Sunday, January 29, 2023

Keutamaan Malu

- us Arif Adli hj Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 28-Jan-2023

Keutamaan Malu

Hadis:
Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rafi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Rib'iy bi Hirasy, dari 'Uqba bin 'Amr, Abu Mas'ud, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya diantara apa yang didapatkan manusia dari 'ucapan nubuwwah yang pertama ialah: "Apabila engkau tidak -punya- malu, maka kerjakanlah apa yang engkau suka.". [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4183]

a) Sifat malu itu bagi menjaga maruah.
b) kata Imam Nawawi apbl Allah memerintahkan sesuatu yg wajib atau sunat maka hendaklah kita berasa malu utk meninggalkannya.

  • Allah sering perintahkan nabi² sebelum dari Nabi Muhammad saw, utk berasa malu.  
  • Seorg yg beriman berasa malu utk melakukan perkara² yg dilarang oleh Allah.
  • Dlm bab fekah, kita perlu elakkan perkara fitnah terjadi. Contoh, kita mencari lot pakir, tetapi yg ada hanya depan kedai nombor ekor, bagi org yg beriman, dia malu utk parkir di situ kerana mengelakkan dari timbul fitnah bhw seorg Islam memasuki kedai nombor ekor atau lebih teruk difitnah membeli nombor ekor.


- sekiranya manusia sudah tiada sifat malu, maka dia lakukan perkara² yg tidak sepatutnya dilakukan, lebih² lagi di khalayak ramai, atau di media sosial yg ditonton oleh ramai.

  • a) contoh seorg perempuan berjoget dgn tidak menutup aurat, ataupun berpakaian ketat/menjolok mata dan merakamkan perbuatannya di media sosial.
  • b) contoh seorg membuat tempahan makanan, bila makanan lewat tiba dia lemparkan makanan dan terbalikkan meja sebagai tanda protesnya.


- Setiap manusia didampingi oleh dua (2) malaikat yg mencatatkan segala perbuatan, dan percakapan. Malaikat ini tidak cuti malah tidak sesaat pun meninggalkan manusia. Dalil: Dlm Surat At-Toriq ayat 86:4 (klik sinii utk paparan ayat)

{ إِن كُلُّ نَفۡسٖ لَّمَّا عَلَيۡهَا حَافِظٞ }

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).


. Malaikat sentiasa mencatatkan perbuatan kita, dan akan dibentangkan buku catatatan itu di akhirat utk diadili oleh Allah.
 

- Malu dgn hak makhluk.
- Malu menjadi satu sifat seorg Islam

Hadis: Saidina Ali bin Abi Talib malu utk bertanyakan kpd Rasulullah akan masalahnya yg sering keluar mazi, lalu dia menyuruh sahabat utk bertanyakan kpd Rasulullah.

Dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. katanya: "Aku sering keluar mazi. Tetapi aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. kerana hubunganku dengan puteri beliau. Kerana itu ku suruh Miqdad bin Al Aswad menanyakannya. Jawab Rasulullah saw., "Suruh dia mencuci zakarnya, dan sesudah itu suruh dia berwuduk." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0251]

- malu yg dilarang adalah malu dlm perkara kebaikan,  spt menuntut ilmu, mempelajari ugama, memberi bantuan kpd org lain.

- apbl Allah benci seseorg, maka Allah cabut sifat malu dari org itu. bila tiada sifat malu, seseorg akan lakukan kemaksiatan terhadap Allah, dan menjadikan dia seorg yg berdosa, maka layak baginya diazab dlm neraka.


Hadis:
Mewartakan kepada kaffli Muhammad bin Al-Mushaffa, mewartakan kepada kami Muhammad bin Harb, dari Sa'id bin Sinan, dari Abuz-Zahiriyah, dari Abu Syajarah, yaitu Katsir bin Murrah, dari Ibnu 'Umar, bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla, bila hendak membinasakan seorang hamba, maka Dia mencabut rasa malunya. Maka bila Dia telah mencabut rasa malu dari orang itu, maka kamu tidak akan menjumpainya kecuali dia dalam keadaan sangat dimurkai. Bila kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berkhianat. Maka bila kamu tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan sangat dimurkai, maka akan dicabut suatu amanat dari orang tersebut. Maka bila amanat telah dicabut dari orang itu, maka kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berkhianat, maka dicabut rasa belas-kasih dari orang itu. Maka bila telah dicabut rasa belas-kasih dari orang itu, maka kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang sangat dilaknat. Maka bila kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang sangat dilaknat, maka dicabutlah ikatan keislaman dari orang tersebut". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Sa'id bin Sinan, dia itu daif. Dia diperselisihkan namanya. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4054]


Monday, January 23, 2023

Perkahwinan Dengan Perempuan Bukan Islam, Ahli Kitab

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 22-Jan-2023

Perempuan yang haram dikahwini (Siri ke-2)

- Perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya adalah hasil dari hubungan:
  1. 1. Nasab
  2. 2. Susuan
  • Nota kuliah sebelum ini: Perempuan yang Haram Dikahwini Hasil dari Hubungan Semendaan (klik sini)

