Saturday, March 24, 2018

2 muslim yang berbunuhan keduanya masuk neraka

- us Mohd Ihsan kuliah Suboh Sabtu 24-Mac-2018

- hadis bab fitnah, hadis Sohoh Muslim, no 2,459:

- 2459. Dari Ahnaf bin Qais r.a. katanya: "Aku keluar bermaksud hendak menolong orang ini. Tetapi Abu Bakrah menyusui ku lalu katanya, "Hai, Ahnaf! Hendak ke mana engkau?" Jawab ku, "Aku hendak membantu anak pakcik Rasulullah saw. (yakni 'Ali)." Kata Abu Bakrah, "Hai, Ahnaf! Pulanglah kembali! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila dua orang muslim bekelahi dengan mempergunakan pedang masing-masing maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka." Aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Si pembunuh (wajar masuk neraka), tetapi mengapa yang terbunuh (masuk neraka pula"?" Jawab beliau, "Kerana dia sengaja pula hendak membunuh sahabatnya.

- tafsir ulamak:
a) peperangan antara dua org/pihak islam yg tidak mempunyai takwil (hujah² yg dibenarkan) maka tidaklah mereka di kategorikan dlm hadis ini, spt keadaannya para sahabat.

b) dlm kes antara saidina Ali dgn saidina Siti Aisyah (ys dibantu oleh pasukan  Muawiyah), ianya tidak termasuk dlm kategori peperangan yg tiada takwil.

c) 4 pandangan
i) Ali dlm kedudukan benar (sebagai seorg Khalifah pd ketika itu)
ii) Ali dan Aisyah benar keduahduanya namun terpaksa bertempur
iii) Salah seorg yg benar
iv) Terserah kpd Allah kerana para sahabat.
- pandangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah pandangan ke4.

- 3 keadaan yg menjadi perbalahan
i) dua-dua pihak adalah benar
ii) salah satu pihak adalah benar
iii) dua-dua pihak dlm keadaan salah.

d) para sahabat keliru bagaimana yg kena bunuh juga akan maauk neraka.
- Rasulullah menjelaskan bhw yg kena bunuh itu juga mempunyai niat utk membunuh org yg cuba membunuhnya. Oleh kerana niatnya utk membunuh, dia dimasukkan dlm neraka.

1) 2 keadaan penggunaan harta dan ilmu maka lakukan 2 perkara ini:
i) utk takwa kpd Allah
ii) utk rapatkan silaturrahim

2) org yg Allah beri ilmu tetapi tidk diberi rezeki harta.

3) org yg Allah beri harta namun tidak diberi ilmu
- Ada harta tetapibtidak berilmu, tidak beramal dgn jartanya utk mendptkan keredaan danntidak juga beramal utk rapatkan silaturrahim.

4) org yg tidak diberi harta dan ilmu.

- jagan jadi spt org (3) dan (4).

e) Lintasan hati
- dlm bab aqidah lintasan hati (gangguan syaitan dlm fikiran), dia masih belum dikira bersalah.
i) org yg berilmu, dia tahu bagaimana hendak menyelesaikan gangguan syaitan.

f) niat biasa vs niat jazam
- niat biasa tidak mendpt pahala lagi, kerana ucapan.
- niat jazam adalah niat yg qasad ie kita berazam bersungguh-sungguh utk melaksanakannya. Niat spt ini mendpt pahala.

- sekiranya seorg suami yg berniat utk menceraikan isterinya, dan keadaannya membenarkan (spt isterinya dlm keadaan suci, mereka berdua adalah waras), tetapi sekadar niat shj, jumhur ulamak sependapat bhw tidak jatuh talak.

Tinggalkan maksiat dan dpt pahala:
- sekiranya seorg lelaki berniat utk melakukan zina (di pusat perzinaan), dia pun bergerak pergi le pusat itu, tetapinhajatnya tidak kesampaian kerana pusat itu tlh ditutup. Maka niatnya utk berzina dan usahanya utk melkukan zina itu dikira sebagai berdosa. (Niat yg confirm hendak dibuat)

Tinggalkan maksiat dan tidak dpt pahala:
- sekiranya meninggalkan maksiat kerana Allah maka dia diberikan pahala. Tetapi jika dia meninggalkan maksiat kerana takut disebarkan dlm media sosial yg akan menjejaskan peluangnya, maka dia tidak mendpt pahala (kerana niatnya meninggalkan maksiat itu bukannya kerana Allah).

- Taubat org yg berniat buat maksiat namun hajatnya terhalang, Allah terima taubatnya.
- taubatnya perlu berazam utk tidak mahu mengulang perbuatan itu.

- 7 kategori keadaan fitnah:
1. Tidur
2. Berbaring
3. Duduk
4. Bangun
5. Berjalan
6. Berlari
7. Dlm kancah fitnah
- 3 keadaan fitnah itu dlm keadaan selamat dr dosa fitnah.
- 4 keadaan terakhir itu terlibat dgn perbuatan fitnah. Jauhilah 4 keadaan itu.

Jauhi golongan yg sebarkan fitnah
- kalau kita memuji org² yg melakukan fitnah, maka dia turut sama berdosa melakukan fitnah. Apatah lagi jika kita bantu atau beri kelengkapan dan bantuan wang kpd ahli fitnah, berdosalah kita.
- berbanyak doa utk mengelak dirindr terjebak dlm fitnah.

Sunday, March 18, 2018

Abdul Rahman bin Auf

- us Norazam kuliah Maghrib Ahad 18-Mac-2018

Sirah: Abdul Rahman bin Auf

1) Latar belakang
- Abdul Rahman bin Auf, dr keturunan Al-Kilab ie datuk dan datuk Rasulullah yg ke-6. Beliau dr kabilah Quraisy.
- dr Bani Zuhrah.
- nama asalnya adalah Abdu Amru (ie hamba kpd seorg yg bernama Amru). Rasulullah menamakan kpd "Abdul Rahman".
- dilahirkan pd zaman selepas 10 thn kelahiran Rasulullah.
(a) berusia 30 thn semasa kenabian Rasulullah
(b) berusia 43 thn pd thn Hijrah Rasulullah.

- berbadan tinggi, hampir sama tinggi dgn saidina Abu Bakar ra, berjambang, tampan.

- salah seorg yg awal memeluk Islam, ie org ke-8. Hasil dr dakwah Abu Bakar r.a.
- tidak byk sirah berkenaan Abdul Rahman bin Auf sebelum dr peristiwa Hijrah.

2) Memeluk Islam
- apbl memeluk Islam, Abdul Rahman bin Auf juga ditimpa kecaman dan ancaman dr kafir Quraisy.
- mengikuti hijrah pertama ie ke Habsyah. Sebelum hijrah ke Madinah.
- sebelum memeluk Islam, dia pernah mendengar bhw akan lahir seorg Nabi di kwsn kelahiran beliau.

3) Hijrah ke Madinah
- apbl tiba di Madinah:
(i) membina pusat aktiviti ie masjid
(ii) mempersaudarakan antara org² Ansar (ie org² Islam di Madinah) dgn Muhajirin (ie org² Islam yg berpindah dr Mekah).

- Rasulullah mempersaudarakan Saad bin Rabik dgn Abdul Rahman bin Auf. Seorg yg berharta dikalangan org Ansar. Dia:
(i) ingin bahagikan sebahagian  hartanya, kpd Abdul Rahman bin Auf.
(ii) membenarkan Abdul Rahman melihat isterinya dan berhasrat dgn yg mana satu utk diperisterikan (setelah diceraikan).

- balas Abdul Rahman kpd Saad adalah semoga Allah memberkati harta dan keluarga. Abdul Rahman tidak berkehendakkan harta mahupun isteri Saad. Dia hanya minta ditunjukkan jln ke pasar shj.

- ditunjukkan kpdnya pasar org Yahudi, bermula dr sifar. Hinggalah beberapa hari selepas itu dia bertemu Rasulullah, wajahnya nampak ceria dan seakan-akan meraikan sesuatu. Rasulullah bertanya "apa khabar (mahyam Ya Abdul Rahman)?". Jawab Abdul Rahman, aku baru berkahwin dgn seorg wanita Ansar. Bertanya Rasulullah berapa mahar yg diberikan. Balas Abdul Rahman adalah seketul emas sebesar biji tamar. Saran Rasulullah kpdnya utk membuat kenduri, walau dgn hidangan seekor kambing.

4) Sumbangan kpd Islam
- bersama dgn Rasulullah dlm setiap peperangan. Dlm perang Uhud dia cedera teruk, hingga tempang sedikit. Hinggalah Rasulullah wafat.
- selalu menginfakkan haryanya. Namun tidak dpt menandingi infak oleh Abu Bakar as-siddiq.
- byk hartanya diinfakkan kpd isteri² Rasulullah, selepas kewafatan Rasulullah.
- semasa zaman saidina Umar Al-Khattab, Abdul Rahman bin Auf membiayai haji yg dilakukan oleh saidina Aisyah.
- byk memerdekakan hamba².

5) Kehidupan
- Seorg yg zuhud, hingga org ramai tidak dpt membezakan antara pekerjanya  kerana dia tidak bermewah.
- mengumpulkan harta utk diinfak kpd ugama.

Saturday, March 17, 2018

Zuhud

- us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 17-Mac-2018

Bab Zuhud

Zuhud itu salah satunya adalah cinta kpd Akhirat (sewaktu hidup di dunia). 2 perkara yg perlu direnungi:
(1) dunia ini (ie masa) cepat bergerak (berubah).
- org yg mengharapkan dunia semata-mata adalah hina.
- org yg semata-mata mencari dunia ini maka dia belum tentu berakhir dgn kebahagiaan.

(2) dunia ini tempat utk beramal dan menhgarapkan balasan baik di Akhirat.
- Akhirat sebagai maklamat akhir kehidupan.

- apbl manusia dikulpulkan di hari Akhirat, mereka merasakan hidup di dunia hanya beberapa ketika shj.

Surah Ar-Rum Ayat 30:55

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ ۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar).

