Saturday, June 27, 2015

Bersyukur apabila ditimpa kesusahan

 - kuliah hadis,  Sabtu 23-Jun-2015

- Kerana adanya kepayahan/kesusahan/kesempitan menyebabkan kita ingat kpd Allah.

- kerana adanya masalah, manusia membentuk kesatuan/pemuasyarakatan dan mengeratkan silaturrahim.

- perkara2 yg perlu ada dlm menghadapi kepayahan
1) sabar ie bersabar menghadapi musibah/masalah yg dihadapi

2) redho ie mengiakan ketetapan/takdir Allah

3) bersyukur ie alhamdulillah.
- bersyukur kerana masih diselamatkan dr musibah.

- manusia perlu beriman dan beramal soleh, utk menghadapi segala masalah yg dihadapi.
- dgn bersyukur apbl dikurniakan kelebihan dan bersabar apbl diuji dgn masalah.
- kesakitan, kesusahan yg ditimpakan ke atas kita, adalah utk menghapuskan dosa2 kecil.
- apa yg menimpa seorg mukmin, Allah akan menghapuskan dosa dan mengangkat darjatnya.

- apbl seseorg mati:
1) dia berehat, atau
2) makhluk lain akan selamat dr dia.

org yg berguna kpd org lain/masyarakat sekelilingnya, maka apbl dia mati, maka org lain/masyarakat sekelilingnya merasa kehilangannya. Dia direhatkan dr kehidupan dunia dan keja2/amal yg dilakukan terhadap org lain dan masyarakat sekelilingnya.

sebaliknya, jika seorg yg hidupnya menyusahkan org lain/sekelilingnya, maka bila dia mati, org lain/masyarakat sekelilingnya merasa rehat dan tenteram.

- sesiapa yg bertawakal kpd Allah, maka dia akan tenang dlm menghadapi masalah, dan menghilangkan masalah2 dalaman.

Saturday, June 20, 2015

Jujur

-us Azhar Kuliah Subuh Sabtu 20-Jun-2015
Jujur

- org yg jujur membawa kpd perlakuan jujur dan kemudiannya membawa ke syurga. org yg berbohong akan mengiringinya perbuatan bohong/menipu, yg kemudiannya membawanya ke neraka.

- org yg mencuri dlm solat ie org yg tidak melakukan perbuatan solat atau bacaan solat dgn sempurna, spt tiada tomakninah.

- Sifat org yg jujur:
1) selalu nak mencari yg benar.
- selidik dan kaji terlebih dahulu berita/maklumat the diterima sebelum menyebarkan kpd org lain. Hari Rabu ni media sosial byk, jangan libatkan diri kita dgn penyebaranq fitnah.
- jangan menyibukkan diri utk menjadi org pertama yg menghantar berita. Takut lah akan amaran Allah akan balasan org yg memfitnah
(i)  mengumpat adalah memperkatakan sesuatu perkara/hal yg ada pd seseorg
(ii)  memfitnah adalah mengatakan sesuatu perkara/hal tiada atau tidak benar, terhadap seseorg.

2) mengaku kebenaran
- inilah sifat the dikurniakan kpd Abu Bakar As-Siddik, beliau sentiasa membenarkan apa2 perbuatan atau ucapan Rasulullah.
- utk membenarkan sesuatu perkara/berita, kita perlu memiliki ilmu.
- bln Ramadhan ini lakukan 4 perkara yg menggembirakan ie
(i) zikir/ucapan Lailahaillallah 
(ii)  zikir/ucapan Astaghfirullah, 
(iii) mintalah syurga dan
(iv)  minta jauhkan (azab) neraka.

3) mempraktiskan kebenaran
- melakukan perkara yg telah diketahui benar
- org yg menolak kebenaran adalah org yg  sombong :
(i)  firaun menolak kebenaran yg di bawa oleh Nabi Musa as, kerana Nabi Musa berasal dr keturunan hamba
(ii) org Arab quraisy menolak kebenaran yg di bawa oleh Rasulullah, kerana pd peringkat awal dakwah para pengikut Rasulullah yg memeluk Islam adalah dr kalangan org miskin dan hamba.