 Perempuan yang haram dikahwini dalam "tempoh sementara" adalah berpunca dari halangan-halangan tertentu. Jika akad nikah berlaku sebelum halangan tersebut hilang, maka akad tersebut adalah terbatal

  • (#1) Haram utk mengahwini dua adik-beradik perempuan (dimadukan) sekali gus (ie dlm masa perkahwinan yg serentak, atau masih dlm perkahwinan dgn salah seorg dari mereka).
    • Nota: 
      • Jika dua beradik itu dinikahkan sekali gus (serentak), maka perkahwinan itu terbatal.
      • Jika isteri pertama meninggal dunia atau diceraikan dan tempoh iddahnya telah tamat, lelaki itu boleh menikahi adik-beradik bekas isterinya.
      • Hubungan ipar bukanlah mahram, maka perlu jaga aurat apbl bertemu dgn ipar. 
Dalil: surah An-Nisa ayat 4:23 (klik sini utk paparan ayat)
{ حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمۡ أُمَّهَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُمۡ وَعَمَّٰتُكُمۡ وَخَٰلَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُ ٱلۡأَخِ وَبَنَاتُ ٱلۡأُخۡتِ وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِيٓ أَرۡضَعۡنَكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ وَأُمَّهَٰتُ نِسَآئِكُمۡ وَرَبَٰٓئِبُكُمُ ٱلَّٰتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّٰتِي دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمۡ تَكُونُواْ دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ وَحَلَٰٓئِلُ أَبۡنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنۡ أَصۡلَٰبِكُمۡ وَأَن تَجۡمَعُواْ بَيۡنَ ٱلۡأُخۡتَيۡنِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا }

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • (#2) Haram mengahwini ibu saudara isteri dari sebelah ibunya atau bapanya 
(bagi tujuan memadukan isteri) 
  • Haram memadukan seorg perempuan dgn:
    • (i) ibu saudara (sebelah ibunya atau bapanya), 
    • (ii) anak saudara perempuan sebelah adik-beradik perempuannya, atau adik-beradik lelakinya, atau 
    • (iii) cucu perempuan kpd anak lelakinya atau anak perempuannya. 

 

Hadis:  Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Wanita jangan dimadu dengan saudara ibunya atau dengan saudara bapaknya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1591] 

- Rasulullah saw melarang perempuan dimadukan dgn saudara kerana dikhuatiri menyebabkan putus silaturrahim di antara mereka. Namun, jika telah diceraikan, maka selepas iddahnya boleh dikahwini ibu saudara sebelah isteri (dan ke bawah dan ke atas)

  • (#3) Haram berkahwin melebihi empat (4) orang dlm masa yg sama.
- Dalil bhw hanya empat (4) org isteri dibenarkan pada satu-satu masa perkahwinan adalah spt dlm surah An-Nisa ayat 4:3 (klik sini)
{ وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِي ٱلۡيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٰحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ }

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

  • (#4) Haram mengahwini perempuan musyrik yg menyembah berhala. Begitu juga mengahwini lelaki musyirik. Halangan ini tidak termasuk kpd perempuan ahli kitab

 Perempuan kafir boleh dikahwini, setelah dia memeluk Islam. Dalil: Surah Al-Baqarah ayat 2:221 (klik sini)

{ وَلَا تَنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكَٰتِ حَتَّىٰ يُؤۡمِنَّۚ وَلَأَمَةٞ مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٞ مِّن مُّشۡرِكَةٖ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡۗ وَلَا تُنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤۡمِنُواْۚ وَلَعَبۡدٞ مُّؤۡمِنٌ خَيۡرٞ مِّن مُّشۡرِكٖ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡۗ أُوْلَٰٓئِكَ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلنَّارِۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ بِإِذۡنِهِۦۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ }

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

- Seorg perempuan Islam tidak diharuskan berkahwin dgn lelaki bukan Islam walau apa juga ugamanya, kerana: 
    1. suami berkuasa ke atas isteri, sedangkan seorg kafir tidak boleh menguasai seorg Islam. 
    2. seorg lelaki kafir tidak boleh menjamin keselamatan agama dan aqidah perempuan yg Islam. Dikhuatiri, lelaki itu akan menjuruskan perempuan Islam menjadi murtad.
- Jika suatu perkahwinan berlaku antara lelaki kafir dgn perempuan Islam, maka: 
  • perkahwinan itu tidak sah (dari sudut syarak), dan
  • pasangan itu mesti dipisahkan.
  • Jika berlaku persetubuhan antara mereka, ianya adalah perbuatan zina.

  • (#5) Haram berkahwin dgn perempuan yang (masih) bersuami.
- Dalil pengharaman ini disebutkan dlm Surah An-Nisa ayat 4:24 (klik sini)

{ ۞وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۖ كِتَٰبَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٰلِكُمۡ أَن تَبۡتَغُواْ بِأَمۡوَٰلِكُم مُّحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَٰفِحِينَۚ فَمَا ٱسۡتَمۡتَعۡتُم بِهِۦ مِنۡهُنَّ فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةٗۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا تَرَٰضَيۡتُم بِهِۦ مِنۢ بَعۡدِ ٱلۡفَرِيضَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا }

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

  • (#6) Diharamkan berkahwin dgn perempuan yang masih dlm iddah.
- Dalil: Surah Al-Baqarah ayat 2:235 (klik sini)
{ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا عَرَّضۡتُم بِهِۦ مِنۡ خِطۡبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوۡ أَكۡنَنتُمۡ فِيٓ أَنفُسِكُمۡۚ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ سَتَذۡكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُواْ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗاۚ وَلَا تَعۡزِمُواْ عُقۡدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡكِتَٰبُ أَجَلَهُۥۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٞ }

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

  • (#7) Haram mengahwini isteri yg telah diceraikan talak tiga (3)
- Perempuan yg diceraikan dgn talak 3, bekas suaminya tidak dibenarkan menikahinya semula sehingga dia berkahwin dgn lelaki lain (perkahwinan yg sah di sudut syarak) dan dia telah diceraikan oleh suaminya itu, dan telah lepas iddahnya. Jika sudah tamat iddah, suami pertama diharuskan menikahi bekas isterinya dgn akad nikah yang baru. 

 

2. Seorang lelaki Islam harus berkahwin dgn perempuan kafir kitabi (ahli kitab) (pengamal kitab taurat atau injil) 
- Terdapat tiga (3) fatwa, keputusan Muzakarah berkenaan tajuk ini:
  1. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 14 Mei 1980 telah membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa: 
    • (i) Pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab Shafie
    • (ii) Pernikahan seperti itu (pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa yang lalu harus mengikut pendapat setengah ulama’ dengan syarat jika pernikahan itu diakadkan mengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jika tidak dilakukan demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan
    • (iii) Pernikahan suami / isteri Kristian kemudian si suami masuk Islam maka pernikahannya dikira sah dengan syarat kehidupannya mengikut cara Islam.

  2. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Julai 1977 telah membincangkan Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani
    • (i) Yang berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; atau
    • (ii) Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan.

    • Hukumnya halal nikah dengan perempuan Kafir Kitabi seperti di atas. Adapun perempuan Yahudi atau Nasrani yang bukan Kitabi seperti yang disebutkan di atas adalah haram.
  3. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 30 April 1975 telah membincangkan Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam. Persidangan telah memutuskan bahawa: 
    • (i) Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam akan terputus jika salah seorang daripadanya memeluk agama Islam tetapi jika yang seorang lagi memeluk agama Islam juga dalam masa iddah itu maka kekal nikah mereka. 
    • (ii) Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam memeluk agama Islam maka hendaklah diberi penerangan kepada mereka mengenai terpisahnya yang akan berlaku (tertalak) jika seorang lagi tidak memeluk agama Islam dan hendaklah dinasihat dan dipujuk yang seorang lagi itu dengan hikmah supaya ia memeluk agama Islam juga.
- Dalil ahli Kitab secara jelasnya merujuk kepada mereka yang beragama Yahudi dan Kristian yang berpegang kepada Taurat dan Injil, spt dlm Surah Al-An'am ayat 6:156 (klik sini)
{ أَن تَقُولُوٓاْ إِنَّمَآ أُنزِلَ ٱلۡكِتَٰبُ عَلَىٰ طَآئِفَتَيۡنِ مِن قَبۡلِنَا وَإِن كُنَّا عَن دِرَاسَتِهِمۡ لَغَٰفِلِينَ }

Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (ugama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka".


Nota Kuliah:
  • Perempuan yang Haram Dikahwini Hasil dari Hubungan Semendaan (klik sini)

Saturday, January 14, 2023

Perempuan yang Haram Dikahwini Hasil dari Hubungan Semendaan

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 25-Dis-2022

Perempuan yang haram dikahwini hasil dari hubungan semendaan

1) Perempuan yg haram dinikahi terbahagi kpd dua (2):
  1. haram buat selama-lamanya
    • nasab & keturunan, susuan, kafir
  2. haram buat sementara waktu.
    • perkahwinan: contohnya: ipar itu haram dinikasi selagi mana kita masih ada ikatan perkahwinan dgn isteri (yg juga adik-beradik kpd ipar yg hendak dinikahi) 
2) Seseorg lelaki muslim haram mengahwini seorg perempuan bilamana berlaku salah-satu dari berikut:
  1. ada hubungan nasab dan keturunan (spt adik-beradik, ibu, nenek dan ke atas)
  2. sebab penyusuan (ie adik-beradik susuan)
  3. sebab persemendaan
  4. sebab permaduan
  5. sebab kafir
  6. sebab isteri orang
  7. sebab dalam iddah

3) Haram disebabkan nasab & keturunan
  1. Ibu, nenek hingga ke atas
  2. Anak dan cucu hingga ke bawah
  3. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau adik-beradik tiri (hasil dari sebapa atau seibu)
  4. Ibu saudara :
    • sebelah bapa, hingga ke atas
    • Ibu saudara sebelah ibu, hingga ke atas
  5. Anak saudara:
    • dari adik-beradik lelaki hingga ke bawah
    • dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah.

Dalil: surah An-Nisa ayat 4:22 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَلَا تَنكِحُواْ مَا نَكَحَ ءَابَآؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۚ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةٗ وَمَقۡتٗا وَسَآءَ سَبِيلًا }

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).

- pd zaman jahiliyah, ibu tiri (lebih-lebih lagi yg) muda menjadi isteri kpd anak, apbl bapanya telah meninggal dunia.

4) Haram dengan sebab penyusuan
  • Kanak-kanak lelaki yg berumur kurang dari dua (2) tahun menyusu kpd seorg perempuan sekurang-kurangnya 5 kali kenyang, maka perempuan itu dan adik-beradik susuannya adalah haram dinikahi.
  • Haram dinikahi kpd:
    1. ibu susuan, emak kpd ibu susan (nenek susuan), dan ke atas
    2. adik-beradik perempuan susuan dan ke bawah
    3. emak saudara kpd ibu susuan dan ke atas
    4. bekas isteri anak lelaki susuan (bekas menantu susuan).

Dalil: surah An-Nisa ayat 4:23 (klik sini)
{ حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمۡ أُمَّهَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُمۡ وَعَمَّٰتُكُمۡ وَخَٰلَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُ ٱلۡأَخِ وَبَنَاتُ ٱلۡأُخۡتِ وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِيٓ أَرۡضَعۡنَكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ وَأُمَّهَٰتُ نِسَآئِكُمۡ وَرَبَٰٓئِبُكُمُ ٱلَّٰتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّٰتِي دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمۡ تَكُونُواْ دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ وَحَلَٰٓئِلُ أَبۡنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنۡ أَصۡلَٰبِكُمۡ وَأَن تَجۡمَعُواْ بَيۡنَ ٱلۡأُخۡتَيۡنِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا }

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Hadis: Haram berkahwin dgn adik-beradik susuan:

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah bersabda kepadanya, "Haram kahwin kerana sesusuan, semua yang diharamkan kerana sekandungan.[Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1384]

- Hadis: Haram berkahwin dgn anak kpd adik-beradik susuan:

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda mengenai anak puteri Hamzah: "Ia tiada halal untuk saya. Haram kerana sesusuan sama dengan haram kerana seketurunan. Dan ia adalah anak dari saudara ku sesusuan". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1231]

 
- hubungan susuan ini adalah kpd yg menyusu sahaja. Adik-beradiknya yg lain adalah halal utk mengahwini perempuan di atas.
- bilangan susuan yg lima (5) kali kenyang itu tidak semestinya berturut-turut.  Definasi kenyang adalah kanak-kanak itu tertidur dan tercabut puting (susu) dari mulutnya (kerana sudah terlelap/tidur)
- susuan itu  mestilah susu badan (tetek), bukan susu formula.

- sekiranya seorg yg telah berusia ingin mengambil anak angkat, dia boleh serahkan bayi (anak angkat) itu utk disusukan oleh anak perempuannya. Ini menjadikan dia datuk (dan nenek susuan).


- dalil: Status anak angkat masih kekal sebagai anak angkat, bukan anak sendiri. Surah Al-Ahzab ayat 33:4 (klik sini)
{ مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٖ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِي جَوۡفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزۡوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔي تُظَٰهِرُونَ مِنۡهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمۡۚ وَمَا جَعَلَ أَدۡعِيَآءَكُمۡ أَبۡنَآءَكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ قَوۡلُكُم بِأَفۡوَٰهِكُمۡۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلۡحَقَّ وَهُوَ يَهۡدِي ٱلسَّبِيلَ }

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

Dalil: Dalil membenarkan menikahi bekas isteri anak angkat. Surah Al-Ahzab ayat 33:37 (klik sini)
{ وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا }

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

5) Haram kerana hubungan semendaan
- 4 golongan perempuan yg haram dinikahi disebabkan wujudnya hubungan persemendaan adalah:
  1. Ibu mertua sebelah ibu atau sebelah ibu susuan
  2. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas
  3. Menantu perempuan atau isteri kpd cucu hingga ke atas
  4. Anak tiri yg telah disetubuhi ibunya.
    • Jika isteri yg dikahwini itu belum lagi disetubuhi kemudian diceraikannya isteri itu, kemudian dia berkahwin dgn anak perempuan bekas isteri (tadi), maka bekas anak tiri itu halal dinikahi. 
    • Dalil: Surah An-Nisa ayat 4:23 (di atas)

- Anak tiri perempuan, sama ada mereka tinggal serumah atau tidak tinggal serumah.

 

6) Haram kerana permaduan
Perempuan yg haram dinikahi disebabkan madu:
  1. Adik-beradik perempuan kpd isteri ie haram berkahwin dgn 2 org perempuan yg adik-beradik dlm satu masa yg sama.
    • Dalil: Surah An-Nisa ayat 4:23 (di atas)
  2. Mengumpulkan anak saudara dan ibu saudara dlm satu masa yg sama. 
  3. Isteri juga diharamkan dimadukan dgn ibu saudaranya
    • ibu saudara kpd adik-beradik kandungnya (seibu-sebapa), atau adik-beradik seibu atau adik-beradik sebapa. 

