Monday, June 19, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:233

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 19-Jun-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:233

- Surah Al-Baqarah ayat 2:233 (klik sini)
{ ۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


- "كَامِلَيۡنِۖ" apbl ayat ini diwakafkan maka ia menjadi "Mad Lin" ie dibaca dgn 2, 4 atau 6 harkat. Sekiranya bacaan diteruskan maka ianya menjadi "Lin" sahaja.

- "تُضَآرَّ" dibaca 6 harkat ie selepas tanda mad panjang ada sabdu selepasnya.

- "تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ" dibaca dgn 4 atau 5 harkat kerana selapas tanda mad panjang tiada tanda sabdu. Begitu juga dgn "مَّآ ءَاتَيۡتُم" dan juga "وَٱعۡلَمُوٓاْ".

- "أَرَدتُّمۡ" dzal tidak dibaca sebaliknya dimasukkan dlm "ta" bersabdu.

Ayat ini berkenaan perceraian dan anak masih menyusu badan.
- Sekiranya bekas suami itu meninggal dunia, sedang bekas isteri masih menyusu dlm tempoh menyusu (2 tahun), maka waris kpd bekas suami bertangggungjawab utk menggalas tanggungjawab memberi nafkah menyusu. Waris itu adalah adik-beradik lelaki atau bapa (datuk bayi).

(i) tempoh menyusu tidak semestinya 2 thn, bergantung kpd keadaan. Ada bayi yg berhenti menyusu kurang dari 2 tahun. Ada juga disebabkan ibu telah kering susu, atau atas sebab kesihatan/perubatan. Bila perkara ini berlaku maka bekas suami tiada lagi tanggungjawab memberi nafkah susu kpd bayi.

- Nafkah kpd anak² adalah sehingga mereka akil baligh.


Saturday, June 10, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya tidak merosakkan pahala sedekah/infaq

- kuliah Suboh Sabtu 10-Jun-2023

Panggilan ke-8 Allah Ar-Rahman kpd org² yg beriman supaya tiak merosakkan pahala sedekah/infaq

- Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:264 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

- ayat 2:264 ini adalah ayat ke8 yg mana Allah mulakan dgn "يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ" Allah menyeru kpd hamba²Nya yg beriman.
- peringkat/tahap keimanan: seorg yg beriman kpd menjadi seorg yg muttakin.
- dlm ayat ini Allah mengajarkan adab dlm melakukan sedekah, ie sedekah atau berinfaq perlu dilakukan dgn rendah diri tanpa menyakiti hati org lain sama ada dlm bentuk kata² atau perbuatan, agar tidak hilang pahala sedekah/infaq yg dilakukannya.

- dlm surah Al-Baqarah ayat 2:261 (klik sini)
{ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ }

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

- Imam Ibnu Kathir mengingatkan kita bhw amal soleh akan ditumbuh subur menjadikan jiwa kita sentiasa beramal soleh. Apbl jiwa kita subur maka senanglah binih yg disemai menumbukan tanaman.

Dlm surah Al-Kahfi disebutkan surah Zulkarnain dan kisah Nabi Khidir yg mana kisah yg diceritakan:
a) Zulkarnain dlm setiap perjalanan sentiasa memberikan bantuan kpd penduduk di mana dia berhenti.
b) Nabi Khidir memberikan pengajaran kpd Nabi Musa tentang hakikat sebenar kehidupan.

- hadis: seorg lelaki bersedekah seekor kuda yg bertanda pd hidungnya. Balasannya 700 ekor kuda yg bertanda.

Hadis: ganjaran amalan kebaikan adalah antara 10 hingga 700 kali ganda.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila hambaKu berniat hendak melakukan suatu kebajikan tetapi belum dilaksanakannya, Aku tulis untuknya sepuluh sampai tujuh ratus ganda kebajikan. Apabila dia berniat hendak melakukan suatu kejahatan tetapi belum dilaksanakannya, tidak Ku tulis apa-apa baginya. Jika dilaksanakannya, Ku tulis untuknya satu kejahatan." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0103]

- Kedudukan puasa berbeza dgn amalan² yg lain.

- Allah jadikan manusia dlm tingkatan ekonomi yg berbeza, tingkatan kemiskinan. Org miskin mempunyai pendapatan namun pendapatannya tidak mencukupi utk kehidupannya.
- Seseorg itu boleh meningkatkan ketaatannya kpd Allah dgn melakukan sedekah/infaq dgn mengharapkan keredaan Allah (mengharapkan amalannya diterima oleh Allah).

- harta itu sama ada mendekatkan diri kpd Allah atau menjadikan seseorg itu jauh dari Allah. Rasulullah saw memuji org² yg menggunakan hartanya dgn mendahulukan org lain, org² Ansar memuliakan org² Muhajirin dgn memberikan sebhgn dari harta mereka utk org² Muhajirin.

- sedekah itu perlu berpunca dari usaha yg halal. Kerana sumber yg haram tidak menghasilkan pahala.

  • Jangan menyebut² sedekah yg telah diberikan.
Rujuk catatan kuliah dosa besar: Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan)

- kata imam Al-Ghazali, tempat muncul al-mannan adalah dari hati yg tidak baik (tidak subur). Dia merasa dirinyalah pemilik harta itu dan menjadi tugasnya memberikan hartabkpd org² muskin.

