Wednesday, June 22, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:196 hingga 197

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 20-Jun-2022

Ibadah Haji

Surah Al-Baqarah Ayat 2:196 (klik sini utk paparan ayat

{ وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡيُ مَحِلَّهُۥۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦٓ أَذٗى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٞ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٖۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٖ فِي ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡۗ تِلۡكَ عَشَرَةٞ كَامِلَةٞۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُۥ حَاضِرِي ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ }

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).


Ayat 2:197 (klik sini

{ ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٞ مَّعۡلُومَٰتٞۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي ٱلۡحَجِّۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

- Ayat ini bukanlah menjadi kefarduan menunaikan haji. Kerana Ayat ini di sebutkan juga umrah. Sebaliknya Ayat ini adalah sebagai arahan utk melaksanakan ibadah haji dan umrah dgn sempurna

- Kedua-dua ayat ini diriwayatkan diturunkan pd tahun ke-9 hijrah. Ada pendapat mengatakan pd tahun ke-10 hijrah, bersandarkan hujah bhw baginda Rasulullah saw mengerjakan haji widak pd tahun ke-10 hijrah. 

- Kita perlu menjaga kesihatan utk menyempurnakan ibadah haji. 

- perbezaan antara haji dan umrah:
a) Niat
b) Pelaksanaan ie haji ada rukun wukuf di Arafah. Jika tidak dilakukan perlu membayar dam (denda) 

- ibadah haji hukumnya wajib sekali seumur hidup, bagi org yg mampu. Ibadah haji perlu ada ilmu dlm melakukan ibadah. Tanpa ilmu amalan ibadah itu ditolak (tidak di terima oleh Allah). Juga utk menghindari ibadah yg dilakukan kerana tradisi, tanpa mengetahui hukum² dan kaedah yg sebenar dlm melakukan ibadah tsbt. 

- mengerjakan ibadah haji setelah segala amalan lain telah dikerjakan, contoh telah dikeluarkan zakat ie membersihkan diri dan harta dari hak asnaf. 
Begitu juga solat ditunaikan dlm waktunya. Puasa di bln Ramadhan disempurnakan. 
a) bukan semua ibadah yg sah itu diterima oleh Allah. 
b) semua ibadah yg diterima oleh Allah itu ibadahnya sah. 

Sumber pendapatan, makan & minum, dan pakaian yang datang dari sumber yang haram, menjadikan amalan yg dilakukan tidak diterima oleh Allah swt, walaupun amalan itu sah. 



Saturday, June 18, 2022

Sifat Malu Menjadikan Umat Yang Terbaik

-us hj Azhar Tuarno Kuliah Suboh Sabtu 18-Jun-2022

Menjadi Umat yg Terbaik dengan Sifat Malu

Dalil: Surah Ali-Imran Ayat 3:104 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ }

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Hadis:
Dari Hudzaifah ra., dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, seharusnyalah kalian menyuruh untuk berbuat baik dan mencegah dari perbuatan yang munkar. Jika tidak, sungguh Allah akan menurunkan siksa kepada kalian, kemudian kamu berdoa kepada-Nya, tetapi ia tidak mengabulkan doamu.”  [HR Tarmizi]

- menyuruh berbuat baik dan suruh supaya meninggalkan yang mungkar bukan terletak pada orang tertentu atau pada jawatan tertentu shj. Kita diminta supaya peka dengan persekitaran akan hal yang berlaku dlm masyarakat.

Surah Ali-Imran Ayat 3:110 (klik sini)

{ كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ }

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- dosa dan pahala dalam masyarakat tidak boleh dipandang remeh atau dikatakan sebagai individu ie kpd pelakunya shj. Kesan terhadapa maksiat yang diturunkan oleh Allah adalah bersifat umum, ie musibah yang diturunkan oleh Allah pd sesuatu tempat itu bersifat meliputi orang yang beriman dan juga tidak beriman.
 