- perkara kecelaruan semasa bln Ramadhan
(1) solat tarawikh diberi keutamaan melebihi solat yg fardu
(2) berbuka dgn benda yg haram ie dgn menghisap rokok ketika/selepas makan/berbuka.
- setelah seharian menjaga amalan mengekalkan puasa, apbl berbuka dicampurkan perkara yg halal dgn perkara haram (rokok)
(3) bertadarus sambil merokok
(4) beranggapan org yg berbuka di masjid/surau adalah org yg kedekut atau tak berkemampuan.
- bagus berbuka di surau/masjid, jimat kan perbelanjaan berbuka. Seeloknya, simpanan dr penjimatan belanja utk berbuka disedekahkan ke masjid/surau sebagai menambah amalan bersedekah di bln Ramadhan.

- Waktu nak berbuka adalah antara waktu paling mustajab berdoa

- Bertaqwalah kpd Allah, dan bersamalah dgn org2 yg benar.

- org yg tiada kerja dan tiada faedah mengambil gambar2 makanan dan menyebarkan nya dlm media sosial spt facebook, whatsapp. Hentikanlah kerja sia-sia ini, perbanyakkan bacaan Al-Quran utk mengelak dr melakukan perkara yg sia-sia.

- Bln Ramadhan adalah bulan kesabaran, bln simpati.
(i)  Ramai yg bersimpati melihat kesusahan yg ditanggung oleh sebahagian umat Islam yg lain, namun mereka sanggup berbuka secara mewah di hotel dan restoran dgn belanja yg mahal.
(ii) berbuka di masjid/surau adalah lebih afdal dan boleh mengelak pembaziran.

Saturday, June 13, 2015

Kontrak Tabaruat

- Kuliah Subuh Sabtu 13-Jun-2015
Kontrak tabaruat (unilateral contract) ie kontrak tanpa mengharapkan apa2 kerana Allah Taala

- Dlm Islam, apbl beri pinjam kpd org, kita hanya boleh harapkan agar si peminjam memulangkan semula jumlah yg dipinjam. Sekiranya ada dikenakan lebihan ke atas jumlah yg diberi pinjam, maka ini sudah melibatkan riba.

- Tabaruat ie kontrak kebajikan harta, pelaburan utk kegunaan org lain kerana Allah Taala.

- jika pinjaman diberi berdasarkan profit sharing ratio maka ini dibenarkan. Pelaburan ada risiko untung dan rugi.

Dalil  tabaruat Surah Al-Baqarah Ayat 261:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

- Beri pinjam sesuatu yg bernilai tanpa memberi sebarang manfaat (duit, kemudahan, bantuan, etc) kpd si pemberi pinjam.

Pinjaman kpd Allah, dalil nya:
- Al-Maidah Ayat 12

وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"

- Surah Al-Muzammil  Ayat 12

- Sedekah digandakan 10x, ada yg digandakan hingga 700x.

- Hibah boleh diambil oleh si pemberi pinjam, kerana ianya tidak disebutkan atau disyaratkan sewaktu berlakunya transaksi pinjaman.

- Tempoh pinjaman, pandangan jumhur bersetuju tiada tempoh utk byr balik pinjaman. Namun, mazhab Maliki meminta diberikan tempoh tertentu utk si peminjam melunaskan pinjaman. dlm perniagaan ada tempoh tertentu sebelum perniagaan dpt pulangan, oleh itu dlm hal pinjaman, elok ditetapkan tempoh byr balik.

- sepatutnya kos pengurusan pinjaman adalah sekitar 3% shj.

- pengurangan dlm pinjaman,
(a) pinjaman pelajaran yg mana jika capai cgpa 4.0 maka peminjam/pelajar tidak perlu byr jumlah pinjaman tersbt, jika cgpa 3.5 hingga 3.9 perlu byr 75%, dan sebagainya maka transaksi pinjaman pelajaran ini dibenarkan dan tidak melibatkan riba. Dlm kaedah ini si pemberi pinjam tidak dpt sebarang faedah malah rugi sekiranya semua pelajar capai cgpa 4.0

- Fixed Deposit (FD) dlm perbankan Islam dikira mudarabah, dibenarkan dan tiada unsur riba. Ianya berkonsep jual beli.
Jualan komoditi (ringgit) dgn rate tetap dijual kpd pihak bank dan di byr semula dlm tempoh tertentu.