Menganggap pemberian itu suatu yg kecil.
- Semua pemberian sedekah/infaq yg dilakukan itu perlu dianggap suatu yg kecil. Dgn itu tidak menimbulkan riak. Sekiranya sesuatu pemberian itu dianggap sesuatu yg besar/bernilai tinggi, akan menjadikan kita berasa lebih dari org lain (sombong).

Memilih sesuatu yg paling baik utk bersedekah/infaq
- Pilih dari harta² yg baik utk dijadikan bahan sedekah/infaq. Keadaan, sifat dan rupa bahan/harta itu dlm keadaan yg senang diterima oleh penerima sedekah/infaq, bukannya dia perlu keluarkan belanja utk membaiki kerosakan bahan yg diterima.

Memberikan kpd org yg memurnikan maksud sedekah.
- apbl hendak berkawan pilihlah kawan yg membawa kpd ketaatan kpd Allah (membawa ke syurga).

Bersedekah dgn niat yg baik.
- Bersedekah/Infaq tanpa mengharapkan balasan dari manusia.

Monday, June 5, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 5-Jun-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- 2 talak yg boleh dirujuk ie 1 dan 2 disebut talak rajai. Talak ke3 ie talak batil iaitulah tidak boleh dirujuk kembali.

Surah Al-Baqarah ayat 2:231 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖۚ وَلَا تُمۡسِكُوهُنَّ ضِرَارٗا لِّتَعۡتَدُواْۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوٗاۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَٱلۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Ayat 231 ini waktu hampir tamat edah.
- Ayat 232 bila tempoh edah telah tamat. Jika hendak kembali semula maka berlaku pernikahan spt mereka pasangan pengantin baru.

Ayat 2:232 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعۡضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحۡنَ أَزۡوَٰجَهُنَّ إِذَا تَرَٰضَوۡاْ بَيۡنَهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ ذَٰلِكَ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ مِنكُمۡ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۗ ذَٰلِكُمۡ أَزۡكَىٰ لَكُمۡ وَأَطۡهَرُۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

- apbl bercerai, maka perlu ke Pejabat Qadi utk menfailkan perceraian dihadapan Qadi. Apbl rujuk semula dlm tempoh edah, perlu rekodkan di Pejabat Qadi.
Dlm tempoh edah, isteri kekal di dlm rumah, tetapi bekas suami perlu keluar dari rumah.

- jangan mempermain²kan ayat Allah contohnya di akhir tempoh edah, dia rujuk semula, kemudian dia ceraikan isteri itu (dgn tujuan menyusahkan bekas isteri supaya tidak boleh bernikah utk tempoh tiga bln edah). Allah jelaskan bhw mereka sedang menganiaya diri mereka sendiri, kerana balasan azab disediakan utk mereka yg melakukan perkara sedemikian.

- tempoh edah:
  1. Edah bagi wanita yang bercerai adalah selama tiga kali suci.
  2. Jika isteri diceraikan ketika mengandung, edah tamat apabila wanita tersebut melahirkan anaknya, (bukan hingga suci dari nifas).
  3. Jika wanita tersebut telah menopause, edah ialah selama tiga bulan.
  4. Jika wanita tersebut telah kematian suami, tempoh edah adalah empat bulan 10 hari namun mereka tidak berhak mendapat nafkah.
  5. Jika isteri diceraikan tanpa disetubuhi, tiada tempoh edah.
- wanita yg bercerai dan melahirkan anak, dia boleh bernikah dgn lelaki (suami baru) sebaik shj melahirkan anak yg dikandungnya.

...

Sunday, June 4, 2023

Fiqh Aulawiyyat - Intro

- us Syukri Ahad 4-Jun-2023

Buku Fiqh Aulawiyyat (Faham Keutamaan) oleh Dr Yusuf Al-Qardawi

Maksud fiqh aulawiyyat adalah keutamaan dlm melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yg lain atau antara perkara² dalam sesuatu yg hendak dilakukan.

- sebagai meletakkan segala seauatu pada tangga dan peringkatnya yg sebenar dgn pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum² dan nilai akhlak mulia.

- Dalil akhirat lebih baik dan lebih kekal,
(i) surah Al-Ala ayat 87:17 (klik sini)
{ وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ }

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

(ii) surah Al-An'am ayat 6:32 (klik sini)
{ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٞ وَلَهۡوٞۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ }

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

- menentukan keutamaan masing² berdasarkan kpd pertimbangan syarak yg betul dgn berpandukan dalil² Al-Quran dan as-sunnah.
- semua perkara diletakkan pd tempatnya berpandukan ukuran keadilan.

- Fiqh aulawiyyat ini penting kpd para ulamak dan pendakwah, supaya menyampaikan Islam dan ilmu mengikut keutamaan. Juga interaksi dgn jemaah yg pelbagai/kumpulan, supaya tidak berlaku perselisihan.
-- Jangan bawa perkara² furuk kpd masyarakat.
-- Jangan melampau, begitu juga jangan terlalu lemah hingga melalaikan sesuatu.