a) kesan daripada tidak menyuruh berbuat baik dan tidak meninggalkan yg mungkar, adalah doa tidak dimakbulkan.
b) Allah jadikan sekelompok manusia itu mulia dgn adanya org yg mengajak kpd kebaikan dan mencegah kpd melakukan kemungkaran.
c) Redho dgn kemaksiatan maka tunggulah kebinasaan, bala bencana, kpd kelompok manusia itu.
d) Kemarau yang berlaku adalah disebabkan ramai orang tidak mengeluarkan zakat. Gempa bumi yang berlaku adalah disebabkan ramai orang melakukan zina
 - Saidina Umar ra berasa takut bila bumi Madinah bergegar kerana beliau takut adanya org yg berzina.
e) Bani Israel dilaknat oleh Allah swt kerana meninggalkan amal maaruf dan nahi mungkar.
- jangan jadi spt bani Israel apbl dosa dianggap sebagai hal peribadi.

Surah Al-Maidah Ayat 5:78 (klik sini)

{ لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ }

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

- Kenapa pendeta yahudi tidak mahu beriman kpd Rasulullah saw? Adalah kerana mereka takut kehilangan pengaruh, pendapatan dari org² yahudi. Sedangkan mereka tahu apa yg dibawa oleh Rasulullah saw adalah kebenaran yg juga dibawa oleh nabi² terdahulu spt Nabi Daud, Nabi Musa as, Nabi Isa as. Catatan sejarah: bani Israel membayar zakat kepada pendeta yahudi (pendeta yahudi terima dan ambil wang zakat) 

Bagaimana hendak mendapatkan rasa malu terhadap Allah swt?

1. Menahan diri dari mengorbankan rasa malu
- ie kena mengawal diri dari mengikut hasutan syaitan -- hasutan syaitan adalah menampakkan indah dan baik terhadap kemungkaran dan kemaksiatan, cth:
(i) "konsert amal"
(ii) "loteri kebajikan"
nama-nama perbuatan yang keji/kemungkaran/maksiat dilihatkan/dilabelkan sebagai indah/elok, hasil dari hasutan syaitan.

Hari Arafah adalah hari yg paling baik ie 9 Zulhijjah apbl Allah ampunkan dosa² manusia yg memohon keampunan. Iblis bertanya kpd Nabi Musa as bolehkan ia mendapat keampunan dari Allah. Kata Allah cari kubur Nabi Adam as dan sujud di situ. Kata iblis, sewaktu Adam hidup dia tidak bersujud kpd Nabi Adam, apatah lagi di kuburnya. Bencinya iblis kepada Adam.
- iblis tidak pernah putus asa menghasud manusia melakukan kemaksiatan, juga menampakkan/wujudkan rasa ujub kpd mereka yg melakukan kebaikan.

  • Hadis: Dari Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 2402]

  • Hadis yg lain: Dari Ibnu Abbas ra bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tiada hari di mana Allah memerdekakan hamba-Nya dari api neraka melebihi daripada hari ‘Arafah.” [HR Muslim]

2. Tekun dlm menelaah dalam keutamaan sifat malu dalam diri.
- malu utk melakukan kemaksiatan, malu utk melakukan perkara tidak baik. Sebaliknya tidak malu menyatakan kebenaran, tidak malu menentang kemaksiatan.

3. Memperkukuhkan iman dan aqidah dlm hati. Malu dengan iman itu sama, kerana malu itu adalah iman dan lahir dari keyakinan seseorang itu kepada Allah. Malu itu sebahagian dari iman

4. Beribadah dgn merenung kpd sifat2 Allah as'maul husna
Hatim Al-Asham berkata. Berjanjilah 3 perkara kepada dirimu nescaya orang akan malu utk melakukan maksiat kepada Allah.
(i) Jika kamu melakukan sesuatu ingatlah Allah melihat kamu
(ii) Jika kamu berkata sesuatu ingatlah Allah mendengar ucapan kamu
(iii) apbl kamu diam, ingatlah Allah mengetahui semua keadaan kamu.
  • Nota: Dlm cerita 3 Abdul arahan Allaahyarham Tan Sri P. Ramlee [YouTube], nama isteri Ismet Ulam Raja yg bernama Fatimah binti Hatim Taib. Tidak diketahui apa maksud tersirat P. Ramlee menggunakan nama Hatim Taib dlm filemnya.
    Hatim Taib hidup pada zaman Jahiliyah, dia banyak beramal tetapi tidak beriman. Pd suatu hari dia merayau di Padang Arafah dan bertemu dgn satu karung emas. Dia menjadi kaya-raya, dan dgn kekayaan itu dia menjadi murah hati, tidak kedekut. Malangnya dia tidak beriman.

