Sunday, May 26, 2013

Musafir dan hukum solat qasar

Kefahaman berkenaan musafir dan solat qasar, Kuliah Maghrib Ahad 26/Mei/2013

-Di awal tahun hijrah 1 hingga 4, org2 kafir sangat membenci Islam dan Rasukullah saw. Perbagai cara dilakukan utk membunuh Rasulullah dan umat Islam. Hinggalah dlm satu peralanan musafir Rasulullah dan pengikutnya, ada perancangan dr pihak kafir utk membunuh Rasulullah sewaktu menunqikan solat.

- Hal ini telah diberitahu oleh Allah kpd Rasulullah, dan menurunkan ayat 101 dr surah an-Nisa, yg membenarkan solat diqasarkan, ie diringkas (dipendek bilangan rakaat).

- Dalil: Surah An-Nisa ayat 101, yg bermaksud:

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

- Rasulullah menyusun saf org2 Islam kpd 2 kumpulan. 1 kumpulan solat berjemaah 2 rakaat qasar seperti biasa, manakala 1 kumpulan lagi bersolat dgn memegang senjata dgn posisi perang.

- 2 hukum solat:
1. Solat tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang
2. Solat berjemaah tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang.

- Solat qasar (ringkas)
1. Empat rakaat diringkas kpd 2 rakaat.
2. 6 syarat.
(1) Solat itu 4 rakaat
(2) Masih dlm perjalanan
(3) perjalanan itu diharuskan oleh syariat
(4) ada tujuan tertentu perjalanan tersebut
(5) ada niat qasar, ie sewaktu berniat solat disebutkan qasar.
(6) tidak berimamkan org yg bersolat tamam.

- sempadan qariah adalah mengikut sempadan masjid. Sebagai cth sebuah surau taman yg buleh menunaikat solat Jumaat perlu mengambil titik radius kariah utk membolehkan solat qasar dilakukan di luar kawasan qariah masji itu.
Cth seorg yg bermusafir dan masih belum menunaikat solat sewaktu melakukan perjalanan pulang ke rumah, maka dia perlu berhenti di luar radius kawasan qariah masjid tempat tinggalnya utk membolehkannya bersolat qasar. Namun apbl dia memasuki radius kawasan qariah masjid yg didiaminya, maka dia tperlu bersolat tamam.

- Jarak perjalanan musafir adalah 2 marhalah, atau 56 batu,atau 89.9km atau hampir kpd kiraan mudah 90km.

- selepas Islam sempurna, keadaan aman, para sahabat bertanya kpd Rasulullah saw status solat qasar. Rasulullah saw mengatakan bhw solat qasar utk para musafir adalah hadiah yg diberikan oleh Allah kpd umatnya. Allah lebih suka solat itu diqasarkan. Maka afdalnya sesorg yg bersafir itu melakukan solat qasar, walaupun dia melakukan perjalanan musafir balik ke kampung menziarahi ibu bapanya (dgn syarat perjalanan mestilah melebihi 2 marhalah).

- apbl dlm keaadaan musafir, tidak buleh ada 2 imam solat fardu dlm satu-satu masa. Sebagai cth apbl masuk waktu solat terdpt kariah di tempat yg disinggahi itu hendak memulakan solat jemaah, maka pada ketika itu adalah lebih afdal utk solat berjemaah bersama dgn ahli qariah itu, ie solat sempurna 4 rakaat.
Sekiranya tidak mahu berjemaah bersama jemaah qariah tersebut, maka mesti tunggu hingga solat jemaah mereka selesai.

-kiraan hari perjalanan
1) 3 hari dikira dr tempoh sampai ke sesuatu lokasi yg dituju. Cth sampai di kawasan A selepas maghrib, maka kiraan hari perama adalah pada keesokkannya (maghrib).

- Seseorg yg bermusafir pd hari Ahad dr KL ke Gemas utk tugasan kerja 3 hari (Isnin hingga Rabu) dan pulang semula ke KL pd petang atau malam Khamis. Sepanjang perjalanan melewati jarak 2 marhalah (mungkin semasa melewati Linggi, Negari Sembilan) hingga dia pulang ke rumahnya, dia dibenarkan bersilat qasar.

2) sekiranya seseorg musafir itu qasad (telah berniat) perjalanan dan bercadang hendak tinggal di sesuatu tempat itu lebih dr 3 hari, maka apbl dia tiba di lokasi yg dituju,  dia tidak layak utk menunaikan solat qasar, dia dikatakan bermukim di kawasan yg dituju tersebut. Maka dia mesti menunaikan solat seperti biasa (tidak buleh qasar atau jamak).

