Saturday, June 2, 2018

Tanggung-jawab terhadap Al-Quran

- tazkirah Ramadhan Sabtu 2-Jun-2018

Tanggung-jawab terhadap Al-Quran


Surah Al-Baqarah Ayat 2:185 (klik sini utk paparan ayat)

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

- Peristiwa yang berlaku dlm bulan Ramadhan, antaranya, Perang Badar

  • disebut Badar al-qubra ie peperangan yg besar, berlaku pd 17-Ramadhan
  • tentera Islam sebanyak 313 manakala tentera kafir 1,000 orang. 
  • Allah turunkan para malaikat dlm peperangan ini, sebagai balasan keyakinan tentera Islam terhadap janji² Allah (ie keimanan mereka akan diganjarkan dgn syurga)

- hadis: Nabi maklumkan 6 soalan yg akan ditanya dinalam barzah, salah satunya adalah "Siapa imam kamu?", dan Nabi maklumkan jawapannya adalah "Al-Quran".

- pd akhir zaman umat baginda berpecah kpd 73 golongan dan hanya 1 golongan shj yg akan masuk syurga.

- 4 tanggung-jawab umat Islam terhadap Al-Quran:

  1. Al-Quran itu mesti dibaca
  2. Mesti fahamkan makna ayat Al-Quran
  3. Beramal dgn Al-Quran
  4. Laksanakan suruhan yg disebutkan dlm Al-Quran.
  • maka ada keperluan utk mempelajari Al-Quran dr sudut hukum tajwid, utk bacaan yg betul. Belajar bahasa arab utk memahami maksud (walaupun sekarang telah ada makna dalam bahasa Melayu)

- Allah cabut keberkatan keluarga, hingga ramai pasangan yg bercerai. Puncanya kerana:

  1. apbl pasangan suami-isteri meninggalkan solat lima (5) waktu
  2. jahil Al-Quran.

  • tiada keberkatan dan kebahagiaan dlm keluarga bila tidak mendirikan solat dan tidak mrmbaca Al-Quran.

- hadis: baginda Rasulullah sebutkan akhir zaman nanti umat Islam itu hanya tinggal pd nama shj.

- 6 ubat hati yg disebutkan oleh imam al-Ghazali, antaranya:

  1. zikir kpd Allah (ie banyak menyebut nama Allah)
    -- fadilat zikir adalah mendekatkan diri kpd Allah.
  2. Al-Quran
    -- suatu kerugian jika tidak membaca Al-Quran dalam sehari.
    --tanda² hati yg mati adalah cinta kpd dunia. Manusia leka dan lalai dgn kehidupan dunia.
  3. bangun malam mendirikan solat tahajud.

- solat witir selepas solat tarawih adalah sah jika:

  • (i) dilakukan sejurus solat tarawih,
  • (ii) dilakukan selepas solat tahajud, atau
  • (iii) dilakukan selepas solat tarawih kemudian, apbl bangun malam melakukan solat tahajud tanpa solat witir.

  • Namun kelebihan solat witir selepas solat tarawih adalah kita tidak pasti sama ada kita sempat bangun solat tahajud, jadi telah tertunai solat witir yg dilakukan selepas tarawih.

No comments: