Thursday, January 31, 2019

Syafaat

- us Dr. muhd Al-Ikhsan Kuliah Maghrib Khamis 31-Jan-2019

Syafaat

Hadis diriwayatkan Ibnu Abbas yg bermaksud:

"Aku telah diberi oleh Allah lima perkara yang tidak pernah Dia berikan kepada seorang nabi pun selainku, dan (ketahuilah) bahwa aku mengatakannya kepada kalian bukan karena rasa sombongku.

(1) Aku diutus kepada seluruh umat manusia, baik mereka yang berkulit merah maupun yang berkulit hitam.

(2) Aku telah diberi kemenangan atas musuh-musuhku dengan perasaan takut yang menghantui mereka terhadapku, dari jarak perjalanan satu bulan.

(3) Harta ghanimah (rampasan perang) halal bagiku, padahal sebelumnya tidak.

(4) Seluruh permukaan bumi adalah masjid (tempat bersujud) dan suci dalam syariat yang kubawa ini.

(5) Aku juga dianugerahi oleh Allah hak memberi syafaat yang aku simpan untuk umatku di hari kiamat dan akan kuberikan kepada siapa saja yang tidak menyekutukan Allah dengan selain-Nya."

Ulasan:
#3 rampasan perang -- sebelum dr Nabi Muhammad, harta rampasan tidak boleh dimilik oleh Nabi.

#4 solat dimana tempat -- tiada alasan utk umat Nabi Muhammad utk tidak bersolat apbl masuk waktu solat.

#5 syafaat -- manusia dan jin mesti mengikuti ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad.

Syarat² Syafaat diberikan:
1. Terikat dgn izin Allah
2. Allah redho utk seseorg itu diberikan syafaat.
3. Adalah utk org Islam (ada ahli tauhid).
- org yg melakukan syirik, ahli mazhab sesat, beriktikad bhw ada syariat selain dr syariat Allah dan Rasul-Nya, tidak akan mendapat syafaat.
- org yg mengucap kalimah syahadah tetapi tidak

Satu (1) Syafaat kpd org bukan Islam adalah syafaat kpd bapa saudara baginda Rasulullah iaitu Abu Talib.
(a) Syafaat ini bukanlah membawa Abu Talib keluar dari neraka ke dlm syurga. Sebaliknya meringankan azab neraka kpd Abu Talib.

Kenapa diciptakan Syafaat?
1. Utk membezakan Nabi Muhammad berbanding dari nabi² yg lain.

Syafaat yg terbesar
- Syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti.
- Tulisan dlm blog ini, tajuk: Syafaat

Syafaat selain dari syafaat Nabi Muhammad
1. Syafaat Al-Quran
Tanda² ahli Quran:
- boleh baca banyak ayat² Al-Quran, tanpa rasa bosan.
- seronok mendengar bacaan Al-Quran.

2. Para syuhadah (mati syahid)
- para syuhadah boleh memberi 70 syafaat.

3. Alim ulamak

4. Org mukimin yg soleh
- berkawan rapatlah dgn org mukmin yg baik. Semoga jika dia boleh memberi syafaat, maka kitalah yg dipilih utk menerima syafaat itu.

5. Anak yg soleh
- istighfar anak yg soleh boleh menaikkan darjat sorg bapa dlm syurga.

6. Puasa
- puasa² sunat menambahkan tahap org² yg boleh diberikan syafaat.

Bagaimana hendak mendapatkan syafaat?
1. Membaca doa selepas azan dikumandangkan.
2. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi. 10x sekurang²nya.
3. Bersabar apbl berada di Madinah.
4. Perbanyakkan solat
5. Selalu tunaikan hajat orang.
6. 2 orgbyg berkasihbsayang kerana Allah.

Perkara² penghalang syafaat
1. Pelaknat² ie org yg suka menyumpah, melaknat (org lain).
- utk marah kpd org lain, sebutkan Ittakillah atau Ittakullah (maksudnya takutlah kamu kpd Allah).

Saturday, January 26, 2019

Jasa Ulamak Dalam Sistem Kenegaraan

- us Mohd Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib Sabtu 26-Jan-2019

Jasa-jasa ulamak silam dalam mengukuhkan sistem kenegaraan di Malaysia

- Islam tiba di Nusantara pd zaman Umur Ibn Aziz (thn 99 hijrah). Dlm sejarah Arab, Islam telah di kembangkan ke  Asia pd zaman Saidina Usman Ibn Affan.

- dlm catatan sejarah Arab, kerajaan Sriwijaya menulis surat kpd khalifah Umar Abdul Aziz, supaya dihantarkan ulama utk mengajarkan Islam kpdnya dan negeri jajahannya.

- Raja Phra Ong Mahawangsa (kerajaan Langkasuka) menukar nama kpd Sultan Muzafar Shah setelah diIslamkan oleh ulama dari Yaman. Seterusnya nama kerajaan Langkasuka kpd kerajaan Kedah (Kedah Tua).

- Bangsa Arab yg lemah lembut adalah dr bangsa Yaman (disebutkan dlm hadis. Akan datang kpd kamu org Yaman, yg lembut hatinya).

- Yg mengIslam sultan Melaka adalah ulama ie Abdul Aziz.

- apbl raja memeluk Islam, kerajaan Melaka berubah dgn sgt maju.

- undang² Melaka dan undang² Laut Melaka menjadi simbol kpd perkembangan Islam.

- undang² Melaka menggunakan zina menunjukkan kefahaman Islam yg mendalam berkenaan ilmu fekah dan membuat undang². Ianya pula ditulis dlm tulisan jawi, menggunakan huruf² Arab. Penulisan mula undang² Melaka adalah Allah Al-Jabbar, menunjukkan kefahaman hukum tauhid, ie Al-Jabbar bermaksud Allah yg berkuasa dan berkuasa memaksa (perlaksanaan) hukum Islam.

Bukti Manuskrip Melayu
- org Melayu apbl dia faham Islam, maka dia membincangkan falsafah² aqidah. Kitab Ad-Darrul-Manzum dihasilkan pd zaman kerajaan Melaka merujuk kpd org² Melayu.

- manuskrip Melayu banyak terdapat di universiti di Leiden di Belanda, terdpt juga di universiti di London. Ada manuskrip Melayu yg ditemui di perpustakaan Vatican (ditemui oleh sejarawan Singapura).

- pulau penyengat di kepulauan Riau, juga menyimpan manuskrip Melayu. Namun manuskrip ini masih belum dikaji.

- kitab Perukunan, adalah sebuah kitab yg ditulis oleh ulamak Melayu berkenaan fardu ain. Kita ini ditulis oleh seorg ulamak Melayu dari Banjar Masin. Ianya menjadi panduan fardu ain. Kitab ini ditemui di Kemboja dan juga Filipina.

Kedatangan Portugis dan Tentangan dr Orang Melayu
- pd zaman awal kedatangan Portugis, mereka tidak mempunyai teknologi yg hebat berbanding kerajaan Melaka. Satu contoh kapal org Portugis kecil ie Flor De La Mar (replikanya di Bandar Hilir Melaka). Dlm catatan Portugis, jong² org Melayu, menghimpit kapal org Portugis dan pelayar Portugis memanjat jong kerajaan Melaka utk dibawa ke darat.

- jika tidak kerana pembelotan segelintir org Melayu, Portugis tidak akan berjaya menawan/menjajah pelabuhan Melaka.

- Dlm tempoh dari 1511 - 1641 (130 thn) Portugis tidak berjaya memasuki kerajaan Melaka. Pd 1820-an Portugis juga menakluki pelabuhan Batavia. Di Melaka Portugis mendapat tentangan hebat dr rakyat Melaka,  Portugis tidak berjaya mengembangkan taklukan ke tengah Melaka, hanya di sekitar pelabuhan Melaka sahaja.

- Di Batavia serangan hebat dari org Melayu ke atas Portugis diketuai oleh Sultan Iskandar Muda. Setelah berjaya menewaskan Portugis di pelabuhan Batavia, Sultan Iskandar Muda  membawa 360 kapal menyerang Portugis di Melaka. Dlm perang ini Sultan Iskandar Muda tidak menang.

- org Kedah, 1820-an kerajaan Kedah berperang dgn Francis Light. Kerajaan Kedah juga di serang oleh kerajaan Burma, dan Siam.

Kejatuhan Kerajaan Kedah kpd Kerajaan Siam
- Datang ramai tentera Siam ke Kota Kuala Kedah, ketua mereka berunding dgn pembesar² Kedah. Pada masa rundingan berlaku tentera Siam menyelinap ke bandar dan menuangkan timah vair dlm meriam² tentera Kedah. Hingga tidak dapat berfungsi lagi.

Selepas itu tentera² Siam memasuki Kedah dan membunuh org Kedah dgn kejam dan zalim. Org Kedah lari dan menyorok dlm hutan, atau membawa diri jauh dari kerajaan Kedah.

- Sheik Abdul Samad mengumpulkan semula org Kedah dan membentuk panji hitam tiga segi dan dituliskan 7 ayat dr surah Al-Fattah. Selepas itu semangat org Melayu Kedah bangkit dan berjaya menumbangkan kerajaan Siam dlm thn 1845.

Islam dalam Budaya hidup
- Amalan wirid selepas solat disusun oleh ulamak Melayu dan kini boleh ditemui di rantau Nusantara. Selawat semasa solat tarawikh juga dibudayakan dlm Nusantara. Begitu juga amalan tahlil, berkhatan.

Begitu juga rekabentuk rumah adanya ruang utk hadirin lelaki (serambi) dan juga hadirin perempuan (rumah ibu dan dapur). Rumah² Melayu tersorok tandas dan dapur dari pandangan dari serambi.

- dlm amalan bermasyarakat adalah setiap org Islam akan membangunkan surau/masjid utk berjemaah, dan urusan² keIslaman.

- Hakikatnya ulamak memainkan peranan utama dlm merangka dan mengukuh Islam dlm perundangan negara.

Monday, January 21, 2019

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:55 hingga 57

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 21-Jan-2019


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:55

A055

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:56

A056

ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:57

A057

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

- "Mann" merujuk kpd makanan.
- "Salwa" merujuk kpd burung salwa.

- kisah Bani Israel meminta kpd Nabi Musa supaya dibawakan Allah kpd mereka secara jelas ("jahroh") barulah mereka mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa.

- "Lan" membawa maksud org yahudi bila² pun (dari dulu, sekarang hingga kiamat).

- Allah hantarkan petir dan menyambar org² yahudi hingga mati.

Ada 2 riwayat ie
(i) semua org yahudi itu mati disambar petir dan kemudiannya dihidupkan semula.
(ii) sebahagian org yahudi disambar petir dan sebahagiannya tidak mati.
Pendapat yg mahsyur adalah yg (i) supaya mereka yg dihidupkan semula itu beriman kpd Allah. (Namun mereka masih tidak mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa).

- Apbl disampaikan ayat ini kpd kaum yahudi di Madinah, mereka tidak menafikan kerana, kisah moyang mereka itu diceritakan turun-temurun. Jika Muhammad seorg yg pandai membaca tentulah dia telah baca kisah itu dr mana² penulisan. 

Peliknya Muhammad tidak pandai membaca, dari mana Muhammad mengetahui kisah² org yahudi. Sedikit shj org yahudi yg beriman kpd Nabi Muhammad kerana yakin dgn ajaran kitab, dan mengakui Nabi Muhammad adalah nabi yg diceritakan dlm kitab Taurat.

- kaum bani Israel ini dilayan oleh Allah, Allah beri mereka makanan "mann" dan "salwa" namun masih tidak mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa.

Kenapa bani Israel tidak beriman setelah diberikan dan dilayan segala permintaan mereka?
- disebabkan oleh fitrah kemanusiaan telah lenyap kerana terlalu lama di bawah pemerintahan zalim firaun.

Friday, January 11, 2019

Angin Ahmar (Stroke)

- Dr Nujaimin Udin, Pakar Bedah Saraf, kuliah Maghrib, Jumaat 11-Jan-2019

- Angin Ahmar / stroke

Istilah:
(a) Angin merujuk kpd "penyakit" dlm konteks Melayu, eg "angin pasang".
(b) Ahmar merujuk kpd darah dlm bahasa arab.
Angin ahmar = Penyakit yg melibatkan darah. Dlm konteks perubahan ianya merujuk kpd ketiadaan bekalan oksigen mencukupi utk kegunaan otak,yg disebabkan sama ada saluran darah/arteri tersumbat  atau saluran darah yg pecah dlm kepala.

- 3 jenis urat ie halus, sedang dan kasar.
(i) Urat halus ie saraf (nerve)
(ii) Urat sedang ie salur darah (arteri atau vena)
(iii) Urat kasar ie otot-otot.

- Urat yg menyebabkan angin ahmar adalah urat sedang (arteri).

