Sunday, February 19, 2023

Cinta dan Kasih-Sayang Kepada Allah

- us Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 19-Feb-2023

Bab Cinta dan Kasih-Sayang Kepada Allah

- Surah Al- Baqarah ayat 2:29 (klik sini utk paparan ayat)
{ هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Surah Luqman ayat 31:20 (klik sini)
{ أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ }

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


- Surah Al-Baqarah ayat 2:29, bhw Allah berikan nikmat kpd hamba-Nya, kita perlu gunakan nikmat yg diberikan itu utk kebaikan manusia ramai. Yg penting adalah kita perlu ada ilmu utk mengekstrak nikmat/bahan² yg dikuniakan oleh Allah.

- bukti cinta kpd Allah adalah:
a) kata Dr Yusof Al-Qardawi, lihat kpd fitrah manusia ie suka dan mencintai kpd kebaikan dan jasa yg diberikan oleh org lain kpd diri kita. Jika dibandingkan jasa oleh org lain dgn jasa oleh Allah, tentulah jasa Allah itu lebih besar. Jasa Allah itulah kita pangggil sebagai nikmat dari Allah ke atas hamba-Nya. Jika kita nak dihitung nikmat Allah, pastilah tidak terhitung.

Dalil: Surah Ibrahim ayat 14:34 (klik sini)
{ وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَظَلُومٞ كَفَّارٞ }

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

- manusia diberikan oleh Allah akal dan fikiran, dan dgn akal dan fikiran itu membolehkan manusia memakmurkan bumi, hasilkan ciptaan baru utk kegunaan dan kebaikan manusia lain.
  • Persoalannya apakah manfaat yg kita buat utk kebaikan org ramai?

- Kisah Nabi Musa as. Sebagai Pesuruh Allah, Nabi Musa as memiliki ketinggian ilmu sehingga baginda dapat mengalahkan kezaliman firaun, haman dan qarun.  Begitu juga kerenah bani Israel. Kebijaksaaan yg dikurniakan kpd Nabi Musa as menjadikan baginda berfikir bwh tiada manusia lain yg diberikan ketinggian ilmu spt yg dimilikinya. Allah tegus sikap Nabi Musa itu, bhw ada manusia lain yg lebih bijak. Dgn itu Nabi Musa berusaha utk mencarinya ie pengembaraan Nabi Musa as mencari Nabi Khidir as.

Surah Al-Kahfi ayat 18:60 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِيَ حُقُبٗا }

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

Hadis: 
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya : "Ia berbeza pendapat dengan Hurr bin Qais bin Hishn al Fazati, tentang sahabat Nabi Musa a.s. Ibnu Abbas berpendapat bahawa sahabat Nabi Musa. itu ialah Nabi Khidr. Dalam pada itu lalu Ubai bin Ka'ab, lalu dipanggil oleh Ibnu Abbas. Katanya kepada Ubai, "Saya dan sahabat saya ini berbeza pendapat tentang sahabat Nabi Musa yang dimintanya kepada Allah supaya dapat bertemu dengan dia, adakah anda mendengar Rasulullah menceritakannya?" Jawab Ubai, "Ya, ada. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada suatu ketika Musa berada dalam satu kelompok Bani Israil, tiba-tiba datang kepadanya seseorang bertanya: Tahukah anda, adakah orang yang lebih pintar dari anda?" Jawab Musa, "Tidak!" Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa, "Ada orang yang lebih pintar iaitu hamba Kami Khidr." Setelah itu Musa memohon kepada Allah supaya diberi jalan untuk bertemu dengan Khidr. Maka Allah menjadikan ikan sebagai tanda bagi Musa, dan kepadanya dipesankan Allah, 'Apabila ikan itu hilang, kembalilah, nescaya engkau akan bertemu dengannya. Maka Musa mengikuti jejak ikan itu di lautan. Di tengah perjalanan, pelayan Musa berkata kepadanya, ''Tahukah anda ketika kita berhenti di sebuah batu besar, saya lupa memperhatikan ikan itu; hanya syaitanlah yang memperdayakan ku untuk terus memperhatikannya." Jawab Musa, "itulah yang kita kehendaki." Keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula, dan akhirnya bertemu dengan Khidr. Kemudian antara Musa dan Khidr terjadi beberapa peristiwa seperti yang dikisahkan Allah swt. di dalam Al Quran. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0060]

- dlm Surah Luqman ayat 31:14, "lihat" atau "perhati" itu merujuk kpd mata zahir dan mata hati.

- Org beriman mencintai Allah akan mendapat kecintaan dari Allah. Tiada batas kecintaan terhadap Allah. 
Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. Dan siapa yang benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya. Sedangkan mati itu terjadi sebelum bertemu dengan Allah." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2309]

- Allah suruh makan tetapi jangan berlebihan.
Dalil: Surah Al-Araf ayat 7:31 (klik sini)
{ ۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ }

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

- Allah benci kpd sifat tamak manusia spt makan berlebihan, kerana makanan berlebihan itulah punca penyakit.

- Mencintai kalam Allah adalah apbl kita dengar bacaan Al-Quran, maka diam dan hayati maksud ayat² yg diperdengarkan.

- Dgn apa kita nak masuk syurga Alllah?
  • Harapkan kebaikan yg kita buat berbanding org² terdahulu, apa sangat nilainya amalan kita itu. Malulah dgn apa yg kita buat pd diri kita dan kpd org ramai. 
  • Kita masuk syurga bukannya kerana banyaknya amalan kita, tetapi kerana ihsan Allah. Banyak amalan tetapi sekiranya amalan itu tidak diterima oleh Allah (kerana tidak sempurna, niat kerana makhluk/manusia), tidak menjanjikan syurga.

Carian hadis berkaitan:
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt. belaka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2414]


No comments: