Monday, August 5, 2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:268 hingga 271

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrih Isnin 5-Ogo-2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:268 hingga 271

Surah Al-Baqarah ayat 2:268 (klik sini)

{ ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ }

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Surah Al-Baqarah ayat 2:269 (klik sini)

{ يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Surah Al-Baqarah ayat 2:270 (klik sini)

{ وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوۡ نَذَرۡتُم مِّن نَّذۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُهُۥۗ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ }

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

Surah Al-Baqarah ayat 2:271 (klik sini)

{ إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّـَٔاتِكُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

- Allah menjanjikan balasan baik kpd sumbangan/infaq yg dibelanjakan, dan diberikan keampunan dosa. Juga limpah-kurnia dari Allah antaranya hikmah.
  • Apa maksud hikmah, ie kata² atau nasihat sesorg itu mudah diterima difahami.
- Allah mengkifarahkan dosa² kita sebagai balasan dari sumbangan/infaq yg dilakukan.

- Sebaliknya syaitan membisikkan kemiskinan apabila seseorg mengeluarkan hartanya bagi tujuan sedekah, sumbangan atau infaq.
  • Fahsyak adalah kejahatan² yg terkait dgn seks, manakalan mungkar adalah kejahatan² selain dari yg berkaitan dgn seks.
- Adalah lebih afdal utk menyembunyikan sumbangan/infaq, kerana khuatir tidak dapat menjaga hati dari perasaan riak. Riak dlm melakukan sumbangan, infaq akan menyebabkan gugur (terbatal) pahala kebaikan sumbangan/infaq yg dilakukan.

Saturday, August 3, 2024

Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 3-Ogo-2024

Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid bin A'sim Al-Ansari

- masuk Islam semasa masih kecil. Dia tidak sertai Perang Badar dan Perang Uhud kerana usianya yg sgt muda.

- Dia memeluk Islam semasa Perjanjian Aqabah ke2 (tahun ke 12 kerasulan Nabi Muhammad saw). Rombongan 70 org dari Yathrib ada sebuah keluarga Zaid, Habib, saudara lelakinya (Abdullah bin Zaid), ibunya dan ibu saudaranya datang bertemu Rasulullah saw. Keluarga Habib telah memeluk Islam hasil dari Perjanjian Aqabah pertama, yg mana Rasulullah saw mengutuskan utusan utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib ie Mus'ab bin Umair.

- Catatan kuliah:

- Semasa Peperangan Uhud, keluarga Habib terlibat sama. Ibu Habib ie Musaibah binti Ka'ab, membantu di barisan belakang dlm memberikan bantuan kpd pasukan tentera. Namun dikatakan terdapat 13 kesan luka pd tubuh Musaibah, membuktikan dia juga turut berjuang dlm peperangan.

- Abdullah juga terlibat dlm perang Uhud, dgn menyertai benteng mempertahan Rasulullah saw. Abdullah bin Zaid terlibat dlm Perang Yamamah dan syahid dlm peperangan itu.

- Pd tahun ke 9 hijrah ie di gelar tahun Ummul Ufud, ie  kabilah² arab dtg ke Madinah utk memeluk Islam, ada juga dtg utk belajar Islam. Pd tahun ke9 itu kerajaan Islam pimpinan Rasulullah saw berkembang dan kuat, maka banyak golongan² arab yg ingin menyertai pihak Islam, dan berpihak kpd pihak yg kuat.

- Bani Hanifah dtg dgn satu rombongan dan berkhemah di pinggir Madinah. Bani Hanifah tinggal di tengah padang pasir kawasan tengah² arab. Setelah bertemu Rasulullah saw dan mempelajari Islam, mereka pulang ke perkampunagn bani Hanifah. Dlm rombongan itu, Musailamah al-Kazzab ditugaskan menjaga khemah ketika mana rombongannya keluar masuk ke Yathrib mempelajari Islam.

