah/amalan kpd Allah)
- amalan bertangguh akhirnya tidak melakukan

(5) munafasak ie rasa iri hati (cemburu)  terhadap amalan/kebaikan yg dilakukan oleh org lain.
- 2 dengki yg dibenarkan dlm Islam:
1) dengki kpd seorg lelaki yg berharta dan dia mendermakan hartanya
2) seorg yg berilmu dan dgn ilmunya dia mengajarkan kpd org lain.