7) Haram kerana isteri orang, atau masih dalam iddah
Hadis: 
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Setelah selesai peperangan Hunain, Rasulullah saw. mengirim pasukan ke Authas. Mereka bertemu dengan musuh dan segera bertempur. Mereka dapat memenangkan pertempuran itu dan berhasil menawan musuh, termasuk di antaranya tawanan-tawanan wanita. Para sahabat Rasulullah saw. berkeberatan menggauli wanita tawanan (sahaya) mereka, kerana mereka punya suami orang-orang musyrik. Sehubungan dengan kes tersebut Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat sebagai berikut: "Dan di haramkan bagi kamu mengahwini wanita-wanita bersuami, kecuali sahaya-sahaya yang kamu miliki. (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu (An Nisa' : 24). Ertinya, mereka halal bagi mu setelah 'iddah mereka habis."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1398]

Besan sebantal
  • Apbl anak kandung kita berkahwin dgn anak tiri isteri yg sebelum kita dinikahi berstatus janda.


Nota Kuliah:
  • Perkahwinan Dengan Perempuan Bukan Islam, Ahli Kitab (klik sini)

Sunday, January 8, 2023

Khusyuk Dalam Solat


- kuliah Maghrib Sabtu 7-Jan-2023

Khusyuk Dalam Solat

- Kata Imam Ghazali, dimaksudkan khusyuk itu adalah solat dlm keadaan ingat kpd Allah, menghayati dgn bersungguh-sungguh.

  • Dlm mazhab Shafie pergerakan anggota melebihi 3x sudah membatalkan solat. Memalingkan dada dari arah qibla juga batal solatnya.
  • Jari dikira anggota kecil, namun sekiranya pergerakan jari (contoh menggaru kerana gatal) menyebabkan siku dn lengan juga bergerak melebihi 3x, maka batal solat seseorg itu.

- Ulamak juga menuntut supaya jika menjaga hati sewaktu solat. Hati merasa bagi pergerakan dan bacaan dlm solat.
- Imam Ghazali menuntut supaya hati kita membesarkan Allah dlm perkara takbiratul ihram.


Bagaimana merasa keAgungan Allah?
- kata Imam Ghazali, 2 makrifat utk merasa keAgungan Allah:

  1. makrifat kpd keAgungan Allah ie hati seseorg itu memainkan peranan dlm mengAgungkan Allah. 
  2. makrifat kpd kehinaan diri sendiri, bhw kita ini terlalu hina terhadap Allah. Kita sedar bhw kita ini hamba yg hina, bhw kita ini hamba kpd Allah.

- kata imam² tasauf, usaha kita dtg ke masjid, lakukan ibadah itu semuanya atas izin Allah. Tiada apa yg dilakukan itu atas kekuasaan diri kita sendiri, sebaliknya adalah dgn izin Allah.
- dari 2 sifat makrifat itu, akan timbul ketenangan, tenteram dan khusyuk dlm hati.

Takut dan takwa
- Kata Imam Ghazali, kuasa atau kerajaan Allah tidak terkesan dgn ciptaan manusia atau apa² juga makhluk, bahkan jika musnah semua manusia, makhluk, ianya tidak mengurangkan walau sebesar zarah, kekuasaan dan keAgungan Allah.

  • Org yg ada keimanan kpd Allah akan merasa dlm hatinya kekuasaan Allah apbl dia memerhati perkara² yg berlaku dihadapan matanya, dlm dunia ini. 
  • Org² beriman ada pengharapan dlm hatinya, bhw segala amalan yg dilakukan itu diterima oleh Allah. Bukan secara sambil lewa dgn mengatakan, jika nak terima terimalah, jika tak terima pun tak mengapa.

- perbanyakkan istigfar agar hati kita sentiasa mengharapkan keampunan dari Allah.
- apbl sesorg itu mengenal Allah sebagai tuhan yg Maha Menerima, maka dia akan berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan, dgn mengharapkan agar segala amalan itu diterima oleh Allah dan diganjarkan pahala juga nikmat syurga. 

  • Hadis: solat adalah amalan pertama yg akan dihisab di akhirat.


- Doa sesorg itu diterima oleh Allah, apbl dia menunaikan solat.

  • Jangan lupa berdoa utk ibu dan ayah, lebih-lebih lagi apbl mereka telah meninggal dunia.


Kata Imam Qurtubi, tanda seseorg itu bersyukur adalah dia menunaikan solat fardu lima waktu.

Carian hadis berkaitan:
1. Hadis: Solat adalah perkara pertama yg akan dihisab.

