Sunday, June 10, 2018

Solat sunat Awwabin

- us Meftah Ahad 10-Jun-2018

1. Kelebihan solat sunat:
a) 2 rakaat solat sunat Awwabin selepas solat Maghrib adalah utk menjaga iman dan memperoleh hidayah.

b) 2 rakaat solat Dhuha adalah utk memohon rezeki dan dipermudahkan urusan.

- sebaik-baik kata adalah kata² Al-Quran dan sebaik-baik hidayah adalah hadis Nabi.

- taubat: utk kekal taubat itu payah, mohon kpd Allah terima taubat kita dan kurniakan petunjuk dan dikurniakan hidayah.

-
1) hari ini kita makan, suatu hari kita menkadi makanan kpd ulat.
2) hari ini kita ketawa, jangan nanti di Akhirat nanti kita menjadi org yg menangis kerana banyak penyesalan.
3) hari ini kita seronok melihat keaiban org,
- Org yg suka membuka aib org lain maka sebelum dia mati akn tiba pula giliran aibnya dibukakan kpd org ramai.
- sifat isteri abu lahab adalah "batu api" megnadu domba. Bukanlah dimaksud isteri abu lahab itu sebagai mengangkat katu api.

Saturday, June 9, 2018

Keyakinan tentang sumber rezeki

- us Zamri Sabtu 9-Jun-2018

- tidak perlu meninggalkan kehidupan dunia utk menjadi org yg paling dekat dgn Allah.

- Surah Al-Hujrat ayat 49:13 (klik sini utk paparan ayat)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

- 2 waktu yg dikhususkan utk setiap org Islam menjadi spt seorg alim adalah:
  1. 10 hari terakhir dln bulan Ramadhan
  2. waktu ihram

- Bab Qonaah (berpada dgn apa yg ada), menjaga kehormatan, menginfakkan harta, dan memelihara diri dari meminta-minta.

- Imam Nawawi membawakan dalil:

a) Rezeki kita hanya Allah shj yg beri, bukannya dr manusia. Keyakinan kita perlu diperbetulkan bhw setiap rezeki adalah dr Allah, bukannya kerana atas sebab kita mengenali org² tertentu (spt dlm urusan perolehan kontrak, mendpt pekerjaan).

Surah Az-Zariat ayat 51:58 (klik sini)
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

- maknanya, jangan bimbang dlm bab rezeki.

b) Kadar rezeki itu ditentukan oleh Allah.

Surah As-Shura ayat 42:27 (klik sini)
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

c) Allah membuat percaturanNya kpd siapa rezeki itu diberikan. Bukan manusia yg kita anggap sebagai org ahli politik, pengarah, etc yg menentukan rezeki kita.

Surah As-Shura ayat 42:12 (klik sini)
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

d) Yakinlah bhw setiap harta yg dibelanjakan (dermakan) pd jalan Allah, maka Allah akan gantikannya.

Surah Saba ayat 34:39 (klik sini)
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

Saturday, June 2, 2018

Tanggung-jawab terhadap Al-Quran

- tazkirah Ramadhan Sabtu 2-Jun-2018

Tanggung-jawab terhadap Al-Quran


Surah Al-Baqarah Ayat 2:185 (klik sini utk paparan ayat)

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

- Peristiwa yang berlaku dlm bulan Ramadhan, antaranya, Perang Badar

  • disebut Badar al-qubra ie peperangan yg besar, berlaku pd 17-Ramadhan
  • tentera Islam sebanyak 313 manakala tentera kafir 1,000 orang. 
  • Allah turunkan para malaikat dlm peperangan ini, sebagai balasan keyakinan tentera Islam terhadap janji² Allah (ie keimanan mereka akan diganjarkan dgn syurga)

- hadis: Nabi maklumkan 6 soalan yg akan ditanya dinalam barzah, salah satunya adalah "Siapa imam kamu?", dan Nabi maklumkan jawapannya adalah "Al-Quran".

- pd akhir zaman umat baginda berpecah kpd 73 golongan dan hanya 1 golongan shj yg akan masuk syurga.

- 4 tanggung-jawab umat Islam terhadap Al-Quran:

  1. Al-Quran itu mesti dibaca
  2. Mesti fahamkan makna ayat Al-Quran
  3. Beramal dgn Al-Quran
  4. Laksanakan suruhan yg disebutkan dlm Al-Quran.
  • maka ada keperluan utk mempelajari Al-Quran dr sudut hukum tajwid, utk bacaan yg betul. Belajar bahasa arab utk memahami maksud (walaupun sekarang telah ada makna dalam bahasa Melayu)

- Allah cabut keberkatan keluarga, hingga ramai pasangan yg bercerai. Puncanya kerana:

  1. apbl pasangan suami-isteri meninggalkan solat lima (5) waktu
  2. jahil Al-Quran.

  • tiada keberkatan dan kebahagiaan dlm keluarga bila tidak mendirikan solat dan tidak mrmbaca Al-Quran.

- hadis: baginda Rasulullah sebutkan akhir zaman nanti umat Islam itu hanya tinggal pd nama shj.

- 6 ubat hati yg disebutkan oleh imam al-Ghazali, antaranya:

  1. zikir kpd Allah (ie banyak menyebut nama Allah)
    -- fadilat zikir adalah mendekatkan diri kpd Allah.
  2. Al-Quran
    -- suatu kerugian jika tidak membaca Al-Quran dalam sehari.
    --tanda² hati yg mati adalah cinta kpd dunia. Manusia leka dan lalai dgn kehidupan dunia.
  3. bangun malam mendirikan solat tahajud.

- solat witir selepas solat tarawih adalah sah jika:

  • (i) dilakukan sejurus solat tarawih,
  • (ii) dilakukan selepas solat tahajud, atau
  • (iii) dilakukan selepas solat tarawih kemudian, apbl bangun malam melakukan solat tahajud tanpa solat witir.

  • Namun kelebihan solat witir selepas solat tarawih adalah kita tidak pasti sama ada kita sempat bangun solat tahajud, jadi telah tertunai solat witir yg dilakukan selepas tarawih.