Nabi Palsu:
- Apbl rombongan Bani Hanifah pulang ke perkampungannya, Musailamah al-Kazzab, yg tidak pernah bertemu Rasulullah dan mempelajari Islam secara langsung dari Rasulullah, selepas pulang dia menggelar dirinya sebagai nabi. Ramai juga penduduk bani Hanifah yg mengikutinya. Musailamah juga mengirimkan surat kpd baginda Rasullah saw, dan menghantar 2 org utusan membawakan suratnya, mengatakan:
  • Separuh bumi adalah miliknya, dan sebahagian lagi dimiliki Quraisy (merujuk kpd Rasulullah), namun orang Quraisy membolotnya.Maksud surat Musailamah al-Kazzab, Rasulullah menjadi nabi di sebahagian bumi, dan dia sebagai nabi sepatutnya diberikan sebahagian lagi bumi, tetapi perkara ini tidak berlaku.

- Rasulullah saw bertanyakan kpd ke2-2 utusan Musailamah dan bertanyakan pendirian mereka. Utusan itu mengatakan perkara yg sama spt isi kandungan surat Musailamah. Jawab Rasulullah, jika bukan kerana adanya aturan Islam, ingin sahaja kepala mereka dipenggal.

- Rasulullah benarkan 2 utusan itu pulang ke bani mereka.

- Setelah beberapa ketika, Rasulullah saw mengutuskan surat kpd Musailamah al-Kazzab, berbunyi, 
  • daripada Muhammad Rasul Allah kepada Musailamah si penipu besar, salam dan selamat kepada mereka yg mengikut Islam. Bumi ini adalah milik Allah, Dia akan mewariskan bumi ini kepada sesipa yang dikehendakiNya, dan pengakhiran yg baik itu adalah utk yg bertakwa kpd Allah.
- Surat ini disampaikan oleh Habib bin Zaid. Mungkin ketika itu Habib berumur dlm belasan tahun, berjumpa dgn musuh Islam yg berani mengaku sebagai nabi.

- Habib ditangkap dan diikat. Berbeza cara Rasulullah melayani utusan yg dihantar oleh Musailamah bertemu Rasulullah. Pada keesokkan Musailamah bertanya kpd Habib, wahai anak muda adakah bersaksi bhw Muhammad itu nabi. Jawab Habib, ya aku bersaksi bhw Muhammad itu rasul Allah. Musailamah bertanya adakah Habib bersaksi Musailamah sebagai nabi. Jawab Habib, ada benda dlm telinganya, yg menyebabkan dia tidak dengar apa yg disebutkan oleh Musailamah. Musailamah perintahkan penyiksanya memotong anggota badan Habib, maka bergolek anggota badannya jatuh. Selepas itu ditanya lagi adakah Habib bersaksi bhw Musailamah itu nabi, Habib menjawab tidak dengar apa yg disebutkan. Penyiksa Musailanah kemudiannya diarah memotong anggota badan yg lain. Penyiksaan ini berterusan hinggalah Habib syahid.

- Peristiwa ini tidak dapat diperangi kerana berlaku di akhir hayat Rasulullah.

- Setelah kewafatan Rasullah, Khalifah Abu Bakar as, menghantarkan tentera Islam memerangai Musailamah nabi palsu. Pd ketika itu tentera Musailamah berjumlah 40 ribu. Tentera muslimin sekitar 13 ribu orang. 
  • Ramainya pengikut Musailamah ketika itu adalah kerana bersifat perkauman. Jawapan pengikut² Musailamah adalah mereka menyanjungi kabilah Robiah berbanding kabilah Mudar. Susur galur Nabi Muhammad ada moyang bernama Mudar.

Kematian Musailamah, nabi palsu:
- Wahsyi bin Harb berjaya membunuh Musailamah. Dlm peperangan itu ibu Habib dan saudaranya ie Abdullah.
Wahsyi sebelum keislamannya membunuh dan mencacatkan jasad saidina Hamzah. Selepas keislamannya, dia berasa bersalah dan dgn dapat membunuh Musailamah dia berasa lega kerana dapat membunuh seorang musuh Islam.

- Catatan kuliah