Ali bin Nashr bin Ali Al Jahdhami menceritakan kepada kami, Shal bin Hammad memberitahukan kepada kami dari Al Hasan dari Harits bin Qabishah, ia berkata: "Saya datang ke kota Madinah dan saya berdoa: "Ya Allah mudahkan kepada ku untuk berteman dengan orang yang soleh maka saya berteman dengan Abu Hurairah, dan saya berkata: "Sesungguhnya saya meminta kepada Allah supaya di beri rezeki teman yang soleh yang dia mahu menceritakan kepada saya hadis yang ia dengar dari Rasulullah saw, dengan hadis ini semoga Allah memberi manfaat kepada saya. Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya mula pertama hamba dihisab di hari kiamat dari amalnya adalah solatnya, jikalau amal solatnya itu baik, maka ia termasuk orang yang bahagia dan beruntung dan jikalau amal solatnya rosak, maka ia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." Adapun jikalau terdapat kekurangan sedikit dari solat fardunya, maka Allah Tabaaraka Wa Ta'ala berfirman: "Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaKu mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan kekurangan solat fardunya?, kemudian jikalau hambaKu mengerjakan solat sunat, maka solat sunat itulah untuk menyempurnakan kekurangan solat fardunya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Tamim Ad Dariyyi. Abu Isa berkata: "Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan gharib dari sanad ini. Hadis ini telah diriwayatkan dari beberapa Rawi dari Abu Hurairah. Sebahagian sahabat Hasan telah meriwayatkan hadis dari Hasan dari Qabiishah bin Dzuwaib, tetapi bukan hadis ini, yang terkenal adalah Qabishah bin Huraits. Hadis seperti di atas telah diriwayatkan juga dari Anas bin Hakim dari Abu Hurairah dari Nabi saw.
[Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0409]

Saturday, January 7, 2023

Umair bin Wahab

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Jan-2023

Sahabat Rasulullah: Umair bin Wahab

- Namanya Umair bin Wahab Al-Jumahi, dari Bani Jumah.
- Gelarannya "Abu Wahab" dari keturunan quraisy, kerana anaknya bernama Wahab. Dia salah seorg pemimpin Quraisy, yg sgt menentang org Islam hingga digelarkan juga sebagai "syaitan quraisy".

Perang Badar
- Dlm Perang Badar, dia mendpt tugasan besar ie mengetuai pasukan pemantau utk menyiasat kekuatan/ketumbukan tentera Islam yg dtg utk berperang. 
  • Dia memberitahu bhw terdapat 300 atau lebih sedikit atau kurang sedikit. Betul lah tu, tentera Islam seramai 313 org, menunjukkan kepakaran dan kemahirannya menjangkakan kekuatan pihak lawan.  
  • Rasulullah saw juga mempunyai kepakaran risikan tentang kekuatan tentera Quraisy.  Melalui 2 org hamba pemberi makan (pembantu dapur) org² quraisy yg ditangkap. Apbl ditanya oleh para sahabat jumlah tentera mereka tidak dpt memberitahu bilangan tentera. Rasulullah bertanya tentang penyediaan makanan, mereka memberitahu 9 atau 10 ekor unta disembelih setiap hari. Dgn bilangan sembelihan itu Rasulullah menganggarkan sekitar 1,000 org tentera quraisy.

- Umair mengatakan, aku melihat dgn mereka itu semangat dan dibelakang mereka nampak bayang-bayang kematian. Tiada apa yg melindungi mereka selain dari pedang² mereka, tetapi demi Allah aku melihat mereka tidak akan mati terbunuh kecuali setiap seorg dari mereka membunuh setiap seorg daripada kita. Apa lagi kebaikan yg ada sekiranya sepertiga drpd tentera kita ini terbunuh dlm peperangan begini, maka aku mencadangkan utk kita berundur (balik) ke Mekah (tidak meneruskan peperangan pd hari itu). 

- Oleh kerana Abu Jahal bersama pasukan tentera, dia memerintahkan serangan terhadap tentera Islam, mereka meneruskan juga perang (ie Perang Badar).
  • Dlm Perang Badar, 70 org quraisy mati dan 70 org lagi ditawan. Ramai pemimpin² quraisy yg tewas, termasuk Abu Jahal, dan Umayyah bin Khalaf.
  • Catatan kuliah berkenaan Perang Badar (klik sini)

- Umair bin Wahab tidak mati dlm Perang Badar, dia berjaya meloloskan diri pulang bersama tentera quraisy yg lain. Namun anaknya ie Wahab bin Umair ditawan. Org² quraisy bersedih, dan rasa tertekan kerana dikalahkan oleh bilangan tentera Islam yg kecil. Wanita² yg kematian suami menangis dan begitu juga penyair² membacakan sajak² sedih. 

- Suatu ketika waktu dhuha, Umair pergi ke tepi Kaabah, duduk di Hajr Ismail, Safwan bin Umayyah sahabat dan sepupunya juga ada di situ. 
  • Mereka bercerita tentang kesedihan dan malapetaka yg menimpa mereka. Bapa Safwan ie Umayyah mati dlm peperangan itu sementara Umair pula anaknya ditawan. 
  • Kata Safwan, tiada kebaikan utk hidup selepas mereka mati (merujuk kpd bapanya yg mati). 
  • Kata Umair, wahai Safwan, kalaulah aku tiada hutang, dan kalaulah aku tidak takutkan keadaan keluargaku, pasti aku akan ke Yathrib mencari Muhammad dan bunuhnya. 
  • Mendengarkan kata² itu, Safwan berkata, hutangmu aku tanggung, dan keluargamu akan menjadi seperti keluargaku. Jika berlaku sesuatu kpdmu, akan ku jaga mereka spt aku menjaga keluargaku sendiri. Umair seronok mendengar jaminan Safwan itu, dia mengarahkan Safwan menyimpan rahsia antara mereka berdua shj.

- Umair pulang ke rmh , mengasah pedangnya, dan meletakkan racun pd pedangnya. Keluarganya juga tidak menyedari hajatnya.  Org tidak mengesyaki dia kerana ramai org quraisy lain yg pergi ke Yathrib bagi tujuan menebus ahli keluarga mereka yg ditawan.

- Setibanya di Yatrib, dia menuruni tunggangannya, menyiapkan pedangnya dan menuju ke masjid Nabi. Umar Al-Khattab ra berada di tepi masjid ketika itu bersama rakan²nya, kata Umar, itu anjing quraisy, musuh Allah. Demi Allah dia tidak dtg melainkan ada perkara buruk yg dibawanya. Sahabat² lain masuk ke dlm masjid dan melindungi Rasulullah saw.

- Umar mencekak leher Umair dan dibawanya kpd Rasulullah saw. Rasulullah mengarahkan supaya Umar melepaskan Umair dan meminta Umair duduk rapat kpd baginda. Umair berkata, selamat pagi kpd Rasulullah. Kata Rasulullah, wahai Umair Allah telah memuliakan kami, dgn ucapan ahli syurga ie assalamualaikum. Kata Umair, betulkah begitu aku tidak tahu tentang ucapan itu.

- Umair berkata tujuannya utk merundingkan hal anaknya yg ditawan. Rasulullah bertanya kenapa bawa pedang?. 
  • Kata Umair pedang itu tidak ada apa², kerana telah tewas dlm perang (Badar), cuba menyakinkan Rasulullah bhw dia tiada apa² niat lain dgn pedang yg dibawanya itu. Rasulullah desak Umair supaya memberitahu hajat sebenar Umair dtg ke Yathrib, hinggalah Rasulullah memberitahunya bhw Umair dan sepupunya ie Safwan duduk di Hijr Ismail berbincang-bincang dan engkau berkata jika tiada hutang dan tiada keluarga maka dia akan mencari Muhammad di Yathrib dan membunuhnya. 
  • Kata Rasulullah, Demi Allah, Allah melindungi dari perkara itu berlaku. 
  • Mendengarkan itu terperanjat Umair kerana perkara itu hanya dia dan Safwan bin Umayyah shj yg tahu. Sebelum ini kami dustakan apa yg engkau katakan (sampaikan wahyu) yg turun dari langit (dari Allah), pada hari Ini aku yakin bhw tidak ada org lain yg memberitahumu melainkan Allah. Kata Rasulullah, Allah memberitahu apa yg disembunyikan dan dirancang oleh Umair. 
  • Umair terus mengucapkan syahadah selepas itu. Org Islam yg berada disekitar merasa seronok, begitu juga Rasulullah. Rasulullah mengarahkan sahabat utk 
    • (i) mengajarkan Umair tentang Islam, 
    • (ii) ajarkan kepadanya Al-Quran, dan 
    • (iii) bebaskan anaknya.

- Selepas pemerginan Umair, Safwan rasa amat gembira sedangkan org lain masih lagi berasa sedih. Apbl ditanya, dia mengatakan akan ada berita gembira dari Yathrib tidak lama lagi. Lama dia menunggu, akhirnya dtg seorg yg kembali dari Yathrib memberitahunya tentang Umair. Dia amat marah kerana diberitahu Umair telah memeluk Islam.
 
- Selepas beberapa ketika Umair meminta dari Rasulullah utk pulang ke Mekah, utk berdakwah, mengajarkan Islam kpd penduduk Mekah yg sebelum ini disakitinya.

- Selepas mendapat izin dari Rasulullah, dia kembali ke Mekah dan org pertama yg ditemuinya adalah sahabat dan sepupunya ie Safwan bin Umayyah. Safwan amat marah mendengar syarah (dakwah) Umair, lalu dia meninggalkan Umair. Umair teruskan usahanya menyampaikan Islam kpd penduduk Mekah. Ramai yg diislamkan dan dibawanya mereka ke Yathrib dan tinggal di sana.

Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)
- Dlm Pembukaan Kota Mekah (thn ke-8H), terdapat nama Safwan bin Umayyah sebagai org yg paling dikehendaki (wanted list), jika ditemui, mereka boleh dibunuh. Safwan dpt tahu perkara itu dan melarikan diri ke arah pantai. Umair memohon kpd Rasulullah supaya diberikan keamanan kpd Safwan bin Umayyah, seog pemimpin quraisy. Rasulullah bersetuju. Umair meminta tanda dari Rasulullah sebagai bukti jaminan utk ditunjukkan kpd Safwan. Rasulullah serahkan serban baginda sebagai bahan bukti. Umair berjaya mengejar Safwan yg hampir menaiki kapal utk melarikan diri, dan memujuk Safwan utk mengikutnya kembali ke Mekah dan diberikan serban Rasulullah yg dibawanya sebagai bukti bhw Muhammad telah memberi keamanan utknya.  Apbl tiba di Mekah, Safwan terus bertemu dgn Rasulullah, dia bertanya adakah benar engkau telah memberi keamanan kepadaku. Kata Rasulullah, benar. Safwan meminta tangguh 2 bln utk memikirkan tawaran supaya memeluk Islam di atas keamanan yg diberikan oleh Rasulullah. Kata Rasulullah ambillah 4 bln utk berfikir. 
  • Tidak sampai 2 bulan Safwan memeluk Islam. Mendengarkan itu Umair adalah org yg paling gembira.