5. Tekun melakukan ibadah, sama ada yang wajib mahupun yg sunat 
Betulkan cara bersolat utk membetulkan diri kita. Surah Al-Ankabut Ayat 29:45 (klik sini)

- Solat itu mencegah dari melakukan kemaksiatan kpd Allah. Selagi mana seseorg itu masih melakukan maksiat, bahawa solatnya masih belum sempurna.

{ لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ }

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Hadis: Ya Rasulullah, "Si fulan ini tidak pernah meninggalkan solat malamnya, tetapi paginya dia mencuri. Mendengar perkataan ini, Rasulullah saw bersabda, sepatutnya solatnya itu akan mencegah mencuri". Dalam riwayat yang lain, kata Nabi saw, "Suatu hari nanti solatnya akan mencegahnya dari mencuri".

- Zakat itu utk menyucikan dan membersihkan hati (ie diri) dan harta.

Surah At-Taubah Ayat 9:103 (klik sini)

{ خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡ صَدَقَةٗ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٞ لَّهُمۡۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ }

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

6. Membiasakan diri utk jujur dan memerhatikan kerjujuran dan benci kepada dusta. 
- Hendaklah kamu sentiasa dlm jujur kerana jujur membawa kebaikan dan kebaikan akan membawa kamu ke syurga.

7. Kuat utk menanggung rasa malu.  
- Anggap sifat malu itu sebahagian dari hidup kita.

8. Bercampurlah/Berkawan dgn org soleh.
- Dengar nasihatnya. Ambil teladan dari orang soleh.

9. Ingatlah sifat² malu Rasulullah saw
- saidina Usman as amat menjaga kehidupannya.

10. Tinggalkan lingkungan² hidup yg buruk. 

Hadis: Dari Abu Sa`id Sa`ad bin Malik bin Sinan Al- Khudriy ra. Nabi saw bersabda : “Sebelum kalian, ada seorang laki-laki membunuh 99 orang. Kemudian ia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim, maka ia ditunjukkan kepada seorang rahib ( pendeta Bani Israil). Setelah mendatanginya, ia menceritakan bahwa ia telah membunuh 99 orang, kemudian ia bertanya: “Apakah ia bisa bertaubat?”. Ternyata pendeta itu menjawab : “Tidak” Maka pendeta itupun dibunuh sehingga genaplah jumlahnya seratus.

Kemudian ia bertanya lagi tentang seorang yang paling alim di atas bumi ini. Ia ditunjukkan kepada seorang laki-laki alim. Setelah menghadap ia bercerita bahwa dirinya telah membunuh seratus jiwa, dan bertanya : “ Bisakah saya bertaubat?” Orang alim itu menjawab: “Ya, siapakah yang akan menghalangi orang bertaubat? Pergilah kamu ke kota ini (menunjukkan ciri-ciri kota yang dimaksud) sebab di sana terdapat orang-orang yang menyembah Allah Ta`ala. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka dan jangan kembali ke kotamu. Karena kotamu kota yang jelek!” Lelaki itupun berangkat, ketika menempuh separuh perjalanan maut menghampirinya.

Kemudian timbullah perselisihan antara malaikat Rahmat dengan malaikat Azab, siapakah yang lebih berhak membawa rohnya. Malaikat Rahmat beralasan bahwa : “Orang ini datang dalam keadaan bertaubat, lagi pula menghadapkan hatinya kepada Allah.” Sedangkan malaikat Azab (bertugas menyiksa hamba Allah yang berdosa) beralasan: “Orang ini tidak pernah melakukan amal baik.”

