Monday, February 27, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 26

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 2-Feb-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 26

{ وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

- syak sekiranya wujud keraguan shj.
- ganti nama "na" ie Kami adalah Allah hendak menunjukkan Kekuasaan-Nya
- Al-Quran itu diturunkan utk memuliakan umat Nabi Muhammad.

Ayat 2:24 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ }

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

- ayat ini diturunkan di Madinah. Org² Arab Mekah lebih hebat bahasa Arab mereka. "لَّمۡ " merujuk kpd perkara yg tidak boleh dibuat sebelum ini, "لَن تَفۡعَلُواْ" sekarang dan pd masa akan dtg, juga tidak akan berlaku (ie tidak boleh bawakan satu surah utk tandingi Al-Quran).

Ayat 2:25 (klik sini)
{ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا قَالُواْ هَٰذَا ٱلَّذِي رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَٰبِهٗاۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٰجٞ مُّطَهَّرَةٞۖ وَهُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.


- pd Zaman saidina Uthman, Islam berkembang hingga ke India. Saidina Uthman berijtihad himpunkan mushaf Al-Quran utk disalin semula dan diverify oleh para hafiz, menjadikan buku naskah Al-Quran. Kemudiannya 7 salinan diagihkan. Namun masih tiada baris dan titik, menjadikan org² bukan Arab tidak dpt membacanya. Titik dan baris dikategorikan sebagai "ikon", Abu Aswad Adwali adalah tokoh Islam yg berusaha meletakkan titik dan baris menjadikan Al-Quran hari ini dan pada masa akan dtg boleh dibaca bukan hanya kpd org² Arab.

- Al-Quran menjadikan otot² muka bergerak, maka org yg membaca Al-Quran menjadikan wajah mereka berseri dan nampak muda.

 

Sunday, February 19, 2023

Redha

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 18-Feb-2023

Redha

- Redha seorg hamba ke atas sekalian keputusan Allah SWT qadak-qadarNya, baik-buruk, suka-duka, susah-senang.
- Redha itu hasil daripada perasaan cinta dan kemulian yg tinggi yg dekat dgn Allah. Redha itu pintu ie tempat seorg merenung yg mengharapkan syurga, menjadikannya tabah dan kuat menjalani kehidupan dunia.

- Redha itu salah satu dari sifat Allah SWT, sedangkan syurga itu ciptaan Allah. Allah sebutkan dlm surah At-Tawbah ayat 9:72 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

  • Redha Allah itu lebih dari nikmat syurga.

- Lawan kpd redha adalah benci. Hadis: 
Dari Abu Hurairah r.a., dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. di tempat tidur. Lalu aku meraba-raba, maka terabalah olehku kedua tumit beliau sedang ditegakkannya. Ketika itu beliau berada dalam masjid, sedang membaca: "Allahumma a'udzu biriddhaka min sakhatika wa bimu'afatika min 'uqubatika, wa a'udzu bika minka. La uhshi tsana-an 'alaika, anta kama atsnaita 'ala nafsika." (Wahai Allah! Aku berlindung dengan redha Mu dari murka Mu, dan dengan kemaafan Mu dari seksa Mu, dan aku berlindung dengan Mu dari Mu. Tidak kuhingga-hinggakan pujian atas Mu, sebagaimana Engkau memuji diri Mu)". [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0440]

- Redha seorg hamba adalah dia tidak membenci atas apa yg diputuskan oleh Allah SWT. Dia akan terima tanpa merungut/komen.
- Nabi Muhammad saw adalah contoh manusia penyabar, redha dgn ujian Allah, dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Islam.
- Pelbagai cara redha spt menunaikan perkara² yg wajib, melakukan perkara² yg disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarang, tanpa mempertikaikannya.
- Hadis:
Barangsiapa memusuhi wali Aku, bererti dia telah menentang Aku, mengisytiharkan perang kepada Aku. Dan tidaklah hamba Aku mendekatkan diri kepada Aku dengan satu amalan. Kemudian hal itu dianggap sama dengan apa yang Aku wajibkan kepadanya. Apabila hamba Aku sentiasa mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan-amalan yang sunat, maka Aku pun akan mencintainya.

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0755]

- redha itu terbahagi kpd dua bhgn. 1. Wajib iaitu redha terhadap perintah Allah
- surah At-Tawbah ayat 9:59 (klik sini
{ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ رَضُواْ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ سَيُؤۡتِينَا ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَرَسُولُهُۥٓ إِنَّآ إِلَى ٱللَّهِ رَٰغِبُونَ }

Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"

Redha + Sabar:
- 2. Redha dlm menerima musibah. Hukumnya wajib menerima musibah, dan kepayahan, dan wajib bersabar menerima ujian itu.

- hadis: daripada Ibu Abbas,  kata Nabi saw, "Jika kamu mampu mengerjakan sesuatu dengan rasa redha dan yakin maka buatlah. Namun jika kamu tidak mampu, ketahuilah bahawa sabar menghadapi sesuatu yang kamu benci adalah kebaikan yang amat banyak." 

  • Bila nak beramal, kita perlu redha. Apabila kita diuji maka bersabarlah.


Cinta dan Kasih-Sayang Kepada Allah

- us Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 19-Feb-2023

Bab Cinta dan Kasih-Sayang Kepada Allah

- Surah Al- Baqarah ayat 2:29 (klik sini utk paparan ayat)
{ هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Surah Luqman ayat 31:20 (klik sini)
{ أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ }

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


- Surah Al-Baqarah ayat 2:29, bhw Allah berikan nikmat kpd hamba-Nya, kita perlu gunakan nikmat yg diberikan itu utk kebaikan manusia ramai. Yg penting adalah kita perlu ada ilmu utk mengekstrak nikmat/bahan² yg dikuniakan oleh Allah.

- bukti cinta kpd Allah adalah:
a) kata Dr Yusof Al-Qardawi, lihat kpd fitrah manusia ie suka dan mencintai kpd kebaikan dan jasa yg diberikan oleh org lain kpd diri kita. Jika dibandingkan jasa oleh org lain dgn jasa oleh Allah, tentulah jasa Allah itu lebih besar. Jasa Allah itulah kita pangggil sebagai nikmat dari Allah ke atas hamba-Nya. Jika kita nak dihitung nikmat Allah, pastilah tidak terhitung.

Dalil: Surah Ibrahim ayat 14:34 (klik sini)
{ وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَظَلُومٞ كَفَّارٞ }

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

- manusia diberikan oleh Allah akal dan fikiran, dan dgn akal dan fikiran itu membolehkan manusia memakmurkan bumi, hasilkan ciptaan baru utk kegunaan dan kebaikan manusia lain.
  • Persoalannya apakah manfaat yg kita buat utk kebaikan org ramai?

- Kisah Nabi Musa as. Sebagai Pesuruh Allah, Nabi Musa as memiliki ketinggian ilmu sehingga baginda dapat mengalahkan kezaliman firaun, haman dan qarun.  Begitu juga kerenah bani Israel. Kebijaksaaan yg dikurniakan kpd Nabi Musa as menjadikan baginda berfikir bwh tiada manusia lain yg diberikan ketinggian ilmu spt yg dimilikinya. Allah tegus sikap Nabi Musa itu, bhw ada manusia lain yg lebih bijak. Dgn itu Nabi Musa berusaha utk mencarinya ie pengembaraan Nabi Musa as mencari Nabi Khidir as.

Surah Al-Kahfi ayat 18:60 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِيَ حُقُبٗا }