- hadis: barangsiapa yg pd pagi harinya merasa cukup, sihat tubuh badan, mempunyai makanan yg cukup utk hari itu, dia seolah-olah sudah cukup utk kehidupan dunia ini.

- hadis: betapa beruntungnya org yg memeluk Islam dan diberikan rezekinya, dan diberikan rasa kecukupan.

- kita mengharapkan balasan syurga di akhirat dgn sedikitnya masa diperuntukkan utk mengingatkan Allah. Kita hanya berpeluang mendengar  peringatan utk beramal dan mengingati Allah hanya di surau, masjid. Bersendirian mengaji, dan solat² sunat di rumah. Selainnya adalah berurusan dunia.

- dlm urusan dunia maka lihatlah keadaan yg di bawah, bukannya melihat keadaan di atas, kerana ianya akan melahirkan rasa syukur. Sebaliknya dyn melihat keadaan di atas maka kita akan berasa cemburu dgn kejayaan org lain.

- umat yg akang datang ini akan hancur, mereka kedekut dan hanya berangan-angan (tanpa melakukan usaha).

- seorg yg sibukkan dirinya dgnnmencari kehidupan akhirat, maka dunia ini didekatkan kpdnya. Sebaliknya jika seseorg yg menyibukkan dirinya dgn dunia maka didekatkan kemewahan dunia utknya hingga dijauhkan akhirat baginya.

Sunday, March 11, 2018

Punca kerosakan akhlak

- us Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 11-Mac-2018

Perlanggaran 3 hadis, menjadi asas kpd kerosakan akhlak

Hadis #1
Sabda Rasulullah, jangan marah

Hadis #2
Sabda Rasulullah, Sesiapa yg beriman dan hari akhirat adalah mengucapkan dgn ucapan yg baik atau diam.

Hadis #3
Sabda Rasulullah, Di antara kecantikan  seorg muslim itu adalah apbl dia meninggalkan perkara² yg tiada kaitan dgn dirinya.

- kehidupan kita akan tersusun, damai, bahagia jika kita amalkan 3 hadis di atas.

- Hadis #1:
1) sifat org yg bertakwa adalah apbl dia berjaya menahan marahnya.
2) org yg menginfakkan hartanya walau dlm keadaan senang mahupun susah,

- Hadis #2:
1) manusia itu tergambar sifatnya dan kata²nya adalah yg lahir dr hatinya. Org yg baik hatinya, maka dia bersalam dgn org lain. Org yg busuk hatinya, dia mencarut.
2) org yg dibalas dgn dimasukkan mulutnya dgn api neraka adalah kerana kata²nya.
3) org yg mampu menjaga lidahnya, terhindar dr mencetuskn perbalahan.

- Hadis #3:
1) setiap bidang itu ada org yg mahir tentangnya. Kita yg tidak pandai atau mempunyai maklumat maka berdiamlah, jangan menjadi org yg mencetuskan sangkaan atau menkadi fitnah.
2) jangan habiskan masa berjam² di dpn komputer utk membaca status org lain dlm media sosial.
3) sifat berlawanan dr hadis ini adalah utk mengambil berat ttg perkara yg ada kaitan dgn dirinya.
4) syaitan menyesatkan manusia supaya memberi perhatian kpd perkara² yg bukan suatu keperluan bagi kita.

- byk hak² kemasyarakatan dpt dijaga dgn mengamalkan 3 hadis di atas.

Saturday, March 10, 2018

Tafsir Surah Yusuf

- us Dr Khairul Kuliah Maghrib Sabtu 10-Mac-2018

- peringkat pertama fitnah ke atas Nabi Yusuf ie keluarga.

Surah Yusuf Ayat 12:17

قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ ۖ وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".

- ayat² menipu/utk memperdaya: sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".

- begitu juga keadaan hari ni, org yg menjual/promote benda/jualan akan mengguna ayat yg serupa ini.

- Ayat 12:20

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.

- tafsir mengapa dijual Nabi Yusuf dgn harga yg murah adalah:
(i) kabilah ni tidak perlu modal utk mendptkan Nabi Yusuf, jd jual murah pun masih lg untung.
(ii) kabilah ini khuatir jika disimpan lama utk mendptkan harga jualan yg tinggi, maka akan ada leluarga Nabi Yusuf yg menuntut. Mereka langsung tidak dpt untung.

Peringkat ke-2 fitnah yg dihadapi oleh Nabi Yusuf

- apbl Nabi Yusuf dewasa, Allah kurniakan kpdnya 2 keistimewaan ie
(i) kebijaksaan
(ii) pengetahuan

- Ayat 12: 22

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

- Ayat 12:23

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

- Allah pelihara Nabi-Nya dgn sifat maksum, dan dgn kebijasanaan yg dikurniakan-Nya kpd Nabi Yusuf dgn balasan kata²: Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

- ikhlas
Kata iblis: Aku akan  menyesatkan hamba Adam kecuali yg ikhlas.

- bukti Nabi Yusuf tidak melakukan kesalahan adalah tiada satu ayat Al-Quran yg menceritakan permohonan Nabi Yusuf utk memohon ampun dr Allah akan kesalahan yh dilakukannya.