Kemudian Allah SWT. mengutus malaikat yang menyerupai manusia mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu dan berkata: “ Ukurlah jarak kota tempat ia meninggal antara kota asal dan kota tujuan, Manakah lebih dekat, maka itulah bagiannya.” Para malaiakat itu lalu mengukur, ternyata mereka mendapati si pembunuh meninggal dekat kota tujuan, maka malaikat Rahmatlah yang berhak membawa roh orang tersebut.
”  [HR Bukhari dan Muslim]

Siapa yg menghalang kamu utk melakukan ibadah/beribadah, maka pergilah (berpindahlah) ke negeri yg lain.

- orang yang melakukan kejahatan di sesuatu tempat, pindahkan dia ke tempat yang lain.  Dulu ada dilaksanakan hukuman buang daerah ke atas penjenayah.
 

Monday, June 6, 2022

Tadabbur Surah Al-Kahfi Ayat 18:23 hingga 24

- kuliah Suboh Isnin 6-Jun-2022

Surah Al-Kahfi Ayat 18:23 - 24

Surah Al-Kahfi ini adalah berkenaan org kafir Quraisy yg bertanyakan kpd Rasulullah hal pemuda Al-Kahfi dan juga hal Zulkarnain, utk menduga dan dgn tujuan memperlekeh (ilmu) Rasulullah. 

Tarbiyah oleh Allah kpd Rasulullah (juga kpd umatnya) bhw perkara/alam ghaib hanya diketahui oleh Allah. 

{ وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْيۡءٍ إِنِّي فَاعِلٞ ذَٰلِكَ غَدًا }

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

- "gho da", rujuk Surah Luqman Ayat 31:34, ie di akhir Surah Luqman, Allah sebutkan juga "gho da", sesungguhnya manusia tidak mengetahui apa yg akan berlaku dihadapnnya/yg ghaib. 

{ إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ }

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.


Ayat 18: 24 (klik sini
{ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّي لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَٰذَا رَشَدٗا }

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

InsyaAllah di sebutkan dlm Al-Quran pada 2 kisah:
1. Kisah Nabi Musa as
2. Kisah Nabi Ismail as

1. Kisah Nabi Musa as:
- janji Nabi Musa kpd Nabi Khidir, Nabi Musa berhujah di hadapan kaummnya, bila ditanya siapa yg paling pandai dikalangan manusia, Nabi Musa menjawab bhw baginda lah yg paling pandai dikalangan manusia, kerana dia adalah Nabi Allah. Allah menegur Nabi Musa bhw ada org lain yg lebih pandai darinya. Nabi Musa memohon utk belajar dari org itu, dan dipertemukan Nabi Musa dgn Nabi Khidir. Nabi Musa memohon diajarkan ilmu yg diajarkan kpd Nabi Khidir, dan Nabi Musa berjanji dia akan sabar dan patuh kpd 

Surah Al-Kahfi Ayat 18:66 hingga 18:78 (klik sini utk paparan ayat
{ قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدٗا }

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

Jika Nabi Musa itu bersabar byk lagi hikmah yg dapat dipelajari dari Khidir, tetapi ditakdirkan oleh Allah dia hanya pelajri sedikit dari ilmu yg diajarkan kpd Nabi Khidir. 

2. Kisah Nabi Ismail as:
- Nabi Ismail mendapat didikan dari bapanya ie Nabi Ibrahim dan ibunya Siti Hajar. Didikan yg diterima menjadikan dia taat kpd bapanya. Hinggalah diuji dgn disembelih oleh bapanya sendiri. Allah gantikan kesetiaannya dan ketaatannya dgn seekor qibas (sewaktu hendak disembelih). Diriwayatkan pisau Nabi Ibrahim itu diasah tajam dan diletakkan pd batu dan dgn ketajamannya membelah batu. Setelah lama Nabi Ibrahim keluar meninggal kan isteri dan anaknya, bila balik bertemu mereka dan Allah uji baginda dgn perintah sembelih anaknya sendiri. 

Surah As-Soffat Ayat 37:102 (klik sini utk paparan ayat
{ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ }

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim tinggalkan Siti Hajar dan Ismail di suatu lembah ie Mekah, sewaktu hendak bermunajat kpd Allah. 

Surah Ibrahim Ayat 14:37 (klik sini utk paparan ayat
{ رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ }

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.