3. Serangan otak
-berlaku secara tiba-tiba
- 2 jenis
(i) salur darah tersumbat
- darah yg diperlukan oleh otak tidak sampai. Otak seberat 1.2kg hingga 1.5kg (kira² 2% dr berat badan) menggunakan 20% dr darah yg dipam oleh jantung. Perlukan oksigen, glokose dan mineral yg tinggi (yg dibekalkan melalui darah).

- 3 aliran darah ke otak, ie 2 di leher (kiri dan kanan dipanggil karotik arteri) dan 1 lg dlm tulang belakang.

-3 salur darah ini kemudiannya bercantum di otak. Indahnya ciptaan Allah, yg meletakkan 3 saluran darah ke otak dari 3 saluran berasingan.

(ii) salur darah pecah

- kini 50 ribu kes di hospital adalah melibatkan stroke. Setiap 6 saat (dlm dunia) ada org yg kena stroke.

- contoh kes angin ahmar:
(a) pesakit berumur 53 thn, dibawa ke hospital, dan setelah discan didapati ada pendarahan otak (salur darah pecah).

(b) ada pesakit semuda 16 thn. Ramai yg berumur dlm lingkungan 40an, 50an.

(c) pesakit wanita yg menjalani pembedahan stroke, dan rawatan fisioterapi, berjaya pulih (walau tidak 100%), dan kembali menjadi berfungsi sebagai ibu. Walaupun dia tidak lagi dpt menjadi pensyarah universiti.

4. 2 faktor utama punca stroke ie boleh dikawal dan tidak boleh dikawal.

(1) Faktor yg tidak boleh dikawal:
1. Jantina - lelaki lebih berisiko
2. Genetik - mengikut sejarah keluarga
3. Umur - lelaki 45 ke atas, perempuan 55 ke atas.

(2) Faktor yg di bwh kawalan kita:
1. Darah tinggi - faktor utama punca stroke. Jika ambil jumlah garam yg tinggi dan berterusan boleh menyebabkan hipertensi (darah tinggi)
- Jaga siastolik tidak melebihi tahap 140mmHG
- Jaga diastolik supaya tidak rendah dr tahap di bwh 80mmHG

2. Kencing manis - kawal pengambilan gula jangan berlebihan.

3. Kadar kolesterol yg tinggi (lebih dr 6.1).

4. Rokok - perokok berisiko 4x lebih dr org yg tidak merokok.

5. Arak - peminum arak lebih berisiko tinggi mendpt stroke.

6. Kegemukan - lemak berlebihan akan menjadi simpanan lemak. Lemak berlebihan menyebabkan salur darah menjadi lemah, dan juga pecah.

5. Tanda² stroke "BEFAST"
B = balancing - secara tiba² terasa tidak dpt mengimbangkan badan, mungkin juga rasa pening hingga rebah sendiri.
E = eye - pandangan mata jd gelap, atau tidak nampak separuh (mung sementara atau kekal).
F = face - raut wajah jd senget.
A = arm - tangan hilang rasa, atau kaki hilang rasa. Ada yg jatuh kerana salah langkah.
S = speach - percakapan jd tidak betul dan mungkin tidak boleh disebut dgn lancar.
T = time - berapa cepat pesakit di bawa utk rawatan boleh mengurangkan risiko stroke kekal. Jika tidak bertindak (mendptkan rawatan) stoke boleh dtg menyerang kali ke2, ke3.

- Berapa lama masa yg kita ada utk mendptkan rawatan sebelum seseorg itu menjadi stroke kekal?
- 4 1/2 jam utk kita dptkan rawatan awal stroke apbl mendapat tanda² BEFAST.

- Dari rekod stroke, 80% adalah berpunca dr tersumbat arteri. 20% adalah akibat dari pecah salur darah.

- jika lebih dr 6 jam selepas saluran darah pecah, darah menjadi beku (dipanggil darah hitam) yg mana ia  berisiko menyebabkan kematian.

-  20% kes stroke boleh dirawat. Hanya 5% kes menjadi asbab kpd kematian.

6. Jin rihul ahmar dikatakan juga menjadi punca angin ahmar.

7. Setiap penyakit ada ubatnya. Mesti kena dgn ubatnya dan dgn izin Allah.

- 15% pesakit akan mengalami stroke yg teruk (kekal) mungkin disbbkan oleh lambat menerima rawatan.

- Digalakkan urut kpd pesakit utk melancarkan aliran darah.