- us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 21-Apr-2013
(Kitab Al-Kabair): Dosa Besar ke-9: Memutuskan Tali Persaudaraan
1) Hubungan adik-beradik, sesama sepupu-sepapat, sesama ibu-bapa saudara.
Dimaksudkan dengan “Rahim” apabila disebut silaturrahim ialah:
الأقارب من جهة أبيه وأمه كالجدات والأجداد والخالات والعمات وأولادهم والأخوال والأعمام وأولادهم
Maksudnya, “Kaum kerabat sebelah ayah dan ibunya seperti nenek, datuk, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak-anak mereka (sepupu-sepupu), bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu dan anak-anak mereka”.
2) Allah bertanya sekiranya kamu dilantik menjadi pemimpin maka adakah kamu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, dan memutuskan hubungan persaudaraan?
Surah Muhammad Ayat 47: 22
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
Surah Muhammad Ayat 47: 23
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya
- maka pilihlah calon pemimpin yg apbl dilantik nanti diberikan kuasa maka dia akan menunaikan janjinya, membaiki dan menyambung persaudaraannya, walau dgn org dulunya tidak memilih dia utk menjadi pemimpin.
- jika perkara itu berlaku, lalu mereka akan dipekakkan pendengarannya dan dibutakan penglihatannya.
- dtg seorg lelaki kpd Rasulullah, dan bertanya kepada baginda, apakah aku dapat masuk syurga jika aku menghalalkan perkara yg dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan perkara yg diharamkan oleh Allah. Maka Rasulullah mengatakan ya kepadanya.
- Rasulullah mengiyakan kpd lelaki itu kerana baginda tahu dia seorg yg miskin, maka baginya mencukupi utk melakukan perkara yg disebutkannya. Lelaki itu tidak mampu utk membayar zakat, tidak juga dia seorg pemimpin atau ketua yg akan dipertanggungjawabkan utk menunaikan amanahnya dan janjinya.
- Dlm bab dosa besar ke 26, disebutkan dosa maki hamun.
3) org fasik adalah yg tidak mengikut Al-Quran.
a) tanda org fasik, iaitu org2 yg memungkiri janjinya. Ke-2 memutuskan silaturrahim. Ke-3 melakukan kerosakan di atas muka bumi.
b) kalau kita memutuskan silaturrahim, kata Rasulullah, tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturrahim.
Daripada Jubair bin Muth'im ra bahawa Rasulullah saw bersabda "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. [HR al-Bukhari (2408) dan Muslim (593)]
c) termasuk juga org yg memilih terhadap saudaranya, seperti saudara-mara yg miskin tidak dianggap saudaranya, atau tidak menjengok atau singgah ziarah ke rumahnya. Namun kpd saudaranya yg berkedudukan/berada maka dia merapatkan dirinya dan mengaku saudara.
d) berbuat baik dan memberi khidmat kpd saudara mara, akan menjamin seseorg itu masuk syurga.
- jika kita membiarkan saudara-mara kita hidup merempat dan tidak berbuat baik kpd mereka, sebaliknya mengeluarkan sedekah kpd org lain yg bukan saudara-maranya maka kata Rasulullah, Allah tak terima sedekahnya.
e) duit sendiri digunakan utk membelanja kawan2 dan para penyokongnya, pd masa yg sama membiarkan kaum kerabatnya hidup dlm keadaan susah. Maka sedekahnya tidak diterima oleh Allah.
f) kalau kita juga susah (bukan orang yang mempunyai ekonomi yang kukuh/mewah), maka berbuat baik dgn menziarahi saudara mara dan megambil berat akan keadaan dirinya, tanya namanya, tanya hal bapanya, dan bertanya dr mana dia datang.
g) Abu Hurairah, di dlm suatu majlis ilmu yg ingin disampaikan tlh meminta sesiapa yg berada dlm majlis tersebut yang telah memutuskan silaturrahim agar keluar meninggalkan majlis ilmu itu. Jika tidak beliau tidak akan memulakan majlis ilmu itu. Maka keluar seorg lelaki yg duduk di hujung belakang majlisnya. Lelaki itu kemudiannya berjalan menuju ke rumah mak saudaranya. Mak saudaranya terkejut akan kedatangannya dan setelah jelas akan maksud anak saudaranya utk meminta maaf dan ingin menjalinkan silaturrahim maka dia mengatakan dia telah memaafkan anak saudaranya itu. Dia kemudiaanya meminta anak saudaranya utk bertanya kpd Abu Hurairah apa maksud dia menghalau org yg memutuskankan silaturrahim dr majlisnya. Abu Hurairah mengatakan bhw dia takut Allah tidak menurunkan rahmat kpd kaum yg mana ada di antara mereka yg memutuskan silaturrahim.