- Cth seseorg bermusafir dr KL ke Alor Setar utk melakukan kerja selama tempoh 5 hari (Isnn hingga Jumaat). Sepanjang perjalananny dia dibulehkan menunaikan silat qasar (dan jamak). Namn setibanya di Alor Setar maka gugurlah taraf musafirnya, maka dia perlu melakukan solat tamam, ie solat tanpa qasar. Utk perjalanan pulang ke KL, dia dibolehkan melakukan solat qasar (dan jamak) setelqh bermusafir melebihi 2 marhalah dr tempat dia bermukim di Alor Setar tersebut.

3) sekiranya ada lagi perjalan seterusnya, maka perjalanan musafir itu bermula dari lokasi terakhir tadi (mesti sampai jarak perjalanan melebihi 2 marhalah).

- setiap org Islam mesti ada ketetapan pemastautin, ie di mana dia hendak bermastautin. Mudahnya di mana dia berhajat utk tinggal menetap lama dan mungkin juga berhajat mati dan dikebumikan di kawasan itu. Cth seorg yg berasal dr Muar tinggal di Cheras Baru ( Kuala Lumpur), dan berhajat menetap di Cheras Baru dan kalau buleh dikebumikan di Cheras Baru, maka dia dikira bermastautin di Cheras Baru.

- jika seorg yg dlm perjalanan tetapi andaikata dia terpaksa melanjutkan tempoh tinggal di sesuatu kawasan kerana masih ada urusan yg belum dapat diselesaikan, menyebabkan tempohnya melebihi 3 hari, maka pada ketika itu gugurlah taraf musafirnya (utk kaletka berada di kawaaan itu). Dia perlu melakukan solat tamam (ie tidak buleh mengqasarkan solat).

- Jamak tamam
Solat jamak zohor dan asar juga maghrib dan isyak buleh dijamakkan atau alasan tertentu. Cthnya seorg doktor yg melakukan pembedahan yg panjang 7 jam bermula jam 3 ptg, maka dia dibenarkan jamak zohor dan asar dlm waktu zohor dan jamak maghrib dan isyak dlm waktu isyak.

- haram musafir pd hari Jumaat selepas solat Suboh sekiranya dikhuatiri tidak dapat solat Jumaat. Melainkan 3 sebab
1. Menuntut ilmu
2.
3. Menunaikan haji

--> Solat org yg uzur dan menggunakan kerusi (kerana tidak buleh bersujud atau duduk antara dua sujud atau duduk tahyat)
- org yg solat menggunakan kerusi mestilah meletakkan kaki belakang kerusi sama baris dgn tumit para jemaah lain. Bemakna sekiranya dia berdiri maka kedudukannya berada dihadapan dr lain2 jemaah yg sebaris dgnnya. Namun apbl dia duduk dikerusi maka bahunya dikia sama sebaris dgn jemaah lain.

Friday, May 3, 2013

Tafsir Surah Al-Mukminun Ayat 23:105 hingga 111

-us Hasnan Kassan Jumaat 3-Mei-2013


Surah Al-Mukminun Ayat 23:105 hingga 111


Ayat 23:105

A105

(Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"


Ayat 23:106

A106

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.


Ayat 23:107

A107

"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."


Ayat 23:108

A108

(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!


Ayat 23:109

A109

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.


Ayat 23:110

A110

"Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.


Ayat 23:111

A111

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".


- org yg malas dr melakukan amalan kpd Allah akan memberi alasan dihadapan Allah bhw dia dilalaikan oleh perkara dunia. Mereka akan memohon kpd Allah supaya dikembalikan semula ke dunia utk membuat amalan dan menuruti perintah Allah. Mereka berjanji sekiranya dikembalikan ke dunia dan melakukan perkara maksiat dan melalaikan perintah Allah, maka mereka tergolong dr org2 yg zalim.

- mereka yg malas beramal itu yg sudah dimasukkan ke dlm neraka, merungut dan membuat lagi  permintaan kpd Allah. Allah menempik kpd mereka supaya diam dan jangan lagi meyesal dan meminta2 lagi kpd Allah.

- kalau org malas melakukan amalan ditempik oleh Allah; kpd org yg ditertawakan ( ie semasa di dunia ditertawakan oleh org yg malas dan cuai melakukan amalan kpd Allah),  kerana menuruti perintah Allah, Allah akan puji, dan memberikan kesabaran kpd mereka.

- org yg banyak melakukan amalan kpd Allah akan mendpt 2 kesabaran:

  1. sabar dr melakukan kemaksiatan, eg rasuah.
  2. sabar dlm melakukan ketaatan, eg mengamalkan puasa sunat, membaca Al-Quran setiap hari, berselawat 80 kali setiap Jumaat, membaca surah Al-Kahfi setiap mlm Jumaat.

- Punca Allah lantik pemimpin yg tidak takut kpd Allah dan tidak mengasihani rakyat yg dipimpin adalah kerana kita lalai dr melakukan amalan yg diperintahkan Allah.


Kuliah sebelum ini: