Monday, January 19, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:17 hingga 24

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 19-Jan-2015

Surah An-Naziat ayat 79:17 hingga 24


Ayat 79:17 (klik sini utk paparan ayat)


(اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ) 

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


Ayat 79:18 (klik sini utk paparan ayat)


(فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ) 

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


Ayat 79:19 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "


Ayat 79:20 (klik sini utk paparan ayat)


فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى 

(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.


Pd zaman Nabi Musa a. s. orang mengiktiraf kepandaian seseorg yg boleh melakukan sihir. Dlm kerajaan mereka diberikan pangkat dan jawatan.

Pd zaman Nabi Isa a. s. orang menyanjung mereka yg boleh mengubati pesakit. Allah mengurniakan mukjizat kepadanya (ie Nabi Isa as) menyembuhkan pesakit dgn cara menyapukan tangannya.

Pd zaman Nabi Muhammad saw, orang menyanjung seseorg yg pandai dlm bidang bahasa (ie bahasa arab), spt bersyair. 

  • Kedatangan Rasulullah mengalahkan karangan2, syair yg mereka agungkan. Itulah ayat2 Al-Quran yg diwahyukan kpd Rasulullah melalui malaikat Jibrail. 
  • Sehingga kini tiada satu org yg boleh menghasilkan ayat bandingan kpd Al-Quran. Inilah mukjizat yg dianugerahkan kpd Rasulullah yg boleh dinikmati oleh sekelian umatnya, walau baginda telah wafat. 
  • Berbanding dgn mukjizat nabi2 sebelum nya, mukjizat yg dianugerahkan kpd mereka hanya boleh dilihat pd zaman kehidupan nabi tersbt sahaja.


Ayat 79:21 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);


Ayat 79:22 (klik sini utk paparan ayat)

 

(ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ) 

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).


Ayat 79:23 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَحَشَرَ فَنَادَىٰ) 

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -


Ayat 79:24 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ)

Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".


Kenapa firaun boleh hingga ke tahap menganggap dirinya adalah tuhan?

1) Allah memberikan kelebihan kpdnya dgn tidak pernah sakit, diberikan kemewahan dan kekayaan, umur yg panjang.

2) tiada siapa yg berani membangkang kata-katanya, taksub yg melampau hingga mempercayai bhw hidup mereka di sebabkan oleh firaun.

Alasan ke2 tsbt perlu dijadikan iktibar dan ingatan, bhw pemimpin yg melakukan kesilapan perlu di tegur, rakyat tidak boleh taksub (fanatik) kpd pemimpinnya, ini akan menjadikan pemimpin itu akan melampau dgn Allah.


Pd zaman Nabi Musa a. s. Allah arahkan hujan utk tidak turun ke bumi Mesir, disebabkan oleh seorang yg melakukan maksiat selama 40 tahun. Nabi Musa hairan dgn keadaan itu dan hairan kerana doanya tidak diperkenan oleh Allah. Nabi Musa mengadu kpd Allah mengenai hal tsbt dan Allah memberitahu bhw ada seorg yg telah melakukan maksiat sehingga ditahan hujan dr membasahi bumi Mesir. Nabi Musa kemudiannya menanyakan kpd pengikutnya jika ada yg melakukan maksiat dan meminta dia mengakuinya. Namun tiada yg mengaku.

Pengikut yg melakukan maksiat itu kemudiannya insaf dan melakukan taubat kpd Allah, setelah itu baharulah diturunkan hujan. 


Nota:
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat:


Saturday, January 10, 2015

Muhasabah umum

-us shahrir kuliah Maghrib 10-Jan-2015

-bumi asalnya gelap hinggalah Allah ciptakan manusia. DiciptakanNya langit dan disokong/dipasak bumi dgn gunung - ganang.

- selawat kpd Nabi biarlah didengari oleh telinga. Org yg banyak selawat akan berada dekat dgn Rasulullah di akhirat kelak.

- manusia perlu kpd makanan, utk itu manusia perlu berkerja. Para Nabi semuanya berkerja.  Manusia perlu menurunkan ilmu kpd anak2nya, kena ada hubungkait yg rapat antara rumah, sekolah dan masjid.

-didik anak2 tidak mudah. Perlu didik anak2 kerana anak2 itu nanti akan hidup di zaman yg lain dr zaman kamu.

-khutbah jumaat :
Khatib perlu memberi khutbah ie bukannya membaca (khutbah). Sekiranya khatib membaca maka para jemaah tidak dpt memberi tumpuan kerana mereka yg dtg ke masjid biasanya telah berkerja di sebelah pagi dan menjadi letih, ditambah pula dgn makanan yg diambil sebelum ke masjid.

Khutbah jumaat perlu jelas, dan fokus kpd objektif yg ingin disampaikan.

- masa yg terbaik utk kita adalah semasa kita mengaji ilmu. Ramaikanlah majlis2 ilmu utk mendapat keberatan Ilahi.

- sedekah membenarkan suruhan Allah dan Rasulullah.

Friday, January 2, 2015

Al-Quran sebagai perlembagaan yg ditinggalkan, menjadikan Rasulullah sedih

-us Hasnan Kassan kuliah Maghrib Jumaat 2-Jan-2015

-manusia yg tiada Al-Quran di dlm dirinya, dia dipanggil org yg mati.


Surah Al-Anam Ayat 6:122

(أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ)

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)."

Surah Al-Furqan Ayat 25:25-30:

(وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا)

Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

Ayat 26:

(الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَٰنِ ۚ وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا)

Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

Ayat 27:

(وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

Ayat 28:
(يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا)

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

Ayat 29:

(لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا)

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".

Ayat 30:

(وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا)

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Perkara2 berkaitan Al-Quran yg menjadikan Rasulullah sedih:

1. Tidak membaca Al-Quran
2. Tidak memahami Al-Quran
3. Tidak dihayati Al-Quran,  ie tidak dihidupkan dlm hati.
4. Tidak dipraktikkan Al-Quran dlm penghidupan seharian
5. Tidak menyampaikan Al-Quran kpd org lain.
6. Tidak berjihad mempertahankan Al-Quran.