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

Hadis: 
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya : "Ia berbeza pendapat dengan Hurr bin Qais bin Hishn al Fazati, tentang sahabat Nabi Musa a.s. Ibnu Abbas berpendapat bahawa sahabat Nabi Musa. itu ialah Nabi Khidr. Dalam pada itu lalu Ubai bin Ka'ab, lalu dipanggil oleh Ibnu Abbas. Katanya kepada Ubai, "Saya dan sahabat saya ini berbeza pendapat tentang sahabat Nabi Musa yang dimintanya kepada Allah supaya dapat bertemu dengan dia, adakah anda mendengar Rasulullah menceritakannya?" Jawab Ubai, "Ya, ada. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada suatu ketika Musa berada dalam satu kelompok Bani Israil, tiba-tiba datang kepadanya seseorang bertanya: Tahukah anda, adakah orang yang lebih pintar dari anda?" Jawab Musa, "Tidak!" Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa, "Ada orang yang lebih pintar iaitu hamba Kami Khidr." Setelah itu Musa memohon kepada Allah supaya diberi jalan untuk bertemu dengan Khidr. Maka Allah menjadikan ikan sebagai tanda bagi Musa, dan kepadanya dipesankan Allah, 'Apabila ikan itu hilang, kembalilah, nescaya engkau akan bertemu dengannya. Maka Musa mengikuti jejak ikan itu di lautan. Di tengah perjalanan, pelayan Musa berkata kepadanya, ''Tahukah anda ketika kita berhenti di sebuah batu besar, saya lupa memperhatikan ikan itu; hanya syaitanlah yang memperdayakan ku untuk terus memperhatikannya." Jawab Musa, "itulah yang kita kehendaki." Keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula, dan akhirnya bertemu dengan Khidr. Kemudian antara Musa dan Khidr terjadi beberapa peristiwa seperti yang dikisahkan Allah swt. di dalam Al Quran. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0060]

- dlm Surah Luqman ayat 31:14, "lihat" atau "perhati" itu merujuk kpd mata zahir dan mata hati.

- Org beriman mencintai Allah akan mendapat kecintaan dari Allah. Tiada batas kecintaan terhadap Allah. 
Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. Dan siapa yang benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya. Sedangkan mati itu terjadi sebelum bertemu dengan Allah." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2309]

- Allah suruh makan tetapi jangan berlebihan.
Dalil: Surah Al-Araf ayat 7:31 (klik sini)
{ ۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ }

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

- Allah benci kpd sifat tamak manusia spt makan berlebihan, kerana makanan berlebihan itulah punca penyakit.

- Mencintai kalam Allah adalah apbl kita dengar bacaan Al-Quran, maka diam dan hayati maksud ayat² yg diperdengarkan.

- Dgn apa kita nak masuk syurga Alllah?
  • Harapkan kebaikan yg kita buat berbanding org² terdahulu, apa sangat nilainya amalan kita itu. Malulah dgn apa yg kita buat pd diri kita dan kpd org ramai. 
  • Kita masuk syurga bukannya kerana banyaknya amalan kita, tetapi kerana ihsan Allah. Banyak amalan tetapi sekiranya amalan itu tidak diterima oleh Allah (kerana tidak sempurna, niat kerana makhluk/manusia), tidak menjanjikan syurga.

Carian hadis berkaitan:
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt. belaka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2414]


Sunday, February 12, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya mengeluarkan zakat

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 14-Jan-2023

Panggilan ke-9 Allah Ar-Rahman kpd org² yg beriman supaya mengeluarkan zakat

Panggilan ke-9 ie dlm Surah Al-Baqarah ayat 2:267 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ }

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


- dlm ayat ini Allah maksudkan hasil yg perlu dikeluarkan adalah zakat.
- panggilan ke-9 ini utk membersihkan harta yg telah dikurniakan oleh Allah. 

  • pandangan/pendapat yg salah berkenaan zakat sebagai satu cara yg Allah sediakan utk menyucikan rezeki/harta yg dilakukan secara haram (hasil dari perkara yg haram) spt pelaburan dlm sistem yg tidak halal, berjudi, menari, maka zakat itu dikatakan sebagai penyucian terhadap sumber/rezeki yg haram tadi.


- hasil/harta yg diperoleh dari sumber yg halal maka wajib dikeluarkan zakat apbl cukup nisabnya, dan haulnya.


- jangan keluarkan zakat, bilamana:

  1. sumber/rezeki yg diperolehi dari sumber yg tidak tidak halal,
  2. dari hasil yg tidak elok spt keadaan/sifat yg cacat, pelik, buruk, yg kita sendiri tidak mahu.
  3. hasil dari pendapatan org lain.


- urgent dan important:
- perkara urgent adalah perkara² yg selalu dtg kpd kita.
- perkara important adalah perkara² yg jarang dtg. 

  • Zakat adalah perkara yg important. Kita perlu beri keutaman utk mengeluarkan zakat apbl tiba masanya. 
  • Zakat tidak akan dtg bertanya kpd kita, adakah kita ada harta utk berzakat. Kita yg perlu berusaha memahami kadar nisab dan haul setiap harta yg kita ada.


