Kefahaman berkenaan musafir dan solat qasar, Kuliah Maghrib Ahad 26/Mei/2013
-Di awal tahun hijrah 1 hingga 4, org2 kafir sangat membenci Islam dan Rasukullah saw. Perbagai cara dilakukan utk membunuh Rasulullah dan umat Islam. Hinggalah dlm satu peralanan musafir Rasulullah dan pengikutnya, ada perancangan dr pihak kafir utk membunuh Rasulullah sewaktu menunqikan solat.
- Hal ini telah diberitahu oleh Allah kpd Rasulullah, dan menurunkan ayat 101 dr surah an-Nisa, yg membenarkan solat diqasarkan, ie diringkas (dipendek bilangan rakaat).
- Dalil: Surah An-Nisa ayat 101, yg bermaksud:
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
- Rasulullah menyusun saf org2 Islam kpd 2 kumpulan. 1 kumpulan solat berjemaah 2 rakaat qasar seperti biasa, manakala 1 kumpulan lagi bersolat dgn memegang senjata dgn posisi perang.
- 2 hukum solat:
1. Solat tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang
2. Solat berjemaah tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang.
- Solat qasar (ringkas)
1. Empat rakaat diringkas kpd 2 rakaat.
2. 6 syarat.
(1) Solat itu 4 rakaat
(2) Masih dlm perjalanan
(3) perjalanan itu diharuskan oleh syariat
(4) ada tujuan tertentu perjalanan tersebut
(5) ada niat qasar, ie sewaktu berniat solat disebutkan qasar.
(6) tidak berimamkan org yg bersolat tamam.
- sempadan qariah adalah mengikut sempadan masjid. Sebagai cth sebuah surau taman yg buleh menunaikat solat Jumaat perlu mengambil titik radius kariah utk membolehkan solat qasar dilakukan di luar kawasan qariah masji itu.
Cth seorg yg bermusafir dan masih belum menunaikat solat sewaktu melakukan perjalanan pulang ke rumah, maka dia perlu berhenti di luar radius kawasan qariah masjid tempat tinggalnya utk membolehkannya bersolat qasar. Namun apbl dia memasuki radius kawasan qariah masjid yg didiaminya, maka dia tperlu bersolat tamam.
- Jarak perjalanan musafir adalah 2 marhalah, atau 56 batu,atau 89.9km atau hampir kpd kiraan mudah 90km.
- selepas Islam sempurna, keadaan aman, para sahabat bertanya kpd Rasulullah saw status solat qasar. Rasulullah saw mengatakan bhw solat qasar utk para musafir adalah hadiah yg diberikan oleh Allah kpd umatnya. Allah lebih suka solat itu diqasarkan. Maka afdalnya sesorg yg bersafir itu melakukan solat qasar, walaupun dia melakukan perjalanan musafir balik ke kampung menziarahi ibu bapanya (dgn syarat perjalanan mestilah melebihi 2 marhalah).
- apbl dlm keaadaan musafir, tidak buleh ada 2 imam solat fardu dlm satu-satu masa. Sebagai cth apbl masuk waktu solat terdpt kariah di tempat yg disinggahi itu hendak memulakan solat jemaah, maka pada ketika itu adalah lebih afdal utk solat berjemaah bersama dgn ahli qariah itu, ie solat sempurna 4 rakaat.
Sekiranya tidak mahu berjemaah bersama jemaah qariah tersebut, maka mesti tunggu hingga solat jemaah mereka selesai.
-kiraan hari perjalanan
1) 3 hari dikira dr tempoh sampai ke sesuatu lokasi yg dituju. Cth sampai di kawasan A selepas maghrib, maka kiraan hari perama adalah pada keesokkannya (maghrib).
- Seseorg yg bermusafir pd hari Ahad dr KL ke Gemas utk tugasan kerja 3 hari (Isnin hingga Rabu) dan pulang semula ke KL pd petang atau malam Khamis. Sepanjang perjalanan melewati jarak 2 marhalah (mungkin semasa melewati Linggi, Negari Sembilan) hingga dia pulang ke rumahnya, dia dibenarkan bersilat qasar.
2) sekiranya seseorg musafir itu qasad (telah berniat) perjalanan dan bercadang hendak tinggal di sesuatu tempat itu lebih dr 3 hari, maka apbl dia tiba di lokasi yg dituju, dia tidak layak utk menunaikan solat qasar, dia dikatakan bermukim di kawasan yg dituju tersebut. Maka dia mesti menunaikan solat seperti biasa (tidak buleh qasar atau jamak).
- Cth seseorg bermusafir dr KL ke Alor Setar utk melakukan kerja selama tempoh 5 hari (Isnn hingga Jumaat). Sepanjang perjalananny dia dibulehkan menunaikan silat qasar (dan jamak). Namn setibanya di Alor Setar maka gugurlah taraf musafirnya, maka dia perlu melakukan solat tamam, ie solat tanpa qasar. Utk perjalanan pulang ke KL, dia dibolehkan melakukan solat qasar (dan jamak) setelqh bermusafir melebihi 2 marhalah dr tempat dia bermukim di Alor Setar tersebut.
3) sekiranya ada lagi perjalan seterusnya, maka perjalanan musafir itu bermula dari lokasi terakhir tadi (mesti sampai jarak perjalanan melebihi 2 marhalah).
- setiap org Islam mesti ada ketetapan pemastautin, ie di mana dia hendak bermastautin. Mudahnya di mana dia berhajat utk tinggal menetap lama dan mungkin juga berhajat mati dan dikebumikan di kawasan itu. Cth seorg yg berasal dr Muar tinggal di Cheras Baru ( Kuala Lumpur), dan berhajat menetap di Cheras Baru dan kalau buleh dikebumikan di Cheras Baru, maka dia dikira bermastautin di Cheras Baru.
- jika seorg yg dlm perjalanan tetapi andaikata dia terpaksa melanjutkan tempoh tinggal di sesuatu kawasan kerana masih ada urusan yg belum dapat diselesaikan, menyebabkan tempohnya melebihi 3 hari, maka pada ketika itu gugurlah taraf musafirnya (utk kaletka berada di kawaaan itu). Dia perlu melakukan solat tamam (ie tidak buleh mengqasarkan solat).
- Jamak tamam
Solat jamak zohor dan asar juga maghrib dan isyak buleh dijamakkan atau alasan tertentu. Cthnya seorg doktor yg melakukan pembedahan yg panjang 7 jam bermula jam 3 ptg, maka dia dibenarkan jamak zohor dan asar dlm waktu zohor dan jamak maghrib dan isyak dlm waktu isyak.
- haram musafir pd hari Jumaat selepas solat Suboh sekiranya dikhuatiri tidak dapat solat Jumaat. Melainkan 3 sebab
1. Menuntut ilmu
2.
3. Menunaikan haji
--> Solat org yg uzur dan menggunakan kerusi (kerana tidak buleh bersujud atau duduk antara dua sujud atau duduk tahyat)
- org yg solat menggunakan kerusi mestilah meletakkan kaki belakang kerusi sama baris dgn tumit para jemaah lain. Bemakna sekiranya dia berdiri maka kedudukannya berada dihadapan dr lain2 jemaah yg sebaris dgnnya. Namun apbl dia duduk dikerusi maka bahunya dikia sama sebaris dgn jemaah lain.
No comments:
Post a Comment