- Sifat kawan yg baik adalah menyayangi sahabatnya. Umair berpegang kpd ajaran yg disampaikan oleh Rasulullah, dia mahu sahabatnya ie Safwan juga menjadi seorg Islam dan selamat dari api neraka.

Dari Anas r.a , dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu , sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk diri sendiri."
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0010]

- Umair meninggal dunia ketika Umar Al-Khattab ra menjadi khalifah.
 
Memilih Sahabat
- hubungan dgn sahabat, kata Hassan Al-Basri, perbanyakkan kawan² mukminin yg baik, kerana rakan yg baik boleh berikan syafaat di hari kiamat.
  • hindari kawan yg tidak beramal dgn Islam dgn cara yg selayaknya. Kawan yg hadir ke ceramah ugama tetapi dia juga sering melemparkan kata-kata kesat, dusta dan fitnah, bukanlah seorg kawan yg perlu dijadikan kawan rapat. 

- hadis: Sesungguhnya seorg lelaki dalam syurga bersama rakan-rakannya, dan bertanya apa yg sedang dilakukan oleh rakan mereka yg seorg lagi (sedangkan rakannya itu sedang berada dlm neraka), sejurus itu itu Allah berfirman kpd malaikat, cari dan bawakan sahabat mereka itu (dari neraka) masuk dlm syurga bersama sahabatnya. Gembiranya dia dan memberitahu org² dlm meraka bhw dia akan dibawa masuk ke syurga. Mereka yg dlm meraka sedih mendengarkan itu kerana mereka tidak disebut oleh kawan yg di dlm syurga.

- Perkara ini disebutkan dlm surah Ash-Syu'ara ayat 26:100-101.
{ فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ }

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

Ayat 26:101 (klik sini)
{ وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٖ }

Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

- Siapa yg kita jadikan sahabat? Carilah sahabat yg baik, yg padanya kita boleh diberikan syafaat.


Friday, January 6, 2023

Tafsir Surah Ibrahim ayat 14:35 hingga 38

- us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 6-Jan-2023

Tafsir Surah Ibrahim ayat 14:35 hingga 38

-Surah Ibrahim ayat 14:35 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنٗا وَٱجۡنُبۡنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ }

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

- berhala pd zaman dahulu mudah difahami sebagai objek² ciptaan manusia spt patung² berbentuk manusia, haiwan dan lain² bentuk.
- kini, ideologi menjadi suatu bentuk yg menyesatkan, menjadikan ianya disanjung, sama taraf dgn berhala² zaman dahulu.

- Surah Ibrahim ayat 14:36 (klik sini)
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُۥ مِنِّيۖ وَمَنۡ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).

- "مِنِّيۖ" bermaksud umatku.
- syarat utk menjadi umat Nabi, sesorg itu perlu mengikuti ajaran yg dibawa oleh Nabi.

- org yg ingin berdakwah, mestilah mempunyai sifat lemah-lembut. Sifat kasar tidak akan membawa manusia utk menjadi pengikut. Sifat kasar spt yg ditunjukkan oleh bapa Nabi Ibrahim (ie Aazar) menyuruh Nabi Ibrahim mengikutnya menyembah berhala, dan mengugut jika Nabi Ibrahim ingkar kpd ajakannya.

- surah Maryam ayat 19:45 (klik sini)
{ يَٰٓأَبَتِ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٞ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَٰنِ وَلِيّٗا }

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".

surah Maryam ayat 19:46 (klik sini)
{ قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنۡ ءَالِهَتِي يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُۖ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ لَأَرۡجُمَنَّكَۖ وَٱهۡجُرۡنِي مَلِيّٗا }

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".

surah Maryam ayat 19:47 (klik sini)
{ قَالَ سَلَٰمٌ عَلَيۡكَۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّيٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ بِي حَفِيّٗا }

Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.

- Nabi Ibrahim as, seorg yg lemah-lembut, seog anak yg sayangkan bapanya. Allah menegur Nabi Ibrahim dlm surah At-Tawbah, bhw Nabi dan org² beriman tidak boleh memohon keampunan utk org² yg mungkar.

surah At-Tawbah 9:113 (klik sini)
{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن يَسۡتَغۡفِرُواْ لِلۡمُشۡرِكِينَ وَلَوۡ كَانُوٓاْ أُوْلِي قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَحِيمِ }

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

- Surah Ibrahim ayat 14:37 (klik sini)
{ رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ }

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

- kerisauan Nabi Ibrahim adalah umatnya tidak bersolat.
  • kita perlu ingatkan anak² supaya bersolat dan jangan meninggalkan solat walau sesibuk mana mereka belajar, bekerja.
  • perkara pertama perlu ditanya kpd anak² adalah sudah bersolat atau belum.

- Surah Ibrahim ayat 14:38 (klik sini)
{ رَبَّنَآ إِنَّكَ تَعۡلَمُ مَا نُخۡفِي وَمَا نُعۡلِنُۗ وَمَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن شَيۡءٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ }

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!

- "نُخۡفِي" dosa yg disembunyikan/disorokkan.