- Kadar zakat adalah 1/40 atau 2.5% (0.025). Ada hak zakat ke atas harta kita.
- Harta/Hasil yg wajib dizakat:

  1. biji-bijian makanan yg menjadi makanan ruji dan boleh disimpan dlm tempoh masa yg lama, spt beras, gandum.
    • Tanaman yg tidak bertahan lama, tidak perlu dikeluarkan zakat kerana bukan makanan ruji dan tidak boleh bertahan lama, spt buah betik, delima, tin, epal, limau.
  2. emas dan perak
    1. Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya. Kadar 'uruf berbeza mengikut negeri, mengikut pentadbiran negeri masing-masing. 
    • Zakat emas ke atas berat sama atau melebihi 20 mithqal (20 dinar) atau 85 gram (>= 85g)
    • Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian :-
    • Emas Perhiasan (Pakai)
      • Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
    • Emas Simpan
      • Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
    • Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.
    • Kaedah Kiraan :
      • Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi 'uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut. 
        • 'Uruf emas di negeri Selangor adalah 800g
        • Contoh kiraan di Selangor: [(Berat emas – 'Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
          • (900 gram – 800 gram) x RM259.86 (harga emas pada 10/Feb/2023) x 2.5% = RM649.65
        • 'Uruf emas mengikut negeri bagi tahun 2021/2022:
          • Johor: 850 gram
          • Kedah: 170 gram
          • Kelantan: Tiada 'uruf
          • Kuala Lumpur dan Putrajaya: 800 gram
          • Melaka: 180 gram
          • Negeri Sembilan: 200 gram
          • Pahang: 500 gram
          • Perak: 500 gram
          • Perlis: 85 gram
          • Pulau Pinang: 165 gram
          • Sabah: 152 gram
          • Sarawak: 90 gram
          • Selangor: 800 gram
          • Terengganu: 850 gram
      • Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
    • Perak  
      • Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.
    • Kaedah Kiraan :
      • Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut
  3. zakat ternakan - kadarnya mengikut jenis haiwan
    1. unta: 5 ekor
      1. 5 hingga 9 ekor  -- > 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih
      2. (+) tambahan setiap 5 ekor unta --> (+) 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih 
      3. 25 hingga 35 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 1 thn lebih
      4. 36 hingga 45 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
      5. 46 hingga 60 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 3 thn lebih
      6. 61 hingga 75 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 4 thn lebih
      7. 76 hingga 90 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
      8. 91 hingga 120 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 3 thn lebih 
    2. lembu/kerbau: 30 ekor 
      • 30 hingga 39 ekor --> 1 ekor jantan berumur 1 thn lebih
      • 40 hingga 59 ekor --> 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
      • (+) tambahan setiap 40 ekor --> (+) 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
      • (+) tambahan setiap 30 ekor --> (+) 1 ekor lembu jantan berumur 1 thn lebih
      • Contoh: ada 70 ekor lembu. Zakatnya adalah seekor lembu betina berumur 2 thn lebih dan seekor lembu jantan berumur 1 thn lebih.
    3. kambing: 40 ekor
      • 40 ekor --> 1 ekor kambing zakat
      • 40 - 121 ekor --> 2 ekor kambing zakat
      • (+) tambahan 100 ekor lagi --> (+) 1 ekor kambing
      • Contoh: ada 201 ekor kambing. Zakatnya adalah 3 ekor kambing.

Maklumat Berkaitan:

  1. Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram)
  2. Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah
    1. Pelaburan emas tanpa fizikal adalah tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan.
      • Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal. 
    2. Hukum
      • Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
  3. Dari Anas r.a., katanya Abu Bakar menulis surat kepadanya perihal perintah Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw., sebagai berikut: "Janganlah membayar zakat dengan (haiwan) yang tua atau yang cacat, dan jangan pula dengan yang jantan untuk pembiakan, kecuali kalau yang memang menghendakinya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0750]
  4. Kes kambing:
    • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina. 
    • Jika bercampur kambing biasa dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing biasa atau biri-biri.


Catatan kuliah berkaitan:

  • Panggilan kepada orang beriman supaya meninggalkan riba (klik sini)

Saturday, February 11, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya meninggalkan riba

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 11-Feb-2023


Panggilan Ar-Rahman Kepada Org² Beriman ke10 ie supaya meninggalkan riba ie dlm surah Al-Baqarah ayat 2:278 hingga 280

- panggilan ke10 ini berkaitan harta dan wang.

- Kelebihan yg ada pada diri kita contohnya kepakaran dlm bidang tertentu adalah sesuatu yg dituntut utk disedekahkan kpd org ramai.


Panggilan oleh Allah kpd org² yg beriman.

- ayat 2:278 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

- ayat 2:279 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ }

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

- ayat 2:280 (klik sini)
{ وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).


- 2 perkara yg Allah tuntut org² yg beriman adalah taat kpd Allah dan Rasul-Nya, dan keduanya meninggalkan riba.
- Saidina Umar apabila ditanya, apakah taqwa, dia mengatakan taqwa itu sebagaimana seorg itu berjalan ditempat yg berduri, maka dia berhati-hati.

- ps zaman dahulu tiada institusi perbankan, pinjaman dilakukan spt sistem along masa kini, ie byrn hutang dgn bunga (interest) yg menguntungkan si pemberi pinjam dan menzalimi org yg meminjam.
  • sebagai rakyat kita perlu memilih dan menyokong fasiliti dari perbankan Islam, supaya perlaksaan fasiliti perbankan Islam itu menjadi sempurna dan penambah baikan. Contohnya, screening boleh diperketatkan terhadap pemohon fasiliti/produk perbankan islam.

- Wang boleh menjana wang dgn implementasi riba. 

  • Allah panggil org² yg beriman supaya meninggalkan urusan yg melibatkan riba, urusan yg sudah biasa/sebati atau sebelum itu memang tiada pilihan.

- Allah melaknat org² yg terlibat dgn riba meliputi yg memakan, menyaksikan, mewakilkan, tanda-tangan kontrak/kontrak yg melibatkan riba.


- 2 jenis riba  

  1. Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama. 
  2. Utk menghindarkan riba ,transaksi mestilah dgn jumlah yg sama jenis dan urus niaga mestilah "lani" (serta merta). Sekiranya tidak sama jenis atau sukatan/timbangan maka ianya menjadi transaksi riba.
  3. Riba al-Nasiah: Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.
    • Contoh, ambil hutang dan dlm suatu jangka masa dan  dikenakan interest.


Carian hadis berkaitan:
  • Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda, "Menukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, haruslah sama berat dan tunai. Maka siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia berbuat riba. Yang mengambil maupun yang memberi sama-sama berdosa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1556]
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Menukar kurma dengan kurma, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, dan garam dengan garam, boleh dilakukan asal sama berat dan tunai. Siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia melakukan riba, kecuali bila barang-barang itu berlainan warnanya (jenisnya)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1557]


Catatan kuliah berkaitan:

Saturday, February 4, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 2-Feb-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25

{ وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

- syak sekiranya wujud keraguan shj.
- ganti nama "na" ie Kami adalah Allah hendak menunjukkan Kekuasaan-Nya
- Al-Quran itu diturunkan utk memuliakan umat Nabi Muhammad.

Ayat 2:24 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ }

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

- ayat ini diturunkan di Madinah. Org² Arab Mekah lebih hebat bahasa Arab mereka. "لَّمۡ " merujuk kpd perkara yg tidak boleh dibuat sebelum ini, "لَن تَفۡعَلُواْ" sekarang dan pd masa akan dtg, juga tidak akan berlaku (ie tidak boleh bawakan satu surah utk tandingi Al-Quran).

Ayat 2:25 (klik sini)
{ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا قَالُواْ هَٰذَا ٱلَّذِي رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَٰبِهٗاۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٰجٞ مُّطَهَّرَةٞۖ وَهُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Abu Aswad al-Duali
- pd Zaman saidina Uthman, Islam berkembang hingga ke India. Saidina Uthman berijtihad himpunkan mushaf Al-Quran utk disalin semula dan diverify oleh para hafiz, menjadikan buku naskah Al-Quran. Kemudiannya 7 salinan diagihkan. Namun versi Al-Quran ini masih tiada baris dan titik, menjadikan org² bukan Arab tidak dpt membacanya. Titik dan baris dikategorikan sebagai "ikon", Abu Aswad al-Duali adalah tokoh Islam yg berusaha meletakkan titik dan baris menjadikan Al-Quran yg ada hari ini dan pada masa akan dtg boleh dibaca oleh bukan hanya kpd org² Arab.

- Al-Quran menjadikan otot² muka bergerak, maka org yg membaca Al-Quran menjadikan wajah mereka berseri dan nampak muda.


Nota Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22 (klik sini)

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 25-Jan-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22

{ يَكَادُ ٱلۡبَرۡقُ يَخۡطَفُ أَبۡصَٰرَهُمۡۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوۡاْ فِيهِ وَإِذَآ أَظۡلَمَ عَلَيۡهِمۡ قَامُواْۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَٰرِهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

- sifat org² munafik bila dia berjanji, dia berjanji dgn nama Allah, tetapi sebenarnya mereka mempermain-mainkan janji tersbt.
- Rasulullah saw melarang dlm muamalat utk bersumpah dgn nama Allah. Penjual banyak menggunakan sumpah utk melariskan jualan mereka. Mereka mempermainkan nama Allah dlm urusan perniagaan
- Allah membiarkan org² munafik dgn pancaindera mereka, walaupun xxx
- dari ayat ke8 hingga ke20 ini disebutkan sifat² org munafik, supaya kita muhasabah diri agar tidak memiliki atau melakukan sesuatu yg menyerupai sifat org² munafik.

Ayat 2:21 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

- manusia di sini merujuk kpd org² Islam, musyrikin dan org kafir.
- "Kho la ko" bermaksud Tuhan yg menciptakan daripada tiada kpd ada, dan juga ratusan, ribuan generasi manusia sebelum itu.

Ayat 2:22 (klik sini)
{ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

- Jangan jadikan tandingan atau seteru kpd Allah.
- Golongan musyirikin Mekah apabl ditanya siapakah yg menjadikan alam ini, mereka kata Allah. Namun apbl diseru supaya sembah Allah, mereka ingkar sebaliknya sembah patung² berhala.

Kesimpulan:
1. Gambaran kpd org² munafik yg mana mereka beriman utk kepentingan diri mereka.
2. Alllah menumbuhkan dan memberikan rezeki kpd manusia.


Nota Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25 (klik sini)

11 Bekalan Menuju Kebahagiaan Hakiki dan Abadi

- us Fekri Abidin Bin Hassan kuliah Suboh Sabtu 4-Jan-2023

11 Bekalan Menuju Kebahagiaan Hakiki dan Abadi

Dalil: Surah Al-Kahfi 18:107 dan 108

Surah Al-Kahfi Ayat 18:107 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا }

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Surah Al-Kahfi Ayat 18:108 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلٗا }

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

- Setiap dari kita melalukan amlan dgn mengharapkan ganjaran pahala dan kebaikan syurga dari Allah. Allah tidak mengurangkan pahala amalan hambaNya. Begitu juga perkara kemaksiatan yg dilakukan di dunia akan dinilai dan dihisap dan diberikan balasan.

Surah Al-Jathiah ayat 45:22 (klik sini)
{ وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَلِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ }

Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Surah An-Nisa ayat 4:49 (klik sini)
{ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُمۚ بَلِ ٱللَّهُ يُزَكِّي مَن يَشَآءُ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلًا }

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.

- Kehidupan di akhirat amat besar nikmatnya
  • Hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17) [Hadis Sahih Muslim No. 2419 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2419]

#1 Lengkapkan rukun Ilsam yg 5
- Iaitulah melengkapkan diri seseorg itu dgn syahadah. Apbl telah bersyahadah, bersolat fardu 5 waktu, mengeluarkan zakat (bukan setakat zakat fitrah sahaja), berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji (bagi yg berkemampuan)

  • Hadis: Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah, Mendirikan solat, Membayar zakat, Puasa Ramadhan, dan Haji. Bertanya seorang lelaki, "Bukankah haji dan puasa Ramadhan?" Jawab Ibnu 'Umar, "Tidak! Tetapi puasa Ramadhan dan Haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah saw." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0010]

#2 Melengkapkan rukun iman yg 6
Hadis:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
  • Maksudnya: “Kamu hendaklah beriman kepada Allah SWT, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul utusan-Nya, hari Akhirat dan kamu hendaklah beriman dengan ketentuan takdir-Nya sama ada yang baik ataupun sebaliknya.” – [Hadis Riwayat Muslim]

#3 Beribadah - lakukan ibadah
Dalil manusia dan jin diciptakan dlm Surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini)
{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ }

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

- Makhluk yg mukallaf ie jin dan manusia adalah yg dipertanggungjawabkan supaya beribadah kpd Allah. Setiap makhluk mukallaf yg diberikan tanggungjawab akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti.

#4 Niat yg ikhlas kerana Allah
Surah Al-Bayyinah atat 98:5 (klik sini)
{ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ }

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

  • Nu'man bin Basyir r.a. bercerita, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula. Antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barangsiapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu, bererti dia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa mengerjakan perkara yang diragukan, sama dengan gembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatirkan dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah, semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baik pulalah tubuh itu semuanya. Dan apabila daging itu rosak, maka binasa pulalah tubuh itu seluruhnya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!" [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0043]
  • Hati terletak dlm jantung. 
- Kita perlu berusaha dgn apa yg dituntut oleh Allah. Allah tidak melihat kpd paras rupa dan harta benda yg dikulpulkan di dunia.

  • Hadis: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta mu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2194]

#5 Jauhi syirik
Allah Maha Pengampun dan perima taubat hambaNya. Namun tidak akan beri keampunan kpd amalan sirik.

Surah An-Nisa ayat 4:48 (klik sini)
{ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا }

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

#6 Al-Insan
Hadis: dari Umar Al-Khattab... beribadah kpd Allah seolah-oleh Allah melihat kamu...

#7 Akhlak yg mulia
Hadis: Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
  • Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)]

Hadis: org yg paling dikasihi adalah yg paling baik akhlaknya. 

  • Mewartakan kepada kami Az-Zubair bin Bakkar; mewartakan kepada kami Anas bin 'lyadh; mewartakan kepada kami Nafi' bin 'Abdullah, dari Farwah bin Qais, dari 'Atha- bin Abu Rabah, dari Ibnu 'Umar, bahawasanya dia berkata: "Saya pernah bersama Rasulullah saw., lalu seseorang dari kaum Ansar datang kepadanya dan memberi salam kepada Nabi saw. Kemudian dia bertanya: "Ya Rasulullah! Orang mukmin mana yang paling utama?" Beliau menjawab: "Yang paling baik akhlaknya". Dia bertanya lagi: "Orang mukmin mana yang paling berakal (cerdik"?" Beliau menjawab; "Yang paling banyak ingat mati, dan yang paling baik persiapannya untuk menyongsong sesudah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdik". Dalam Az-Zawa-id; Farwah bin Qais majhul. Dan demikian juga yang meriwayatkan daripadanya. Khabarnya batil, demikian dikatakan Az-Dzahabiy dalam "Thabaqaatut-tahdziib". [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4259]

#8 Syukur dgn nikmat Allah
Surah At-Tin ayat 95:4 (klik sini)
{ لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِيٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٖ }

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Surah An-Nahlu ayat 16:18 (klik sini)
{ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Banyak nikmat yg Allah berikan kpd kita, dan apa yg diminta oleh Allah adalh bersyukurbdgn segala pemberiannNya.

Surah Ibrahim ayat 14:7 (klik sini)
{ وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ }

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

#9 Muhasabah diri
- Cepat² mohon ampun kpd Allah.
  • Dari saidina Umar Al-Khattab, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang untukmu. Sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi kamu yang melakukan muhasabah diri di dunia ini, dan bersedialah dengan pembentangan amal yang besar. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)"

Surah Yasiin ayat 36:65 (klik sini)
{ ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ }

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

#10 At-Tawazun (Seimbangkan) dunia dan akhirat
- Beramal dan bekerja di dunia sebagai tanggungjawab

Surah Al-Qasas ayat 28:77 (klik sini)
{ وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

#11 Saham selepas mati
Sediakan 3 perkara yg boleh membantu kita selepas kita mati.

  • Hadis: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah jariyah. (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3) Anak yang soleh yang selalu mendoakannya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1614]